بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pisang masak hijau. Pasti menarik jika difikirkan. Hijau dan fotosintesis. Hijau menambah oksigen. Warna hijau bersifat antioksidan. Tidak cepat berasid atau teroksid. Bersifat penyerap nutrisi. Zat kalsium dapat diserap ketika pencernaan. Kita mahu serap zat dan bukan membuangnya. Pisang embun sudah boleh dimakan pada sebelah pagi. Pisang embun dengan kadar asid yang sederhana juga dengan kadar gula yang paling rendah. Yang menarik pisang masak hijau ini memiliki zat baik untuk mendapatkan pemulihan tenaga secara perlahan-lahan dan kekal lebih lama daIam tubuh. Berbanding pisang masak kuning juga sangat cepat mengeluarkan tenaga tetapi cepat pula bertukar menjadi asid dalam perut. Itu penyebab ulser yang menghakis dinding perut. Asid hidroklorik bertambah pekat didalam perut. Bakteria jahat semakin banyak mengganas di dalam usus besar. Mudah usus menjadi direa yang tidak terkawal. Wal hal pisang embun pemulih direa yang baik.
Pisang embun atau ambon yang masak hijau bersifat neutral sesuai dengan warna hijaunya. Melegakan rasa sakit kembung dalam perut. Bermakna makan buah pisang yang berwarna kuning sangat tidak sihat di waktu malam. Sudah tidak relatif dengan waktunya. Tidur kita dalam keadaan stress sepaniang malam. Perlu diingat bahawa usus dan pusat fokus untuk tidur lena diotak sangat berkaitan. *Gabungan NW 19 usus dan NW 4 di hipotalamus. Kesan negatif secara perlahan-lahan yang kita tidak sedar adalah banyak urat mengecut dan penyebab saluran darah banyak yang tersekat. Urat-urat halus timbul di paha selepas bersalin. Semua gara-gara asid berlebihan. Asid akan bertukar menjadi gas dalam darah. Badan banyak angin. Semua itu kita tidak perasan berpunca dari makan pisang atau buah-buahan di waktu malam. Kita hanya fikir logik itu akan senang buang air besar sebaik sahaja bangun tidur di awal pagi. Itu jelas cara memaksa. Kita mahu buang air besar secara semulajadi apabila isyarat sampai ke otak dan dalam keadaan terkawal.
*BERSAMBUNG…*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment