بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buah timun sebagai sayuran paling berkhasiat dengan vitamin dan mineral. *Gabungan vitamin dan mineral sesuai untuk level emosi*. Level emosi sebenarnya alah pada lemak kolestrol dan PROTEIN. Melainkan level emosi pink dan dalamannya minda hijau. Sebab level minda perlukan makanan yang tinggi protein. Saya dengan level luaran adalah emosi dengan keperluan vitamin dan mineral. Emosi atau jiwa berkaitan dengan perasaan. Perlukan rasa damai dan tenteram. Lebih banyak mineral akan menambah oksigen. Sifat diri yang memerlukan rasa sabar yang tinggi. Kemarahan akan memiskin darah dengan oksigen dan ini menjurus ke arah kelumpuhan. Jika nak jadi vagetarian maka level ini baik untuk kesihatan. Tetapi pastikan pula apakah level dalamannya. Saya dengan level dalaman fizikal perlukan karbohaidrat. Keperluan tenaga yang lebih untuk orang fizikal. Banyak makanan dari berbagai jenis protein buat saya alah. Banyak jenis ikan yang kaya zat berkhasiat membuat saya alah. Beruntung level spiritual yang memiliki makanan berlemak.
Bermakna kita harus tahu level luar tentang sifat dan dalaman yang mengawal sistem tubuh dengan gejala penyakit. Oleh sebab itu saya cadangkan agar kerja metabolisma tubuh menjadi lebih tinggi ketika waktu tidur. Sambil tidur kita dapat mengolah zat makanan menjadi tenaga. *Itu juga alasannya kenapa saya cadangkan minum air sebelum tidur*. Air akan meningkatkan kerja metabolisma ketika tidur. Air tidak termasuk dalam kategori lemak, protein dan karbohaidrat. Air amat tersendiri sebagai antioksidan paling murni. Begitu juga dengan buah timun. Buah antioksidan. Elakkan makan buah timun yang sudah lebam dan kecut. Buah timun amat cepat lebam dan kecut. Sesuai dengan sifatnya sebagai jentera antioksidan dalam sistem pencernaan kita. Sesuai dengan fungsi serat halusnya yang membongkar zat berat di dalam hati dan buah pinggang. *Zat anti kanser*. Zat yang mampu membersihkan sel-sel kanser pada bahagian kesuburan dan kewanitaan. Kanser ovari dengan tanda keputihan. Keputihan adalah normal tetapi sudah tidak normal jika berbau hanyir berterusan. Timun akan mencuci sepenuhnya keputihan dari kesan lemak dengan kolestrol berlebihan. Namun golongan wanita takut meneruskan makan timun apabila pembongkaran zat berat yang mengganggu siklus period dan seperti menambah kesan asid keputihan. Wal hal wanita lepas bersalin amat perlukan timun bagi mempercepatkan pengecutan rahim. Kesan asid yang banyak pada rahim akan dineutralkan dalam aturan haid yang tidak menyakitkan.
Timun dan air satu keajaiban. *Namun timun tetap tidak sesuai dimakan diwaktu malam*. Timun akan mengusir radiasi dari kandungan garam yang tidak sihat. Timun yang tinggi pottasium adalah juga sama dengan sifat garam yang sihat dan akan rosak dan menambah pula asid jika diambil diwaktu malam. Timun dan garam sesuai diambil diwaktu siang bagi mengelakkan kesan tindakbalas yang negatif. Kajian mengenai keajaiban timun belum pernah dibuat oleh para saintis. Iblis menutup rahsia timun dan garam.
*BERSAMBUNG*….
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment