Thursday, September 21, 2023

Lemak ikan mengandungi Omega 3

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Rahsia di dalam rahsia*. Ada zat makanan yang alahan akan bertukar racun dan pasti pula ada zat makanan yang akan menjadi penawarnya. Omega 6 tidak baik untuk kesihatan darah. Darah kental dan tinggi kolestrol. Elakkan makanan berminyak. Minyak yang tidak bermutu apatah lagi minyak yang diguna berkali-kali. ltu lebih jauh bahaya dari gula itu sendiri. Lemak lah yang menjadi pemicu kesihatan darah sebagai asas kesihatan. Gula hanyalah sebagai jentera pengubah atau pemangkin lemak menjadi tenaga. Jika kita sudah ada penyakit seperti barah buah dada. Maka hal lemak inilah perlu diberi perhatian yang serius. Lawan untuk Omega 6 adalah Omega 3.


Lemak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya. Seperti tuna, sardine, kembong, parang dan banyak lagi. Namun hanya ikan haruan paling sesuai untuk semua level element diri. Kerana ada juga yang alah pada ikan tuna dan sebagainya. Masih boleh kita mengambil asid Omega 3 dalam bentuk supplement di farmasi. Supplement pati ikan haruan di negara iklim tropika. Dan ikan kod di negara iklim sejuk. Antidot kena sesuai dengan geografi tempat tinggal kita. *Kenapa agaknya hal zat ini begitu rahsia dan ditutup rapi oleh tuhan ya???.*


Omega 3 amat jelas untuk fungsi otak. Kekuatan daya berfikir. Orang tua yang nyanyuk sangat memerlukan Omega 3. Mungkin ikan kembung dalam menu harian sudah mencukupi. Namun tetap boleh jadi alah pada individu tertentu. *Di mana letaknya zat Omega 3 di dalam seekor ikan itu?? Ternyata ia juga terletak tersembunyi pada hati ikan itu sendiri. Hati ikan amat kecil namun amat besar kekuatan zat untuk menjadi ubat penyembuh pada penyakit hati. Tidak sama hati ikan dan hati pada semua haiwan lain seperti lembu dan sebagainya. Hati yang sakit akan menghasilkan pemikiran yang juga tidak sihat. Orang yang sihat akan membawa pada sifat ikhlas yang semulajadi tanpa dipaksa apatah lagi untuk menghindari sifat HIPOKRIT. ASLI hati ke otak. Hati dan otak dalam kuasa berfikir yang jernih penuh kebenaran.


Bersyukur kepada yang sudah dapat membuat pemeriksaan zat makanan alahan secara menyeluruh. llmu zat yang amat misteri berbanding ilmu-ilmu yang lain. Kerana kita adalah zat. Zat itu menentukan element diri seseorang yang amat peribadi. Tak semua orang cara dan gaya berfikirnya sama. Dan keikhlasan itu hanya tuhan yang maha tahu. Semua ini pasti ada hikmah yang tersembunyi apabila tuhan menutup rapat rahsia ini. Salah satunya adalah dengan zat akan menguji kekuatan KEIMANAN kita. Tuhan mahu melihat siapa yang mampu menggunakan akal agar mampu mengenal penciptaannya melalui ilmu minda untuk menjadi orang percaya untuk diselamatkan. Akal akan memberi tenaganya cahaya aura seseorang. Kita harus jauhi sifat kebodohan dan kebebalan ini untuk mudah menjadi orang yang IKHLAS.


*Amalkan NW / SW 12 untuk HATI dan NW / SW 14 untuk hempedu yang juga terletak di dalam hati sebagai pembersih hati*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment