Rendaman selama 30 minit di dalam air berais bukan sekadar memberi kesan sejuk kepada tubuh, malah merupakan gabungan tiga faktor utama iaitu suhu rendah, tekanan air dan rangsangan berterusan pada permukaan kulit. Gabungan ini dihipotesiskan mampu merangsang tindak balas fisiologi badan dengan lebih menyeluruh berbanding sekadar mandi atau menjirus air biasa.
Tekanan air yang menyelubungi seluruh tubuh dipercayai memberi rangsangan mekanikal yang sekata pada kulit, otot dan salur darah. Pada masa yang sama, perubahan suhu yang mendadak daripada panas kepada sejuk mencetuskan tindak balas penyesuaian badan untuk mengekalkan keseimbangan dalaman. Proses inilah yang dihipotesiskan membantu mempercepatkan pemulihan, mengurangkan bengkak dan memberikan rasa lebih segar selepas rendaman.
Daripada sudut ini, rendaman ais boleh dianggap sebagai satu bentuk latihan adaptasi fisiologi, iaitu tubuh belajar menyesuaikan diri terhadap tekanan suhu dan seterusnya mengaktifkan mekanisme pemulihan semula jadi.
*Berendam lebih daripada sekadar mandi*. Berendam di dalam air memberi peluang seluruh tubuh menerima rangsangan air secara menyeluruh, malah boleh disertai selaman beberapa kali mengikut kemampuan dan keadaan kesihatan. Ramai orang merasakan berendam lebih menenangkan, membantu memulihkan semangat serta memberi rasa relaks berbanding mandi dengan menjirus air sahaja.
Air menjadi medium yang menyelubungi seluruh badan, manakala mandi biasa lebih bersifat membersihkan permukaan tubuh. Dari sudut pengalaman, berendam sering memberikan rasa tenang kerana badan disokong oleh air dan otot menjadi lebih rileks.
Jika menggunakan ais, bunga beraroma, garam, atau bahan mandian lain, ia boleh menambahkan keselesaan dan pengalaman berendam. Namun, dakwaan bahawa garam "mengoksigenkan air", kapur "menyahkan asid tubuh", atau belerang memberi kesan rawatan tertentu masih memerlukan bukti saintifik yang kukuh untuk disahkan.
Yang paling penting ialah berendam dilakukan dengan selamat, menggunakan air yang bersih, pada suhu yang sesuai, dan tidak terlalu lama supaya tubuh memperoleh manfaat relaksasi tanpa mendatangkan risiko.
*Rendaman sejak berzaman adalah lambang status golongan bangsawan*. *Rahsianya adalah ada pada kekuatan tekanan di dalam air bersama kelopak bunga- bungaan*. *Dapatkan energi daya ketertarikkan. Leraikan radiasi aura buruk dan bau hanyir yang negatif terakam di bawah kulit.* *Naikkan seri agar terserlah karisma diri yang berpotensi menguntunkan dan menuju arah ke jalan yang lebih bernasib baik*.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment