Monday, October 9, 2023

Salah faham mengenai air minuman

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salah faham mengenai air minuman. Air paling asas paling sihat adalah air liur kita sendiri. Dalam air liur banyak *ENZIM* dan garam galian. Waktu bangun pagi sebaiknya jangan gosok gigi dahulu. Berkumur-kumur juga merugikan enzim. Antidot sebagai penawar ada dalam air liur di awal pagi. Jangan musnahkan air liur itu. Ada keberkatan pada air liur. Apa yang ada di dalam perut kita ketika makan siang atau makan malam sebenarnya akan memberi kesan pada air liur kita sewaktu kita bangun dari tidur. Toksik yang ada dalam perut kita menunggu dibongkarkan jika meminum air suam di awal pagi. Itu amalan tidak sihat. ltu dikenali sebagai asid perut. 


Jika zat yang kita makan sihat maka tanda pertama bangun pagi adalah tekak tidak kering atau rasa pedih dan sakit. Air liur lebih banyak dan sihat. Air liur basi atau berbau itu petanda perut kita penuh zat yang tidak sihat. ltu penanda aras yang pertama secara semulajadi. Zat tidak sihat itu ada di dalam air liur yang harus kita masukkan semula untuk menjadi antidote bagi memulihkan kepekatan asid perut atau asid refluk yang terlalu tinggi dan bersifat masam bersama gas. Asid perut itu harus diaktifkan dengan garam dalam minuman awal pagi. *Bermakna tidak boleh bersarapan atau makan apa-apa lagi ya!!!.* Masukkan dahulu antidote yang sama dengan zat makanan yang kita alah itu. *Air garam dengan air sejuk adalah teknik tidak merosakkan khasiat  ENZIM  air liur itu*. Air suam hanya akan menambah risiko rasa mual dan sendawa.


Asid dalam perut akan naik melalui cecairan salur esofogus dan terus ke tekak. Jika kita kurang air sebelum tidur dan tekak akan rasa amat perit sebaik sahaja bangun dari tidur. Itu amat bahaya kerana boleh mengundang penyakit stroke kerana aliran darah kita tidak lancar untuk sampai ke otak. Tidak mengapa kita minum segelas air biasa bukan ais sebelum tidur untuk elak dihadrasi teruk sebaik bangun tidur. Mungkin yang berumur akan terbangun untuk kencing sekali atau dua kali. Itupun jika minuman berais. Namun risiko terelak kena stroke adalah lebih selamat. 


Ramai yang tidak sedar bahawa ketika tidur yang lama tubuh kehilangan banyak air. Rasa nak tumbang bila masuk ke bilik air. Minum satu liter air mineral berkualiti tinggi seolah-olah kita *MERAWAT DARAH KITA SEPENUHNYA*. Tetapi air mineral tetap diragukan ketulenan dan keasliannya yang mungkin mengandungi zat mineral berat juga. Air tapis dirumah pastilah tidak sesuai sebagai minuman sebelum tidur. Air tapis mungkin bersih namun kualiti mineral tidak mungkin yang terbaik seperti air mineral dari pergunungan. Sebab itulah juga kenapa orang yang ada masalah buah pinggang amat takut minum air mineral. Rasa sakit mencucuk pada buah pinggang. Zat besi zink dan zat-zat berat yang lain menjadi punca rasa mencucuk itu. Sel-sel akan dimasuki air yang banyak dan terperangkap tidak dapat diolah dan akhirnya berlaku kebengkakkan di salah satu bahagian di kaki. 


Memasukkan garam booster ke dalam air RO tidak sama dengan komposisi dan molekulnya secara semulajadi namun itu tetap membantu pada orang yang sihat. Sebab itu minuman pilihan pesakit buah pinggang adalah air RO. RO adalah air suling yang kosong tanpa apa-apa zat. Akhirnya buah pingang hilang cas negatif untuk berfungsi. Buah pinggang tidak hidup mereput bocor dan tidak lagi mampu buang air kecil seperti biasa. Mereka akhirnya takut nak minum air dan ini memendekkan nyawa. Sebenarnya mereka harus membaik pulih buah pinggang dengan minum air mineral berkualiti tinggi. Sebotol dengan harga lebih RM8.00. Air mineral berkualiti tinggi aktif dan pasti tiada zat-zat berat yang bahaya. Sebotol air hidup yang berkualiti adalah jauh lebih murah berbanding kos rawatan buah pinggang itu sendiri.


Jika kita amalkan *GARAM BOOSTER* di awal pagi akan dapat mengelakkan kesan kehilangan air dalam tubuh. Dihaidrasi yang dalam tidak sedar kita kehausan. Orang mudah haus itu tanda kekurangan zat garam di dalam tubuh. Kurang zat garam maka gula dalam darah akan lebih parah. Akhirnya gula disalahkan. Wal hal garam yang aktif sihat dalam minuman kita tidak awal dimulakan malah air tidak berkualiti.  Garam dalam tubuh kita dipenuhi dengan garam yang tidak aktif dari berbagai masakkan dan makanan ringan. Penyebab tekanan darah tinggi.  Wal hal garam yang sihat adalah sebagai pengimbang untuk merawat tekanan darah tinggi atau rendah.


Cuba kita bertanya dengan diri kita secara jujur. Apakah kita sudah cukup garam yang sihat. Apakah benar kita cukup amalkan garam ketika sebelum makan. Minum air itu adalah seumpama minum garam. Minum seteguk air sebelum makan adalah baik untuk kawal asid dalam perut. Tetapi ramai yang minum air berlebihan dengan banyak selepas makan. Makanya ambil garam selepas makan juga salah. Simbolik garam itu adalah air yang berkualiti. Jika nak juga minum air perlu tunggu setengah jam selepas makan. Air kita sulam dengan apa-apa sup ketika sedang makan. Cuba kita tanya secara jujur dengan diri kita lagi. Apakah kita telah meminum 8 gelas air selama satu hari??. 8 gelas air bersamaan satu liter sehari. Setiap gelas kita habiskan untuk beberapa kali dalam satu atau dua teguk. Air perlu diambil secara sedikit-sedikit untuk sekata dihantar ke seluruh tubuh ikut aliran darah. Minum air dengan banyak dalam satu kali minum akan lebih menambah penyakit lain. Air entah ke mana-mana dan tubuh tetap dahaga seperti kekurangan air.


*Tetaplah sihat semua warga CVT di dalam menjaga disiplin yang rapi sebagai terapi semulajadi*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment