Hijau bukan sekadar warna pada dedaunan. Di situlah *klorofil menangkap tenaga cahaya matahari* dan membantu tumbuhan menjalankan fotosintesis. Cahaya menjadi tenaga kimia, air digunakan, karbon dioksida diproses dan oksigen dilepaskan. Dari sinilah bermulanya satu rantaian kehidupan yang sangat besar.
Dalam pemahaman CVT, *hijau membawa simbol kehidupan, keseimbangan dan pemulihan*, manakala merah dikaitkan dengan darah. Tumbuhan hijau yang menerima cahaya matahari akhirnya menjadi sebahagian daripada rantaian makanan yang membekalkan zat kepada tubuh manusia.
Ada sesuatu yang sangat menarik antara *klorofil dan hemoglobin*. Kedua-duanya mempunyai struktur molekul asas berbentuk cincin porfirin yang mempunyai persamaan tertentu. Namun pusat klorofil mengandungi *magnesium*, sedangkan kumpulan heme dalam hemoglobin mengandungi *besi*. Jadi klorofil sebenarnya tidak bertukar secara langsung menjadi darah merah.
Darah pula membawa oksigen melalui hemoglobin. Apabila peredaran darah, fungsi paru-paru dan jantung berada dalam keadaan baik, penghantaran oksigen kepada tisu dan sel menjadi lebih berkesan. Sebab itu dalam bahasa warna CVT kita melihat satu hubungan yang indah:
*CAHAYA MATAHARI → HIJAU → TUMBUHAN → ZAT MAKANAN → DARAH → OKSIGEN → SEL*
Hijau memberi kehidupan kepada tumbuhan.
Merah membawa kehidupan melalui darah.
Jantung memastikan aliran itu terus bergerak. Namun janganlah kita terlalu mudah membazir wang membeli pelbagai suplemen hanya kerana terpengaruh dengan dakwaan pemasaran. *Utamakan dahulu makanan sebenar yang berkhasiat, sayuran hijau, aktiviti fizikal, cahaya matahari yang sesuai dan gaya hidup yang seimbang*. Suplemen mempunyai kegunaannya dalam keadaan tertentu, tetapi bukan semuanya diperlukan oleh setiap orang.
*Kembali memahami alam. Kembali menghargai Cahaya*. *Kembali kepada asas kehidupan*. Kadangkala perkara yang paling bernilai untuk kesihatan bukanlah yang paling mahal — tetapi yang telah tersedia di sekeliling kita sejak awal.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment