*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini dunia perubatan sudah melihat gula sebagai satu kejahatan. Mereka benar-benar ketakutan dengan gula dan ini bukan satu gurauan lagi. Seolah-olah gula seperti tidak ada fungsi dan kebaikkan yang diperlukan oleh tubuh. Tidak ada journal dan artikel mengenai keistimewaan gula. Seperti gula mampu membunuh virus apatah lagi bakteria jahat di usus. Luar biasanya gula dalam madu tetap kekal awet yang telah ditemui di dalam piramid giza yang berusia lebih 3000 tahun milik firaun. Tidak ada zat yang boleh bertahan begitu lama seperti gula madu ini. Sifat antioksidannya yang luar biasa tidak diketengahkan. Sel itu sinonim dengan gula. Sel dan tenaga adalah suatu kerja membangunkan kesihatan tubuh. Darah itu asas bahan bakunya adalah gula. Dulu gula putih yang diproses sahaja yang dikatakan bahaya. Sekarang gula fruktosa dalam buah-buahan dikatakan punca penyakit kanser. Semua itu ada benarnya dan ada juga salahnya. *Jadi yang mana salah atau mitos mengenai gula?*.
Gula digantikan dengan manisan. Zero kalori atau rendah kalori ada juga buruk dan baiknya. Yang baiknya tidak pula dimaklumkan sedangkan gula itu sesuatu yang asli atau murni untuk sumber energi yang semua benda perlukan. *GULA SATU KEPERLUAN*. Kerana gula yang akan merangsang insulin. Tetapi kita gantikan dengan insulin haiwan. NW 15 mampu merangsang keseimbangan insulin semulajadi tubuh. Kenapa ambil jalan pintas menggantikan dengan insulin haiwan. NW 15 mampu membaik pulih organ insulin bekerja semula. Apakah perlu organ vital pankreas dibedah dan digantikan baru seperti organ lain??. Teknikal cara pengambilan dosis dan jenis gula dengan kadar kecepatan menukarkan karbohaidrat menjadi energi perlu sedikit kita fahami. Walaupun tidak ada standart yang tetap untuk pola diet yang dapat ditetapkan.
Hari ini otak kita lembab dan jantung lemah. Kita dimomokkan sehingga menjadi igauan kebimbangan pada tahap gula dalam darah. Secara ikhlas saya kongsikan bahawa seumur hidup saya tidak pernah sekali pun membuat bacaaan gula dalam darah yang sebenarnya itu adalah pekerjaan sia-sia. Gula memang ada dalam aliran darah. Gula akan bergerak pantas menuju mengikut aliran darah ke otak. Itu adalah hal-hal biasa mengenai sistem tubuh dan akan berubah-ubah mengikut kesesuaian keadaan. Yang perlu kita bimbang adalah gas bersama dengan kehadiran gula. Malam sebelum tidur kita melantak membalun minuman bergas dengan makanan tinggi protein. Tetapi esoknya kita berharap gula kita tetap rendah dengan rutin harian menyemak indek gula. Itukan kerja sia-sia. Nafsu kita tidak terlepas akan minum minuman bergas dengan gula yang tinggi berada bersama ketika makan. Gas adalah musuh utama dan punca gula dalam darah. Gula tidak berjaya ditukar menjadi energi dan akibatnya kita masih tetap letih dan tidak bertenaga sepanjang hari. Gas akan menyelinap bersama gula dalam aliran darah dan akan menyempitkan urat-urat halus di hujung jari kaki dan tangan. Itu yang perlu kita takutkan kerana itulah puncanya gula bertukar menjadi satu ancaman.
*Hentikan semua minuman bergas hari ini juga*. Namun apabila kita cukup disiplin dan hindari tabiat buruk itu maka esoknya kadar gula kita akan kembali stabil. Jadi kenapa kita harus menyibukkan otak kita dengan kebimbangan yang tidak berasas dan tidak pula mengetahui apa punca dan cara mengatasinya. Gas diusus kita harus diserap oleh gula. Gula mampu membunuh virus sekalipun yang bertambah diusus. Kita harus memulakan gula seperti fruktosa sebelum mula makanan yang berlemak dengan protein dan serat yang lain. Kebanyakkan ubat yang pahit akan menyerap gas dalam darah dan kita akan merasa cepat lega. Namun itu bukan penyelesaian dan sangat bersifat sementara. Sebenarnya kita yang membuat nutrisi dalam pemakanan kita menjadi rumit dan bercelaru. Sekejap kita takut pada glukosa sebagai gula ringkas. Sekejap kita menyalahkan fruktosa sebagai punca lemak bertimbun di jantung. Entah bagaimana pemahaman kita mengenai ilmu kimia dan sistem tubuh mengenai pengaruh gula. Gula ciptaan tuhan yang maha kuasa dan ia tidak bahaya hanya kita tidak berdisiplin dan memperolokkan kebenaran. Akibatnya di farmasi penuh dengan ubat-ubatan yang di reka-reka dan hospital penuh dengan pesakit dan itulah perniagaan berbilion ringgit yang dikaut keuntungan oleh satu pihak yang berkuasa.
*Bermakna asid yang bertukar menjadi gas yang sebenarnya menjadi musuh utama dalam perut kita selain dari gula*. NW 19 usus penyebab asid dan gas muncul dan perlu diterapi selain pankreas. Jangan bimbangjika kita ada masalah pada buah pinggang sekalipun. Kita rawat semaksima mungkin usus kita dahulu. Usus bersih dan darah akan segar aktif. Darah aktif itulah hal yang perlu kita semak dan bukan gulanya. Bermulanya penyakit adalah dari darah yang tidak aktif. *Bagaimana nak aktifkan darah?*. Bersenam untuk tenaga fizik dan berfikir adalah tenaga psikologi gula di otak. CVT dengan BRAINY SUGAR ENERGY untuk kesihatan otak kanak kanak. *Mari kita bersama di dalam kelas lanjutan 02.09.2023 SABTU agar persoalan gula ini dapat diperjelaskan.*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
No comments:
Post a Comment