Sunday, July 30, 2023

Kebaikan rawatan fashdu dan bekam darah

Venesection 

Rawatan Fashdu

Assalamualaikum. 

BAYANGKAN DARAH  ANDA MACAM NI..

BANYAK PENYAKIT DARI MAKANAN ANDA MAKAN.

KOLESTROL, URIC ASID , TOKSID DAN GULA DLM DARAH ANDA.

DERMA DARAH PUN TAK BOLEH TERIMA JIKA ANDA BERPENYAKIT.

CARA NYA HANYA DENGAN BEKAM ATAU FASHDU.

Saya ingin memberi sedikit pencerahan. Sesiapa yg belum pernah mengeluarkan darah kotor  akan terkumpullah kesemua toksin seperti bahan kimia, lemak, kolestrol, gula garam galian, asid urik dan lain2 bahan dalam badan kita. Ianya akan dipam oleh jantung keseluruh anggota badan melalui saraf2 darah dan ditapis oleh buah pinggang. Proses ini berulang2  sehingga darah2 kotor ini diulang pam dan diulang tapis katalah sejak 50 tahun hidup contohnya selagi tak dikeluarkan. Itulah sebabnya  sakit  pun mula datang kerana saraf kita yang sepatutnya dipenuhi dengan darah bersih telah bercampur dengan darah kotor itu akan mengalir pergi ke jantung dan buah pinggang rosak kerana menapis benda yang sepatutnya dibuang. Ada sesetengah orang  terutama yang dah berumur dan yang makanannya tak dijaga seperti lemak dan bahan kimia, darah kotor mengatasi darah  bersih lebih 50 ke 90%. Ada sesetengahnya sudah 100% darah kotor terutama yang tua. Pada masa itu baru lah terasa sakit2 pinggang, kebas2 kaki dan tangan,  kakit lutut, sendi2, gatal2,   sesak nafas, lemah jantung dan akhirnya urat saraf terus rosak mengakibatkan stroke dan serangan jantung. Jadi tak hairankah kalau tiba2 kena stroke sebab  tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah disebab darah dah tak mampu mengalir normal gara2 toksik yang terlampau tinggi dalam urat saraf kita. Yang kena potong kaki, rabun mata dan sakit gout hingga uric asid menjadi kristal hingga tumbuhlah  ketumbuhan ke tangan dan kaki kerana dihujung2 kaki dan tangan  inilah toksik terkumpul. Inilah juga asebab segala toksik telah  masuk ke urat dan saraf di seluruh anggota  badan dari kaki sampailah ke kepala. Migrain dan sakit kepala juga antara punca dari darah yang bertoksik ini. Untuk mengatasi masalah2 di atas terpaksalah dikeluarkan toksik atau darah kotor ini agar hanya darah bersih yang mengalir di seluruh tubuh badan.  Bayangkan minyak hitam kereta yang tidak dikeluarkan atau ditukar selama tempoh 30 tahun yang sepatutnya 3 bulan sudah diganti dengan minyak baru. Al fasdhu ialah rawatan Arab klasik yg berkurun diamalkan ini perlu dikembalikan kepada umat yang mana dalam sejarah Islam umat Islam terdahulu sihat dan kuat  pengamalan  seperti puasa sunat dan fashdu/bekam. Fashdu adalah kaedah mengeluarkan darah kotor dari saluran besar darah atau vein sementara bekam pula mengeluarkan darah kotor dari bahagian kulit yang melibatkan saraf2 halus. Dengan fashdu darah kita mengalir keseluruh badan, iaitu selepas darah dikeluarkan ianya mengalir semula keseluruh badan melalui sistem jantung. Darah baru akan diganti melalui pemakananan. Pembuangan darah kotor dan toksik ini perlu dikeluarkan secara berkala dan berterusan agar badan sentiasa sihat.

*PENCERAHAN OLEH PROF NW*


Ada buruk dan baiknya. Keadaan zaman moden banyak cara nak bersihkan darah kotor. Bergantung pada kesihatan usus. Bergantung makanan dan air minuman alahan  juga. Istilah darah kotor ni pun tak ada dalam istilah perubatan. Melainkan disebut darah kurang oksigen. Darah terlebih karbondioksida. Jadi darah banyak gas atau angin. Semua berkaitan gas juga. Peranan dari paru-paru sampai ke jantung. Darah haid juga tidak sesuai disebut sebagai darah kotor. Punca darah kotor itu yang perlu kita cari. Jika kita keluarkan tiap bulan sekalipun tidak akan selesai masalah kerana darah boleh sahaja kotor bila bila masa dalam masa yang singkat. Boleh juga dibersihkan dalam masa singkat. Minum banyak air putih mineral sahaja sudah boleh membersihkan. Kerana air mineral banyak zat besi yang boleh bawa oksigen dan bersifat antioksidan. Vitamin C akan membersihkan darah seperti lemon. Darah kembali cukup oksigen dengan tanda darah merah. Tidak ada istilah darah kotor dari kecil sampai ke tua dan menjadi bahaya jika tidak dikeluarkan. Cuci darah dari buah pingang juga tidak selesaikan masalah. Makan buah tembikai merah akan memperbaiki sel darah melalui serat dan menambah oksigen. Cara kuno klasik ini sudah tidak sesuai zamannya. Dulu tidak ada ilmu pengetahuan. Sehingga berubat dgn besi panas pun ada. Sekarang sudah tidak sesuai dan dilarang oleh nabi.


Darah tidak mengalir baik bukan sebab kotor. Sebab tidak cukup oksigen. Yang bawa adalah zat besi. Amalkan garam akan menambah zat besi. Zat besi dan oksigen amat ditakuti syaitan. Kawal perasaan. Elakkan susah hati. Elakkan rasa marah melampau. Semua tu akan memiskinkan oksigen dan jantung terus lemah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment