Saturday, October 7, 2023

Kesan banyak minum air semasa makan dan sejurus selepas makan

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


*Banyak minum air ketika makan atau sebaik sahaja selepas makan atau tunggu setengah jam selepas makan ??* Sanggupkah kita tunggu untuk minum air mineral selepas setengah jam makan. Jika tidak maka zat-zat makanan akan berpecah dan garam tidak sepenuhnya dapat bekerja untuk menyatukan zat-zat secara berpasangan. Zat-zat gagal dihaluskan untuk diserap masuk ke dalam sel. Kesannya adalah pada buah pinggang yang akan menapis zat-zat berat seperti kreatini yang bertoksik yang akhirnya menjadi urik asid yang membahayakan. Bengkak air pada bahagian kaki lebih mudah terjadi. Paling tidak pun kesan bengkak di bawah kelopak mata adalah tanda buah pinggang terbeban dengan air berat. Makan bersulam air adalah satu tabiat buruk yang sepatutnya tidak kita amalkan. Kecuali sedikit-sedikit. Jika langsung tidak minum air otot-otot menjadi keras. Otot muka juga keras dan ini lebih bahaya pada otot jantung dan paru-paru.


Amalan garam awal pagi dapat mencerdaskan otak dan amalan-amalan negatif dapat lebih mudah di kawal dengan baik tanpa rasa tertekan. Kesalahan teknik gaya minum ketika sedang makan ini lebih besar bahaya walaupun kita sudah meminum air mineral yang berkualiti sekalipun. Apatah lagi kesalahan gaya sama banyak dengan kualiti air minuman yang tak sihat. Akhirnya kita jatuh sakit akibat amalan silap ini dilakukan secara berterusan kerana menjadi tabiat yang susah untuk diubah. Hanya orang yang tidak banyak aktiviti dan hidupnya penuh dengan ketenangan batin tentunya tidak perlu banyak air. Apa yang keluar dari mulutnya adalah kata-kata yang baik dan benar bagi menggetarkan kesan garam dalam air liurnya. 


Amalan meminum air dengan sukatan 1L sehari itu sudah memadai. Jumlah air 1L termasuk air minuman seperti jus, teh dan sebagainya. Apa beza dengan air mineral dan jus atau kopi dan sebagainya. Seperti yang sudah dimaklumkan air mineral SEBELUM TIDUR itu akan menentukan kualiti air liur yang berkualiti juga. Yang diketahui ramai yang tidak jumpa satu gelas pun air mineral dalam sehari. Namun lebih ramai yang meminum air secara rakus dalam keadaan tekak sentiasa haus dan lebih dari 2L air sehari. Proses pembakaran lemak jika terlebih air akan menjadi perlahan dan itulah punca utama berlakunya kegemukkan dan perut BUNCIT. *Minumlah satu gelas dan habiskan sedikit-sedikit ya.* Waktu makan jika tidak beserta dengan air adalah lebih baik. Minum air bergas ketika makan akan merencat zat makanan untuk di tukar menjadi tenaga. Disiplin makan tidak beserta air akan memberi kekuatan otot. Otot lebih padat dan tulang lebih kuat. Itulah rahsia terbesar ahli bina badan yang berjaya membina otot yang lebih solid. Air hanya bersedia dalam situasi kecemasan seperti tersedak atau tercekek sahaja. Zat-zat makanan ALAHAN pun akan dapat dibakar dengan cekapnya.


*Mampukah kita mendisiplinkan diri dengan gaya tertib sebegini??.* Walaupun air perlu ketika makan namun tidak boleh terlalu banyak. Kita fokus nak bakar zat sepenuhnya. Kita tidak mahu cepat kenyang gara-gara sudah kembung air. Air alkali juga baik untuk kawal asid dalam perut. Namun bukanlah minuman harian sepanjang hari. Sesekali bersama garam waktu pagi itu sudah memadai. Suka atau tidak suka kita kena terima kenyataan susahnya nak mendisiplinkan diri bagi tujuan penjagaan kesihatan. Setidaknya-tidaknya kita tahu kenapa kita harus menuju sakit hanya gara-gara teknik gaya waktu minum dan sebagainya yang telah kita langgar.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment