بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bidang psikologi kemanusiaan sangat rumit. Kerana manusia memiliki sifat-sifat unik yang amat beragam. Sifat dan tingkahlaku negatif dan positif. Namun sebenarnya boleh dijangka dan memahaminya jika kita tekun mempelajari bidang ini. Yang pertama paling penting adalah kenali dahulu SIFAT LUARAN atau elemen unsur diri seseorang. Melalui warna diri. Dengan ujian AK dapat mengesan warna diri. Bukan warna yang kita sukai. Ada 4 warna. *Warna maskulin adalah merah jambu dan biru*. *Warna feminin adalah putih dan hijau*. 4 unsur diri iaitu nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon. Jangan keliru dengan warna diri merah jambu untuk level emosi yang didalamnya adalah warna hijau. Warna perasaan pada bahagian paru-paru. Unsur oksigen. Api atau cahaya. Bersifat panas. Lelaki emosi tidak suka merokok yang alah pada paru-parunya. Itu penolakkan semulajadi. Emosi itu benar-benar satu perasaan atau kejiwaan. Rasa kasih sayang dan simpati malah perihatin.
Manakala warna diri hijau yang didalamya adalah kuning. Warna diri hijau mewakili kecerdasan minda. Wanita sebenarnya mewakili kecerdasan minda yang lebih LAJU. Hanya jangan sampai gelojoh, terburu-buru, melulu dan hilang kematangan. Gaya fikir orang Emosi lebih kepada kewaspadaan, teliti dan ini sedikit lambat dan sesuai pada sifat kelelakian yang sabar. *Level emosi perlu SABAR*. *Level minda perlu IKHLAS*. Sama juga dalam pasangan suami isteri yang ideal. Suami dengan level emosi dan isteri dengan level minda. Jika isteri level emosi keadaan akan jadi terbalik pula. Sifat amarah dan pemarah yang tidak sepatutnya akan berlaku.
Jika anda lelaki maka sebaiknya memiliki level emosi. Jika anda wanita sebaiknya memiliki level minda. Otak kanan bahagian emosi lelaki dan otak kiri minda wanita. Otak bahagian atas dalam gelombang gamma yang lebih laju adalah wanita atau isteri. Manakala otak bahagian bawah dalam gelombang beta agak perlahan pada lelaki. Rasa CINTA atau LOVE itu datang mengalir secara ikhlas tanpa berkira-kira. LOVE itu spontan. Cinta ikhlas akan bertahan lama. *Tetapi bab jatuh cinta lebih cepat pula kaum lelaki ni ye!!* Tetapi tidak bertahan lama jika terganggu perasannya. Namun cinta atau love seorang wanita yang bernama isteri terus kekal dengan keikhlasan. Wanita yang ikhlas akan menyimpan rasa maranhya dan lama kelamaan akan melenyapkannya maka rasa cinta terus kekal.
Rasa cinta itu datang dari sebuah jantung yang sihat. Bermakna kekuatan rasa cinta itu milik wanita. Sebab itu jelas bahawa wanita kurang mengalami penyakit jantung kerana sifat ikhlasnya. Zat protein yang dimakannya akan hadam menjadi tenaga fikirannya kerana sifat ikhlasnya. Ikhlas akan meneutralkan toksin dalam sisa-sisa zat makanannya. Ikhlas yang mewakili pencernaan atau penghadaman dapat mengelak gastrik. Kelemahan pada wanita yang tidak ikhlas adalah tanda gastrik. Elakkan rasa tamak. Jika wanita diserang dengan penyakit jantung maka pastikan semula sifat ikhlas dalam sehala percakapannya.
Andai si lelaki dengan level diri luarannya adalah hijau atau level minda maka keadaan akan menjadi sedikit komplikasi. Begitu ramai kaum lelaki level minda akan menghadapi masalah jantung. Lelaki level minda yang tidak stabil sifatnya akan ketagih merokok umpamanya. Penyumbatan jantung dan penyakit lemah jantung. Cara berfikir tidak sama dengan sifat kelelakiannya yang sepatutnya perlu waspada. Jika terganggu perasaannya juga amat sukar dikawal. *Dan banyak lagi...* Kita perlu menguasai bidang psikologi kenal diri ini secara serentak penuh kemahiran. Ahli psikologi yang tidak kenal pembawaan unsur diri sesorang akan menasihati seseorang dalam kaunselingnya secara rambang tanpa panduan. Dan itu jelas makin mengelirukan malah penuh hipokrit. Syok sendiri dan terasa nasihatnya seperti dibuat-buat.
*Ikuti kelas profesional peringkat tertinggi untuk membedah diri siapa kita sebenarnya*. *Jadilah doktor yang menguasai psikologi diri sebelum mula untuk memahami sebuah penyakit*
*BERSAMBUNG…*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment