Saturday, August 10, 2024

Ilmiah cvt malaysia 9 Ogos 2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya sangat mencadangkan minum segelas air sebelum masuk tidur. *Minum air dingin malah yang berais sebelum masuk tidur?* *Atau minum air sejuk suhu bilik sahaja sebelum tidur?* *Atau minum air suam?* Sebelum masuk tidur. Yang mana satu lebih sihat. Saya cadangkan minum air pada suhu bilik sahaja. Air harus masuk ke dalam otot-otot tubuh. Tetapi Ketika nak tidur otot tidak lagi banyak bekerja. Tubuh dalam keadaan rehat. Jika minum air dingin ketika nak masuk tidur otot akan menjadi stress dan terpaksa mencengkamkan sel-sel otot agar air dingin tidak masuk. Otot tidak akan membenarkan air dingin masuk sewaktu kita tidak lagi menggunakannya. Jika kita minum juga air dingin akibatnya kita akan lebih kerap kencing dan bangun kencing semasa tidur. Tidur tidak lena dan stress. Berbeza awal pagi sebaik sahaja kita bangun perut kita dipenuhi dengan kepekatan asid hidroklorik yang pekat dan berlebihan. Kita perlukan garam dalam keadaan dingin untuk mengimbangi ion-ion negatif berlebihan itu. 


Ais akan meluruhkan atau menyingkirkannya bersama zat-zat yang tidak aktif dan tidak diperlukan dalam perut yang masih tidak hadam. Garam akan cepat menstabilkan asid dan menyerap gas sebaik sahaja kita bangun di awal pagi. Jika kita minum air suam bermakna kita benar-benar mengundang penyakit. Awal pagi perut akan lebih banyak gas. Kadar asid pun akan lebih tinggi. Air suam mengandungi zat-zat berat yang terlalu aktif. Sedangkan perut bersifat pasif. Air suam itu ada banyak zat aktif dan tentunya bersifat radikal bebas. Bermakna zat akan gagal ditukar menjadi tenaga. Akhirnya semua zat akan bertukar menjadi toksin. Akibatnya perut dipenuhi radikal bebas penyebab kanser. Sel-sel menjadi ganas akibat ion negatif yang berlebihan dalam air suam. 


Semasa kita aktif menggunakan otot maka air dinginlah yang paling cepat meluru masuk ke dalam sel-sel otot. Seperti kita minum air elektrolit dingin semasa bersenam dan berlari. Otot cukup air untuk gerakan yang kuat. Otot tidak cedera atau koyak. Otot tidak akan kejang dan banyak lagi manfaat. Siapakah yang sanggup minum air suam ketika melakukan senaman dan gerakkan otot yang kuat??. Itu sangat bahaya. Perut pula bertambah panas dan tentunya gas akan melambak didalam darah. Selepas bersenam hanya akan menambah sakit-sakit badan di sana sini. Sungguh sukar nak menyampaikan kebenaran ilmu daIam menolak kemungkaran. Kita selalu didoktrin dengan air suam.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

No comments:

Post a Comment