Sunday, July 16, 2023

makanan-makanan yang boleh bertukar menjadi toksik di dalam perut dan hati kita

 *PENCERAHAN OLEH PROF NW*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Agaknya sampai bila pihak-pihak yang mendakwa pakar dalam bidang zat dan pemakanan akan mendedahkan secara telus makanan-makanan yang boleh bertukar menjadi toksik di dalam perut dan hati kita. Seperti mana peringatan pengambilan mengenai gula dan garam. Lemak dan gula yang mana lebih jahat. Antara buah dan sayuran yang mana kita lebih bersifat antioksidan. Kenapa perlu supplement sedangkan zat ini ada di dalam buah-buahan dan sayuran??. Serat yang tinggi dan berat zat atau serat yang rendah dan halus. Banyak sungguh mitos mengenai pemakanan. Makanan yang membuat gula melonjak tinggi dan cepat seperti pisang dan buah mangga.


Pengalaman kita tidak mengambil iktibar dan mengenalpasti makanan alahan kita sendiri secara peribadi. Hati tidak gembira kerana alahan makanan. Semua itu kita tidak pernah peduli. llmu pengetahuan mengenai zat dan pemakanan tidak diajarkan di sekolah-sekolah secara serius. Yang pasti penyakit digeneratif seperti kanser amat berkaitan dengan zat-zat pemakanan yang diolah bersama gula dalam darah. Gula yang baik sepatutnya masuk di dalam sel. Tetapi insulin tidak membawanya ke dalam sel. Pankreas menjadi lemah sebab kita makan terlalu kenyang. Kita tidak berhenti sebelum kenyang. Insulin masih dikeluarkan namun tidak berkualiti sama dengan hasil pemikiran kita. Apakah kaitan insulin dengan pemikiran??.


Saya bercadang hendak mengadakan seminar khas untuk tajuk zat dan pemakanan. InsyaAllaah akan diadakan kelas lanjutan ini pada *02.09.2023 SABTU*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment