-ILMIAH CVT MALAYSIA-
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
NW 2 adalah kunci atau ibu segala sistem kawalan hormon. Kanak-kanak perempuan ketika membesar dan meningkat remaja sangat memerlukan NW 2 sebagai hormon kecantikkan yang luar biasa. Walaupun ketika kanak-kanak tidak cantik namun setelah remaja menjadi cantik yang sebenarnya amat berkaitan dengan fungsi kelenjar ini. NW 2 dan NW 16 adalah pasangan yang akan menjaga kesihatan kandungan pada bahagian ovari. Wanita yang mengandung masih berpeluang untuk cantik dengan menjaga kesihatan kandungannya. Apabila sampai waktu hendak bersalin NW 17 bahagian rahim akan memudahkan kelahiran. NW 1 pineal lebih sesuai untuk lelaki. Kaum adam lebih cepat terangsang nafsunya berbanding hawa yang terkawal. Kaum adam juga berpotensi menghadapi masalah lemah nafsu shahwatnya bila usia menjelang tua. Namun kaum hawa jarang untuk mengalami atau menghadapi masalah kedinginan dalam seksual melainkan jika ada gangguan pada bahagian tiroid. Oleh itu NW 1 dan NW 17 sangat memainkan peranan dalam menjaga kesihatan seksual.
NW 16 juga boleh diambil oleh kaum adam jika mengalami masalah kerap kencing dan tidak dapat menahan kencing. Ini adalah disebabkan berlakunya kepincangan energi di prostat dan testis. Testis akan menambah jumlah sperma. NW 16 sangat membantu bagi masalah ketidakselesaan period. Namun pada period yang kurang seperti tanda menopouse awal maka NW 9 akan menambah dan memanjangkan waktu haid pada usia lebih lanjut dan mengelakkan penyakit osteoatritis dan artritis umpamanya.
Semoga pengamal CVT cekap dan mahir dalam mencadangkan formula pada keperluan yang tepat secara terus tanpa diagnos.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
No comments:
Post a Comment