بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hakikat sel perlu dipertenagakan. Sel seumpama sebuah bateri yang lama kelamaan akan kehabisan tenaganya. Tenaga di dalam sel imum amat mudah mengalami gangguan. Apabila berlaku kejutan yang kuat. Seperti kemalangan kereta yang tidak diduga. Ketika alpa atau fikiran dan jiwa melayang entah kemana seperti sedang mengelamun. Ini sangat mengundang peristiwa yang akan mengejutkan. Kita seperti dikejutkan tetapi ada yang mengambil masa lama untuk kembali sedar. Sebab itu kita dinasihatkan sentiasa waspada penuh kesedaran spiritual dalam setiap saat. Iblis dan syaitan akan menerpa dan masuk menyelinap dalam diri. NW 1 amat diperlukan bagi mengembalikan semangat. Kejutan demi kejutan amat memendekkan nyawa. Usia seseorang sangat bergantung pada kesihatan tenaga sel-sel imun ini. Keheningan diperlukan bagi membaik pulih tenaga yang hilang. Kita tidak mahu semangat kita hanyut entah jauh entah ke mana.
Otak kanan dan level spiritual perlu beringat amat. Level lemah semangat ini selalu di hambat dengan peristiwa gangguan spirit ini. Kembali mencari spirit di dalam air. Air ada menyimpan memori spirit seseorang. Kita kembali tersedar selepas meminum air. Rasa haus selepas mengalami kejutan yang besar. Air ada daya ketertarikkan energi yang merosot itu. Perlu beringat dan waspada jika nak berjalan keluar rumah di waktu maghrib. Banyak infrared yang akan diundang dan masuk menerpa untuk meruntuhkan cahaya putih yang gemilang dimahkota otak kita. Tenangkan jiwa mencari keheningan adalah cara mengecas semula tenaga cara semulajadi. Mukjizat tidur jangan di persiakan. Kehidupan hari ini dilalui dengan penuh bebanan, tekanan, gundah gulana, resah, kecewa, kesedihan dan sebagainya menyusutkan energi imun dan antibodi dengan rakusnya. Oleh itu alternatif yang bijaksana mengecas semula sel kembali berfungsi dan berkarakter adalah mengamalkan energi melalui formula NW.
*BERSAMBUNG...*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment