Tuesday, September 26, 2023

Garam yang bergetar ini sebenarnya hidup


 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Garam yang bergetar ini sebenarnya hidup. Garam amat bertekanan dengan gelombang bunyi yang menghidupkan. Garam mengerti kerana mampu mengesan dan merakam apa yang kita niatkan. Hormatilah garam sebagai alat komunikasi sistem saraf di dalam tubuh. Kita sebenarnya kekurangan garam yang hidup ini. Kita terdedah pada garam yang mati dalam berbagai menu masakan yang diproses dan makanan ringan segera dan bergoreng.


Garam yang hidup itu sangat aktif. Dengan sifat berpasangan untuk tujuan keseimbangan. Kalsium dan iodin pada bahagian tiroid. Garam yang tinggi kaya mineral akan menguatkan tulang. Menopause akan menuju pada gangguan kesihatan tiroid dalam matrik 4 kepada matrik 5 tiroid dan akhirnya ke matrik 6 tulang. Begitulah susunan dan rangkaian penyakit yang berlaku mengikut sistem tubuh. CVT memudahkan dengan susunan angka atau matrik nombor.


Garam dalam matrik 5. Mulut masin doa pun mustajab. Berdoa dihadapan makanan itu bukan satu perbuatan yang sia-sia malah mengandungi lebih dari rahsia sesuatu yang dicipta. Hanya tuhan yang digelar pencipta dan menciptakan sesuatu. lblis dicipta dan tidak mampu mencipta sesuatu. Garam akan memainkan perubahan sesuatu zat yang sudah dicipta menjadi khasiat yang berguna. lblis amat alah dengan kekuatan getaran pada garam yang asli. Garam gunung dan garam laut bersatu di dalam *GARAM BOOSTER*. Selepas kerja garam maka gula pula akan menyambutnya agar zat terus dapat diolah menjadi tenaga.


Moga warga CVT sentiasa bergetar jiwanya dengan ilmu yang berguna. Kebingungan, was-was dan keliru adalah berkaitan kelemahan pada warna kuning dan itu amat mempengaruhi makhluk ghaib seperti jin. Tidak yakin dan takut adalah satu kerugian yang amat besar dalam mengharungi kehidupan yang penuh gangguan iblis dan syaitan. Semua makhluk ini akan melahap apa sahaja makanan secara rakus kecuali yang ada garam. ltulah juga kenapa Allaah merahsiakan zat makanan alahan ini agar makhluk yang lahap ini pula yang akan tertipu seperti mana manusia pertama iaitu Nabi Adam ‘alaihis salam tertipu. Namun kita masih ada alternatif sebagai jalan keluar pada makanan alahan dengan pengambilan garam.


Ya!!!!.. Kita masih bernasib baik. ltulah berita dan khabar gembira melalui ilmu dan kebenaran. Kita tidak mahu gula mempersalahkan garam. Garam juga boleh menyalahkan gula. Bermakna antara garam dan gula perlu sinkronis dalam fungsi atau tugas masing-masing.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment