Monday, July 15, 2024

Ilmiah cvt malaysia 16 Julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Minumlah air sejuk yang bersifat menekan dan memberi tekanan semulajadi pada darah dan akan menambah haba serta oksigen pada darah. Oksigen yang bersifat panas akan melancarkan aliran darah. Begitulah sukarnya akal hendak memahami logik ilmu Allaah yang tersirat. Seperti permukaan air laut yang membeku namun aliran air di dasar laut tetap panas seperti sediakala dan makhluk-makhluk hidup di dalam tetap mampu melangsungkan kehidupan. Bayangkan jika air laut terus membeku hingga kedasar. Maha suci Allaah mengatur segalanya dengan bijksana. 


Jelas yang sejuk dibahagian luaran dapat memanaskan darah yang tengah dan bersifat panas dengan kuasa tekanan pada ais. Aliran darah dibahagian tengah akan lebih lancar dan tulang yang bersifat dasar akan lebih sihat dengan suhu yang sejuk. Tulang yang sejuk dapat menyerap kalsium dan sodium untuk kekuatan tulang. Jika kalsium dikenakan dengan suhu yang panas akan terjadilah kesan kesakitan dan kebengkakan pada urat dan terjadilah penyakit gout yang menyakitkan. 


Urik asid yang bersifat panas akan bertambah aktif dan menyakitkan tulang. Tulang yang panas akan menimbulkan kesakitan saraf dan kebengkakan pada urat. Gout yang membengkak pada otot kaki begitu mudah dikecutkan jika dituam dengan ais. Ternyata ais juga penahan sakit yang paling berkesan. Menyapukan dengan minyak panas pada kesakitan dan kebengkakan gout yang berpunca dari diposit urik asid pada tulang yang panas sebenarnya hanya akan menambah parah lagi.


Fakta ilmiah tidak terbantahkan. Ais dapat membuka semula aliran darah yang beku. Urutan ais akan menolak gas yang menyekat aliran darah. Quantum hdi yang tidak masuk akal tetapi jika dibuat eksperimen akan menjawab segala kekeliruan. Moga semua warga CVT beroleh rahmat kasih Allaah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

No comments:

Post a Comment