Friday, July 21, 2023

Vitamin dan mineral ada dalam darah dan di beri tanda dalam berbagai rasa

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Vitamin dan mineral ada dalam darah dan di beri tanda dalam berbagai rasa. Hakikat sebenarnya darah kita dihimpunkan dengan zat gula yang berbahaya. Gula yang tidak mudah di tukar menjadi tenaga akan berubah menjadi toksik yang berasid. Tubuh kita akan cepat keletihan dan stress sebagai tanda kekurangan gula dalam sel. Gula tidak masuk dalam sel sebab insulin tidak mencukupi atau tidak berkualiti. Mungkin kesihatan pankreas terbeban kerana amalan makan yang kekenyangan. Namun kadar gula begitu tinggi dalam darah. Tapi gula yang dikesan adalah gula berat yang sukar di tukar menjadi tenaga. Jika ada 10 pesakit secara puratanya sembilan orang akan menghadapi masalah yang sama iaitu kadar gula tinggi dalam darah.  Amalan makan buah yang tinggi fruktose seperti buah mangga yang manis atau yang masam. Kandungan gula pada buah ini amat cepat ditukar dan berada dalam darah. Kandungan gula tidak ditukar menjadi tenaga jika kita sendiri tidak menggunakannya dalam bentuk senaman yang menggerakkan otot-otot. Apatah lagi makan mangga atau pisang di waktu malam dan terus tidur.  Itu salah kita sendiri. Gula fruktose jadi sisa dan sia-sia. Buah yang selamat adalah yang banyak serat dan lambat masuk ke dalam darah. Ini memberi banyak masa untuk gula sempat masuk ke dalam sel-sel tubuh yang lain. Ingat ya!!! metabolisma gula akan berlaku dengan baik jika kita ada senaman gerakkan otot di waktu petang.


Lawan gula yang manis adalah zat pahit. Pengimbang zat manis adalah zat pahit. Ada banyak ubat dalam bentuk kimia yang kebanyakkan bersifat pahit untuk mengimbangi gula dalam darah. Jadi penawar dalam rasa pahit biasanya ada dalam tongkat Ali, kacip Fatimah tunjuk langit dan sebagainya. Mencari penawar dengan menentukan pasangan,zat pada rasa lebih mudah. Zat masin berpasangan dengan zat yang masam. Susunan zat bermula Masin di waktu mula Subuh awal pagi dan diikuti masam di waktu tengahari hingga ke petang. Dari waktu asar menjelang maghrib rasa manis. Di waktu malam penyusun zat untuk menjadi penawar adalah rasa pahit. Rasa pahit akan menjaga kualiti tidur yang penuh istirehat kurniaan Allaah.  Namun tiada manis tidak ada gunanya kerja pahit. Bermakna makan pahit tanpa gula juga tidak membantu apa-apa. Ingat ya!!! senaman dan makan buah serta sayur pahit akan memasukkan gula ke dalam sel. Tandanya kita bertenaga. Apabila bangun dari tidur rasa pahit akan di aktifkan semula dengan membongkar garam dan zat akan kembali menambah aktif di awal pagi. Jika garam tinggi kandungan mineral maka zat pahit paling tinggi kandungan vitaminnya.  Semua ini akan beriaksi dengan bantuan tenaga cahaya matahari dan bulan. Selagi ada matahari dan bulan maka riaksi sel dengan segala sifat-sifatnya akan bekerja. NW signifikan dengan peranan sifat cahaya ini. Hakikatnya NW di rakam dengan tenaga dalam frekuensi cahaya untuk mengaktifkan sel-sel tubuh.


Sangat sulit dan amat komplikated dalam hal permasalahan gula ini. Seorang doktor juga akan memberi pandangan yang berbeza-beza. Pakar kimia dalam pemakanan juga makan pisang dan mangga tidak berkesudahan. Apatah lagi pendapat boleh makan apa sahaja tanpa pantang. Semua pelik bin ajaib. Kita sangka gula buah juga selamat. Oleh itu mari kita bersama dalam kelas lanjutan untuk memahami isu ini dengan lebih jelas ya. *Daftar segera kelas lanjutan mengenai bab zat dan tenaga dalam pemakanan 02.09.2023 sabtu*. Moga pengamal CVT akan jauh lebih cemerlang di dalam pengetahuan bab ini secara alamiah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment