Sunday, November 24, 2024

Ilmiah cvt malaysia 24 november 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*ANTIOKSIDAN vs PENGOKSIDAAN*. Rasa pahit dan payau. Biasa antioksidan di kaitkan dengan rasa masam yang kaya vitamin C. Waktu malam dikatakan waktu paling sesuai antioksidan bekerja. Waktu malam lebih aktif kerja metabolisma dan nak elakkan perencatan kerja metabolisma jika antioksidan di ambil selepas makan. Gula dapat di kawal oleh rasa pahit. Payau akan mengimbangi rasa masin. Rasa masin tidak boleh bersatu dengan rasa masam akan menambah kesan asid lebih tinggi. Rasa pedas yang bersifat keras bukan dalam kumpulan rasa dapat dineutral dengan rasa masin. Semua berkaitan antioksidan. Ia mengaitkan elemen rasa dan fungsi antioksidan dengan keseimbangan metabolisma. 


*Berikut adalah beberapa penjelasan dan pandangan tambahan*:


*1. Antioksida dan Rasa Masam:*

Betul, antioksida seperti vitamin C sering dikaitkan dengan rasa masam. Namun, tidak semua antioksida bersifat masam. Contohnya, flavonoid dan polifenol dalam teh hijau atau coklat gelap memberikan rasa pahit tetapi juga mempunyai kesan antioksida yang kuat.


*2. Rasa Pahit dan Kawalan Gula:*

Rasa pahit sering dikaitkan dengan alkaloid, yang boleh mempengaruhi metabolisme glukosa. Contohnya, kopi tanpa gula (rasa pahit) telah terbukti membantu meningkatkan sensitiviti insulin dalam kajian tertentu.


*3. Waktu Malam untuk Antioksida:*

Antioksida bekerja dengan baik pada waktu malam kerana proses regenerasi sel aktif semasa tidur. Pengambilan antioksida yang tinggi selepas makan, terutama jika makan malam berat, boleh melambatkan proses pencernaan dan metabolisme. Ini kerana tubuh sedang memberi keutamaan kepada pencernaan.


*4. Imbangan Rasa Payau dan Masin:*

Rasa payau yang kaya dengan mineral seperti magnesium boleh membantu menstabilkan elektrolit tubuh. Ia juga mengimbangi rasa masin, mengelakkan ketidakseimbangan natrium yang boleh mempengaruhi tekanan darah.


*5. Rasa Masin dan Masam:*

Gabungan rasa masin dan masam boleh meningkatkan keasidan. Ini penting untuk dielakkan, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah gastrik atau refluks asid.


*6. Rasa Pedas dan Sifatnya:*

Rasa pedas lebih kepada reaksi termal atau rangsangan saraf (capsaicin) dan bukan rasa tulen. Keseimbangan dengan rasa masin adalah amalan yang baik untuk mengelakkan iritasi berlebihan pada saluran pencernaan.


*Cadangan Tambahan:*

Mengimbangi diet dengan gabungan rasa semulajadi dapat membantu menyokong metabolisme dan fungsi tubuh secara menyeluruh. Sebagai contoh, teh herba pada waktu malam boleh memberikan rasa pahit yang menenangkan dan menyokong detoksifikasi semulajadi. Pengambilan makanan kaya antioksida dengan rasa semulajadi (tanpa tambahan garam/gula berlebihan) juga memberi kesan positif kepada keseimbangan pH tubuh.


Gunakan *SEJUTA WAJAH* yang lengkap dengan semua rasa seperti pahit, payau, masin dan manis secara serentak. Gunakan satu titik sebelum atau selepas makan. *SEJUTA WAJAH* dengan frekuensi tinggi sebagai payung pada semua frekuensi yang mewakili berbagai jenis penyakit. *SEJUTA WAJAH* sebagai antioksidan dalam semua zat dan rasa yang HARUM SEGAR amat baik untuk menolak gas berat, busuk dan berbisa di dalam perut.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Monday, September 23, 2024

Ilmiah cvt malaysia 24 September 2024

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Asas kesihatan kita bergantung pada darah. Darah yang sihat perlu cukup oksigen. Untuk mendapatkan kualiti oksigen dengan kerja oksigen yang semaksima maka diperlukan ZAT BESI. Untuk memenuhi keperluan dan kepentingan zat besi ini maka produk supplement kesihatan yang diutamakan dalam CVT adalah KLOROFIL dan BE (basic energy). Masih pada Ilmiah merah bantu hijau dan hijau bantu merah. Oksigen di kaitkan dengan sistem pernafasan. NW 6 hidung yang sihat akan menjaga ketulenan oksigen dan menjaga kesihatan paru-paru NW 10. Oksigen yang sihat pada frekuensi hijau akan menambah kesihatan asas Iaitu darah NW 18. Darah yang cukup oksigen akan meningkatkan kadar metabolisma yang sangat tinggi. Oksigen dan paru-paru ini lah yang akan membakar lemak untuk di tukar menjadi tenaga dan ini dengan pantasnya dapat menurunkan berat badan atau kes obesiti yang parah. Ada yang kurang makan tetapi tetap gemuk atau tidak dapat mengawal berat badan. Sebenarnya ia berkaitan masalah oksigen dalam darah. Oksigenlah yang paling banyak membakar mengubah zat menjadi energi. Amalkan BE dan KLOROFIL bagi tujuan meningkatkan metabolisma dan menurunkan berat badan. BE dan KLOROFIL ada zat besi yang akan mengangkut oksigen dalam darah.  Tanda metabolisma lemah adalah cepat letih dan lesu.  Otot tidak kuat dan tulang yang lemah. Sistem saraf neurotransmitter di otak juga lemah dengan tanda pelupa atau hilang ingatan beberapa ketika.


Tanda paling mudah mengesan otak lemah pada sistem saraf adalah terasa pening bila mengamalkan BE lebih dua biji sehari. KLOROFIL hijau dan zat besi merah saling bersatu dengan kekuatan OKSIGEN. Zat besi atau iron adalah mineral yang juga banyak dalam KLOROFIL dan BE. Hampir pada kebanyakkan makanan dan sayuran sudah pun memiliki zat besi. Namun zat besi masih tidak mencukupi kerana terserap hilang bersama oksigen. Jadi bagaimana untuk memastikan zat besi tidak hilang begitu sahaja dalam tubuh kita. Secara teknikal vitamin C dan zing boleh menjadi penentu zat besi cukup atau sebaliknya. Vitamin C adalah penyerap zat besi. Sila semak vitamin C dalam buah-buahan apa yang sesuai dengan tubuh. Ada yang alah lemon dan ada yang alah buah kedondong atau sebaliknya dan terus mengambil buah ini dan menyangka sudah cukup mengamalkan vitamin C. Yang pasti zat besi ada dalam banyak makanan seperti telur, susu dan daging namun sudah kah kita mendiagnos zat besi dalam jenis makanan apa yang kita sesuai dan tidak menjadi alahan???.


Apa sahaja kegemaran ketika sakit biasanya menjadi alahan kerana ia berdasarkan nafsu semata-mata. Oleh itu pesakit kena mendiagnos makanan yang sesuai mengikut hala tuju zat mengikut kesihatan tiroid NW9. Jika tidaklah kita secara berterusan mengumpulkan racun dalam tubuh badan kita yang tersimpan di dalam darah. Kesihatan seksual sangat berkaitan dengan vitamin C. Kesihatan seksual ada sistem pusingan pencucian darah bagi wanita untuk tujuan feminin dan kecantikan semulajadi. Warna jingga dalam frekuensi pada bahagian sel-sel kesuburan dalam matrik 4 pada NW 16 dan NW 17.  Matrik 4 jika tidak di jaga akan membuat bentuk kelangsingan pada tulang pinggul menjadi buruk. Sakit lutut dengan pergerakkan otot menjadi keras dan kaku. Atas sebab itu jika wanita tidak sihat pada bahagian ovarian juga alah dan boleh berlaku pengarahan pada vitamin C yang terlalu kuat seperti pada kedondong dan nenas. Nampaknya ilmu kenal diri dan merawat penyakit ini amat rumit seperti satu rahsia Allaah namun amat mudah sekali di fahami jika kita menghayati ilmu kenal diri melalui penyakit secara menyeluruh.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Wednesday, September 11, 2024

Ilmiah cvt malaysia 12 September 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Setiap orang ada timing tersendiri. Ritma sirkardian yang juga berbeza. Garam juga unsur memiliki waktu getaran. Garam mentah yang segar memiliki getaran yang hidup aktif secara semulajadi. Garam akan memicu rentak otot JANTUNG tanpa lelah. Garam memainkan peranan yang cukup besar dalam kelangsungan hidup kita. Kita boleh sahaja mati secara mendadak jika tubuh kehilangan garam. Gangguan perasaan akan melesapkan garam dalam darah. Kurang garam akan menyebabkan oksigen dalam darah juga berkurangan. Berbeza dengan garam perasa dalam makanan ringan dan pada semua jenis masakan dianggap tidak sihat. Kenapa dunia perubatan tidak menyebutkan hal garam keperluan yang sihat ini. Sebaliknya menyalahkan garam secara umum. Ini sangat tidak ilmiah dan ketinggalan. 


Mulakan garam dahulu. GULA AKAN TERKAWAL jika garam sudah menempati ruang metabolisma dibahagian pencernaan. Ramai yang cuba mengawal gula tetapi tidak berjaya kerana tidak cukup garam aktif. Garam amat reaktif dalam menyusun zat-zat yang lain termasuk karbohaidrat. Garamlah yang akan memecah zat di dalam karbohaidrat ketika bersarapan. Selepas itu barulah fungsi gula memecah zat menjadi tenaga. Begitu juga susunan warna alam dalam sistem tubuh kita. Selepas biru diwaktu subuh adalah hijau. Hijau bermakna riaksi oksigen dalam sistem pernafasan atau fotosintesis diwaktu pagi. Jika matahari menyusun zat dalam dedaunan hijau maka hijau dalam sistem tubuh juga sama. Selepas hijau adalah kuning di waktu tengahari. Kuning bermaksud tenaga yang berlimpah tanpa batas. Atau kuning menjadi gas dengan berbagai bahan bertoksik yang tidak mampu diubah menjadi tenaga kerana zat tidak dimulakan dengan garam. Jangan salahkan gula yang ada dimana-mana. Sebenarnya zat garam aktif tidak ada untuk memulakan sistem metabolisma tubuh.


Garam mengawal nafsu atau emosi. Bermakna kawal garam akan mengawal nafsu atau sifat emosi yang buruk. Tarik nafas dan berfikir sejenak ketika nafsu menguasai pada diri. Nafas dan oksigen. Garam raja metabolisma. Garam itu ada dalam air liur dengan beribu enzim bergantung pada zat garam. Minum air mineral yang berkualiti itu juga simbolik minum air yang bergaram. Amat baik diminum sebelum dan sebaik sahaja  bangun dari tidur.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Monday, September 9, 2024

Ilmiah cvt malaysia 9.9.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hakikat sel perlu dipertenagakan. Sel seumpama sebuah bateri yang lama kelamaan akan kehabisan tenaganya. Tenaga di dalam sel imum amat mudah mengalami gangguan. Apabila berlaku kejutan yang kuat. Seperti kemalangan kereta yang tidak diduga. Ketika alpa atau fikiran dan jiwa melayang entah kemana seperti sedang mengelamun. Ini sangat mengundang peristiwa yang akan mengejutkan. Kita seperti dikejutkan tetapi ada yang mengambil masa lama untuk kembali sedar. Sebab itu kita dinasihatkan sentiasa waspada penuh kesedaran spiritual dalam setiap saat. Iblis dan syaitan akan menerpa dan masuk menyelinap dalam diri. NW 1 amat diperlukan bagi mengembalikan semangat. Kejutan demi kejutan amat memendekkan nyawa. Usia seseorang sangat bergantung pada kesihatan tenaga sel-sel imun ini. Keheningan diperlukan bagi membaik pulih tenaga yang hilang. Kita tidak mahu semangat kita hanyut entah jauh entah ke mana. 

Otak kanan dan level spiritual perlu beringat amat. Level lemah semangat ini selalu di hambat dengan peristiwa gangguan spirit ini. Kembali mencari spirit di dalam air. Air ada menyimpan memori spirit seseorang. Kita kembali tersedar selepas meminum air. Rasa haus selepas mengalami kejutan yang besar. Air ada daya ketertarikkan energi yang merosot itu. Perlu beringat dan waspada jika nak berjalan keluar rumah di waktu maghrib. Banyak infrared yang akan diundang dan masuk menerpa untuk meruntuhkan cahaya putih yang gemilang dimahkota otak kita. Tenangkan jiwa mencari keheningan adalah cara mengecas semula tenaga cara semulajadi. Mukjizat tidur jangan di persiakan. Kehidupan hari ini dilalui dengan penuh bebanan, tekanan, gundah gulana, resah, kecewa, kesedihan dan sebagainya menyusutkan energi imun dan antibodi dengan rakusnya. Oleh itu alternatif yang bijaksana mengecas semula sel kembali berfungsi dan berkarakter adalah mengamalkan energi melalui formula NW. 

*BERSAMBUNG...*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Sunday, August 18, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 19 Ogos 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Meredah gelombang dalam kaedah rawatan penuh seni*. Jika ambil NW dalam fasa 2 lebih baik untuk jangka panjang. Fasa 1 tidak boleh ambil secara berterusan. Memang fasa 3 adalah teknik menuju penyembuhan. Sebagai contoh racun dalam bentuk tenaga yang solid atau cecair atau dalam bentuk gas yang bertoksik akan dilemahkan. Kuman virus atau bakteria juga akan dilemahkan. Kesan tindakbalas pada tubuh kita turut menjadi lemah. Rehat dan tidur akan mengumpulkan semula tenaga. Orang yang sakit dengan tubuh yang lemah adalah perkara biasa. Apabila semua bahan asing sudah lemah tenaganya maka tubuh akan kembali bertenaga secara perlahan-lahan. Begitulah cara semulajadi tubuh mengusir penyakit dan mengambil alih sel-sel bertenaga dan berfungsi semula. Sama juga dengan keadaan tubuh ketika kita demam. Namun kita ada kaedah menurunkan tahap tenaga itu. Ini boleh dilakukan dengan kaedah NW cara berfasa. *Saya ulang sekali lagi ya!!* Fasa 2 boleh diambil secara berterusan. Fasa 2 bila diambil secara konsisten maka energi akan kembali mencapai tahap keseimbangan semula. Fasa 2 boleh diambil pada peringkat awal atau mula. Kebiasaanya kita mulakan dengan fasa 1. Fasa 1 momentum energinya yang agak kuat dan akan berlaku tindakbalas. Selepas itu kita berpindah ke fasa 3 untuk menurunkan kesan aktif tindakbalas. Yang mana tidak ada penyakit kronik yang rumit boleh terus ke fasa 2. Tidak menjadi kesalahan jika kita terus menggunakan fasa 2 sehingga sembuh. Hanya teknik seni dengan sifat gelombang bunyi yang ada hukum pantulan itu sahaja kita tidak berkesempatan menggunakan peranannya. 


NW adalah gelombang bunyi yang menghasilkan getaran. Getaran itulah yang hidup dan aktif. Getaran sel menjadi lemah bila kita sakit. Arah perambatan dan halaju gelombang berbeza sifat. Jika kita guna terapi air sebagai medium lebih cepat kesan perubahan energinya. Hukum pantulan cahaya gelombang bunyi dan air. Kemam butir sukrose nw dan minum setegok air. Hukum gelombang bunyi dan air lebih tepat jika masukkan NW dalam air dn diarahkan atau diniatkan sebelum meminumnya. Gelombang bunyi dalam NW 20 itu secara berterusan akan bertukar menjadi solid dan ini baik untuk kesihatan tulang. Seperti kembali ke medium air dan tanah yang solid dari mana kita berasal. Dalam terapi ais pantulan cahaya yang berselerak pada permukaan air yang tidak rata dengan kocakkan air dapat memerangkap gelombang bunyi. Cermin adalah pemantulan yang baik sepertimana air dengan pantulan cahaya yang banyak. Saat kita berkaca dimalam hari di depan cermin terjadi beberapa kali proses pantulan. Atau refleksi kembali dari permukaan benda yang terkena cahaya deria wajah. Memerangkap kegelapan dan bukti kuatnya tenaga cahaya. Wajah akan memantulkan cahaya kembali ke mata sehingga dapat melihat wajah sendiri termasuk wajah-wajah yang tersembunyi. 


Pemantulan teratur bersifat menyilaukan. Cermin datar atau rata hampir dapat memantulkan semula ke semua cahaya yang mengenainya. Andai tidak terang atau wajah aura cahaya kita pudar maka akan memerangkap wajah-wajah yang lain. Dan itu akan membentuk bayangan yang tidak baik. Elakkan menyikat rambut diwaktu malam yang tidak cukup cahaya. Jika diwaktu malam jumaat ditengah malam kita menghadap cermin yang pudar apatah lagi yang retak seribu akan berlaku penampakkan wajah-wajah seram yang tidak diundang dibelakang kita. Ingat tak senikata lagu paling bergetar dalam lagu cindai Dato Siti Nurhaliza. Ion-ion negatif dengan cas-cas elektrik pada rambut yang terpercik keluar hanya akan mengundang keburukkan. Sama juga memotong kuku diwaktu malam. Sebab itu sapuan SW pada wajah sebelum tidur dapt menepis cahaya yang tidak baik. *Moga tercerahkan walaupun ringkas*.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Saturday, August 10, 2024

Ilmiah cvt malaysia 9 Ogos 2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya sangat mencadangkan minum segelas air sebelum masuk tidur. *Minum air dingin malah yang berais sebelum masuk tidur?* *Atau minum air sejuk suhu bilik sahaja sebelum tidur?* *Atau minum air suam?* Sebelum masuk tidur. Yang mana satu lebih sihat. Saya cadangkan minum air pada suhu bilik sahaja. Air harus masuk ke dalam otot-otot tubuh. Tetapi Ketika nak tidur otot tidak lagi banyak bekerja. Tubuh dalam keadaan rehat. Jika minum air dingin ketika nak masuk tidur otot akan menjadi stress dan terpaksa mencengkamkan sel-sel otot agar air dingin tidak masuk. Otot tidak akan membenarkan air dingin masuk sewaktu kita tidak lagi menggunakannya. Jika kita minum juga air dingin akibatnya kita akan lebih kerap kencing dan bangun kencing semasa tidur. Tidur tidak lena dan stress. Berbeza awal pagi sebaik sahaja kita bangun perut kita dipenuhi dengan kepekatan asid hidroklorik yang pekat dan berlebihan. Kita perlukan garam dalam keadaan dingin untuk mengimbangi ion-ion negatif berlebihan itu. 


Ais akan meluruhkan atau menyingkirkannya bersama zat-zat yang tidak aktif dan tidak diperlukan dalam perut yang masih tidak hadam. Garam akan cepat menstabilkan asid dan menyerap gas sebaik sahaja kita bangun di awal pagi. Jika kita minum air suam bermakna kita benar-benar mengundang penyakit. Awal pagi perut akan lebih banyak gas. Kadar asid pun akan lebih tinggi. Air suam mengandungi zat-zat berat yang terlalu aktif. Sedangkan perut bersifat pasif. Air suam itu ada banyak zat aktif dan tentunya bersifat radikal bebas. Bermakna zat akan gagal ditukar menjadi tenaga. Akhirnya semua zat akan bertukar menjadi toksin. Akibatnya perut dipenuhi radikal bebas penyebab kanser. Sel-sel menjadi ganas akibat ion negatif yang berlebihan dalam air suam. 


Semasa kita aktif menggunakan otot maka air dinginlah yang paling cepat meluru masuk ke dalam sel-sel otot. Seperti kita minum air elektrolit dingin semasa bersenam dan berlari. Otot cukup air untuk gerakan yang kuat. Otot tidak cedera atau koyak. Otot tidak akan kejang dan banyak lagi manfaat. Siapakah yang sanggup minum air suam ketika melakukan senaman dan gerakkan otot yang kuat??. Itu sangat bahaya. Perut pula bertambah panas dan tentunya gas akan melambak didalam darah. Selepas bersenam hanya akan menambah sakit-sakit badan di sana sini. Sungguh sukar nak menyampaikan kebenaran ilmu daIam menolak kemungkaran. Kita selalu didoktrin dengan air suam.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Wednesday, July 31, 2024

Ilmiah cvt malaysia 31 Julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hukum kasih daIam menempuh ranjau kehidupan di dunia. Dunia dalam matrik 6. Dunia dikuasai oleh jin, iblis dan syaitan dalam dimensi yang lain namun bersebelahan. Bermakna dunia dikongsi bersama oleh manusia dan iblis untuk saling bersaing. TUHAN menciptakan dinding paralel bagi melindungi manusia. Namun manusia juga yang membawa makhluk ghaib dalam kerja sihir untuk tembus masuk ke dalam diri manusia. Semua dengan perintah melalui mantera atau kata-kata sang iblis. Para bomoh yang diberi upah yang ditetapkan. Biasanya dengan sumpah dan perjanjian darah sebagai korban. Pemujaan dan wangian kemenyan hitam. Gambar dan patung menjadi medium yang diserupakan sama seperti bentuk manusia dimensi ke 3. Energi melalui perantara kerja bomoh. Si pelaku yang meminta pertolongan bomoh sama juga dengan meminta pertolongan syaitan ini. Bermakna secara langsung sepanjang hidup kita akan didampingi oleh makhluk ini tanpa kita sedari. Semua tindak balas yang luar biasa ketika *MANDIAN HIDROTERAPI AIS (HDI)* dengan garam yang banyak bersama ais akan menzahirkan makhluk ini daIam bentuk-bentuk yang tersendiri. Semua jenis perubahan warna di dalam boleh berlaku dengan berbagai makna tersendiri sesuai dengan gangguan dan penyakitnya. Bauan yang busuk keluar secara luar biasa. Kegelapan lesu kronik tanpa hala tuju kembali bercahaya. Kita menemukan kala jengking di dalam tab mandian. Kita menemukan jarum halus. Yang rasa takut melampau untuk melakukan mandian ais itu jelas ada pendamping yang empunya diri sendiri tidak sedari.


Ambil iktibar dari kes pembunuhan kejam yang membawa hukuman gantung sampai mati. Semua pelaku menjadi korban pada sang iblis. Semua yang terlibat sudah dirasuk iblis. Itulah akibat meminta khidmat telekan atau ramalan dari sang bomoh. Sebab itu jika manusia yang berilmu dengan hukum KASIH matrik 3 kita akan terselamat dalam segala percaturan dunia dalam matrik 6. Wal hal TUHAN sudah menciptakan manusia untuk pengganti sang iblis dan menguasai semula dunia dan menjadi khalifah sejati. Ilmu sihir yang meminta pertolongan iblis ini memerlukan sifat kejam. Selagi ada sifat kasih kita akan selamat. Sifat dendam kesumat yang penuh kedengkian. Sifat tidak berperikemanusiaan itu perlu ada jika mahukan sihirnya berjaya. Namun sekali lagi saya ulangi jika kita ada sifat kasih yang tinggi maka kita tidak akan mampu ditembusi dalam apa jua bentuk sihir durjana itu.


Kenalilah sang diri agar kita dapat kembali kepada kemuncak tertinggi diakhirat nanti. Untuk menuju matrik 9 yang penuh kegemilangan dan kemenangan. Menuju cahaya terang dalam matrik 9. Atau matrik 9 akan menerima keadilan sesuai dengan hukuman. Matrik 6 dengan simbol permata intan hitam yang terbaik dan tersimpan di dalam bumi. Jika kita tersalah pakai guna dengan memakai cincin kristal hitam yang tidak berkualiti maka semua itu menuju malapetaka. Banyak batu hitam tidak berkualiti di pakai oleh para bomoh yang hanya dihuni dengan pendamping para makhluk ghaib. Berhati-hati ya dengan kristal. *Cukuplah KAIN HITAM C GRAFIT CVT* daIam lakaran karbon bentuk heksagon berkualiti sebagai penangkis hal-hal misteri ini. Itulah sedikit rahsia gelombang ilmu sihir yang dapat dikaitkan dengan matrik 3, 6 dan 9.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Monday, July 29, 2024

Ilmiah cvt malaysia 30 julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pisang masak hijau. Pasti menarik jika difikirkan. Hijau dan fotosintesis. Hijau menambah oksigen. Warna hijau bersifat antioksidan. Tidak cepat berasid atau teroksid. Bersifat penyerap nutrisi. Zat kalsium dapat diserap ketika pencernaan. Kita mahu serap zat dan bukan membuangnya. Pisang embun sudah boleh dimakan pada sebelah pagi. Pisang embun dengan kadar asid yang sederhana juga dengan kadar gula yang paling rendah. Yang menarik pisang masak hijau ini memiliki zat baik untuk mendapatkan pemulihan tenaga secara perlahan-lahan dan kekal lebih lama daIam tubuh. Berbanding pisang masak kuning juga sangat cepat mengeluarkan tenaga tetapi cepat pula bertukar menjadi asid dalam perut. Itu penyebab ulser yang menghakis dinding perut. Asid hidroklorik bertambah pekat didalam perut. Bakteria jahat semakin banyak mengganas di dalam usus besar. Mudah usus menjadi direa yang tidak terkawal. Wal hal pisang embun pemulih direa yang baik. 


Pisang embun atau ambon yang masak hijau bersifat neutral sesuai dengan warna hijaunya. Melegakan rasa sakit kembung dalam perut. Bermakna makan buah pisang yang berwarna kuning sangat tidak sihat di waktu malam. Sudah tidak relatif dengan waktunya. Tidur kita dalam keadaan stress sepaniang malam. Perlu diingat bahawa usus dan pusat fokus untuk tidur lena diotak sangat berkaitan. *Gabungan NW 19 usus dan NW 4 di hipotalamus. Kesan negatif secara perlahan-lahan yang kita tidak sedar adalah banyak urat mengecut dan penyebab saluran darah banyak yang tersekat. Urat-urat halus timbul di paha selepas bersalin. Semua gara-gara asid berlebihan. Asid akan bertukar menjadi gas dalam darah. Badan banyak angin. Semua itu kita tidak perasan berpunca dari makan pisang atau buah-buahan di waktu malam. Kita hanya fikir logik itu akan senang buang air besar sebaik sahaja bangun tidur di awal pagi. Itu jelas cara memaksa. Kita mahu buang air besar secara semulajadi apabila isyarat sampai ke otak dan dalam keadaan terkawal.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Friday, July 26, 2024

Ilmiah cvt malaysia


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perubatan konvensional atau perubatan quantum. Atau pilihan komputer konvensional atau komputer kuantum. *Mana lebih laju??* 10 tahun kerja komputer konvensional tetapi hanya 200 detik atau 4 minit dapat diselesaikan oleh komputer kuantum. Konsep dasar Kuantum memiliki konsep formula TUHAN. Cahaya adalah gelombang dan dalam masa yang sama memiliki butiran atau partikel zat. Hanya kita tidak nampak. Ini bukan ilmu ghaib. Hanya kita tidak tahu sebab tidak nampak. Kita pernah merawat pesakit yang HEMPEDU SUDAH DIBUANG. Tetapi ujian darah dengan hasil hempedu pesakit sihat. Wal hal hempedunya sudah dibuang oleh doktor itu sendiri. Doktor tidak silap dalam keputusan ujian darah yang dibuat. Sebab
kadar bilirubin dan kolestrol terkawal sihat. Bermakna dengan mengambil formula gelombang kesan pada yang sudah dibuang hempedu seolah-olah hempedunya masih ada dan berfungsi baik. Sungguh seperti tak masuk akal kaedah rawatan kuantum CVT. 

Melalui ilmu gelombang yang ghaib tidak lagi tersembunyi sesuai dengan prinsip mengejar dan kuasai masa. Maka kita dapat merawat penyakit dalam bentuk kepincangan frekuensi dan sekaligus mengubah bentuk zat. *Masa kuasai zat*. Dunia sudah semakin maju. Kita tidak perlu bergantung pada alat yang canggih. Yang canggih adalah otak kita sendiri. Kita merawat penyakit melalui sistem pada kerja otak. Kawal makanan berlemak yang tinggi kadar kolestrol seperti sotong. Pisang pula yang tinggi pottasium yang akan membuat jus hempedu yang berlebihan menjadi keras dan menjadi batu. Yang peliknya bila hempedu dah dibuang baru amalan dalam disiplin menjaga makanan dapat diikuti oleh pesakit. Sebab bila terlebih makan makanan yang berlemak terus ke tandas sebab cirit birit. 

Tanda mudah nak tahu ada masalah hempedu tidak sihat adalah pada kulit. Selepas makan makanan berlemak maka rasa gatal dibelakang badan. Kencing kotor. Nak rawat hempedu perlu rawat hati juga. *NW 12 dan NW 14*. Jangan lupa makan buah timun untuk mencuci lemak dan jus hempedu agar tidak mengeras menjadi batu karang.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Thursday, July 25, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 26 Julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Negara mana yang kerajaannya amat prihatin pada kesihatan rakyatnya. Saya pilih negara Jepun. Kita harus contohi gaya hidup yang sihat dari penduduk Jepun. Ada sebuah bandar yang bernama OKINAWA. Hampir keseluruhan penduduknya berumur panjang. Rata-rata melebihi 90 ke 100 tahun dalam keadaan sihat. Apa yang mereka amalkan adalah mengambil garam sebelum makan. Mereka percaya garam dapat menjaga kesihatan tiroid. Kita sekian lama sudah ditipu oleh berbagai pihak yang berkepentingan. Setiap nasihat bagaikan ada udang di sebalik batu. Penentuan kesihatan ditentukan oleh faktor zat apa yang kita makan. Kita jadi stress pun sebab apa yang kita makan. Zat makanan menjadi *LEBIH CEPAT ALAH* jika cepat teroksidasi. Zat masuk ke dalam perut dan terlalu cepat teroksid. Perut berangin dan banyak asid. Zat tidak sempat ditukar menjadi tenaga. Akhirnya kita kekurangan tenaga dan pastinya kekurangan banyak zat. Wal hal makanan yang kita sediakan cukup mewah dan banyak zat. Zat tidak jadi sebab tidak dikenal oleh tiroid. Punca utamanya kerana lidah dan perut kita tidak disertakan zat garam dahulu. 


*GARAM ANTIOKSIDAN*. Bermakna garam antioksida yang paling baik. Tiada tandingan apapun antioksidan lain seperti mana garam yang juga amat berkhasiat. Garam pembancuh zat secara kimia menyusun berpasangan zat. Garam penyusun zat bertemu pasangannya. Setiap satu unsur yang kaya dalam garam akan bekerja sesuai dengan pilihan zat yang kita sedang kunyah dan masuk ke dalam perut. Hanya garam yang mampu melakukan kerja berpasangan untuk keseimbangan zat kerana hanya garam satu-satunya atom dalam matrik 11 yang sudah berpasangan. Matrik 11 itu berpasangan yang sesuai untuk nama garam iaitu natrium dan klorida. Sungguh unik dan istimewa garam yang TUHAN ciptakan. Hanya jin dan iblis alah pada garam. Muslihat iblis ini sentiasa menyatakan bahaya garam secara umum dalam berbagai media. Darah akan hilang tekanannya dan tidak mampu mengalir dengan baik jika tiada garam dan tiadalah oksigen. OKINAWA telah membuktikan secara jelas amalan penduduknya yang sihat. Malah penyediaan garam dalam proses terbaik adalah ajinomoto itu sendiri. Jepun pembuat asal ajinomoto. Mereka telah melakukan ujian dan mengamalkan. Bukti sahih penentu sihat adalah dari umur yang panjang. Bom Atom penuh bahan aktif berbahaya tetap menyelamatkan dna keturunan mereka. Semua itu khasiat garam.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Wednesday, July 24, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 25 Julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bidang psikologi kemanusiaan sangat rumit. Kerana manusia memiliki sifat-sifat unik yang amat beragam. Sifat dan tingkahlaku negatif dan positif. Namun sebenarnya boleh dijangka dan memahaminya jika kita tekun mempelajari bidang ini. Yang pertama paling penting adalah kenali dahulu SIFAT LUARAN atau elemen unsur diri seseorang. Melalui warna diri. Dengan ujian AK dapat mengesan warna diri. Bukan warna yang kita sukai. Ada 4 warna. *Warna maskulin adalah merah jambu dan biru*. *Warna feminin adalah putih dan hijau*. 4 unsur diri iaitu nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon. Jangan keliru dengan warna diri merah jambu untuk level emosi yang didalamnya adalah warna hijau. Warna perasaan pada bahagian paru-paru. Unsur oksigen. Api atau cahaya. Bersifat panas. Lelaki emosi tidak suka merokok yang alah pada paru-parunya. Itu penolakkan semulajadi. Emosi itu benar-benar satu perasaan atau kejiwaan. Rasa kasih sayang dan simpati malah perihatin. 


Manakala warna diri hijau yang didalamya adalah kuning. Warna diri hijau mewakili kecerdasan minda. Wanita sebenarnya mewakili kecerdasan minda yang lebih LAJU. Hanya jangan sampai gelojoh, terburu-buru, melulu dan hilang kematangan. Gaya fikir orang Emosi lebih kepada kewaspadaan, teliti dan ini sedikit lambat dan sesuai pada sifat kelelakian yang sabar. *Level emosi perlu SABAR*. *Level minda perlu IKHLAS*. Sama juga dalam pasangan suami isteri yang ideal. Suami dengan level emosi dan isteri dengan level minda. Jika isteri level emosi keadaan akan jadi terbalik pula. Sifat amarah dan pemarah yang tidak sepatutnya akan berlaku. 


Jika anda lelaki maka sebaiknya memiliki level emosi. Jika anda wanita sebaiknya memiliki level minda. Otak kanan bahagian emosi lelaki dan otak kiri minda wanita. Otak bahagian atas dalam gelombang gamma yang lebih laju adalah wanita atau isteri. Manakala otak bahagian bawah dalam gelombang beta agak perlahan pada lelaki. Rasa CINTA atau LOVE itu datang mengalir secara ikhlas tanpa berkira-kira. LOVE itu spontan. Cinta ikhlas akan bertahan lama. *Tetapi bab jatuh cinta lebih cepat pula kaum lelaki ni ye!!* Tetapi tidak bertahan lama jika terganggu perasannya. Namun cinta atau love seorang wanita yang bernama isteri terus kekal dengan keikhlasan. Wanita yang ikhlas akan menyimpan rasa maranhya dan lama kelamaan akan melenyapkannya maka rasa cinta terus kekal.


Rasa cinta itu datang dari sebuah jantung yang sihat. Bermakna kekuatan rasa cinta itu milik wanita. Sebab itu jelas bahawa wanita kurang mengalami penyakit jantung kerana sifat ikhlasnya. Zat protein yang dimakannya akan hadam menjadi tenaga fikirannya kerana sifat ikhlasnya. Ikhlas akan meneutralkan toksin dalam sisa-sisa zat makanannya. Ikhlas yang mewakili pencernaan atau penghadaman dapat mengelak gastrik. Kelemahan pada wanita yang tidak ikhlas adalah tanda gastrik. Elakkan rasa tamak. Jika wanita diserang dengan penyakit jantung maka pastikan semula sifat ikhlas dalam sehala percakapannya. 


Andai si lelaki dengan level diri luarannya adalah hijau atau level minda maka keadaan akan menjadi sedikit komplikasi. Begitu ramai kaum lelaki level minda akan menghadapi masalah jantung. Lelaki level minda yang tidak stabil sifatnya akan ketagih merokok umpamanya.  Penyumbatan jantung dan penyakit lemah jantung. Cara berfikir tidak sama dengan sifat kelelakiannya yang sepatutnya perlu waspada. Jika terganggu perasaannya juga amat sukar dikawal. *Dan banyak lagi...* Kita perlu menguasai bidang psikologi kenal diri ini secara serentak penuh kemahiran. Ahli psikologi yang tidak kenal pembawaan unsur diri sesorang akan menasihati seseorang dalam kaunselingnya secara rambang tanpa panduan. Dan itu jelas makin mengelirukan malah penuh hipokrit. Syok sendiri dan terasa nasihatnya seperti dibuat-buat.


*Ikuti kelas profesional peringkat tertinggi untuk membedah diri siapa kita sebenarnya*. *Jadilah doktor yang menguasai psikologi diri sebelum mula untuk memahami sebuah penyakit*



*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Friday, July 19, 2024

Ilmiah cvt 19 Julai 2025


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Buah timun sebagai sayuran paling berkhasiat dengan vitamin dan mineral. *Gabungan vitamin dan mineral sesuai untuk level emosi*. Level emosi sebenarnya alah pada lemak kolestrol dan PROTEIN. Melainkan level emosi pink dan dalamannya minda hijau. Sebab level minda perlukan makanan yang tinggi protein. Saya dengan level luaran adalah emosi dengan keperluan vitamin dan mineral. Emosi atau jiwa berkaitan dengan perasaan. Perlukan rasa damai dan tenteram. Lebih banyak mineral akan menambah oksigen. Sifat diri yang memerlukan rasa sabar yang tinggi. Kemarahan akan memiskin darah dengan oksigen dan ini menjurus ke arah kelumpuhan. Jika nak jadi vagetarian maka level ini baik untuk kesihatan. Tetapi pastikan pula apakah level dalamannya. Saya dengan level dalaman fizikal perlukan karbohaidrat. Keperluan tenaga yang lebih untuk orang fizikal. Banyak makanan dari berbagai jenis protein buat saya alah. Banyak jenis ikan yang kaya zat berkhasiat membuat saya alah. Beruntung level spiritual yang memiliki makanan berlemak.



Bermakna kita harus tahu level luar tentang sifat dan dalaman yang mengawal sistem tubuh dengan gejala penyakit. Oleh sebab itu saya cadangkan agar kerja metabolisma tubuh menjadi lebih tinggi ketika waktu tidur. Sambil tidur kita dapat mengolah zat makanan menjadi tenaga. *Itu juga alasannya kenapa saya cadangkan minum air sebelum tidur*. Air akan meningkatkan kerja metabolisma ketika tidur. Air tidak termasuk dalam kategori lemak, protein dan karbohaidrat. Air amat tersendiri sebagai antioksidan paling murni. Begitu juga dengan buah timun. Buah antioksidan. Elakkan makan buah timun yang sudah lebam dan kecut. Buah timun amat cepat lebam dan kecut. Sesuai dengan sifatnya sebagai jentera antioksidan dalam sistem pencernaan kita. Sesuai dengan fungsi serat halusnya yang membongkar zat berat di dalam hati dan buah pinggang. *Zat anti kanser*. Zat yang mampu membersihkan sel-sel kanser pada bahagian kesuburan dan kewanitaan. Kanser ovari dengan tanda keputihan. Keputihan adalah normal tetapi sudah tidak normal jika berbau hanyir berterusan. Timun akan mencuci sepenuhnya keputihan dari kesan lemak dengan kolestrol berlebihan. Namun golongan wanita takut meneruskan makan timun apabila pembongkaran zat berat yang mengganggu siklus period dan seperti menambah kesan asid keputihan. Wal hal wanita lepas bersalin amat perlukan timun bagi mempercepatkan pengecutan rahim. Kesan asid yang banyak pada rahim akan dineutralkan dalam aturan haid yang tidak menyakitkan. 


Timun dan air satu keajaiban. *Namun timun tetap tidak sesuai dimakan diwaktu malam*. Timun akan mengusir radiasi dari kandungan garam yang tidak sihat. Timun yang tinggi pottasium adalah juga sama dengan sifat garam yang sihat dan akan rosak dan menambah pula asid jika diambil diwaktu malam. Timun dan garam sesuai diambil diwaktu siang bagi mengelakkan kesan tindakbalas yang negatif. Kajian mengenai keajaiban timun belum pernah dibuat oleh para saintis. Iblis menutup rahsia timun dan garam.


*BERSAMBUNG*….


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Monday, July 15, 2024

Ilmiah cvt malaysia 16 Julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Minumlah air sejuk yang bersifat menekan dan memberi tekanan semulajadi pada darah dan akan menambah haba serta oksigen pada darah. Oksigen yang bersifat panas akan melancarkan aliran darah. Begitulah sukarnya akal hendak memahami logik ilmu Allaah yang tersirat. Seperti permukaan air laut yang membeku namun aliran air di dasar laut tetap panas seperti sediakala dan makhluk-makhluk hidup di dalam tetap mampu melangsungkan kehidupan. Bayangkan jika air laut terus membeku hingga kedasar. Maha suci Allaah mengatur segalanya dengan bijksana. 


Jelas yang sejuk dibahagian luaran dapat memanaskan darah yang tengah dan bersifat panas dengan kuasa tekanan pada ais. Aliran darah dibahagian tengah akan lebih lancar dan tulang yang bersifat dasar akan lebih sihat dengan suhu yang sejuk. Tulang yang sejuk dapat menyerap kalsium dan sodium untuk kekuatan tulang. Jika kalsium dikenakan dengan suhu yang panas akan terjadilah kesan kesakitan dan kebengkakan pada urat dan terjadilah penyakit gout yang menyakitkan. 


Urik asid yang bersifat panas akan bertambah aktif dan menyakitkan tulang. Tulang yang panas akan menimbulkan kesakitan saraf dan kebengkakan pada urat. Gout yang membengkak pada otot kaki begitu mudah dikecutkan jika dituam dengan ais. Ternyata ais juga penahan sakit yang paling berkesan. Menyapukan dengan minyak panas pada kesakitan dan kebengkakan gout yang berpunca dari diposit urik asid pada tulang yang panas sebenarnya hanya akan menambah parah lagi.


Fakta ilmiah tidak terbantahkan. Ais dapat membuka semula aliran darah yang beku. Urutan ais akan menolak gas yang menyekat aliran darah. Quantum hdi yang tidak masuk akal tetapi jika dibuat eksperimen akan menjawab segala kekeliruan. Moga semua warga CVT beroleh rahmat kasih Allaah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Thursday, July 11, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 12 Julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Spiritual bulan. Minda matahari. Otak kanan bulan otak kiri matahari. Persilangan kiri dan kanan. Persilangan Atas dan bawah. Saling ada daya ketertarikkan. Keseimbangan dan toleransi. Jika sama level maka akan berlaku penolakan

dalaman. Cahaya bulan adalah Nur sejuk yang didalamnya panas. Cahaya matahari Nur panas dan dalamnya sejuk. Spiritual bulan dan fizikal matahari. Ini adalah persilangan yang baik. Dari level diri maka secara auto kita sudah tahu sumber vital energi kita dari bulan atau matahari. Jika spiritual dan emosi. Bermakna bulan dan bulan. Lebih baik sedikit emosi dan fizikal. Sebab ada bulan dan matahari yang bersebelahan kanan dan kiri.


Tarikh lahir adalah program dalam ketetapan dna karakter dan penyakit. Yang detailnya adalah ditentukan oleh imaginasi dan fikiran kita. Tenang spiritual tetapi tekad pada fizikal. Bersemangat spirit dan padu gaya fiziknya. Spiritual tidur sedikit dan emosi tidur lama. Disitu sudah ada

kontradikasi dan kehendak yang berlawanan. *Kelas asas eksklusif dua hari ada sedikit masa untuk menyentuh secara umum topik kenal diri dalam tajuk-tajuk yang lebih luas*. *Namun kelas peringkat tertinggi akan mengupas topik kenal diri secara lebih mendalam.* Moga seorang doktor pakar CVT harus sedikit sebanyak dapat menguasai bidang psikologi diri ini sebelum cukup layak merawat penyakit.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Wednesday, July 10, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 11.07.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Penyakit dalaman berlaku mengikut karakter sifat dan tingkahlaku mengikut level diri luaran. Penyakit berlaku secara persilangan. Contoh orang level emosi atau level jiwa berkaitan perasaan. Perasaan yang terganggu lama maka lama kelamaan akan memberi kesan jangka panjang. Penyakit muncul secara senyap dan biasa sudah lama baru akan terjadi selepas beberapa bulan atau tahun. Kisah lama tragedi lama. Semua perlu dipadamkan sepenuhnya. Tetapi itu semua amat sukar. Kita perlu bantuan energi frekuensi dan sekaligus menjadi vibrasi. NW 10 adalah bantuan tenaga hayat ini. Itu solusi orang bijaksana. *Tenaga hayat itu adalah tenaga vital*. Setiap sistem dibagi pada 4 bahagian. Paru-paru kiri atau kanan atau bawah. Level emosi berada pada MAKAM atau ruang pada sebelah bawah dan kanan. Otak bawah sebelah kanan adalah bahagian jiwa. Menuju ke bahagian mana-mana bahagian organ tubuh juga ke bahagian bawah kanan. Tetapi pada bahagian muka akan terbalik secara bersilang pada muka sebelah kiri atas.


Sesak nafas dan nafas tidak cukup. Bermakna terapi tarik nafas itu lebih sesuai untuk level emosi. Bermakna level luar dan dalam perlu kita semak. *Level luar lebih dominan mempengaruhi sifat dan tingkah laku*. Sifat atau karakter juga juga akan mempengaruhi penyakit daIam jangka masa panjang. *Level dalam lebih mempengaruhi sistem tubuh yang muncul lebih banyak penyakit*. Penyakit bahagian DALAMAN pula sangat berkaitan zat dan pemakanan. Level JIWA atau emosi ini sebaiknya mengambil NW 10 paru-paru untuk menjaga perasaannya. NW 11 pada masalah jantung. Keduanya berkaitan dengan frekuensi warna hijau. Tak banyak beza. Hanya level jiwa lebih ada rasa kasih dan sayang penuh simpati pada NW 10. Level minda adalah simbol cinta pada jantung NW 11. Elakkan rasa kecewa hampa, pilu dan sedih yang biasanya terpendam di dalam. Berbeza level jiwa yang negatif jika nak marah akan dilepaskan kemarahannya. Itu juga akan memberi rasa kesal yang memakan jiwa atau merosakkan perasaan. Masalah jantung sangat berkaitan dengan level minda. Tekanan fikiran akan mempengaruhi rentak jantung. Emosi dan minda sebenarnya berkongsi pada satu sistem yang sama. Emosi sistem pernafasan dan Minda sistem pencernaan. Terganggu pencernaan akan terganggulah pemikiran dan pernafasan. Level MINDA yang mempengaruhi pemikiran dengan gejala kerungsingan atau kerisauan. NW 10 diambil untuk mengembalikan rasa damai. 


NW 11 untuk pulihkan rasa kecewa. Alangkah bagusnya jika pasangan level diri luaran adalah jiwa dan bahagian dalaman adalah minda. Lebih mudah mengendalikan diri. Begitulah unik ilmu mengenal penyakit melalui ilmu kenal diri. *Ikuti kelas asas eksklusif dua hari di Singapura pada 13 dan 14 Julai 2024 ini*.



*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab








Saturday, July 6, 2024

Air kelapa muda hijau

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semua jenis buah adalah sihat jika di makan SESUAI WAKTUNYA. Waktu disesuaikan dengan warna pada kulit buah dan warna isi dalaman buah itu. Tetapi dalam senyap tanpa disedari buah menjadi punca kepada berbagai penyakit yang mencemarkan kesihatan asas iaitu darah. Sebagai contoh pada buah kelapa. AIR buah kelapa MUDA paling tinggi vitamin C yang amat mudah larut dalam darah. Air kelapa mengandungi karbohaidrat untuk tenaga dalam simbol warna hijau. Air kelapa akan berbeza rasa dan berbeza zat bergantung pada jenis dan kawasan tanah yang ia tumbuh. Kelapa laut ditepi pantai berpasir tidak sama dengan kelapa di kawasan tanah tinggi ditepi bukit. Dengan warna kulitnya yang hijau. Hijau adalah warna waktu pagi. Minum air kelapa muda sama seperti kita minum air dengan kandungan garam yang sihat. Pendek kata kelapa itu simbolik garam semulajadi. Baja kelapa juga adalah garam itu sendiri. 


Air kelapa ada kesan ELEKTROLIT yang akan memberi cas pada darah ke buah pinggang. Kesan ini bersama vitamin C mudah larut akan secara mendadak dapat menjadi antioksidan menyingkir toksin dengan cepat jika kita terkena demam campak. Apa sahaja jenis demam sebaiknya minumlah air kelapa muda yang ajaib anugerah TUHAN ini. Pesakit buah pinggang perlu membina semua tisu buah pinggang yang sudah keras dengan air kelapa muda. Kesan air kelapa sebagai pelarut yang akan mencuci bersih buah pinggang. Buah pinggang perlu ion negatif untuk cas-cas elektrik. Buah pinggang akan memberi kekuatan tenaga pada tubuh. Cuci darah tidak akan menyelesaikan masalah bagi pesakit buah pinggang. Tidak akan ada kesudahan dan ini amat membazirkan masa hidup dalam kerja yang amat sia-sia. Kerja sia-sia ini dah jatuh dosa. Berhentilah merawat dengan idea syaitan ini.


Saya cadangkan air kelapa hijau yang muda sahaja. Air kelapa jenis lain memberi kesan juga tetapi sederhana. Tapi jika tidak ada rotan akar pun berguna. Air kelapa tidak sesuai tumbuh di kawasan sejuk. Bermakna antidot kelapa itu sesuai dikawasan khatulistiwa yang penuh mendapat sinar cahaya matahari. Berbagai jenis penyakit beragam juga banyak muncul dikawasan panas khatulistiwa ini. *Tetapi air kelapa menjadi sangat bahaya jika kita minum sebelah malam*. Segala ubatan kimia akan neutral dan ada pula yang akan bertukar menjadi toksin apabila bersatu dengan air kelapa. *Ingat ya!! air kelapa itu adalah sepenuhnya garam yang bertindak menjadi zat dan sekaligus ubat*. Air kelapa boleh diminum ketika sedang makan atau sebelum dan selepas. Namun dosisnya adalah sebiji untuk satu tubuh. Garam tanpa cahaya akan mengubah air kelapa bertukar menjadi asid.


Kesan KEGELAPAN tanpa cahaya di waktu malam dalam kandungan garam seperti POTTASIUM atau KALIUM tidak berfungsi.  Pottasium dan cahaya matahari. Akibatnya otot dan urat menjadi keras atau mudah kejang. Dan banyak lagi zat menjadi keras dan muncul batu kristal atau batu karang pada buah pinggang. Sebab itu saya cadangkan agar kita berpuasa malam sahaja. Buah yang paling tinggi kadar pottasium didunia ini adalah pisang. Jika nak makan juga pisang sebaiknya di waktu kuning iaitu tengahari. Waktu kita memerlukan tenaga instant.  Iaitu waktu solar plexus. Waktu enzim di perut akan mengurai gas menjadi tenaga. Waktu tubuh bekerja kuat. Jelas yang makan buah pisang di waktu malam itu memang mencari penyakit. Darah kita akan tercemar berasid. Asid pisang amat bahaya. Luka atau kudis akan lambat baik termasuk yang kena gangrean. Urat dan pembuluh darah mengeras. Kekejangan otot adalah puncanya. 


Pottasium adalah garam yang tidak masin. Itu penyebab rasa sedap dan kita ketagih secara semulajadi. Musuh tersembunyi di dalam buah jika kita makan diwaktu malam. Sama juga dengan buah mangga muda atau mangga yang sudah masak ranum dan manis jika kita makan diwaktu malam. Buah pinggang akan kecut dan mengeras dan mudah bocor. Kadar urik asid menjadi sangat tinggi. Punca pada asid tulang dan penyakit gout. *Amalkan GARAM BOOSTER dengan fungsi tiroid pengimbang iodin dan kalsium*. Ikan dilaut dan asam di darat. Akan bertemu juga di dalam lauk.  Maka garamlah pengimbang rasanya.  Ilmu akan menyelamatkan kita. Saya sedar setiap kali saya memberi info atau ilmu yang penuh berpantang ini amatlah tidak disukai oleh ramai orang. Jadi tidak bebas dan serba tidak kena. *Bersabarlah*. Ingat akan sejarah kenapa akhirnya kita menuju mati. Hanya gara gara sebiji buah terlarang ditaman syurga itu.  Iblis sentiasa membisikkan sesuatu yang akan mematikan kita dengan penyakit. Ilmiah secara kuantum berfakta tentunya secara mendalam di dalam kelas profesional peringkat tertinggi Nov ini.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Friday, June 28, 2024

Terapi gelombang otak sebagai methode pengubatan tambahan atau pelengkap

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terapi gelombang otak sebagai methode pengubatan tambahan atau pelengkap. Otak yang mengawal semua sistem atau sesuai dikatakan pusat kawalan sistem saraf pusat. Pemulihan sistem tubuh dikendalikan oleh otak. Otak yang tahu masalah dalaman tubuh kita. Otak yang mengatur pola fikir dan proses berfikir serta mengendalikan perilaku, emosi dan gerakkan sensasi pada tubuh. Otak juga berperanan mengatur siklus tidur dan bangun tubuh. Otak yang tersusun dengan jutaan sel saraf atau neuron menggunakan aliran listrik atau gelombang sebagai cara berkomunikasi. Oleh itu kita perlu mengambil kesempatan yang tertinggi dalam kaedah menggunakan gelombang otak ini. Kita mesti mendahului secara serius kaedah gelombang otak ini yang seumpamanya didunia. Kita mahu melahirkan anak-anak CVT yang genius. Bukan sekadar teori lagi. Kita sudah praktiskan lebih dari 25 tahun. Hasilnya amat cepat. Kita juga dapat rawat berbagài gangguan mental dan emosi dengan formula ini. Kita dapat rawat masalah spiritual dan fizikal. 


Ada 5 jenis gelombang otak ini. *Yang tertinggi adalah GAMMA daIam matrik 9 iaitu NW 1 dan NW 2 putih*. Gangguan spiritual seperti kelesuan kronik yang membuat tubuh lemah longlai akibat sesuatu trauma atau kejutan yang melampau. Kekuatan semangat akan melonjakkan kekuatan fizik apabila diberi pasangan dengan NW 20. Pasangan NW 1 untuk kelenjar pineal dan NW 20 untuk tulang, otot dan saraf. Gelombang gamma yang tinggi dalam tahap meningkatkan KESEDARAN. Kepimpinan perlu ada tahap ini. Gelombang otak paling rendah adalah DELTA 1 hz hingga 4 hz diikuti oleh THETA antara 4 hingga 8 hz. Gelombang ini sesuai sewaktu tidur lena. Ketika tidur lena usus besar mencerna zat lebih aktif. Jika terlalu lama tidur perut pun jadi keroncong. Gelombang yang perlukan fokus seperti NW 4 dan pasangan NW 19. Ketika tidur usus akan menjalankan kerja dengan baik. Jika tidak dapat tidur lena maka psikologi usus akan berlaku rasa ketakutan melampau atau phobia. Takut nak tidur. Banyak mimpi ngeri yang menakutkan. Gelombang beta, gelombang delta dan gelombang alfa semua dengan frekuensi yang tersendiri.


*Semua ini akan dikupas secara mendalam di dalam kelas peringkat tertinggi nanti*. Walaupun terapi gelombang otak masih baru diperingkat dunia. Tetapi saya percaya gelombang otak adalah kaedah rawatan yang paling selamat dan cepat. Gelombang otak tidak boleh menipu. Otak yang tahu suasana hati dan perasaan kita. Frekuensi otak dengan sistem neuro penghantar isyarat listrik perlu dibangunkan. Saya amat yakin dan percaya satu masa nanti dunia akan menerima tanpa ragu dengan teknologi gelombang otak ini. Frekuensi suara atau bunyi yang dikelola oleh niat akan mempermudahkan lagi kerja otak menyusun sistem tubuh. Kita mahu keupayaan kadar kecepatan penyembuhan dapat dikawal oleh ikhtiar atau usaha yang ada daya atau energi pada seorang pesakit itu sendiri.


*Gunakan formula BRAINY SUGAR ENERGY CVT untuk anak anak*. Banyak testimoni pencapaian yang luar biasa telah kita perolehi.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab



Saturday, June 22, 2024

Garam dan fungsi tiroid

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Garam dan fungsi tiroid. Amalan garam letak dilidah sebelum mula makan adalah sunnah. Alangkah baik jika yang sanggup kemam dahulu dan dalam beberapa detik baru minum air. Komponen asid amino dengan air liur akan menguatkan antibodi ketika wabak covid. Baik untuk pertahanan dan pencegahan. Jika ditakdirkan berlaku lagi wabak ini. Kemam dilidah daIam beberapa detik. Kita akan dapat rasakan manisnya garam apabila kita minum air. Tujuan untuk merangsang hormon tiroid. Hormon untuk kerja metabolisma karbohaidrat awal pagi. Sebelah tengahari akan memecahkan zat lemak dan protein. Sebelah petang akan memecah paras glukosa dan kolestrol dalam darah. Amalkan ketika perut masih dalam keadaan kosong untuk elak rasa mual nak muntah. Selepas sarapan pagi hingga menjelang tengahari sudah beberapa jam berlalu dan perut sudah kosong kembali. Bermakna sebelum makan tengahari boleh amalkan lagi garam itu. Sungguh jelas bahawa fungsi garam amat besar. Hampir semua zat dalam kerja metabolisma akan ditukar menjadi tenaga dengan bantuan oksigen. *Ingat!!!* garam dan itulah pembawa oksigen. Oksigen akan melancarkan aliran darah untuk elak tekanan darah tinggi. Garam dan tiroid sebagai hala tuju dalam semua arah. Ada isyarat pantulan semula atau bio feedback dari otak kembali pada tiroid setelah mengenalpasti zat yang kita kunyah. *Kunyah lama-lama*. *Bukan makan lama-lama*.  Garam dan air liur yang kaya enzim dengan asid amino akan mengenalpasti protein menjadi antibodi.  Zat-zat makanan akan dikenalpasti untuk aktif dan dihantar ke bahagian tubuh yang memerlukannya. 


Garam bertindak sebagai agen komunikasi yang tepat. Semua bertambah aktif berganda dengan keberkatan garam. Mulut masin doa termakbul sesuai kedudukan dibahagian tengah tubuh iaitu dibahagian leher. Ada banyak saluran darah dileher. Jika urat leher dah berlipat dan berkedut tanda hormon seksual sudah kurang. Lebih banyak anak maka lagi banyak urat bahagian tiroid kecut dan hilang. Tanda dibahagian leher yang berkedut itu kemungkinan besar sudah menopouse jika golongan wanita dan lelaki sudah endropouse. *Formula yang dapat memanjangkan atau menunda tempoh menopouse awal dan endropouse awal adalah NW 9 daIam matrik 5 atau GARAM BOOSTER*. *Frekuensi dalam matrik 5 warna biru yang sejuk*. Warna indigo kebiruan waktu subuh sebelum terbit matahari. Garam dan fungsi tiroid akan mengimbangi kadar iodin dan kalsium. Garam akan meningkatkan pertumbuhan fizikal tubuh yang kerdil. Membaiki vocal atau suara yang kecil. Membentuk kelangsingan bentuk tulang yang ramping dan cantik. Jika terlalu kurus atau terlalu gemuk sangat berkaitan dengan bahagian fungsi garam dan tiroid ini. 


Garam dengan suara yang bergetar akan menguatkan kesihatan tulang Iebih solid dan padat nak elak pereputan tulang. Begitulah kelebihan orang yang selalu berdoa, menyanyi dan mengaji. Orang yang menjaga suara dan kata-kata. Nabi tidak perlukan doa itu. Malah tidak sampai. Melainkan akan melantun semula pada siapa yang berselawat ke atas nabi. Suara dalam semua arah dari titik tengah. Lafaz suara yang membentuk gelombang dan menjadi reality. Orang yang sudah berumur dan lemah sendi dalam semua pergerakkan yang kaku amat memerlukan *GARAM BOOSTER*  ini. Semua berkaitan dengan hormon di tiroid.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab



Thursday, June 20, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 21.06.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Riaksi garam adalah instant atau amat serta merta bila masuk ke dalam perut. Gas dan asid akan terbongkar memecah kerana panasnya perut. Oleh itu teknik pengambilan garam ketika perut sedang kenyang iaitu selepas makan adalah amat dilarang. Ambil garam ketika perut kosong. Ketika bangun awal pagi, rasa lapar dan itu tanda perut banyak gas. Jika kita ambil garam selepas sarapan maka air liur akan keluar banyak dan rasa nak muntah. Untuk nak rasa reda sebaiknya kita muntahkan semula apa yang kita makan sebentar tadi. Kecuali jika kita dapat bertahan dan keadaan akan kembali reda juga seperti biasa. Rasa mual dan nak muntah itu kesan zat bercampur asid dalam perut. Penyusun semula zat itu adalah dengan minum minuman yang sejuk. Garam juga bersifat sejuk. *SETIAP YANG SEJUK AKAN MENYUSUN SEMULA ZAT*. Semua zat akan ambil masa beberapa jam untuk ditukar menjadi TENAGA atau yang terakhir menjadi racun bertoksik. Jika ada garam maka kesan metabolisma penghadaman lebih cepat dan berkesan. Kita tak mahu rasa mengantuk selepas makan. 


*GARAM BOOSTER CVT* adalah garam bukit yang kaya zat mineral paling asas untuk keperluan tubuh. Zaman dahulu tok nenek kita lebih banyak amalkan garam laut. Memanaskan garam dalam masakan. Sebab itu banyak kes kematian mengejut awal pagi berkaitan masalah jantung. Otot jantung kejang dan perut banyak cecair asid dan gas. Tetapi tidak dapat dikaitkan kerana apa??. Konon mati kerana faktor umur sudah tua. Purata 50an ke 60an. Sebenarnya belum cukup tua untuk dikaitkan dengan masalah jantung. Yang dipersoalkan adalah kematian mengejut. Mati ketika tidur. Zaman dahulu belum banyak ditemui garam bukit yang bersih halus dan kaya dengan mineral ringan. Sungguh garam dapat menjadi penawar racun yang mematikan. Racun yang memecahkan sel-sel darah. Bermakna jelas fungsi dan kegunaan garam adalah satu keperluan paling asas sebagai penjaga kesihatan darah dalam tubuh. 


Garam itu doktor peribadi kita. Penyusun zat kimia dengan menemukan pasangan zat agar menjadi tenaga. Garam sendiri raja segala kimia yang bersifat berpasangan. Maka garam menemukan pasangan zat apa yang kita makan. Kita sebenarnya bukan kekurangan zat. Hanya kerana kurang garam hidup aktif dan bergetar sahaja. *Kimia dari level minda dan garam dari level emosi*. Garam umpama api atau cahaya yang terang kerana membawa oksigen. Garam yang ditakuti oleh sang iblis. Garam dan terangnya cahaya alam semesta. Iblis menyelinap masuk ke dalam zat alahan apa yang kita makan. Jika dalam darah kita cukup garam maka ini akan memerangkap sang iblis. lblis amat berkenan dengan warna merah gelap dalam darah kita yang berasid kerana kurang oksigen. Sebab itu hari sabtu perlu istirehat kerana dominan merah amat kuat daya tarikannya. Darah yang penuh mineral amat kuat daya tarikannya. Kita boleh diserang dengan penyakit angin ahmar kerana aliran darah yang amat lemah kerana kekurangan oksigen. *Sekali lagi saya ulang Ya!!* laitu kekurangan garam akan berkurangnya oksigen dalam aliran darah. 


Garam akan memudahkan oksigen masuk menyerap ke dalam sel-sel darah. Protein yang tidak hadam dalam sel-sel tubuh akan dibakar oleh oksigen. Oksigen itu adalah garam penawar atau antidot paling dekat dengan segala zat. Kita tidak tahu zat-zat alahan yang akan kita makan setiap hari. Setidak-tidaknya jika garam dipermulaan pagi akan menyelamatkan kesilapan dalam menu makanan itu. Boleh bebas makan apa sahaja jika garam sudah berada awal daIam perut. Tidak perlu takut lagi dengan zat protein alahan. Ada solusi yang sungguh adil yang tuhan anugerahkan pada kita iaitu garam. Sebelum keluar pagi kita perlu kekuatan otot untuk melakukan pergerakkan. Kita patah dan ranapkan unsur asing yang menumpang ini selain membakarnya dengan garam. Mungkin bahasa ini lebih mudah buat kita menghayatinya.


*Ingat ya!! bahawa garam ada energi frekuensi dan vibrasi*. Sungguh istimewa. Hanya *GARAM BOOSTER CVT* ada rakaman tenaga vibrasi itu. Moga semua warga CVT terselamat dan dapat diselamatkan.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Tuesday, June 18, 2024

Puasa waktu malam


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Sel kanser*. Apakah merawat dengan cara membunuh sel dan membakar sel itu rasional. Itu hanya akan memendekkan nyawa. *Ingat ya!!* Nyawa atau tenaga hayat kita bergantung pada jumlah sel. Jangan buat rawatan seolah-olah nak bunuh diri dengan memendekkan nyawa. Program diri kita ada dalam dna bermakna dalam sel. Radiasi radiologi gelombang panas yang mematikan. Yang pelik menyalahkan gula secara umum. Gula adalah bahan pembakar dan pengubah zat PROTEIN menjadi tenaga. *Apa itu sel kanser??*. Sel kanser adalah sel ganas yang tidak siuman sifatnya. Sel juga ada karakter. Pertumbuhan sel tidak terkawal. Benjolan penuh lemak dan protein alahan. Dari mana sel kanser dapat energi berkembang. Nutrie apa yang dimakan oleh sel kanser. Makanan alahan atau pola makan. Sel kanser adalah makhluk hidup juga. Sel kanser perlu makan. Tapi sel kanser takut makan garam. Nak salahkan saluran pembuluh darah yang membawa makanan pada sel kanser. Itu lagi tidak bijak.  Bukan salah pembuluh darah. Sebenarnya darah kita kotor sebab kekurangan oksigen. Sel darah tidak sihat. Darah penuh lemak dan kolestrol dan zat protein alahan yang kita tidak sedar. Tumur yang jinak dalam bentuk benjolan yang tidak sakit. Lebih berkaitan cecair lemak. Tidak boleh menyalahkan gula dan itu tidak akan menyelesaikan masalah. Jelas sungguh bahawa ilmu penyakit kanser jadi komplikated dan tidak tepat. Ini akan menambah bahaya dan menambah sulit rawatan. Wal hal kita perlukan gula dan tubuh kita yang lain perlukan gula atau tenaga juga. 


Sel imun perlukan gula. Kita perlu gula organik yang sihat. Gula yang ada tenaga. *Gula sampah memang perlu dielakkan*. Akhirnya jalan keluar cara nak rawat kanser melalui berpuasa. Jelas berkaitan makanan alahan kan!! . Tapi menjelang berbuka dan waktu malam kita makan lebih banyak sampai waktu nak tidur masih makan. Maka gaya puasa cara itu sangat tidak berjaya. Lebih baik puasa malam sahaja. Sebelah siang makan seperti biasa. Setidaknya masih ada bantuan cahaya matahari untuk kerja metabolisma. Puasa malam penuh disiplin sebab dah nak masuk tidur. Metabolisma sebelah malam sangat perlahan. Lambakan lemak protein tidak mudah dibakar menjadi tenaga. Sebetulnya kita makan waktu pagi Iebihkan karbohaidrat atau gula. tidak dapat nak elak gula, nasi dan kentang kerana semua itu adalah gula. Gula Itu fitrah. Sebelum makan apa-apa awal pagi. Ketika perut masih kosong. Saat kita lapar. Saat itu sel kanser juga lapar. Sebaiknya kita umpan dengan mulakan garam terlebih dahulu. Sel kanser akan berlapar dan mati sendiri. Garam akan MENYUSUN semula zat alahan dalam sel-sel kanser. Kemungkinan sel-sel kanser dapat dibaik pulih oleh garam dalam kerja metabolisma sebuah sel. Garam penyusun zat kimia dalam sel-sel kanser yang lapar. Sel kanser takut makan garam mineral yang penuh zat-zat ubatan yang akan membakarnya *DENGAN OKSIGEN*. Garam ada zat besi dan 86 zat lain yang sihat yang membawa kesan elektrolit pembawa oksigen dalam aliran darah. Kurangi makan tengahari yang banyak protein seperti ikan dan lemak lebih banyak makan buah-buahan sebelah petang sebagai antioksidant. Namun buah-buahan yang masam akan membuat garam merosot dan perlu diganti semula. Inilah terapi imunisasi dari makanan kita sendiri. Kita harus jauh lebih bijak dari seorang doktor biasa yang merapu. 


Mengesahkan kanser akan menjatuhkan sistem imun. Membuat rasa kejutan akan melemahkan sistem imun kepada diri seseorang. Satu kejutan yang tidak sihat. Perlu ada cara yang lebih bijak dalam memberi respon hasil ujian itu pada pesakitnya. Para doktor harus lebih banyak belajar psikologi. Ujian biopsi yang dikatakan tepat sebenarnya hanya akan menambah kesan permulaan sel kanser menjadi ganas. *Raja segala kimia adalah garam bukit terpilih*. *Itu ada dalam GARAM BOOSTER*. Mengandungi 85 peratus natrium clorida atau garam. 15 PERATUS bahan mineral dengan kandungan 86 element yang diperlukan tubuh. *Ingat ya!!!* bahawa tubuh kita terbina dari element atàu unsur atom yang lengkap. Dan itu ada dalam garam. Garam menguatkan sistem pencernaan. Garam bunuh bakteria jahat yang berlebihan dalam usus. Garam bunuh cacing dalam usus. Garam menambah kesan elektrolit dalam melancarkan aliran darah yang tersekat pada bahagian benjolan tumur kanser. Garam menambah oksigen dan menyihatkan sel dan merawat sel tumur tumbuh secara tidak terkawal atau ganas itu. *GARAM BOOSTER* akan bergerak aktif ke semua arah. *GARAM BOOSTER* adalah garam bukit yang bersih amat kaya mineral. Garam laut salah satu penyebab darah tinggi sebab miskin mineral sekitar 2.5 persen sahaja. Amat miskin mineral namun masih baik dan sihat sekiranya tidak dipanaskan. Garam bukit ada zat besi kalium, tembaga, magnesium yang mudah MENYERAP masuk ke dalam darah untuk kerja elektrolit. Rahsia mudah serap. Pendek kata garam yang kaya mineral penghalau gangguan halus dalam perut kita. Mereka bersarang lama dalam perut dan dalam aliran darah kita. Garam akan menambah volume air liur, menambah enzim dalam kerja metabolisma. Jangan kita diperbodohkan lagi bahawa garam penyebab darah tinggi. Kerana kurang pengahayatan ilmu garam seolah-olah kita bercakap penuh dusta. Fakta bahawa garam kaya mineral bersifat elektrolit pembawa oksigen dan itu baik untuk rawatan darah tinggi. Kita hanya salah teknik dalam pengambilan garam. Tanda jelas kita kurang garam adalah sentiasa berlaku kekejangan otot dan bisa-bisa mencucuk pada sendi dan tulang. *Dosis pengambilan 2 biji kapsul GARAM BOOSTER sebelah awal pagi dan dua biji sebelum makan tengahari adalah dosis yang selamat dan sederhana*. Saya rasa dosis yang kita amalkan sekarang ini amat sedikit atau masih kurang. Garam dan keberkatan zat. Pastikan seluruh isi keluarga amalkan GARAM BOOSTER. *Ilmiah garam akan diperincikan lebih mendalam dalam kelas peringkat tertinggi NOV ini*.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab



Friday, June 7, 2024

Kursus pengamal profesional tertinggi color vibration therapy cvt

 *-ANTARA TOPIK-TOPIK SILIBUS YANG AKAN DIBENTANGKAN-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Energi dan ketuhanan. 

Fitrah manusia.

Teknik penyembuhan kuantum. 

Neurosains di otak.

Cara kerja getaran NW sebagai penawar.

Perbezaan energi dan herba.

Ilmu yakin dan percaya membentuk rialitas masa depan. 

Apa itu Dimensi??.

Falsafah atau rumus formula dalam menjelaskan fenomena berilmu.

Ruang dan masa.

Selaras dan keserentakkan.

Jati diri. Feminin untuk level spiritual dan minda dan maskulin untuk level emosi dan fizikal. 

Ritma atau irama dalam fungsi NW. 

Harmoni.

Realiti atau ilusi.

Tetori kuantum cahaya yang paling laju?

Malaikat dan partikel cahaya.

Hantu, dewa, alien, roh jahat, wali, jin, iblis dan syaitan VS MANUSIA.

Gelombang terhasil apabila ada gangguan atau halangan. Bagaimana mengawal dan mendapat faedahnya menjadi positif. 

Kuasai persamaan energi Cahaya, warna dan bunyi mencapai titik resonansi.

Matrik dan angka-angka secara sistematik.

Energi para nabi dan rasul pilihan tuhan.

Gelombang iblis dan dimensi serta kelemahannya.

Memindahkan dan menendang keluar gelombang energi negatif secara kinetik HDI.

Mengejar dan menguasai waktu dan frekuensi.

Medium jasad kotak hitam SEJUTA WAJAH.

Relativitas Hitam di dunia dan putih di akhirat 

Hati yang bergetar mencapai Arasy.

Menggetarkan semua sel-sel tubuh mengikut frekuensi.

Mencari yang ghaib menemukan yang batin.

Hakikat cahaya.

Partikel dan gelombang.

Hukum fizika klasik tidak pernah dapat menjelaskan segala sesuatu dengan jelas kerana ahli Fizikiawan sebenarnya berhadapan dengan TUHAN.

Radiasi benda hitam.

Reikarnasi akan terjadi pada siapa??. 

Energi itu diskrit.

Hukum gelombang dan kehidupan dunia. 

Mengharap tanpa daya atau energi adalah keruntuhan. 

Elektrik dan kemagnetan.

Gelombang itulah ujian penentu kecemerlangan.

Otak yang tidak berfungsi dengan baik dan dapat diuji lagi. 

Lemah otak.

Kurang akal. Tidak jadi apa-apa. Tunggul.

Jadilah terang dalam garam dunia.

Cuci usus dan cuci otak.

Cuci hati bersihkan fikiran.

Pemusatan gelombang tersebar ke semua arah dititik tengah pada bahagian tiroid.

Sifat dan tingkah laku jirim dalam sub atom.

Cahaya adalah tenaga. 

Keamatan atau kecerahan cahaya atau frekuensi. 

Bagaimana nak tendang elektron dan nak tendang penyakit??. Mengubah atau memindahkannya.

Frekuensi kena tinggi dan kecerahan cahaya juga perlu tinggi. 


Sungguh banyak teori atas kertas. Tetapi kita beruntung dapat menyusun ilmu quantum secara praktikal dalam bidang perubatan kuantum cahaya dan partikel ini. Quantum Entalgement. Saling terkait seperti telepati. Lebih dari kecepatan cahaya. Tiada istilah kelajuan di situ. Rawatan jarak jauh umpamanya adalah bukti melebihi kelajuan cahaya. Mendoakan pesakit akan menambah lengkap bersama dengan frekuensi NW sebagai penyusunnya.


Perdebatan tidak berkesudahan dalam teori kuantum kerana gagal faham keberadaaan tuhan.

Mengenal Jiwa dan roh. Nyawa dan tenaga. Energi dan getaran.

Ilmu kuantum adalah tabir baru dalam dunia perubatan.

Terjemahkan kuantum melalui seni angka dan warna.


Yang kurang yakin malah tidak percaya tidak akan faham. Kerana begitu banyak iblis di dalam dirinya. Kita belajar mengenai fenomena aneh. Kerana kuantum itu memang aneh. NW tidak dapat di kesan energinya. Seperti rawatan ilusi wal hal real bagi yang memahaminya.


Hidup dan mati sekaligus. Ada hidup dan mati dan ghaib hilang sebab itu orang yang dah mati sendiri pun tk tahu yg dia sudah mati. Sebab itu pusara diberi tanda sebagai bukti kematiannya. Hidup dalam realiti tetapi melaluinya seperti ilusi. Alangkah baiknya jika kita dapat mengingati dengan jelas sebuah mimpi.


Jika dunia dihiasi dengan gunung berbatu yang pecah ranah dan itu sudah cukup indah. Namun syurga dihiasi dengan kristal warna warni yang ada alunan bunyi merdu dan dibentuk indah penuh cahaya dan semuanya harmoni. Andai kita masih ada dosa maka dengan ilmu api panas di neraka akan menjadi api sejuk penyucian sebelum kita masuk ke syurga. Ilmu dan amal yang benar pasti akan menyelamatkan kita.


Menjelaskan kuantum secara sains.

Kuantum adalah ilmu paling awal dan hanya baru ini dikenali. 

Fungsi gelombang dalam sel.

Keanehan dalam dunia kuantum. 

Mind blowing jika salah pencerahan.

Harga diri dan karisma menjadi pengamal CVT.

Menuju karya seni perubatan kuantum CVT.


Ini adalah asas sebahagian kell topik ilmu kuantum dalam kelas peringkat tertinggi. Syukur alhamdulillah sambutan untuk 10 pelajar bagi kelas di Singapura dan di hq sudah lengkap dipenuhi. Saya melihat pada nama semua peserta yang telah membuat keputusan mendaftar adalah yang sudah cukup jam masa menjadi perawat yang penuh komitmen. *Syabas dan tahniah*.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Thursday, June 6, 2024

Bila kena bayar zakat emas?

Soalan favourite yang selalu ditanyakan tentang zakat emas.

 

Bila nak kena bayar zakat emas?

 

Ha…kalau anda baru beli 1, 2 gram emas, tak perlu fikirkan lagi tentang zakat emas.

 

Sebab zakat emas hanya untuk mereka yang dah simpan 85 gram emas (bersamaan dengan 20 dinar) atau lebih selama setahun.

 

So kalau anda baru je ada 10 gram goldbar, tak kena lagi bayar zakat.

 

Anda baru ada 10 dinar? Pun tak perlu lagi bayar zakat.

 

Tapi kalau anda ada simpan 85 gram (atau 20 dinar) dan ke atas, barulah kena bayar zakat.

 

Cara Kiraan Zakat

 

Zakat Emas = 2.5% x Berat Emas x Harga Emas Semasa

 

Untuk tahu kiraan zakat yang wajib anda bayar, boleh terus rujuk di Pusat Pungutan Zakat negeri masing-masing ya.

Tuesday, May 28, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 29.05.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sebenarnya kejayaan daIam bidang perubatan bukan pada peralatan dan teknologinya lagi. Ini sudah terbukti. Masih di tahap lama menambah kompleks dalam menamakan penjenisan penyakit. Ubat-ubatan dan kaedah merawat masih tidak ke arah penyembuhan. Sebenarnya siapa yang dapat *MENGUASAI ILMU QUANTUM PENYEMBUH* itulah yang akan menjadi perawat sejati. Itu sangat memihak pada konsep CVT. Saya menaruh harapan dan cukup yakin dengan kebolehan para pengamal saya yang semakin mantap sehingga kini terus fokus dan konsisten. Segala-galanya berkisar pada persoalan ENERGI dan ROH. Walaupun dalam bidang biologi moden tidak ada istilahnya ini. Sebatang pokok yang rosak juga boleh merawat dirinya sendiri. Begitu juga haiwan seperti kucing dan sebagainya mampu merawat diri mereka sendiri. Apakah kita manusia yang berakal hanya mampu meredakan penyakit dan memelihara sebuah energi penyakit sampai ke akhir hayat??. Ini sungguh tidak masuk akal. 

Kelebihan seekor kucing umpamanya tahu mana jenis makanan yang akan memberikan alahan. Dengan hanya mencium bau makanan itu. Kepekaan semulajadi yang Allaah berikan pada seekor haiwan yang tidak cukup berakal berbeza seperti manusia. Jika termakan juga makanan yang bertoksin maka kucing akan segera memuntahkan semula makanan alahan itu. Sedangkan kucing tidak akan terjejas perutnya jika termakan makanan kotor. Kuat sungguh antibodi kucing dan haiwan yang lain. Sebab haiwan kurang berakal maka kuranglah tekanan fikiran yang boleh menjejaskan antibodi di pencernaannya. Tetapi tetap alah dengan yang sudah basi dan boleh buat kembong juga. Susah nak jumpa kucing dyrea. Muntah dan dyrea pada kita adalah cara semulajadi tubuh mengeluarkan racun. Jangan panik. Kita ada *ACACIA* yang amat berkesan untuk mencuci usus kecil dan usus besar. Jagalah kesihatan usus dengan *ACACIA*. 

*Syabas pada yang serta merta membuat keputusan untuk menyertai kursus peringkat tertinggi NOV ini*. *Tuhan yang memilih kita*.


*BERSAMBUNG….*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Monday, May 27, 2024

Cvt akan mengadakan kursus profesional tertinggi

 *-PENGUMUMAN-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*CVT akan mengadakan KURSUS PROFESIONAL TERTINGGI*. Tidak terikat menjadi pakar dalam satu bidang yang khusus sahaja. Pengamal CVT harus menguasai banyak bidang selain biologi. Bidang falsafah dan psikologi. Tahu tentang fizik asas dan kimia mengenai atom. Prospek yang cemerlang di masa depan dalam bidang perawatan quantum fizik. Fizik dan hukum tenaga. Kajian zat dan Alahan pemakanan. Perubahan kimia menghasilkan zat baru, penyusunan ulang atom. Molekul ion. Riaksi kimia gas. Zat kimia dan sifat-sifat. Kereaktifan. Oksidasi. Unsur beracun. Juga asas yang perlu dipelajari. 


*Visi menjadi pengamal QUANTUM CVT*. Menambah jumlah pengetahuan dan kemahiran yang praktikal. Ilmu berdasarkan teori kepercayaan dan pengalaman. Kerana fakta belum tentu benar. Baik yang dapat dijelaskan atau tidak. Yang digunakan untuk tujuan penyembuhan berbagai jenis penyakit misteri. Diagnosis riwayat penyakit terdahulu dan terkini sesuan dengan program quantum DNA matrik tarikh lahir. Berbeza dengan perubatan saintifik. Inilah kuantum ilmu terhingga tetapi tak terbatas. Visi menuju bidang perubatan alternatif yang paling QUANTUM ENERGI. Demi kesejahteraan ummah dan kemanusiaan. Sains, agama dan falsafah saling bersaing dan tidak terpisahkan. Fizik moden amat berbeza dengan fizik quantum. Semua menjadi YAKIN dan PERAYA. Ilmu jarak jauh umpamanya. Semua ini buat kita tertarik nak tahu. Tapi fikiran tidak cukup cerdas. Semakin faham fizik moden malah akan semakin keliru nak faham fizik quantum ini.


Hal berkaitan kecerdasan spiritual. Hal tentang kemanusiaan dan ketuhanan. Ilmu kuantum kenal diri mengkaji segala hal khazanah tersembunyi. Fenomena perlu pengamatan dan fokus. Segala hal alam tabiie kembali pada Al-Quran dan kitab kitab terdahulu. Falsafah keilmuan Ibnu sina dan Imam Al-Ghazali perlu dihayati. Semua saling berhubungan dalam satu masa. Semua saling berinteraksi daIam keserentakkan masa. Semua berbalik pada diri kita sendiri. Ada yang mendapat kasih karunia yang suci. Pengalaman telah membuktikan jelas bahawa pengamal yang melanggar hukum telah tersingkir dengan sendirinya. Pengamal spiritual kuantum jika ingin menjadi penyembuh perlu bebas dari segala dosa besar mahupun yang terkecil. Hidup sentiasa diuji dan mudah baginya untuk melepasinya. Tiada keluhan dan dukacita. Semua ikhlas tanpa buruk sangka.


Nak jadi manusia sejati. Takut buat salah. Tahu bahawa diri sentiasa diperhati. Tahu tuhan amat dekat. Takut dan malu pada tuhan. Takut rasa bersalah pada tuhan. Doa pengakuan dosa cara mengingati tuhan. Tidak pernah memandang diri lebih baik dari orang lain. Sentiasa beringat dan mengingati diri. Istighfar tak henti-henti. Dunia luar yang kecil tidak mampu menipu diri. Dunia dalam diri lebih besar dari segalanya. Sebaiknya untuk menjadi pengamal Spiritual CVT perlu mencapai umur melepasi umur dewasa dan matang. Sentiasa ingat sebagai pemegang amanah. Menjadi pengingat pada orang lain secara bijaksana. Sentiasa ingat akan peranan hidup yang positif pada masyarakat. Hidup berkomuniti. Tidak boleh bersembunyi dan menghindari dari bersemuka berdepan dengan dunia yang penuh ujian. Tidak takut diuji MALAH MENUNGGU UJIAN SEBAGAI PEMBANGKIT JATI DIRI. Cabaran dunia adalah nikmat rasa dan lazatnya kehidupan. Tidak boleh mementingkan diri sendiri. Melakukan kerana berkepentingan tanda tidak ikhlas. Lakukan kerana semata-mata tuhan. Merawat dan membuktikan kemahakuasan tuhan Sang penyembuh. Tidak ada rasa takut pada dunia kebendaan. Yang ditakuti hanya dosa dan tuhan. Tidak sanggup meghampakan tuhan. Tidak tergamak melukakan hati tuhan. Kasihnya pada tuhan bersifat sejati. Tiada musuh yang menjadi dendam malah kod rahsia jati diri adalah sentiasa mendoakan musuh yang menyakiti. Hanya yang sihat dalam semua sifat akan diangkat martabatnya untuk menjadi perawat  quantum cemerlang.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Thursday, May 16, 2024

Terapi Mandian Fullmoon cvt bagi bulan Mei 2024

 




👆🏻👆🏻👆🏻Salam pada semua warga CVT yang dikasihi, Tempahan *MANDIAN FULLMOON MAY 2024 kini telah dibuka*



Wednesday, May 15, 2024

Ilmiah cvt malaysia 🇲🇾 15 Mei 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Mengapa sihat minum ais dan air dingin?.* Kerana amalan minum ais dapat menyihatkan jantung. Jantung sebagai sistem penyejuk darah dan akan menambah baik aliran darah kerana cukupnya oksigen. Sebenarnya penawar bagi lemah jantung adalah garam dan ais. Ambil garam pada setiap pagi boleh meningkatkan sifat sabar dan tenang kerana tubuh telah cukup bekalan oksigen. Panas bersifat mengubah, memecah, mengurai dan memindahkan tenaga. Minum air garam bersama ais atau air dingin diawal pagi ketika perut kosong akan menambah kesan elektrolit dan ion negatif dalam darah sebagai pembawa  bekalan oksigen. Ini adalah fakta yang tidak terbantahkan lagi. Sangat merbahaya ketika awal pagi perut yang sedang panas dan dipenuhi dengan gas dan asid dimarakkan lagi dengan air suam. Apa akan jadi pada jantung ketika bersukan dan dalam keadaan kita dahaga kita terus minum air suam. Air suam tidak akan menghilangkan dahaga. Air suam tidak menyegarkan. Air suam tidak sesuai dalam situasi itu. Secara alamiah sifat rohani dalam tubuh dengan sendirinya akan tertarik pada air yang dingin apatah lagi yang berais. *Kenapa makruh mengambil air sembahyang yang dalam keadaan air panas?* Kerana air yang terkena panas cahaya matahari keadaan molekulnya akan berserakan secara rawak dan tidak dapat menyusun getaran niat. Air panas suam itu adalah air mati yang tidak memiliki resonansi dan bersifat memecah berbanding air dingin bersifat menyusun dan membina.


Dapatlah disimpulkan bahawa meminum air dingin memberi masa kepada sistem pencernaan membina dan membangunkan zat untuk keperluan sel-sel tubuh dan yang selebihnya adalah untuk tenaga. Sebaliknya jika minum air panas suam kerja metabolisma terlalu aktif dan cepat dan kebanyakkan zat terus ditukar menjadi gas dan ini mengurangkan oksigen dalam darah. Ini sangat merugikan malah memudaratkan pencernaan. Hakikatnya sel memerlukan keseimbangan zat dan tenaga. Seperti buah pisang yang terlalu cepat teroksik menjadi gas. Kerana terurai tenaganya sebelum sempat digunakan. Berbeza dengan buah kurma lebih tahan lama untuk tersimpan dihati dan akan memberi tenaga tambahan apabila diperlukan juga dalam jangka masa panjang. Terlalu banyak minum air juga tidak baik jika tidak dahaga apatah lagi air suam.


*Mitos ais dan air dingin*. Kononnya akan buat urat masuk angin dan kembang. Apatah lagi banyak mitos ketika wanita selepas bersalin dalam waktu berpantang. Sebenarnya ais akan menyerap gas yang memberi kesan panas dalam perut secara berlebihan. Makanan yang sejuk seperti buah-buahan dan sayuran akan berlawan dengan gas panas dan membuat perut kembung. Seperti sayur kangkung dan kacang panjang yang bersifat sejuk dan menyejukkan darah. Orang tua zaman dulu lupa yang mereka makan ubi kayu, pisang, mangga dan banyak lagi buah dan sayur yang bersifat sejuk. Ais dan air dingin tidak memberi kesan sejuk *SECARA TERUS* apabila masuk ke dalam tubuh. Bermakna ais menyeimbangkan darah yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Dalam keadaan biasa suhu darah panas dan suhu tulang mesti sejuk. Berbeza dengan orang demam keadaan suhu darah bertukar atau terbalik menjadi sejuk tetapi otot dan tulang pula bertukar panas. Semua punca demam berkaitan makanan dan minuman dan muncullah jangkitan dari berbagai jenis kuman dan virus. Asid dan racun bertoksik dari kuman inilah penyebab panas dan demam. Waktu inilah ais lebih diperlukan sebagai sistem penyejuk tubuh. Sebab itu jugalah kenapa orang demam amat takut dengan riaksi air sejuk yang terasa menyucuk menangkap sampai ke tulang yang panas. Kita kembali sihat apabila suhu normal darah kembali panas dan tulang kembali sejuk. Jelas bahawa logik akal tahap luaran sahaja tidak membantu untuk kita memahami hal dasar riaksi kimia secara dalaman mengikut sistem tubuh. 


Bermakna ais atau air dingin akan memberikan kesan keseimbangan suhu darah yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Air yang dipanaskan atau dimasak dan kita minum dalam keadaan suam adalah yang sudah bersifat mati dan tidak lagi  memberikan kesan keseimbangan. Air laut yang masin selaut mati itu juga sudah  bersifat mati dan tidak aktif lagi. Tidak ada kehidupan seperti batu karang sekalipun. Air laut mati dalam keadaan panas akan memberi kesan apungan kerana kurangnya  oksigen. Yang tidak faham akan buat terapi mandian dan mengambilnya untuk tujuan garam kosmetik yang kononnya untuk rawatan kulit. Itulah peninggalan sisa zat zat dosa manusia terdahulu. Moga warga CVT dan para pengamalnya lebih mantap dengan fakta dan kebenaran berilmu.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab