Thursday, December 8, 2016

Garam & Kelebihan Menanam Pokok Kelapa Dan Pokok Kurma


Garam terjadi dari hasil peneutralan asid dan bes. Bermakna garam mampu meneutralkan bahan-bahan beracun sebelum di tukar menjadi bahan yang lebih berfaedah pada tubuh. Zat garam sahaja yang mampu menyuburkan tanah yang amat gersang seperti di kawasan gurun apabila terkena embun atau ais. Pokok kaktus mampu hidup subur di kawasan kering kontang lagi panas. Pokok kurma umpamanya dapat mengawal air didalam sel-sel batang dan daun tanpa terjejas dengan kemarau yang panjang. Baja penyubur kaktus, kurma dan kelapa jelas hanyalah garam. Tidak ada manusia yang membaja kaktus di tengah gurun yang ketandusan. Namun ia amat subur di situ. Pokok kurma dan kelapa juga amat baik di tanam sebagai penyerap radiasi di persekitaran rumah.
Jelas sekali garam dapat mengawal air dalam tubuh dan mengelakkan rasa dahaga dan terkena dari kesan dihaidrasi yang melampau. Selagi matahari dan bulan masih bersinar terang maka awan akan tetap berada di atmosfera. Sesungguhnya manusia yang dikatakan biasa namun terbukti sebenarnya amat luar biasa iaitu Rasulullah Saw sentiasa diiringi awan ketika berjalan di waktu siang yang panas. Siapa yang tidak mencintai nabi maka ia tidak akan mengamalkan sunnahnya iaitu memulakan garam sebelum makan. Itulah rahsia garam yang unik. Lihat awan dan itulah sebenarnya rahsia garam. Embun juga rahsia garam diawal pagi.
Neutral bermakna dapat mengurangkan rasa pahit, masam, dan manis secara berlebihan. Jika sesuatu yang berbisa seperti sengatan binatang berbisa juga menjadikan bisa itu menjadi neutral. Jika mata terpercik cili yang pedas maka rasa pedih akan cepat lega apabila kita mengambil sedikit garam samaada kita kemam atau membilas mata dengan air garam. Begitulah kesan berbagai penyakit yang terbentuk secara kimia dalam berbagai asid dan bes yang mampu di rawat melalui garam yang ada kuasa peneutralan. Peneutralan kimia beracun perlu sebelum di ubah menjadi bahan kimia yang tidak merbahaya lagi.
Garam yang paling tinggi kesan kimia yang tinggi kuasa peneutral adalah garam putih atau garam laut. Garam sebenarnya memiliki semua warna dengan rasa yang juga berbagai. Garam laut yang stabil juga tidak berbau. Garam yang lemah kuasanya akan ada bau yang tidak menyenangkan. Seperti mana cuka yang rasanya masam dengan warna jingga sebenarnya adalah kumpulan dari berbagai jenis garam. Oleh itu cuka juga dapat dijadikan sebagai ubat untuk meneutralkan gas dan asid yang ada di dalam perut. Oleh itu jika kita tidak pasti penyakit kita datang dari sifat asid atau bes maka serahkanlah pada garam mengimbangi secara seimbang atau neutral.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.