Thursday, October 26, 2023

sabar itu diertikan sebagai menahan diri dari kemarahan

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pengertian SABAR pada bahagian kesuburan tidak sama dengan sabar pada bahagian perasaan dijantung dan paru-paru. Di bahagian perasaan sabar itu diertikan sebagai menahan diri dari kemarahan. Biasa sifat ini lebih kepada masalah kaum lelaki. Berbeza dengan sifat sabar pada golongan wanita. Sabar dalam menunggu sesuatu. Menunggu dan menghadapinya dengan penuh kesetiaan dan ketaatan. Menahan diri dari melakukan sesuatu yang dilarang. Sabar dikuatkan dengan kekuatan redha dan pasrah. Sabar yang penuh ikhlas. Sabar yang lebih dari itu kerana memiliki sifat yang halus dan tidak terburu-buru atau gelojoh melulu dan tergopoh gapah. Semua itu pasti membawa penyesalan di kemudian hari. Tidak berfikir panjang. Apabila seorang suami sedang marah maka kekuatan energinya untuk mengawalnya adalah dari sang isteri. Sifat tertib dan sopan ciri kewanitaan.


Sabar menanggung keperitan hidup bersama-sama di dalam keluarga. Sabar menanggung kesengsaraan sakit ketika mengandung sampai saat melahirkan. Sifat ini pastilah tidak mungkin dapat ditanggung oleh kaum lelaki. Sifat sebagai ibu yang terus menguruskan rumah tangga dari terbit matahari sehinggalah tengah malam tanpa merungut dan mempersoalkan. Sifat sabar yang akan menambah kesuburan dan rezeki menerima zuriat. Semua ini di dalam pengetahuan Allaah jua beroleh keuntungan pada kaum wanita untuk menjadi ibu yang dapat bersabar.


*be patient* or *have patience* Maksudnya lebih pada masa dalam menunggu sesuatu. Sampai satu masanya nanti akan beroleh khabar gembira. Bahagian kesuburan kewanitaan perlukan zat sabar yang berasid atau sedikit masam. Sebab itu juga secara semulajadi apabila si ibu mengandung maka deria rasa pada buah-buahan yang masam akan membuka selera. Saya cadangkan buah kiwi dan strawberry yang tidak begitu masam namun seimbang dengan rasa manis. Yang langsung tidak suka masam bermakna akan ada gangguan kesuburan. Begitu juga yang berlebihan makan masam seperti buah mangga muda, kedondong, nenas muda dan sebagainya. Masam berlebihan yang boleh menimbulkan gejala gangguan bahagian peranakkan iaitu rahim dan vargina.


*Moga kita dapat membezakan maksud sabar pada bahagian warna jingga yang tidak sama dengan warna hijau*.



Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Saturday, October 14, 2023

Roh yang berkaitan jiwa

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Roh yang berkaitan jiwa. Jiwa itu ada perasaan. Perasaan itu dikawal oleh jantung. Kemana perginya jiwa di alam semesta selepas kita mati. Kerana kita percaya jiwa atau roh itu kekal abadi tidak terhapus. Sudah tentu jiwa satu entiti energi itu menetap pada ruang dimensi baru di alam semesta. Kita perlu ada kesadaran jiwa. Kesadaran tingkat tinggi manusia itu adalah bentuk kehidupan yang paling misterius. Kesadaran yang tidak terlihat dan terlihat. Eksploarasi misteri kehidupan dalam teori kasadaran KUANTUM.


Kita jangan sampai tertarik dan jatuh di dalam lubang hitam. Jiwa manusia harus terus aktif dalam bentuk waktu. Fikiran dan hukum fizik harus bekerja secara bersama-sama serentak. Kecerdasan buatan dalam otak manusia sekarang sudah di ambil alih dan menjadi kuantum komputer. Elektron dalam otak seperti komputer kuantum biologi sudah menjadi kenyataan. Nasib baik kita sudah kehadapan lebih awal dalam bidang ini dan mempraktiskan teknologi elektron ini sebagai bidang rawatan yang selamat. Elektron dalam cas negatif adalah antidot dalam bentuk gelombang bekerja merangsang sel-sel seluruh tubuh agar bekerja lebih aktif.


Alam semesta muncul dalam ketidakpastian. Penelitian ilmiah mengenai jiwa atau roh secara pendidikan moden amatlah terhad. Walaupun quantum ada nilai berat yang bertekanan pada sebuah timbangan pada manusia yang masih hidup. Boleh timbang pesakit yang menuju kematian akan kehilangan berat dalam 21 gram. Teori 21 gram. Orang meninggal akan kehilangan berat badan sebanyak 21 gram. Saat kematian datang seolah-olah ada sesuatu yang diangkat keluar dari tubuh. Bermakna jelas kematian itu bukan akhir sebuah peristiwa. Kebangkitan dengan jasad kemuliaan pada darjat-darjat tertentu itu benar-benar akan diangkat mengikut KEMULIAAN PEKERJAAN seseorang semasa di dalam hayat hidupnya.


ltulah konsep gelombang bertekanan di dalam CVT. Tiada aura pada jasad manusia yang sudah mati. Tiada cahaya dan gelombang bunyi bertekanan juga hilang. CVT kembalikan medan energi metafizik yang dapat di kesan melalui fotografi kamera kirlian. Warna hijau yang merangsang oksigen amat berkaitan dengan pengaruh jiwa. Antara perasaan dan akal fikiran. Nampaknya perasaan kita yang menyuburkan jiwa akan di angkat dan dinilai. Namun akal fikiran didunia ini yang mendidik jiwa. Kita kembalikan semua  cahaya berwarna atau aura secara seimbang pada tubuh yang masih hidup. Kita kembalikan cahaya berwarna pada tubuh yang masih hidup. NW adalah gelombang bertekanan yang aktif dan menghidupan pada sel-sel saraf di otak. *DUNIA KEDOKTORAN HARUS MENGAKUINYA*. Saat menjelang ajal. Koma atau mati suri. Pengalaman menjelang kematian. Akan melalui pengalaman kematian dan melihat orang-orang yang sudah mati. Roh adalah substansi kuantum yang sulit untuk difahami. Namun itulah salah satu bentuk konsep NW dalam getaran gelombang yang membangkitkan tahap-tahap kesadaran yang semua itu di kawal diotak.


Bermakna roh itu benar-benar ada. Kesadaran dalam bentuk dimensi tinggi dapat memupuk semula energi itu juga benar-benar ada. Setiap yang akhir itu akan muncul pula sesuatu yang baharu. Beruntunglah yang merawat menggunakan teknologi tuhan di dalam alam semesta ini. llmiah CVT sarat dengan metafizik atau kuantum yang selalu mengetuk minda agar kita sama-sama terus merenung dan berfikir. Bersabarlah dan terus tekun berkarya. Saya mengingatkan kerana penghujung tahun 2023 ini semangat kita semakin menurun. Ayuh dan bangun semula agar kita tidak dalam kerugian masa. 


*NW 11 JANTUNG*. *NW 10 PARU PARU*. Allaah amat dekat dengan kita melalui NAFAS. Oleh itu kelola atau kawal kemarahan dengan baik. Kerana kemarahan akan mengundang syaitan dan memiskinkan jiwa dan tentunya Allaah amat tidak menyukainya.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Thursday, October 12, 2023

Rahsia jantung pada tubuh manusia

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Vital energi untuk terus hidup pada semua makhluk tersimpan pada rahsia JANTUNG*. Usia yang panjang dikaitkan dengan kesihatan jantung. Kawal rentak jantung agar tidak terlalu laju. Tekanan fikiran mengawal serentak rentak jantung,  pernafasan dan metabolisma. Emosi, perasaan dan jiwa perlu memiliki kesabaran dan rasa cinta bagi menjaga pencerobohan minda yang datang dari dalam diri kita sendiri. Mengawal minda dan berfikir membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Darah akan berasid dan hilang sifat kealkaliannya bila keadaan suhu bertambah panas dan bermula penyakit. *NW 11 sebagai formula pencegahan dalam sapuan atau semburan air yang sangat dingin ke wajah ketika akhir hayat*. 


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Energi yang berpusat di perut matrik 7 akan naik ke atas dalam hukum matrik 8 hijau dan akhirnya akan menuju 9 putih dan tidak berpatah balik. *Formula akhir hayat rendamkan NW 11 / SW 11 ke dalam air sejuk yang ada ais dan sapu wajah pesakit yang sedang nazak*. Roh akan keluar dari bahagian terakhir menuju ke umbun-umbun secara halus dan lembut. Bawalah formula ini apabila melawat pesakit yang sedang nazak dan bantulah. Itu lebih baik dari datang menziarah dengan berlenggang kosong sedangkan ilmu mahal sudah di pelajari dan hukumnya kita sudah dikira sebagai orang yang mengetahui. Ini memudahkan jiwa berjuang menempuh sakaratul maut atau sebaliknya jiwa kembali pada keadaan asal tenang.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Monday, October 9, 2023

Salah faham mengenai air minuman

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salah faham mengenai air minuman. Air paling asas paling sihat adalah air liur kita sendiri. Dalam air liur banyak *ENZIM* dan garam galian. Waktu bangun pagi sebaiknya jangan gosok gigi dahulu. Berkumur-kumur juga merugikan enzim. Antidot sebagai penawar ada dalam air liur di awal pagi. Jangan musnahkan air liur itu. Ada keberkatan pada air liur. Apa yang ada di dalam perut kita ketika makan siang atau makan malam sebenarnya akan memberi kesan pada air liur kita sewaktu kita bangun dari tidur. Toksik yang ada dalam perut kita menunggu dibongkarkan jika meminum air suam di awal pagi. Itu amalan tidak sihat. ltu dikenali sebagai asid perut. 


Jika zat yang kita makan sihat maka tanda pertama bangun pagi adalah tekak tidak kering atau rasa pedih dan sakit. Air liur lebih banyak dan sihat. Air liur basi atau berbau itu petanda perut kita penuh zat yang tidak sihat. ltu penanda aras yang pertama secara semulajadi. Zat tidak sihat itu ada di dalam air liur yang harus kita masukkan semula untuk menjadi antidote bagi memulihkan kepekatan asid perut atau asid refluk yang terlalu tinggi dan bersifat masam bersama gas. Asid perut itu harus diaktifkan dengan garam dalam minuman awal pagi. *Bermakna tidak boleh bersarapan atau makan apa-apa lagi ya!!!.* Masukkan dahulu antidote yang sama dengan zat makanan yang kita alah itu. *Air garam dengan air sejuk adalah teknik tidak merosakkan khasiat  ENZIM  air liur itu*. Air suam hanya akan menambah risiko rasa mual dan sendawa.


Asid dalam perut akan naik melalui cecairan salur esofogus dan terus ke tekak. Jika kita kurang air sebelum tidur dan tekak akan rasa amat perit sebaik sahaja bangun dari tidur. Itu amat bahaya kerana boleh mengundang penyakit stroke kerana aliran darah kita tidak lancar untuk sampai ke otak. Tidak mengapa kita minum segelas air biasa bukan ais sebelum tidur untuk elak dihadrasi teruk sebaik bangun tidur. Mungkin yang berumur akan terbangun untuk kencing sekali atau dua kali. Itupun jika minuman berais. Namun risiko terelak kena stroke adalah lebih selamat. 


Ramai yang tidak sedar bahawa ketika tidur yang lama tubuh kehilangan banyak air. Rasa nak tumbang bila masuk ke bilik air. Minum satu liter air mineral berkualiti tinggi seolah-olah kita *MERAWAT DARAH KITA SEPENUHNYA*. Tetapi air mineral tetap diragukan ketulenan dan keasliannya yang mungkin mengandungi zat mineral berat juga. Air tapis dirumah pastilah tidak sesuai sebagai minuman sebelum tidur. Air tapis mungkin bersih namun kualiti mineral tidak mungkin yang terbaik seperti air mineral dari pergunungan. Sebab itulah juga kenapa orang yang ada masalah buah pinggang amat takut minum air mineral. Rasa sakit mencucuk pada buah pinggang. Zat besi zink dan zat-zat berat yang lain menjadi punca rasa mencucuk itu. Sel-sel akan dimasuki air yang banyak dan terperangkap tidak dapat diolah dan akhirnya berlaku kebengkakkan di salah satu bahagian di kaki. 


Memasukkan garam booster ke dalam air RO tidak sama dengan komposisi dan molekulnya secara semulajadi namun itu tetap membantu pada orang yang sihat. Sebab itu minuman pilihan pesakit buah pinggang adalah air RO. RO adalah air suling yang kosong tanpa apa-apa zat. Akhirnya buah pingang hilang cas negatif untuk berfungsi. Buah pinggang tidak hidup mereput bocor dan tidak lagi mampu buang air kecil seperti biasa. Mereka akhirnya takut nak minum air dan ini memendekkan nyawa. Sebenarnya mereka harus membaik pulih buah pinggang dengan minum air mineral berkualiti tinggi. Sebotol dengan harga lebih RM8.00. Air mineral berkualiti tinggi aktif dan pasti tiada zat-zat berat yang bahaya. Sebotol air hidup yang berkualiti adalah jauh lebih murah berbanding kos rawatan buah pinggang itu sendiri.


Jika kita amalkan *GARAM BOOSTER* di awal pagi akan dapat mengelakkan kesan kehilangan air dalam tubuh. Dihaidrasi yang dalam tidak sedar kita kehausan. Orang mudah haus itu tanda kekurangan zat garam di dalam tubuh. Kurang zat garam maka gula dalam darah akan lebih parah. Akhirnya gula disalahkan. Wal hal garam yang aktif sihat dalam minuman kita tidak awal dimulakan malah air tidak berkualiti.  Garam dalam tubuh kita dipenuhi dengan garam yang tidak aktif dari berbagai masakkan dan makanan ringan. Penyebab tekanan darah tinggi.  Wal hal garam yang sihat adalah sebagai pengimbang untuk merawat tekanan darah tinggi atau rendah.


Cuba kita bertanya dengan diri kita secara jujur. Apakah kita sudah cukup garam yang sihat. Apakah benar kita cukup amalkan garam ketika sebelum makan. Minum air itu adalah seumpama minum garam. Minum seteguk air sebelum makan adalah baik untuk kawal asid dalam perut. Tetapi ramai yang minum air berlebihan dengan banyak selepas makan. Makanya ambil garam selepas makan juga salah. Simbolik garam itu adalah air yang berkualiti. Jika nak juga minum air perlu tunggu setengah jam selepas makan. Air kita sulam dengan apa-apa sup ketika sedang makan. Cuba kita tanya secara jujur dengan diri kita lagi. Apakah kita telah meminum 8 gelas air selama satu hari??. 8 gelas air bersamaan satu liter sehari. Setiap gelas kita habiskan untuk beberapa kali dalam satu atau dua teguk. Air perlu diambil secara sedikit-sedikit untuk sekata dihantar ke seluruh tubuh ikut aliran darah. Minum air dengan banyak dalam satu kali minum akan lebih menambah penyakit lain. Air entah ke mana-mana dan tubuh tetap dahaga seperti kekurangan air.


*Tetaplah sihat semua warga CVT di dalam menjaga disiplin yang rapi sebagai terapi semulajadi*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Saturday, October 7, 2023

Kesan banyak minum air semasa makan dan sejurus selepas makan

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Banyak minum air ketika makan atau sebaik sahaja selepas makan atau tunggu setengah jam selepas makan ??* Sanggupkah kita tunggu untuk minum air mineral selepas setengah jam makan. Jika tidak maka zat-zat makanan akan berpecah dan garam tidak sepenuhnya dapat bekerja untuk menyatukan zat-zat secara berpasangan. Zat-zat gagal dihaluskan untuk diserap masuk ke dalam sel. Kesannya adalah pada buah pinggang yang akan menapis zat-zat berat seperti kreatini yang bertoksik yang akhirnya menjadi urik asid yang membahayakan. Bengkak air pada bahagian kaki lebih mudah terjadi. Paling tidak pun kesan bengkak di bawah kelopak mata adalah tanda buah pinggang terbeban dengan air berat. Makan bersulam air adalah satu tabiat buruk yang sepatutnya tidak kita amalkan. Kecuali sedikit-sedikit. Jika langsung tidak minum air otot-otot menjadi keras. Otot muka juga keras dan ini lebih bahaya pada otot jantung dan paru-paru.


Amalan garam awal pagi dapat mencerdaskan otak dan amalan-amalan negatif dapat lebih mudah di kawal dengan baik tanpa rasa tertekan. Kesalahan teknik gaya minum ketika sedang makan ini lebih besar bahaya walaupun kita sudah meminum air mineral yang berkualiti sekalipun. Apatah lagi kesalahan gaya sama banyak dengan kualiti air minuman yang tak sihat. Akhirnya kita jatuh sakit akibat amalan silap ini dilakukan secara berterusan kerana menjadi tabiat yang susah untuk diubah. Hanya orang yang tidak banyak aktiviti dan hidupnya penuh dengan ketenangan batin tentunya tidak perlu banyak air. Apa yang keluar dari mulutnya adalah kata-kata yang baik dan benar bagi menggetarkan kesan garam dalam air liurnya. 


Amalan meminum air dengan sukatan 1L sehari itu sudah memadai. Jumlah air 1L termasuk air minuman seperti jus, teh dan sebagainya. Apa beza dengan air mineral dan jus atau kopi dan sebagainya. Seperti yang sudah dimaklumkan air mineral SEBELUM TIDUR itu akan menentukan kualiti air liur yang berkualiti juga. Yang diketahui ramai yang tidak jumpa satu gelas pun air mineral dalam sehari. Namun lebih ramai yang meminum air secara rakus dalam keadaan tekak sentiasa haus dan lebih dari 2L air sehari. Proses pembakaran lemak jika terlebih air akan menjadi perlahan dan itulah punca utama berlakunya kegemukkan dan perut BUNCIT. *Minumlah satu gelas dan habiskan sedikit-sedikit ya.* Waktu makan jika tidak beserta dengan air adalah lebih baik. Minum air bergas ketika makan akan merencat zat makanan untuk di tukar menjadi tenaga. Disiplin makan tidak beserta air akan memberi kekuatan otot. Otot lebih padat dan tulang lebih kuat. Itulah rahsia terbesar ahli bina badan yang berjaya membina otot yang lebih solid. Air hanya bersedia dalam situasi kecemasan seperti tersedak atau tercekek sahaja. Zat-zat makanan ALAHAN pun akan dapat dibakar dengan cekapnya.


*Mampukah kita mendisiplinkan diri dengan gaya tertib sebegini??.* Walaupun air perlu ketika makan namun tidak boleh terlalu banyak. Kita fokus nak bakar zat sepenuhnya. Kita tidak mahu cepat kenyang gara-gara sudah kembung air. Air alkali juga baik untuk kawal asid dalam perut. Namun bukanlah minuman harian sepanjang hari. Sesekali bersama garam waktu pagi itu sudah memadai. Suka atau tidak suka kita kena terima kenyataan susahnya nak mendisiplinkan diri bagi tujuan penjagaan kesihatan. Setidaknya-tidaknya kita tahu kenapa kita harus menuju sakit hanya gara-gara teknik gaya waktu minum dan sebagainya yang telah kita langgar.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, September 26, 2023

Garam yang bergetar ini sebenarnya hidup


 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Garam yang bergetar ini sebenarnya hidup. Garam amat bertekanan dengan gelombang bunyi yang menghidupkan. Garam mengerti kerana mampu mengesan dan merakam apa yang kita niatkan. Hormatilah garam sebagai alat komunikasi sistem saraf di dalam tubuh. Kita sebenarnya kekurangan garam yang hidup ini. Kita terdedah pada garam yang mati dalam berbagai menu masakan yang diproses dan makanan ringan segera dan bergoreng.


Garam yang hidup itu sangat aktif. Dengan sifat berpasangan untuk tujuan keseimbangan. Kalsium dan iodin pada bahagian tiroid. Garam yang tinggi kaya mineral akan menguatkan tulang. Menopause akan menuju pada gangguan kesihatan tiroid dalam matrik 4 kepada matrik 5 tiroid dan akhirnya ke matrik 6 tulang. Begitulah susunan dan rangkaian penyakit yang berlaku mengikut sistem tubuh. CVT memudahkan dengan susunan angka atau matrik nombor.


Garam dalam matrik 5. Mulut masin doa pun mustajab. Berdoa dihadapan makanan itu bukan satu perbuatan yang sia-sia malah mengandungi lebih dari rahsia sesuatu yang dicipta. Hanya tuhan yang digelar pencipta dan menciptakan sesuatu. lblis dicipta dan tidak mampu mencipta sesuatu. Garam akan memainkan perubahan sesuatu zat yang sudah dicipta menjadi khasiat yang berguna. lblis amat alah dengan kekuatan getaran pada garam yang asli. Garam gunung dan garam laut bersatu di dalam *GARAM BOOSTER*. Selepas kerja garam maka gula pula akan menyambutnya agar zat terus dapat diolah menjadi tenaga.


Moga warga CVT sentiasa bergetar jiwanya dengan ilmu yang berguna. Kebingungan, was-was dan keliru adalah berkaitan kelemahan pada warna kuning dan itu amat mempengaruhi makhluk ghaib seperti jin. Tidak yakin dan takut adalah satu kerugian yang amat besar dalam mengharungi kehidupan yang penuh gangguan iblis dan syaitan. Semua makhluk ini akan melahap apa sahaja makanan secara rakus kecuali yang ada garam. ltulah juga kenapa Allaah merahsiakan zat makanan alahan ini agar makhluk yang lahap ini pula yang akan tertipu seperti mana manusia pertama iaitu Nabi Adam ‘alaihis salam tertipu. Namun kita masih ada alternatif sebagai jalan keluar pada makanan alahan dengan pengambilan garam.


Ya!!!!.. Kita masih bernasib baik. ltulah berita dan khabar gembira melalui ilmu dan kebenaran. Kita tidak mahu gula mempersalahkan garam. Garam juga boleh menyalahkan gula. Bermakna antara garam dan gula perlu sinkronis dalam fungsi atau tugas masing-masing.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Thursday, September 21, 2023

Lemak ikan mengandungi Omega 3

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Rahsia di dalam rahsia*. Ada zat makanan yang alahan akan bertukar racun dan pasti pula ada zat makanan yang akan menjadi penawarnya. Omega 6 tidak baik untuk kesihatan darah. Darah kental dan tinggi kolestrol. Elakkan makanan berminyak. Minyak yang tidak bermutu apatah lagi minyak yang diguna berkali-kali. ltu lebih jauh bahaya dari gula itu sendiri. Lemak lah yang menjadi pemicu kesihatan darah sebagai asas kesihatan. Gula hanyalah sebagai jentera pengubah atau pemangkin lemak menjadi tenaga. Jika kita sudah ada penyakit seperti barah buah dada. Maka hal lemak inilah perlu diberi perhatian yang serius. Lawan untuk Omega 6 adalah Omega 3.


Lemak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya. Seperti tuna, sardine, kembong, parang dan banyak lagi. Namun hanya ikan haruan paling sesuai untuk semua level element diri. Kerana ada juga yang alah pada ikan tuna dan sebagainya. Masih boleh kita mengambil asid Omega 3 dalam bentuk supplement di farmasi. Supplement pati ikan haruan di negara iklim tropika. Dan ikan kod di negara iklim sejuk. Antidot kena sesuai dengan geografi tempat tinggal kita. *Kenapa agaknya hal zat ini begitu rahsia dan ditutup rapi oleh tuhan ya???.*


Omega 3 amat jelas untuk fungsi otak. Kekuatan daya berfikir. Orang tua yang nyanyuk sangat memerlukan Omega 3. Mungkin ikan kembung dalam menu harian sudah mencukupi. Namun tetap boleh jadi alah pada individu tertentu. *Di mana letaknya zat Omega 3 di dalam seekor ikan itu?? Ternyata ia juga terletak tersembunyi pada hati ikan itu sendiri. Hati ikan amat kecil namun amat besar kekuatan zat untuk menjadi ubat penyembuh pada penyakit hati. Tidak sama hati ikan dan hati pada semua haiwan lain seperti lembu dan sebagainya. Hati yang sakit akan menghasilkan pemikiran yang juga tidak sihat. Orang yang sihat akan membawa pada sifat ikhlas yang semulajadi tanpa dipaksa apatah lagi untuk menghindari sifat HIPOKRIT. ASLI hati ke otak. Hati dan otak dalam kuasa berfikir yang jernih penuh kebenaran.


Bersyukur kepada yang sudah dapat membuat pemeriksaan zat makanan alahan secara menyeluruh. llmu zat yang amat misteri berbanding ilmu-ilmu yang lain. Kerana kita adalah zat. Zat itu menentukan element diri seseorang yang amat peribadi. Tak semua orang cara dan gaya berfikirnya sama. Dan keikhlasan itu hanya tuhan yang maha tahu. Semua ini pasti ada hikmah yang tersembunyi apabila tuhan menutup rapat rahsia ini. Salah satunya adalah dengan zat akan menguji kekuatan KEIMANAN kita. Tuhan mahu melihat siapa yang mampu menggunakan akal agar mampu mengenal penciptaannya melalui ilmu minda untuk menjadi orang percaya untuk diselamatkan. Akal akan memberi tenaganya cahaya aura seseorang. Kita harus jauhi sifat kebodohan dan kebebalan ini untuk mudah menjadi orang yang IKHLAS.


*Amalkan NW / SW 12 untuk HATI dan NW / SW 14 untuk hempedu yang juga terletak di dalam hati sebagai pembersih hati*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.