Thursday, June 6, 2024

Bila kena bayar zakat emas?

Soalan favourite yang selalu ditanyakan tentang zakat emas.

 

Bila nak kena bayar zakat emas?

 

Ha…kalau anda baru beli 1, 2 gram emas, tak perlu fikirkan lagi tentang zakat emas.

 

Sebab zakat emas hanya untuk mereka yang dah simpan 85 gram emas (bersamaan dengan 20 dinar) atau lebih selama setahun.

 

So kalau anda baru je ada 10 gram goldbar, tak kena lagi bayar zakat.

 

Anda baru ada 10 dinar? Pun tak perlu lagi bayar zakat.

 

Tapi kalau anda ada simpan 85 gram (atau 20 dinar) dan ke atas, barulah kena bayar zakat.

 

Cara Kiraan Zakat

 

Zakat Emas = 2.5% x Berat Emas x Harga Emas Semasa

 

Untuk tahu kiraan zakat yang wajib anda bayar, boleh terus rujuk di Pusat Pungutan Zakat negeri masing-masing ya.

No comments:

Post a Comment