بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Perubatan konvensional atau perubatan quantum. Atau pilihan komputer konvensional atau komputer kuantum. *Mana lebih laju??* 10 tahun kerja komputer konvensional tetapi hanya 200 detik atau 4 minit dapat diselesaikan oleh komputer kuantum. Konsep dasar Kuantum memiliki konsep formula TUHAN. Cahaya adalah gelombang dan dalam masa yang sama memiliki butiran atau partikel zat. Hanya kita tidak nampak. Ini bukan ilmu ghaib. Hanya kita tidak tahu sebab tidak nampak. Kita pernah merawat pesakit yang HEMPEDU SUDAH DIBUANG. Tetapi ujian darah dengan hasil hempedu pesakit sihat. Wal hal hempedunya sudah dibuang oleh doktor itu sendiri. Doktor tidak silap dalam keputusan ujian darah yang dibuat. Sebab
kadar bilirubin dan kolestrol terkawal sihat. Bermakna dengan mengambil formula gelombang kesan pada yang sudah dibuang hempedu seolah-olah hempedunya masih ada dan berfungsi baik. Sungguh seperti tak masuk akal kaedah rawatan kuantum CVT.
Melalui ilmu gelombang yang ghaib tidak lagi tersembunyi sesuai dengan prinsip mengejar dan kuasai masa. Maka kita dapat merawat penyakit dalam bentuk kepincangan frekuensi dan sekaligus mengubah bentuk zat. *Masa kuasai zat*. Dunia sudah semakin maju. Kita tidak perlu bergantung pada alat yang canggih. Yang canggih adalah otak kita sendiri. Kita merawat penyakit melalui sistem pada kerja otak. Kawal makanan berlemak yang tinggi kadar kolestrol seperti sotong. Pisang pula yang tinggi pottasium yang akan membuat jus hempedu yang berlebihan menjadi keras dan menjadi batu. Yang peliknya bila hempedu dah dibuang baru amalan dalam disiplin menjaga makanan dapat diikuti oleh pesakit. Sebab bila terlebih makan makanan yang berlemak terus ke tandas sebab cirit birit.
Tanda mudah nak tahu ada masalah hempedu tidak sihat adalah pada kulit. Selepas makan makanan berlemak maka rasa gatal dibelakang badan. Kencing kotor. Nak rawat hempedu perlu rawat hati juga. *NW 12 dan NW 14*. Jangan lupa makan buah timun untuk mencuci lemak dan jus hempedu agar tidak mengeras menjadi batu karang.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment