بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap orang ada timing tersendiri. Ritma sirkardian yang juga berbeza. Garam juga unsur memiliki waktu getaran. Garam mentah yang segar memiliki getaran yang hidup aktif secara semulajadi. Garam akan memicu rentak otot JANTUNG tanpa lelah. Garam memainkan peranan yang cukup besar dalam kelangsungan hidup kita. Kita boleh sahaja mati secara mendadak jika tubuh kehilangan garam. Gangguan perasaan akan melesapkan garam dalam darah. Kurang garam akan menyebabkan oksigen dalam darah juga berkurangan. Berbeza dengan garam perasa dalam makanan ringan dan pada semua jenis masakan dianggap tidak sihat. Kenapa dunia perubatan tidak menyebutkan hal garam keperluan yang sihat ini. Sebaliknya menyalahkan garam secara umum. Ini sangat tidak ilmiah dan ketinggalan.
Mulakan garam dahulu. GULA AKAN TERKAWAL jika garam sudah menempati ruang metabolisma dibahagian pencernaan. Ramai yang cuba mengawal gula tetapi tidak berjaya kerana tidak cukup garam aktif. Garam amat reaktif dalam menyusun zat-zat yang lain termasuk karbohaidrat. Garamlah yang akan memecah zat di dalam karbohaidrat ketika bersarapan. Selepas itu barulah fungsi gula memecah zat menjadi tenaga. Begitu juga susunan warna alam dalam sistem tubuh kita. Selepas biru diwaktu subuh adalah hijau. Hijau bermakna riaksi oksigen dalam sistem pernafasan atau fotosintesis diwaktu pagi. Jika matahari menyusun zat dalam dedaunan hijau maka hijau dalam sistem tubuh juga sama. Selepas hijau adalah kuning di waktu tengahari. Kuning bermaksud tenaga yang berlimpah tanpa batas. Atau kuning menjadi gas dengan berbagai bahan bertoksik yang tidak mampu diubah menjadi tenaga kerana zat tidak dimulakan dengan garam. Jangan salahkan gula yang ada dimana-mana. Sebenarnya zat garam aktif tidak ada untuk memulakan sistem metabolisma tubuh.
Garam mengawal nafsu atau emosi. Bermakna kawal garam akan mengawal nafsu atau sifat emosi yang buruk. Tarik nafas dan berfikir sejenak ketika nafsu menguasai pada diri. Nafas dan oksigen. Garam raja metabolisma. Garam itu ada dalam air liur dengan beribu enzim bergantung pada zat garam. Minum air mineral yang berkualiti itu juga simbolik minum air yang bergaram. Amat baik diminum sebelum dan sebaik sahaja bangun dari tidur.
*BERSAMBUNG…*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
No comments:
Post a Comment