بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*Meredah gelombang dalam kaedah rawatan penuh seni*. Jika ambil NW dalam fasa 2 lebih baik untuk jangka panjang. Fasa 1 tidak boleh ambil secara berterusan. Memang fasa 3 adalah teknik menuju penyembuhan. Sebagai contoh racun dalam bentuk tenaga yang solid atau cecair atau dalam bentuk gas yang bertoksik akan dilemahkan. Kuman virus atau bakteria juga akan dilemahkan. Kesan tindakbalas pada tubuh kita turut menjadi lemah. Rehat dan tidur akan mengumpulkan semula tenaga. Orang yang sakit dengan tubuh yang lemah adalah perkara biasa. Apabila semua bahan asing sudah lemah tenaganya maka tubuh akan kembali bertenaga secara perlahan-lahan. Begitulah cara semulajadi tubuh mengusir penyakit dan mengambil alih sel-sel bertenaga dan berfungsi semula. Sama juga dengan keadaan tubuh ketika kita demam. Namun kita ada kaedah menurunkan tahap tenaga itu. Ini boleh dilakukan dengan kaedah NW cara berfasa. *Saya ulang sekali lagi ya!!* Fasa 2 boleh diambil secara berterusan. Fasa 2 bila diambil secara konsisten maka energi akan kembali mencapai tahap keseimbangan semula. Fasa 2 boleh diambil pada peringkat awal atau mula. Kebiasaanya kita mulakan dengan fasa 1. Fasa 1 momentum energinya yang agak kuat dan akan berlaku tindakbalas. Selepas itu kita berpindah ke fasa 3 untuk menurunkan kesan aktif tindakbalas. Yang mana tidak ada penyakit kronik yang rumit boleh terus ke fasa 2. Tidak menjadi kesalahan jika kita terus menggunakan fasa 2 sehingga sembuh. Hanya teknik seni dengan sifat gelombang bunyi yang ada hukum pantulan itu sahaja kita tidak berkesempatan menggunakan peranannya.
NW adalah gelombang bunyi yang menghasilkan getaran. Getaran itulah yang hidup dan aktif. Getaran sel menjadi lemah bila kita sakit. Arah perambatan dan halaju gelombang berbeza sifat. Jika kita guna terapi air sebagai medium lebih cepat kesan perubahan energinya. Hukum pantulan cahaya gelombang bunyi dan air. Kemam butir sukrose nw dan minum setegok air. Hukum gelombang bunyi dan air lebih tepat jika masukkan NW dalam air dn diarahkan atau diniatkan sebelum meminumnya. Gelombang bunyi dalam NW 20 itu secara berterusan akan bertukar menjadi solid dan ini baik untuk kesihatan tulang. Seperti kembali ke medium air dan tanah yang solid dari mana kita berasal. Dalam terapi ais pantulan cahaya yang berselerak pada permukaan air yang tidak rata dengan kocakkan air dapat memerangkap gelombang bunyi. Cermin adalah pemantulan yang baik sepertimana air dengan pantulan cahaya yang banyak. Saat kita berkaca dimalam hari di depan cermin terjadi beberapa kali proses pantulan. Atau refleksi kembali dari permukaan benda yang terkena cahaya deria wajah. Memerangkap kegelapan dan bukti kuatnya tenaga cahaya. Wajah akan memantulkan cahaya kembali ke mata sehingga dapat melihat wajah sendiri termasuk wajah-wajah yang tersembunyi.
Pemantulan teratur bersifat menyilaukan. Cermin datar atau rata hampir dapat memantulkan semula ke semua cahaya yang mengenainya. Andai tidak terang atau wajah aura cahaya kita pudar maka akan memerangkap wajah-wajah yang lain. Dan itu akan membentuk bayangan yang tidak baik. Elakkan menyikat rambut diwaktu malam yang tidak cukup cahaya. Jika diwaktu malam jumaat ditengah malam kita menghadap cermin yang pudar apatah lagi yang retak seribu akan berlaku penampakkan wajah-wajah seram yang tidak diundang dibelakang kita. Ingat tak senikata lagu paling bergetar dalam lagu cindai Dato Siti Nurhaliza. Ion-ion negatif dengan cas-cas elektrik pada rambut yang terpercik keluar hanya akan mengundang keburukkan. Sama juga memotong kuku diwaktu malam. Sebab itu sapuan SW pada wajah sebelum tidur dapt menepis cahaya yang tidak baik. *Moga tercerahkan walaupun ringkas*.
*BERSAMBUNG….*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment