*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terapi gelombang otak sebagai methode pengubatan tambahan atau pelengkap. Otak yang mengawal semua sistem atau sesuai dikatakan pusat kawalan sistem saraf pusat. Pemulihan sistem tubuh dikendalikan oleh otak. Otak yang tahu masalah dalaman tubuh kita. Otak yang mengatur pola fikir dan proses berfikir serta mengendalikan perilaku, emosi dan gerakkan sensasi pada tubuh. Otak juga berperanan mengatur siklus tidur dan bangun tubuh. Otak yang tersusun dengan jutaan sel saraf atau neuron menggunakan aliran listrik atau gelombang sebagai cara berkomunikasi. Oleh itu kita perlu mengambil kesempatan yang tertinggi dalam kaedah menggunakan gelombang otak ini. Kita mesti mendahului secara serius kaedah gelombang otak ini yang seumpamanya didunia. Kita mahu melahirkan anak-anak CVT yang genius. Bukan sekadar teori lagi. Kita sudah praktiskan lebih dari 25 tahun. Hasilnya amat cepat. Kita juga dapat rawat berbagài gangguan mental dan emosi dengan formula ini. Kita dapat rawat masalah spiritual dan fizikal.
Ada 5 jenis gelombang otak ini. *Yang tertinggi adalah GAMMA daIam matrik 9 iaitu NW 1 dan NW 2 putih*. Gangguan spiritual seperti kelesuan kronik yang membuat tubuh lemah longlai akibat sesuatu trauma atau kejutan yang melampau. Kekuatan semangat akan melonjakkan kekuatan fizik apabila diberi pasangan dengan NW 20. Pasangan NW 1 untuk kelenjar pineal dan NW 20 untuk tulang, otot dan saraf. Gelombang gamma yang tinggi dalam tahap meningkatkan KESEDARAN. Kepimpinan perlu ada tahap ini. Gelombang otak paling rendah adalah DELTA 1 hz hingga 4 hz diikuti oleh THETA antara 4 hingga 8 hz. Gelombang ini sesuai sewaktu tidur lena. Ketika tidur lena usus besar mencerna zat lebih aktif. Jika terlalu lama tidur perut pun jadi keroncong. Gelombang yang perlukan fokus seperti NW 4 dan pasangan NW 19. Ketika tidur usus akan menjalankan kerja dengan baik. Jika tidak dapat tidur lena maka psikologi usus akan berlaku rasa ketakutan melampau atau phobia. Takut nak tidur. Banyak mimpi ngeri yang menakutkan. Gelombang beta, gelombang delta dan gelombang alfa semua dengan frekuensi yang tersendiri.
*Semua ini akan dikupas secara mendalam di dalam kelas peringkat tertinggi nanti*. Walaupun terapi gelombang otak masih baru diperingkat dunia. Tetapi saya percaya gelombang otak adalah kaedah rawatan yang paling selamat dan cepat. Gelombang otak tidak boleh menipu. Otak yang tahu suasana hati dan perasaan kita. Frekuensi otak dengan sistem neuro penghantar isyarat listrik perlu dibangunkan. Saya amat yakin dan percaya satu masa nanti dunia akan menerima tanpa ragu dengan teknologi gelombang otak ini. Frekuensi suara atau bunyi yang dikelola oleh niat akan mempermudahkan lagi kerja otak menyusun sistem tubuh. Kita mahu keupayaan kadar kecepatan penyembuhan dapat dikawal oleh ikhtiar atau usaha yang ada daya atau energi pada seorang pesakit itu sendiri.
*Gunakan formula BRAINY SUGAR ENERGY CVT untuk anak anak*. Banyak testimoni pencapaian yang luar biasa telah kita perolehi.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment