Sunday, July 23, 2023

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya dan didalamnya terdapat ubat-ubatan yang menyembuhkan bagi manusia

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Merawat dengan yang manis dalam frekuensi spektrum warna. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya dan didalamnya terdapat ubat-ubatan yang MENYEMBUHKAN bagi MANUSIA. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda (KEKUASAAN ALLAAH) bagi orang-orang yang mahu berfikir. Surah An Nahl ayat 69.  *Konsep dan falsafah perubatan CVT*.  


-  Ubat mesti bekerja mengikut fungsi sel. Kerana yang mampu cekap menembusi sel adalah gula ringkas dan halus serat. Gula berat yang tinggi kalori terlalu cepat menjadi tenaga sebelum sempat diguna dan akhirnya tersisa dalam darah sahaja.

                  

- Gula sebagai pengubah racun bertukar menjadi tenaga. Ubat kimia akan mengubah bahan sisa tubuh bertukar menjadi racun dalam riaksi baru. Hasilnya adalah racun dengan penyakit baru yang lebih menekan sistem imum. Tidak dinafikan gejala yang ada akan bertukar reda jika sesuai dengan ubatnya. Namun penyakit tetap ada malah jauh untuk tujuan penyembuhan. Akibat paling buruk tubuh tidak lagi alah dan sensitif pada apa yang kita makan. Oleh itu perubatan alopati tidak meletakkan pantang dalam amalan ubatan mereka ketika melegakan kesan penyakit dan berbeza dengan homeopati akan memberi banyak berpantang. CVT juga akan memberi pantang juga tidak secara umum pada pesakitnya. Setiap pesakit secara individu akan didiagos melalui ujian AK untuk mengenalpasti setiap zat alahan pada penyakit mengikut unsur atau element diri yang sangat personal. *Diagnois AK makanan alahan ini adalah konsep yang pertama di dunia.*


- Ubat atau penawar dalam bentuk gula mesti bekerja mengikut riaksi kimia racun untuk ditukar menjadi zat yang bertenaga semula. Itulah racun dan itulah penawar. Zat terbaik seperti gula nano yang di haluskan untuk melawan zat gula berat yang tersisa dalam darah menjadi sampah.  NW sukros dan Gula nano CVT yang di pertenagakan dalam frekuensi spektrum warna untuk mengubah gula menjadi penawar. Pesakit kencing manis di alu-alukan. Kerana Allaah lebih mengetahui punca penyakit moden kerana sifat gula yang dalam minuman harian yang sudah dicacatkan secara kimianya. 


Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai gula sampah ini dalam setiap menu makanan. Tidak akan selesai masalah dengan mengawal gula dalam pemakanan. Tidak perlu menyemak kadar gula setiap hari kerana itu akan menambah kebimbangan yang akan menjadikan gula bertukar menjadi asid lebih berat. Untuk mengubah gula menjadi tenaga yang paling maksima adalah BERFIKIR dan secara takjub mencari kekuasaan Allaah selain hidup dengan penuh gembira.  Hidup yang gembira itu akan menghasilkan antibodi sebagai pencegahan dari terkena penyakit. Sebab gula perlu untuk rasa gembira dan tenaga untuk berfikir. Keliru dan bimbang adalah tanda gula sampah banyak dalam darah. Namun solusinya adalah tubuh perlu gula terbaik yang bersifat zat yang sudah siap dipertenagakan. *ITULAH KONSEP CVT*. Amalkan gula yang bermutu dalam minuman harian. Atau sebaiknya guna sahaja *GULA NANO, GLUKOS, dan SUKROS (NW)* dalam apa jua minuman. Pastikan tiada lagi gula putih dalam minuman harian dirumah bermula hari ini. Tiada lagi membuat pesanan air minuman di kedai makan yang bercampur gula putih itu. Minuman gula yang berkarbonat adalah permulaan manusia ramai yang jatuh sakit.


Akhirnya kita tidak lagi berani makan makanan karbohaidrat tinggi kalori seperti nasi dan kentang. Tetapi penyakit kencing manis seperti gangrean tetap tidak baik. Buntu dan panik. Keliru dan bimbang pada pesakit kencing manis tanpa kesudahan. *Mari kita terokai kefahaman ilmu zat ini dalam kelas lanjutan nanti (02.09.2023 sabtu)*. Jangan bagi sebarang alasan untuk tidak dapat hadir.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment