Matrik 7 — Matematik Langit dan Rahsia Rezeki
*Matrik 7 adalah simbol lengkap*. Ia membawa makna rezeki, keberkatan, kelapangan dan sifat memberi. Orang yang benar-benar memahami rezeki tidak semestinya mengejar dengan keras. Ada yang hidupnya santai, tetapi *tangannya ringan memberi*. Seolah-olah semakin dia membuka jalan untuk orang lain, semakin banyak jalan rezekinya sendiri terbuka.
Di sinilah kita mengenal dua bahasa:*Matematik bumi: 1 − 1 = 0*. Kita ada RM1, kita berikan RM1, maka secara kiraan fizikal kita kehilangan RM1. Tetapi *“matematik langit”* membawa prinsip yang berbeza. Sedekah tidak dinilai hanya berdasarkan apa yang keluar daripada tangan. Ia turut berbicara tentang *ganjaran, keberkatan dan rezeki yang datang kemudian*.
Al-Quran memberikan gambaran yang sangat indah tentang sedekah: sebutir benih menumbuhkan *tujuh tangkai*, dan pada setiap tangkai terdapat *seratus biji*. Maka gambaran asasnya ialah: *1 × 7 × 100 = 700*. Inilah simbol *700 kali ganda* yang disebut dalam Surah al-Baqarah 2:261. Namun ia bukan formula kewangan yang menjamin RM1 akan kembali sebagai RM700. Ia adalah gambaran tentang besarnya ganjaran dan bagaimana Allah melipatgandakan kepada siapa yang Dia kehendaki.
Nabi Muhammad SAW juga bersabda: *“Sedekah tidak mengurangi harta.”* — Riwayat Muslim. Secara logik biasa, memberi bermaksud berkurang. Tetapi dari sudut keberkatan, hubungan manusia, ketenangan jiwa, ganjaran dan pintu rezeki yang tidak diketahui, pengurangannya tidak semestinya berakhir sebagai kehilangan. Sebab itu keberanian memberi mempunyai falsafah yang menarik: *Berani mengurangkan untuk membuka ruang pertambahan.*
Ayat yang sering dikenali sebagai *Ayat Seribu Dinar* pula membawa satu prinsip yang sangat dekat dengan perkara ini: sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan memberikan jalan keluar dan *rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka*. Di sinilah logik manusia mempunyai batas. *Kita mahu mengetahui: “Dari mana rezeki itu akan datang?”*
Tetapi konsep *“tidak disangka-sangka”* bermaksud jalannya memang belum berada dalam jangkaan kita. Peluang boleh muncul melalui manusia, pekerjaan, perniagaan, pertolongan, idea, hubungan atau keadaan yang sebelumnya langsung tidak kelihatan.
*Rahsia Matrik 7*
Dalam falsafah CVT, *Matrik 7 berwarna kuning* dan dikaitkan dengan proses pencernaan serta perubahan. Makanan yang masuk tidak kekal dalam bentuk asal. Ia *dicerna, dipecahkan, ditukar dan dimanfaatkan* oleh sistem tubuh. Begitu juga falsafah rezeki: *Terima → cerna → manfaatkan → beri → beredar → berkembang*. Rezeki yang hanya mahu disimpan akan berhenti pada pemilikan. Rezeki yang dimanfaatkan dan dikongsi pula memasuki satu kitaran yang lebih luas.
Sebab itu *Matrik 7 bukan sekadar simbol “mempunyai banyak”*. Matrik 7 adalah *kelengkapan dalam aliran rezeki*. Orang yang kedekut sentiasa takut angka berkurang. Orang yang tamak mahu semuanya berhenti pada dirinya. Tetapi orang yang memahami keberkatan tahu bahawa *memberi bukan semestinya titik kehilangan*. Jangan tunggu kaya untuk bersedekah. *Bersedekahlah apabila peluang memberi datang.* Kerana dalam matematik bumi, sesuatu yang diberikan memang keluar daripada tangan.
Tetapi dalam *matematik langit*, apa yang keluar daripada tangan belum tentu hilang daripada kehidupan. *Matrik 7 mengajar: rezeki bukan hanya apa yang kita simpan — tetapi juga apa yang mampu kita alirkan*.
Matrik 7 simbol warna kuning. Simbol cahaya terang benderang malah bergemerlapan. Itulah cahaya bima sakti galaksi yang menghiasi langit. Rezeki dan simbol terang Cahaya.
*Niatkan yuran sebagai sedekah untuk menggandakan ilmu penuh berkat*. *Daftar segera kelas khas penomboran yang akan diadakan pada 05.09.2026 (sabtu).*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment