*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Gerakan dalam pusingan lawan jam adalah jelas mengikut hukum tabiie alam semulajadi. Itulah satu takdir atau satu ketetapan sampai bila-bila. Tanpa gerakan itu alam semesta tidak dapat menghasilkan tenaga atau daya. Gerakan yang menghasilkan keseimbangan daya elektro dan magnatik. Jika diselidiki dari sudut sejarah permulaan penciptaan jam sejak abad ke 15 lagi jelas tiada apa-apa alasan kenapa gerakan itu sengaja dibuat berlawanan arah lawan gerakan matahari atau bulan. Wal hal ketika itu jam purba yang paling praktikal dalam menentukan waktu atau masa adalah menggunakan bayang matahari. Namun ukuran menetapkan masa pada sebelah malamnya masih terbatas kerana tiadanya cahaya. Ketika itu cahaya adalah waktu. Selepas beberapa waktu bintang timur dijadikan petunjuk arah dan sekaligus masa. Masa diukur dalam hitungan saat, minit dan jam. Manakala tarikh pada kalander untuk menetapkan hari, bulan dan tahun.
Gerakan arah jam klasik tidak bertujuan untuk sebarang makna apatah lagi memiliki fakta yang memiliki kebenaran. Namun akhirnya telah menjadi trend yang diikuti selaras pada semua tempat didunia. Tidak ada sesiapa yang berani mengubahnya. Juga tidak memiliki alasan dari segi hukum alam. Satu hari nanti akan muncul kesedaran yang cukup beralasan untuk seluruh dunia perlu menggunakan konsep gerakan lawan arah jam ini. Maka gerakan jam yang ada sekarang layak dinamakan gerakan lawan jam pula. Untuk melihat gerakan ini dengan mudahnya cuba lihat pusaran gerakan air didalam sinki basuh pinggan. Setiap hari corak pusaran air itu terpapar dihadapan mata kita mengikut hukum yang tidak pernah berubah. Hanya kita tidak pernah hendak mengambil tahu keunikan setiap sesuatu penciptaan Tuhan. Energi yang layak dirakam pada jam anti clockwise ini adalah mengikut kemuncak mahkota dalam sistem bioquntum dalam diri kita. Kerana dalam diri manusia ada kekuatan yang mengawal keseimbangan alam semesta. Energi super sedar spiritual yang hidup pada kelenjar yang layak dinamakan sebagai MASTER itu.
Kelenjar Pineal bagi pihak kaum adam yang mengawal kelenjar pituitari untuk kaum hawa. Kaum adam harus memakai pada tangan kanan. Kaum hawa memakainya pada tangan kiri. Namun hakikat kebenaran terletak pada kaum hawa yang menguasai energi elektrik pada matahari. Wanita atau kaum hawa pada bahagian kepala diselubungi dengan kekuatan energi matahari. Fakta dan kebenaran pada cahaya mataharilah kawalan semua sistem kelenjar untuk membangunkan atau pertumbuhan sel-sel seluruh tubuh. Jangan pakai terbalik pula. Jam yang dipertenagakan ini akan beriaksi mengikut energi yang ada didalam tubuh kita. Jika ada energi benda asing maka jam ini akan menyerap radiasi itu. Bateri jam akan cepat habis dan jam akan terpeluwap. Kita perlu memperbaharui energi dengan menukar bateri baru yang dipertenagakan semula. Harap ilmiah ini membantu untuk kita faham dengan jelas kenapa kita perlu menggunakan jam vibration dalam gerakan tabiie ini.
Satu lagi contoh terbaik gerakan anti clockwise ini adalah pada putaran kipas angin siling atau langit langit. Arus elektrik dalam gerakan motor akan mengeluarkan medan magnet dan menghasilkan energi mekanik. Pada musim panas gerakan ini akan menghasilkan sejuk apabila udara sejuk akan bergerak kebawah dan menarik udara panas ke atas. Tubuh akan lebih sejuk kerana pemeluwapan pada udara lembab akan mengeringkan peluh dengan cepat. Pada musim sejuk pula gerakan jam akan diubah menjadi seiring dengan gerakan jam biasa dan udara sejuk dinaikkan dan udara panas akan ditekan ke bawah. Ini akan membuat ruang bilik dimusim sejuk menjadi panas. Bermakna ada dua jenis gerakan jam di negara yang ada musim panas dan sejuk yang ekstrim. Di negara yang beriklim panas semua kipas angin langit langit secara auto dalam gerakan anticlock wise. Mungkin itu juga kita tidak perasan.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment