بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Asas kesihatan kita bergantung pada darah. Darah yang sihat perlu cukup oksigen. Untuk mendapatkan kualiti oksigen dengan kerja oksigen yang semaksima maka diperlukan ZAT BESI. Untuk memenuhi keperluan dan kepentingan zat besi ini maka produk supplement kesihatan yang diutamakan dalam CVT adalah KLOROFIL dan BE (basic energy). Masih pada Ilmiah merah bantu hijau dan hijau bantu merah. Oksigen di kaitkan dengan sistem pernafasan. NW 6 hidung yang sihat akan menjaga ketulenan oksigen dan menjaga kesihatan paru-paru NW 10. Oksigen yang sihat pada frekuensi hijau akan menambah kesihatan asas Iaitu darah NW 18. Darah yang cukup oksigen akan meningkatkan kadar metabolisma yang sangat tinggi. Oksigen dan paru-paru ini lah yang akan membakar lemak untuk di tukar menjadi tenaga dan ini dengan pantasnya dapat menurunkan berat badan atau kes obesiti yang parah. Ada yang kurang makan tetapi tetap gemuk atau tidak dapat mengawal berat badan. Sebenarnya ia berkaitan masalah oksigen dalam darah. Oksigenlah yang paling banyak membakar mengubah zat menjadi energi. Amalkan BE dan KLOROFIL bagi tujuan meningkatkan metabolisma dan menurunkan berat badan. BE dan KLOROFIL ada zat besi yang akan mengangkut oksigen dalam darah. Tanda metabolisma lemah adalah cepat letih dan lesu. Otot tidak kuat dan tulang yang lemah. Sistem saraf neurotransmitter di otak juga lemah dengan tanda pelupa atau hilang ingatan beberapa ketika.
Tanda paling mudah mengesan otak lemah pada sistem saraf adalah terasa pening bila mengamalkan BE lebih dua biji sehari. KLOROFIL hijau dan zat besi merah saling bersatu dengan kekuatan OKSIGEN. Zat besi atau iron adalah mineral yang juga banyak dalam KLOROFIL dan BE. Hampir pada kebanyakkan makanan dan sayuran sudah pun memiliki zat besi. Namun zat besi masih tidak mencukupi kerana terserap hilang bersama oksigen. Jadi bagaimana untuk memastikan zat besi tidak hilang begitu sahaja dalam tubuh kita. Secara teknikal vitamin C dan zing boleh menjadi penentu zat besi cukup atau sebaliknya. Vitamin C adalah penyerap zat besi. Sila semak vitamin C dalam buah-buahan apa yang sesuai dengan tubuh. Ada yang alah lemon dan ada yang alah buah kedondong atau sebaliknya dan terus mengambil buah ini dan menyangka sudah cukup mengamalkan vitamin C. Yang pasti zat besi ada dalam banyak makanan seperti telur, susu dan daging namun sudah kah kita mendiagnos zat besi dalam jenis makanan apa yang kita sesuai dan tidak menjadi alahan???.
Apa sahaja kegemaran ketika sakit biasanya menjadi alahan kerana ia berdasarkan nafsu semata-mata. Oleh itu pesakit kena mendiagnos makanan yang sesuai mengikut hala tuju zat mengikut kesihatan tiroid NW9. Jika tidaklah kita secara berterusan mengumpulkan racun dalam tubuh badan kita yang tersimpan di dalam darah. Kesihatan seksual sangat berkaitan dengan vitamin C. Kesihatan seksual ada sistem pusingan pencucian darah bagi wanita untuk tujuan feminin dan kecantikan semulajadi. Warna jingga dalam frekuensi pada bahagian sel-sel kesuburan dalam matrik 4 pada NW 16 dan NW 17. Matrik 4 jika tidak di jaga akan membuat bentuk kelangsingan pada tulang pinggul menjadi buruk. Sakit lutut dengan pergerakkan otot menjadi keras dan kaku. Atas sebab itu jika wanita tidak sihat pada bahagian ovarian juga alah dan boleh berlaku pengarahan pada vitamin C yang terlalu kuat seperti pada kedondong dan nenas. Nampaknya ilmu kenal diri dan merawat penyakit ini amat rumit seperti satu rahsia Allaah namun amat mudah sekali di fahami jika kita menghayati ilmu kenal diri melalui penyakit secara menyeluruh.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
No comments:
Post a Comment