Friday, December 6, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 6 Disember 2024

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Falsafah kemanusiaan yang digariskan ini adalah asas penting untuk membentuk kehidupan yang penuh dengan kasih dan rahmat tuhan. Berikut adalah huraian ringkas bagi setiap prinsip :


*1. Redha dan Bersyukur*

• Redha bermaksud menerima segala ketentuan dengan hati yang lapang, manakala bersyukur adalah menghargai setiap nikmat yang diberikan.

• Kedua-dua sifat ini mempunyai kuasa untuk melenyapkan musibah, sama ada fizikal atau mental, dan mengelakkan "ujian bertimpa-timpa".

• Seseorang yang redha dan bersyukur sering menemui ketenangan dalam ujian kerana memahami bahawa setiap kejadian adalah hikmah Tuhan.


*2. Ikhlas dalam Pekerjaan*

• Ikhlas adalah sifat yang neutral dan suci. Ia menjadikan seseorang tidak mengharapkan balasan atau penghargaan daripada manusia.

• Dalam konteks tubuh, ikhlas membantu tubuh mencapai keseimbangan. Ia memberi kesan positif kepada metabolisme dan memastikan zat makanan dicerna sepenuhnya menjadi tenaga, tanpa toksin yang membebankan hati.

• Keikhlasan terserlah melalui kejernihan hati, yang memberi aura positif pada diri.


*3. Sabar*

• Sabar adalah kunci untuk menghadapi cabaran dan tekanan hidup. Ia adalah langkah yang menguatkan jiwa dan mendidik hati untuk tidak tergesa-gesa. Sabar dapat membakar gangguan jin yang mengganggu aliran darah.  Penyakit angin ahmar dapat dikaitkan dengan kemiskinan oksigen dalam darah.

• Sabar akan memperolehi jalan keluar yang banyak apabila kita di beri idea yang memudahkan perjalanan urusan.

• Sifat sabar menjadikan seseorang lebih matang, berdaya tahan, dan mampu mengharungi segala rintangan dengan kebijaksanaan.


*4. Hening dan Ketenangan*

• Hening keadaan spirit yang tenang. Yang biasa kita sebut rilex. Rahsia ini akan membuka ikatan belenggu iblis yang menjadi penyebab lesu kronik. Dalam hening seseorang dapat mendengar suara hati sebagai petunjuk jalan kebenaran yang dekat dengan TUHAN.

• Ketenangan adalah sumber kekuatan dalaman. Ia membantu kita mengelakkan rasa bosan dan memastikan hidup sentiasa dipenuhi semangat dan tujuan. Rasa bosan adalah musuh produktiviti dan kreativiti. Jika tidak ditangani, ia boleh membawa kepada keletihan jiwa yang kronik.

• Keletihan jiwa dan semangat boleh membawa kepada keadaan yang disebut "mati sebelum mati", iaitu kehilangan rasa hidup dan harapan walaupun masih bernyawa. Keadaan ini amat berbahaya kerana ia menarik seseorang ke lembah kegelapan, jauh dari cahaya semangat dan potensi diri.

• Oleh itu, hidup perlu diisi dengan tujuan, semangat, dan keterujaan untuk terus maju. Elakkan keluh kesah, dan gantikan dengan aktiviti yang memberi makna, seperti berkongsi ilmu, meneroka potensi diri, dan membantu orang lain. Dengan cara ini, hening akan menjadi medium untuk memperbaharui kekuatan dan memberi kehidupan yang segar.


Empat prinsip ini *redha (NW20)*, *ikhlas (NW12)*, *sabar (NW10)*, dan *hening (NW1)*—jika dipraktikkan secara serentak, akan membawa kita kepada kehidupan yang lebih bermakna, penuh rahmat, dan diberkati.


*Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.*

Sunday, November 24, 2024

Ilmiah cvt malaysia 24 november 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*ANTIOKSIDAN vs PENGOKSIDAAN*. Rasa pahit dan payau. Biasa antioksidan di kaitkan dengan rasa masam yang kaya vitamin C. Waktu malam dikatakan waktu paling sesuai antioksidan bekerja. Waktu malam lebih aktif kerja metabolisma dan nak elakkan perencatan kerja metabolisma jika antioksidan di ambil selepas makan. Gula dapat di kawal oleh rasa pahit. Payau akan mengimbangi rasa masin. Rasa masin tidak boleh bersatu dengan rasa masam akan menambah kesan asid lebih tinggi. Rasa pedas yang bersifat keras bukan dalam kumpulan rasa dapat dineutral dengan rasa masin. Semua berkaitan antioksidan. Ia mengaitkan elemen rasa dan fungsi antioksidan dengan keseimbangan metabolisma. 


*Berikut adalah beberapa penjelasan dan pandangan tambahan*:


*1. Antioksida dan Rasa Masam:*

Betul, antioksida seperti vitamin C sering dikaitkan dengan rasa masam. Namun, tidak semua antioksida bersifat masam. Contohnya, flavonoid dan polifenol dalam teh hijau atau coklat gelap memberikan rasa pahit tetapi juga mempunyai kesan antioksida yang kuat.


*2. Rasa Pahit dan Kawalan Gula:*

Rasa pahit sering dikaitkan dengan alkaloid, yang boleh mempengaruhi metabolisme glukosa. Contohnya, kopi tanpa gula (rasa pahit) telah terbukti membantu meningkatkan sensitiviti insulin dalam kajian tertentu.


*3. Waktu Malam untuk Antioksida:*

Antioksida bekerja dengan baik pada waktu malam kerana proses regenerasi sel aktif semasa tidur. Pengambilan antioksida yang tinggi selepas makan, terutama jika makan malam berat, boleh melambatkan proses pencernaan dan metabolisme. Ini kerana tubuh sedang memberi keutamaan kepada pencernaan.


*4. Imbangan Rasa Payau dan Masin:*

Rasa payau yang kaya dengan mineral seperti magnesium boleh membantu menstabilkan elektrolit tubuh. Ia juga mengimbangi rasa masin, mengelakkan ketidakseimbangan natrium yang boleh mempengaruhi tekanan darah.


*5. Rasa Masin dan Masam:*

Gabungan rasa masin dan masam boleh meningkatkan keasidan. Ini penting untuk dielakkan, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah gastrik atau refluks asid.


*6. Rasa Pedas dan Sifatnya:*

Rasa pedas lebih kepada reaksi termal atau rangsangan saraf (capsaicin) dan bukan rasa tulen. Keseimbangan dengan rasa masin adalah amalan yang baik untuk mengelakkan iritasi berlebihan pada saluran pencernaan.


*Cadangan Tambahan:*

Mengimbangi diet dengan gabungan rasa semulajadi dapat membantu menyokong metabolisme dan fungsi tubuh secara menyeluruh. Sebagai contoh, teh herba pada waktu malam boleh memberikan rasa pahit yang menenangkan dan menyokong detoksifikasi semulajadi. Pengambilan makanan kaya antioksida dengan rasa semulajadi (tanpa tambahan garam/gula berlebihan) juga memberi kesan positif kepada keseimbangan pH tubuh.


Gunakan *SEJUTA WAJAH* yang lengkap dengan semua rasa seperti pahit, payau, masin dan manis secara serentak. Gunakan satu titik sebelum atau selepas makan. *SEJUTA WAJAH* dengan frekuensi tinggi sebagai payung pada semua frekuensi yang mewakili berbagai jenis penyakit. *SEJUTA WAJAH* sebagai antioksidan dalam semua zat dan rasa yang HARUM SEGAR amat baik untuk menolak gas berat, busuk dan berbisa di dalam perut.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Monday, September 23, 2024

Ilmiah cvt malaysia 24 September 2024

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Asas kesihatan kita bergantung pada darah. Darah yang sihat perlu cukup oksigen. Untuk mendapatkan kualiti oksigen dengan kerja oksigen yang semaksima maka diperlukan ZAT BESI. Untuk memenuhi keperluan dan kepentingan zat besi ini maka produk supplement kesihatan yang diutamakan dalam CVT adalah KLOROFIL dan BE (basic energy). Masih pada Ilmiah merah bantu hijau dan hijau bantu merah. Oksigen di kaitkan dengan sistem pernafasan. NW 6 hidung yang sihat akan menjaga ketulenan oksigen dan menjaga kesihatan paru-paru NW 10. Oksigen yang sihat pada frekuensi hijau akan menambah kesihatan asas Iaitu darah NW 18. Darah yang cukup oksigen akan meningkatkan kadar metabolisma yang sangat tinggi. Oksigen dan paru-paru ini lah yang akan membakar lemak untuk di tukar menjadi tenaga dan ini dengan pantasnya dapat menurunkan berat badan atau kes obesiti yang parah. Ada yang kurang makan tetapi tetap gemuk atau tidak dapat mengawal berat badan. Sebenarnya ia berkaitan masalah oksigen dalam darah. Oksigenlah yang paling banyak membakar mengubah zat menjadi energi. Amalkan BE dan KLOROFIL bagi tujuan meningkatkan metabolisma dan menurunkan berat badan. BE dan KLOROFIL ada zat besi yang akan mengangkut oksigen dalam darah.  Tanda metabolisma lemah adalah cepat letih dan lesu.  Otot tidak kuat dan tulang yang lemah. Sistem saraf neurotransmitter di otak juga lemah dengan tanda pelupa atau hilang ingatan beberapa ketika.


Tanda paling mudah mengesan otak lemah pada sistem saraf adalah terasa pening bila mengamalkan BE lebih dua biji sehari. KLOROFIL hijau dan zat besi merah saling bersatu dengan kekuatan OKSIGEN. Zat besi atau iron adalah mineral yang juga banyak dalam KLOROFIL dan BE. Hampir pada kebanyakkan makanan dan sayuran sudah pun memiliki zat besi. Namun zat besi masih tidak mencukupi kerana terserap hilang bersama oksigen. Jadi bagaimana untuk memastikan zat besi tidak hilang begitu sahaja dalam tubuh kita. Secara teknikal vitamin C dan zing boleh menjadi penentu zat besi cukup atau sebaliknya. Vitamin C adalah penyerap zat besi. Sila semak vitamin C dalam buah-buahan apa yang sesuai dengan tubuh. Ada yang alah lemon dan ada yang alah buah kedondong atau sebaliknya dan terus mengambil buah ini dan menyangka sudah cukup mengamalkan vitamin C. Yang pasti zat besi ada dalam banyak makanan seperti telur, susu dan daging namun sudah kah kita mendiagnos zat besi dalam jenis makanan apa yang kita sesuai dan tidak menjadi alahan???.


Apa sahaja kegemaran ketika sakit biasanya menjadi alahan kerana ia berdasarkan nafsu semata-mata. Oleh itu pesakit kena mendiagnos makanan yang sesuai mengikut hala tuju zat mengikut kesihatan tiroid NW9. Jika tidaklah kita secara berterusan mengumpulkan racun dalam tubuh badan kita yang tersimpan di dalam darah. Kesihatan seksual sangat berkaitan dengan vitamin C. Kesihatan seksual ada sistem pusingan pencucian darah bagi wanita untuk tujuan feminin dan kecantikan semulajadi. Warna jingga dalam frekuensi pada bahagian sel-sel kesuburan dalam matrik 4 pada NW 16 dan NW 17.  Matrik 4 jika tidak di jaga akan membuat bentuk kelangsingan pada tulang pinggul menjadi buruk. Sakit lutut dengan pergerakkan otot menjadi keras dan kaku. Atas sebab itu jika wanita tidak sihat pada bahagian ovarian juga alah dan boleh berlaku pengarahan pada vitamin C yang terlalu kuat seperti pada kedondong dan nenas. Nampaknya ilmu kenal diri dan merawat penyakit ini amat rumit seperti satu rahsia Allaah namun amat mudah sekali di fahami jika kita menghayati ilmu kenal diri melalui penyakit secara menyeluruh.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Wednesday, September 11, 2024

Ilmiah cvt malaysia 12 September 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Setiap orang ada timing tersendiri. Ritma sirkardian yang juga berbeza. Garam juga unsur memiliki waktu getaran. Garam mentah yang segar memiliki getaran yang hidup aktif secara semulajadi. Garam akan memicu rentak otot JANTUNG tanpa lelah. Garam memainkan peranan yang cukup besar dalam kelangsungan hidup kita. Kita boleh sahaja mati secara mendadak jika tubuh kehilangan garam. Gangguan perasaan akan melesapkan garam dalam darah. Kurang garam akan menyebabkan oksigen dalam darah juga berkurangan. Berbeza dengan garam perasa dalam makanan ringan dan pada semua jenis masakan dianggap tidak sihat. Kenapa dunia perubatan tidak menyebutkan hal garam keperluan yang sihat ini. Sebaliknya menyalahkan garam secara umum. Ini sangat tidak ilmiah dan ketinggalan. 


Mulakan garam dahulu. GULA AKAN TERKAWAL jika garam sudah menempati ruang metabolisma dibahagian pencernaan. Ramai yang cuba mengawal gula tetapi tidak berjaya kerana tidak cukup garam aktif. Garam amat reaktif dalam menyusun zat-zat yang lain termasuk karbohaidrat. Garamlah yang akan memecah zat di dalam karbohaidrat ketika bersarapan. Selepas itu barulah fungsi gula memecah zat menjadi tenaga. Begitu juga susunan warna alam dalam sistem tubuh kita. Selepas biru diwaktu subuh adalah hijau. Hijau bermakna riaksi oksigen dalam sistem pernafasan atau fotosintesis diwaktu pagi. Jika matahari menyusun zat dalam dedaunan hijau maka hijau dalam sistem tubuh juga sama. Selepas hijau adalah kuning di waktu tengahari. Kuning bermaksud tenaga yang berlimpah tanpa batas. Atau kuning menjadi gas dengan berbagai bahan bertoksik yang tidak mampu diubah menjadi tenaga kerana zat tidak dimulakan dengan garam. Jangan salahkan gula yang ada dimana-mana. Sebenarnya zat garam aktif tidak ada untuk memulakan sistem metabolisma tubuh.


Garam mengawal nafsu atau emosi. Bermakna kawal garam akan mengawal nafsu atau sifat emosi yang buruk. Tarik nafas dan berfikir sejenak ketika nafsu menguasai pada diri. Nafas dan oksigen. Garam raja metabolisma. Garam itu ada dalam air liur dengan beribu enzim bergantung pada zat garam. Minum air mineral yang berkualiti itu juga simbolik minum air yang bergaram. Amat baik diminum sebelum dan sebaik sahaja  bangun dari tidur.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Monday, September 9, 2024

Ilmiah cvt malaysia 9.9.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hakikat sel perlu dipertenagakan. Sel seumpama sebuah bateri yang lama kelamaan akan kehabisan tenaganya. Tenaga di dalam sel imum amat mudah mengalami gangguan. Apabila berlaku kejutan yang kuat. Seperti kemalangan kereta yang tidak diduga. Ketika alpa atau fikiran dan jiwa melayang entah kemana seperti sedang mengelamun. Ini sangat mengundang peristiwa yang akan mengejutkan. Kita seperti dikejutkan tetapi ada yang mengambil masa lama untuk kembali sedar. Sebab itu kita dinasihatkan sentiasa waspada penuh kesedaran spiritual dalam setiap saat. Iblis dan syaitan akan menerpa dan masuk menyelinap dalam diri. NW 1 amat diperlukan bagi mengembalikan semangat. Kejutan demi kejutan amat memendekkan nyawa. Usia seseorang sangat bergantung pada kesihatan tenaga sel-sel imun ini. Keheningan diperlukan bagi membaik pulih tenaga yang hilang. Kita tidak mahu semangat kita hanyut entah jauh entah ke mana. 

Otak kanan dan level spiritual perlu beringat amat. Level lemah semangat ini selalu di hambat dengan peristiwa gangguan spirit ini. Kembali mencari spirit di dalam air. Air ada menyimpan memori spirit seseorang. Kita kembali tersedar selepas meminum air. Rasa haus selepas mengalami kejutan yang besar. Air ada daya ketertarikkan energi yang merosot itu. Perlu beringat dan waspada jika nak berjalan keluar rumah di waktu maghrib. Banyak infrared yang akan diundang dan masuk menerpa untuk meruntuhkan cahaya putih yang gemilang dimahkota otak kita. Tenangkan jiwa mencari keheningan adalah cara mengecas semula tenaga cara semulajadi. Mukjizat tidur jangan di persiakan. Kehidupan hari ini dilalui dengan penuh bebanan, tekanan, gundah gulana, resah, kecewa, kesedihan dan sebagainya menyusutkan energi imun dan antibodi dengan rakusnya. Oleh itu alternatif yang bijaksana mengecas semula sel kembali berfungsi dan berkarakter adalah mengamalkan energi melalui formula NW. 

*BERSAMBUNG...*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Sunday, August 18, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 19 Ogos 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Meredah gelombang dalam kaedah rawatan penuh seni*. Jika ambil NW dalam fasa 2 lebih baik untuk jangka panjang. Fasa 1 tidak boleh ambil secara berterusan. Memang fasa 3 adalah teknik menuju penyembuhan. Sebagai contoh racun dalam bentuk tenaga yang solid atau cecair atau dalam bentuk gas yang bertoksik akan dilemahkan. Kuman virus atau bakteria juga akan dilemahkan. Kesan tindakbalas pada tubuh kita turut menjadi lemah. Rehat dan tidur akan mengumpulkan semula tenaga. Orang yang sakit dengan tubuh yang lemah adalah perkara biasa. Apabila semua bahan asing sudah lemah tenaganya maka tubuh akan kembali bertenaga secara perlahan-lahan. Begitulah cara semulajadi tubuh mengusir penyakit dan mengambil alih sel-sel bertenaga dan berfungsi semula. Sama juga dengan keadaan tubuh ketika kita demam. Namun kita ada kaedah menurunkan tahap tenaga itu. Ini boleh dilakukan dengan kaedah NW cara berfasa. *Saya ulang sekali lagi ya!!* Fasa 2 boleh diambil secara berterusan. Fasa 2 bila diambil secara konsisten maka energi akan kembali mencapai tahap keseimbangan semula. Fasa 2 boleh diambil pada peringkat awal atau mula. Kebiasaanya kita mulakan dengan fasa 1. Fasa 1 momentum energinya yang agak kuat dan akan berlaku tindakbalas. Selepas itu kita berpindah ke fasa 3 untuk menurunkan kesan aktif tindakbalas. Yang mana tidak ada penyakit kronik yang rumit boleh terus ke fasa 2. Tidak menjadi kesalahan jika kita terus menggunakan fasa 2 sehingga sembuh. Hanya teknik seni dengan sifat gelombang bunyi yang ada hukum pantulan itu sahaja kita tidak berkesempatan menggunakan peranannya. 


NW adalah gelombang bunyi yang menghasilkan getaran. Getaran itulah yang hidup dan aktif. Getaran sel menjadi lemah bila kita sakit. Arah perambatan dan halaju gelombang berbeza sifat. Jika kita guna terapi air sebagai medium lebih cepat kesan perubahan energinya. Hukum pantulan cahaya gelombang bunyi dan air. Kemam butir sukrose nw dan minum setegok air. Hukum gelombang bunyi dan air lebih tepat jika masukkan NW dalam air dn diarahkan atau diniatkan sebelum meminumnya. Gelombang bunyi dalam NW 20 itu secara berterusan akan bertukar menjadi solid dan ini baik untuk kesihatan tulang. Seperti kembali ke medium air dan tanah yang solid dari mana kita berasal. Dalam terapi ais pantulan cahaya yang berselerak pada permukaan air yang tidak rata dengan kocakkan air dapat memerangkap gelombang bunyi. Cermin adalah pemantulan yang baik sepertimana air dengan pantulan cahaya yang banyak. Saat kita berkaca dimalam hari di depan cermin terjadi beberapa kali proses pantulan. Atau refleksi kembali dari permukaan benda yang terkena cahaya deria wajah. Memerangkap kegelapan dan bukti kuatnya tenaga cahaya. Wajah akan memantulkan cahaya kembali ke mata sehingga dapat melihat wajah sendiri termasuk wajah-wajah yang tersembunyi. 


Pemantulan teratur bersifat menyilaukan. Cermin datar atau rata hampir dapat memantulkan semula ke semua cahaya yang mengenainya. Andai tidak terang atau wajah aura cahaya kita pudar maka akan memerangkap wajah-wajah yang lain. Dan itu akan membentuk bayangan yang tidak baik. Elakkan menyikat rambut diwaktu malam yang tidak cukup cahaya. Jika diwaktu malam jumaat ditengah malam kita menghadap cermin yang pudar apatah lagi yang retak seribu akan berlaku penampakkan wajah-wajah seram yang tidak diundang dibelakang kita. Ingat tak senikata lagu paling bergetar dalam lagu cindai Dato Siti Nurhaliza. Ion-ion negatif dengan cas-cas elektrik pada rambut yang terpercik keluar hanya akan mengundang keburukkan. Sama juga memotong kuku diwaktu malam. Sebab itu sapuan SW pada wajah sebelum tidur dapt menepis cahaya yang tidak baik. *Moga tercerahkan walaupun ringkas*.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Saturday, August 10, 2024

Ilmiah cvt malaysia 9 Ogos 2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya sangat mencadangkan minum segelas air sebelum masuk tidur. *Minum air dingin malah yang berais sebelum masuk tidur?* *Atau minum air sejuk suhu bilik sahaja sebelum tidur?* *Atau minum air suam?* Sebelum masuk tidur. Yang mana satu lebih sihat. Saya cadangkan minum air pada suhu bilik sahaja. Air harus masuk ke dalam otot-otot tubuh. Tetapi Ketika nak tidur otot tidak lagi banyak bekerja. Tubuh dalam keadaan rehat. Jika minum air dingin ketika nak masuk tidur otot akan menjadi stress dan terpaksa mencengkamkan sel-sel otot agar air dingin tidak masuk. Otot tidak akan membenarkan air dingin masuk sewaktu kita tidak lagi menggunakannya. Jika kita minum juga air dingin akibatnya kita akan lebih kerap kencing dan bangun kencing semasa tidur. Tidur tidak lena dan stress. Berbeza awal pagi sebaik sahaja kita bangun perut kita dipenuhi dengan kepekatan asid hidroklorik yang pekat dan berlebihan. Kita perlukan garam dalam keadaan dingin untuk mengimbangi ion-ion negatif berlebihan itu. 


Ais akan meluruhkan atau menyingkirkannya bersama zat-zat yang tidak aktif dan tidak diperlukan dalam perut yang masih tidak hadam. Garam akan cepat menstabilkan asid dan menyerap gas sebaik sahaja kita bangun di awal pagi. Jika kita minum air suam bermakna kita benar-benar mengundang penyakit. Awal pagi perut akan lebih banyak gas. Kadar asid pun akan lebih tinggi. Air suam mengandungi zat-zat berat yang terlalu aktif. Sedangkan perut bersifat pasif. Air suam itu ada banyak zat aktif dan tentunya bersifat radikal bebas. Bermakna zat akan gagal ditukar menjadi tenaga. Akhirnya semua zat akan bertukar menjadi toksin. Akibatnya perut dipenuhi radikal bebas penyebab kanser. Sel-sel menjadi ganas akibat ion negatif yang berlebihan dalam air suam. 


Semasa kita aktif menggunakan otot maka air dinginlah yang paling cepat meluru masuk ke dalam sel-sel otot. Seperti kita minum air elektrolit dingin semasa bersenam dan berlari. Otot cukup air untuk gerakan yang kuat. Otot tidak cedera atau koyak. Otot tidak akan kejang dan banyak lagi manfaat. Siapakah yang sanggup minum air suam ketika melakukan senaman dan gerakkan otot yang kuat??. Itu sangat bahaya. Perut pula bertambah panas dan tentunya gas akan melambak didalam darah. Selepas bersenam hanya akan menambah sakit-sakit badan di sana sini. Sungguh sukar nak menyampaikan kebenaran ilmu daIam menolak kemungkaran. Kita selalu didoktrin dengan air suam.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab