Friday, July 21, 2023

Vitamin dan mineral ada dalam darah dan di beri tanda dalam berbagai rasa

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Vitamin dan mineral ada dalam darah dan di beri tanda dalam berbagai rasa. Hakikat sebenarnya darah kita dihimpunkan dengan zat gula yang berbahaya. Gula yang tidak mudah di tukar menjadi tenaga akan berubah menjadi toksik yang berasid. Tubuh kita akan cepat keletihan dan stress sebagai tanda kekurangan gula dalam sel. Gula tidak masuk dalam sel sebab insulin tidak mencukupi atau tidak berkualiti. Mungkin kesihatan pankreas terbeban kerana amalan makan yang kekenyangan. Namun kadar gula begitu tinggi dalam darah. Tapi gula yang dikesan adalah gula berat yang sukar di tukar menjadi tenaga. Jika ada 10 pesakit secara puratanya sembilan orang akan menghadapi masalah yang sama iaitu kadar gula tinggi dalam darah.  Amalan makan buah yang tinggi fruktose seperti buah mangga yang manis atau yang masam. Kandungan gula pada buah ini amat cepat ditukar dan berada dalam darah. Kandungan gula tidak ditukar menjadi tenaga jika kita sendiri tidak menggunakannya dalam bentuk senaman yang menggerakkan otot-otot. Apatah lagi makan mangga atau pisang di waktu malam dan terus tidur.  Itu salah kita sendiri. Gula fruktose jadi sisa dan sia-sia. Buah yang selamat adalah yang banyak serat dan lambat masuk ke dalam darah. Ini memberi banyak masa untuk gula sempat masuk ke dalam sel-sel tubuh yang lain. Ingat ya!!! metabolisma gula akan berlaku dengan baik jika kita ada senaman gerakkan otot di waktu petang.


Lawan gula yang manis adalah zat pahit. Pengimbang zat manis adalah zat pahit. Ada banyak ubat dalam bentuk kimia yang kebanyakkan bersifat pahit untuk mengimbangi gula dalam darah. Jadi penawar dalam rasa pahit biasanya ada dalam tongkat Ali, kacip Fatimah tunjuk langit dan sebagainya. Mencari penawar dengan menentukan pasangan,zat pada rasa lebih mudah. Zat masin berpasangan dengan zat yang masam. Susunan zat bermula Masin di waktu mula Subuh awal pagi dan diikuti masam di waktu tengahari hingga ke petang. Dari waktu asar menjelang maghrib rasa manis. Di waktu malam penyusun zat untuk menjadi penawar adalah rasa pahit. Rasa pahit akan menjaga kualiti tidur yang penuh istirehat kurniaan Allaah.  Namun tiada manis tidak ada gunanya kerja pahit. Bermakna makan pahit tanpa gula juga tidak membantu apa-apa. Ingat ya!!! senaman dan makan buah serta sayur pahit akan memasukkan gula ke dalam sel. Tandanya kita bertenaga. Apabila bangun dari tidur rasa pahit akan di aktifkan semula dengan membongkar garam dan zat akan kembali menambah aktif di awal pagi. Jika garam tinggi kandungan mineral maka zat pahit paling tinggi kandungan vitaminnya.  Semua ini akan beriaksi dengan bantuan tenaga cahaya matahari dan bulan. Selagi ada matahari dan bulan maka riaksi sel dengan segala sifat-sifatnya akan bekerja. NW signifikan dengan peranan sifat cahaya ini. Hakikatnya NW di rakam dengan tenaga dalam frekuensi cahaya untuk mengaktifkan sel-sel tubuh.


Sangat sulit dan amat komplikated dalam hal permasalahan gula ini. Seorang doktor juga akan memberi pandangan yang berbeza-beza. Pakar kimia dalam pemakanan juga makan pisang dan mangga tidak berkesudahan. Apatah lagi pendapat boleh makan apa sahaja tanpa pantang. Semua pelik bin ajaib. Kita sangka gula buah juga selamat. Oleh itu mari kita bersama dalam kelas lanjutan untuk memahami isu ini dengan lebih jelas ya. *Daftar segera kelas lanjutan mengenai bab zat dan tenaga dalam pemakanan 02.09.2023 sabtu*. Moga pengamal CVT akan jauh lebih cemerlang di dalam pengetahuan bab ini secara alamiah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, July 18, 2023

Semua kematian mengejut sebenarnya berkaitan kekurangan gula

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semua kematian mengejut sebenarnya berkaitan kekurangan gula. Karbohaidrat itu adalah gula. Bersarapan pagi itu adalah menambah gula dalam darah. Yang memerlukan gula adalah sel. Bila sebut gula sahaja ia berada dalam ALIRAN DARAH. Otak boleh berhenti bekerja tanpa gula. Otak berhenti maka kekuatan otot jantung juga turut lemah. Sel-sel otak lebih berkali ganda memerlukan gula dari sel-sel tubuh yang lain. Apabila kita stress sebenarnya otak telah membaham banyak gula dan kita akan keletihan. Kes kematian mengejut semua berkaitan kekurangan gula. Tanpa bersarapan awal pagi dan terus memulakan kerja berat adalah sangat bahaya pada kesihatan jantung.  Gula dan garam adalah keperluan asas manusia. Jika garam awal pagi sebagai pengaktif enzim maka gula pada sebelah petang akan membuat kerja metabolisma lemak dan protein jika gula di awalkan. Jika tidak lemak yang tersimpan di hati akan bergerak bersama gula (fruktosa) dalam aliran darah dan terhimpun atau terperangkap ke alteri jantung. Jika kita minum air suam lemak-lemak dihati akan terbongkar dan menuju ke jantung. Jadi yang ditemui di jantung itu adalah lemak yang bertimbun. Tetapi yang dipersalahkan adalah fruktosa. Tergamak kita menyalahkan fruktosa. Fruktosa banyak dalam buah-buahan seperti kurma termasuk madu. Teknikal yang salah memakan buah-buahan selepas makan malam atau selepas berbuka puasa. Akibatnya fruktosa bekerja secara salah dan membongkar lemak serta menambah penyempitan pembuluh darah. Seumpama darah yang berlemak dan beriringan dengan gula. Jadi gula yang menjadi kambing hitam.


Sebenarnya apabila berbuka dengan manisan seperti fruktosa akan menyerap gas dengan banyaknya dalam perut yang kosong ketika berpuasa sepanjang hari.  Jadi gula adalah penyerap gas dan membakar lemak menjadi tenaga. Musuh utama pada penyakit tekanan darah tinggi adalah darah yang banyak GAS. Aliran darah menjadi lembab dan berlakulah tekanan darah dan membebankan jantung yang terpaksa mengepam darah yang itu bukan tugasan jantung. Gastrik ketika berpuasa pasti terjadi. Sebab itu garam akan membuat enzim bekerja dan rasa lapar dapat dikurangkan dan mengelak terjadinya ulser pada dinding perut. Garam juga akan menyerap gas. Gula atau manisan seperti glukosa dan fruktosa akan membakar lemak menjadi tenaga agar tubuh tetap kuat. Namun gula pasir adalah gula racun yang ada dimana-mana dalam menu makanan kita. Dan jangan pula kita merasa selamat dengan gula alamiah dalam buah-buahan yang juga tidak selamat jika diambil berlebihan dan waktu yang salah bersama dengan buah-buahan yang masam seperti mangga. Bermakna gula tidak boleh sesekali mengakhiri makanan yang berat.


Ini adalah fakta sebenar kenapa CVT menggunakan medium gula yang bertenaga di dalam formula set lengkap NW. *Daftar segera kelas lanjutan mengenai bab zat dan tenaga dalam pemakanan 02.09.2023 sabtu*. Moga pengamal CVT akan jauh lebih cemerlang di dalam pengetahuan bab ini secara alamiah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Monday, July 17, 2023

Jika kita alah pada gula bermakna gula itu juga yang akan menjadi penawar secara semulajadi.

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Setiap orang akan mengalami alahan pada salah satu deria rasa seperti pahit, masin, masam dan manis. Ini akan menambah lebih jelas elemen diri kita luar dan dalam. Jika kita alah pada gula bermakna gula itu juga yang akan menjadi penawar secara semulajadi. Biasanya gula kronik akan memberi kesan pada level fizikal hingga ke tahap gangrean. Namun level minda akan mengalami kadar gula rendah kerana riaksi masam. Gula adalah satu bentuk energi mutlak yang menjadi asas keperluan tubuh. Energi adalah satu tenaga yang tidak kelihatan namun ia benar-benar ada dan sentiasa boleh berubah-ubah mengikut riaksi kimia yang di alaminya. Energi pada kekuatan magnatik pada tulang bersifat sejuk. Energi pada darah yang ada sifat elektrolit bersifat panas. Sejuk itu tulang dan panas itu darah. Kata-kata mutiara dari seorang saintis moden yang amat terkenal di abad ke 19 adalah Nikola Tesla.  Satu-satunya saintis yang mempelopori bidang elektrik yang selari dengan prinsip ilmu CVT iaitu untuk memahami alam semesta kita perlu menguasai bidang energi frekuensi dan getaran. Bersyukur kita di dalam CVT kerana bidang perubatan dengan konsep getaran selari dalam bidang yang jauh ke hadapan untuk bersaing di era sains moden. Teknik terapi dengan fokus satu formula akan lebih berkesan dan dapat mengelakkan tindak balas. Elakkan dari memberi lebih tiga formula dalam satu masa yang sama atau dalam satu hari. Kesan menakjubkan untuk menggetarkan satu organ dapat di bangunkan semula adalah lebih baik. Satu formula dengan berbagai teknik transfer energi. *Mengeluarkan energi yang berlebihan dan tidak berguna terperangkap dalam zat adalah memerlukan kerja gula dalam NW.* Lemak, zat, energi untuk semangat dan ketenangan. Kolestrol untuk emosi rasa damai, indah dan tenteram. Makanan yang sedap ada kandungan kolestrol yang baik. Protein untuk kecerdasan berfikir dengan penuh keikhlasan. Karbohaidrat untuk rasa tabah, redha, cekal dan berusaha dalam berbagai ikhtiar. Pahit mengimbangi lemak. Masin mengimbangi kolestrol. Masam mengimbangi protein. Manis mengimbangi karbohaidrat. Panas yang memburu sejuk. Minum air sejuk akan mengaktifkan sistem penghadaman kerana energi panas akan bertumpu pada kawasan yang sejuk. Sejuk itu bertukar panas. Sejuk itu adalah panas.


NW adalah tenaga yang berasal dari cahaya magnatik bulan dan elektrik matahari. Jadikan sumber cahaya yang boleh mengubah berbagai bentuk energi yang stabil. Sepatutnya kita harus terdedah pada sumber iaitu matahari dan bulan untuk mengubah berbagai bentuk energi yang pasif dan tidak stabil. Sel menyimpan sebuah energi. Kuman sebuah energi. Tiada istilah bunuh sel dan kuman. Kita hanya mengubah sifat frekuensi getaran yang ada pada kuman atau sel itu agar berfaedah dan tidak memudaratkan kerja yang sepatutnya. Tesla saintis abad ke 19 dan 20. Perintis elektromagnetik. Daya elektrik. Gelombang tanpa wayar. Remote kontrol. Arus ulang alik. Tiada graviti melainkan elektromagnetik. Komunikasi tanpa kabel. Perang arus elektro. Bila ingin menemukan rahsia alam semesta maka pemahaman mengenai energi frekuensi dan getaran adalah perlu di kuasai. Memahami fenomena mengenai fizik atau zat amatlah sukar seperti mana kita hendak mengenal pasti zat dalam pemakanan kita secara individu. Generasi akan datang harus lebih tahu mengenai gelombang. Kita di dalam CVT sedang membina satu faundasi yang kukuh untuk keduniaan masa depan. Kita harus terus berkarya tanpa henti. Jangan sampai tidak percaya tuhan apabila menemukan sesuatu yang menakjubkan. Semakin bertemu sesuatu keajaiban maka semakin percaya adanya tuhan yang mengatur dan menjadikannya.


*Daftar segera kelas lanjutan mengenai bab zat dan tenaga dalam pemakanan 02.09.2023 sabtu*. Moga pengamal CVT akan jauh lebih cemerlang di dalam pengetahuan bab ini secara alamiah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Sunday, July 16, 2023

makanan-makanan yang boleh bertukar menjadi toksik di dalam perut dan hati kita

 *PENCERAHAN OLEH PROF NW*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Agaknya sampai bila pihak-pihak yang mendakwa pakar dalam bidang zat dan pemakanan akan mendedahkan secara telus makanan-makanan yang boleh bertukar menjadi toksik di dalam perut dan hati kita. Seperti mana peringatan pengambilan mengenai gula dan garam. Lemak dan gula yang mana lebih jahat. Antara buah dan sayuran yang mana kita lebih bersifat antioksidan. Kenapa perlu supplement sedangkan zat ini ada di dalam buah-buahan dan sayuran??. Serat yang tinggi dan berat zat atau serat yang rendah dan halus. Banyak sungguh mitos mengenai pemakanan. Makanan yang membuat gula melonjak tinggi dan cepat seperti pisang dan buah mangga.


Pengalaman kita tidak mengambil iktibar dan mengenalpasti makanan alahan kita sendiri secara peribadi. Hati tidak gembira kerana alahan makanan. Semua itu kita tidak pernah peduli. llmu pengetahuan mengenai zat dan pemakanan tidak diajarkan di sekolah-sekolah secara serius. Yang pasti penyakit digeneratif seperti kanser amat berkaitan dengan zat-zat pemakanan yang diolah bersama gula dalam darah. Gula yang baik sepatutnya masuk di dalam sel. Tetapi insulin tidak membawanya ke dalam sel. Pankreas menjadi lemah sebab kita makan terlalu kenyang. Kita tidak berhenti sebelum kenyang. Insulin masih dikeluarkan namun tidak berkualiti sama dengan hasil pemikiran kita. Apakah kaitan insulin dengan pemikiran??.


Saya bercadang hendak mengadakan seminar khas untuk tajuk zat dan pemakanan. InsyaAllaah akan diadakan kelas lanjutan ini pada *02.09.2023 SABTU*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Wednesday, July 12, 2023

NW 2 adalah kunci atau ibu segala sistem kawalan hormon

 -ILMIAH CVT MALAYSIA-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

NW 2 adalah kunci atau ibu segala sistem kawalan hormon. Kanak-kanak perempuan ketika membesar dan meningkat remaja sangat memerlukan NW 2 sebagai hormon kecantikkan yang luar biasa. Walaupun ketika kanak-kanak tidak cantik namun setelah remaja menjadi cantik yang sebenarnya amat berkaitan dengan fungsi kelenjar ini.  NW 2 dan NW 16 adalah pasangan yang akan menjaga kesihatan kandungan pada bahagian ovari. Wanita yang mengandung masih berpeluang untuk cantik dengan menjaga kesihatan kandungannya. Apabila sampai waktu hendak bersalin NW 17 bahagian rahim akan memudahkan kelahiran. NW 1 pineal lebih sesuai untuk lelaki. Kaum adam lebih cepat terangsang nafsunya berbanding hawa yang terkawal. Kaum adam juga berpotensi menghadapi masalah lemah nafsu shahwatnya bila usia menjelang tua. Namun kaum hawa jarang untuk mengalami atau menghadapi masalah kedinginan dalam seksual melainkan jika ada gangguan pada bahagian tiroid. Oleh itu NW 1 dan NW 17 sangat memainkan peranan dalam menjaga kesihatan seksual.


NW 16 juga boleh diambil oleh kaum adam jika mengalami masalah kerap kencing dan tidak dapat menahan kencing. Ini adalah disebabkan berlakunya kepincangan energi di prostat dan testis. Testis akan menambah jumlah sperma. NW 16 sangat membantu bagi masalah ketidakselesaan period. Namun pada period yang kurang seperti tanda menopouse awal maka NW 9 akan menambah dan memanjangkan waktu haid pada usia lebih lanjut dan mengelakkan penyakit osteoatritis dan artritis umpamanya.


Semoga pengamal CVT cekap dan mahir dalam mencadangkan formula pada keperluan yang tepat secara terus tanpa diagnos.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.












Monday, July 10, 2023

Chicken skin is high in unsaturated fats


Here's another surprise: Unsaturated fats can help lower blood pressure and cholesterol. The skin also has omega-3, -6, and other fatty acids that are just as favorable for your overall well-being. Plus, leaving the skin on keeps your chicken more moist and flavorful.

Are chicken skins good for you?

In addition to making cooked chicken juicier and more flavourful, chicken skin contains a good amount of heart healthy unsaturated fat. In fact, the majority of fat in chicken skin is unsaturated, according to the Harvard School of Public Health.25 Dec 2015

Friday, July 7, 2023

Kembali fokus kepada kaedah rawatan CVT

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Kembali fokus kepada kaedah rawatan CVT. Jika pada yang menghayati konsep CVT tidak mungkin akan membuat pada pilihan yang lain. Kita dikurniakan otak. Otak itulah yang kita gunakan sebagai medium menerima gelombang bunyi yang amat tinggi nilainya malah luar biasa. Otak tidak pernah rosak atau cacat melainkan dilemahkan dengan gaya pemahaman sesuatu keadaan yang salah dan dikelirukan. Otak kita diberi informasi yang negatif sehingga meruntuhkan minda emosi dan semangat (roh). Para doktor perubatan sangat bertanggungjawab dalam hal ini. Menakut-nakutkan pesakit dan memberi amaran yang negatif. *Itu bukan cara pengamal CVT. Bagaimana kita hendak membangunkan semula energi otak yang sudah runtuh dengan berbagai informasi yang salah malah menakutkan pesakit??. Seorang doktor yang bijaksana mampu memulihkan minda hingga ke tahap spiritual dengan informasi yang bernas mengikut ilmu pengetahuan benar yang mereka ada. Mereka mampu memindahkan energi otak mereka kepada pesakit. Tugasan pertama mereka akan memulihkan persepsi mengenai penyakit yang pesakit alami. Elakkan pesakit di hantui dengan igauan yang mendebarkan mengenai bahaya penyakit yang mereka alami. Jangan kelirukan pesakit kerana ini maklumat negatif akan terakam dan tersimpan di fikiran bawah sedar sehingga otak bekerja mengikut fikiran yang penuh dengan prasangka negatif. Tiada harapan sembuh dan kebergantungan ubatan kimia. Ini satu salah faham yang harus di pembetulkan. 


Cara kerja otak menerima informasi bergantung cara mana sang doktor berfikir. Jika positif maka akan muncul energi yang positif. Yang di sebut niat itu kita hypnosis diri kita sendiri akan percaya diri kita tidak sakit melainkan ada sistem tubuh kita gagal kerana faktor gas atau angin dari asid-asid berlebihan dari pemakanan alahan yang berlebihan. Elakkan stress kerana suasana hati sangat erat dengan apa yang difikirkan. Kebimbangan, risau dan resah menghantui diri apabila doktor mengesahkan buah pinggang kita tidak berfungsi dengan baik. Keadaan semakin PARAH selepas berjumpa dengan sang doktor yang tidak bijak berkomunikasi secara psikoligi yang berjaya.  Ditakut-takutkan dengan keputusan ujian air kencing dan sebagainya. Ditandai pula dengan simptom-simptom yang berkaitan. Seperti kencing berbuih, Sakit sendi pada lutut dan hujung jari kaki. Tapak kaki membengkak dan mengeras. Kulit kering seperti tidak cukup air. Kerap kencing penyebab tubuh tidak cukup air kerana buah pinggang stress dan membuang air yang sepatutnya di perlukan tubuh. Urik asid tinggi dan rasa menyejuk bisa dan berdenyut sakit. Kulit mudah rasa gatal dan banyak kulat. Alat kelamin lemah sepenuhnya dan kurang sperma. Berat badan berkurangan walaupun kuat makan. Namun sang doktor tidak mencadangkan apa-apa solusi. Kaedah mudah kita rawat semua gejala ini dengan NW13. Rakamkan energi pada sel buah pinggang sehingga ke nukleus sel (inti sel) bekerja semula. Pastikan otak menerima kekuatan energi yang tinggi untuk di hantar sampai ke dasar sel Iaitu nukleus. Pengambilan yang serius fokus dan penuh konsisten akan mengubah kesan positif menjadi sesuatu keajaiban yang tidak masuk akal. Jadikan Terapi diri seperti satu latihan yang keras penuh disiplin untuk mendapat keputusan ajaib dan itu milik kita. Jika terpaksa amalkan DUA BOTOL pertama dalam SATU HARI. Dan pada hari ke dua sebotol sehari sehingga Tujuh hari. Kita kemam atau minum dengan air asalkan otak menerima mesej gelombang bunyi berterusan tanpa putus. Keputusan menakjubkan akan terhindar diri dari rawatan yang lebih membebankan seperti mencuci buah pinggang sehingga akhir hayat. Buang masa, buang duit dan hidup terseksa. Otak keliru was-was kerana yang bekerja adalah otak kiri. Otak kanan jauh terbenam dan hilang banyak perkara rasional. Keajaiban formula energi gelombang bunyi sebenarnya tidak ternilai harganya pada yang tahu rahsia sebenarnya. LEBIH JIMAT DAN CEPAT. Selepas 7 hari dah mencapai kelegaan yang banyak maka formula masih diteruskan sehingga sembuh sepenuhnya. Dalam masa satu bulan selepas itu teruskan juga dengan dosis yang sederhana seperti satu botol untuk satu minggu sekadar memberi signal pada data Base Iaitu otak agar tidak lupa menjalankan fungsi buah pinggang itu. Tumpukan NW 13 sudah sangat memadai. Namun jangan lupa setiap penyakit kronik mesti bermula dengan NW 20 dan NW 1 dan seterusnya selama dua minggu untuk penyediaan asas tubuh. Selepas itu tumpukan dgn nw 13 sudah sangat memadai.Selama ini pesakit mengamalkan Terapi secara amat sederhana dan tidak mencapai kemuncak energi yang kuat. Siaran tidak jelas dan terputus-putus. Konsep energi ini pada peringkat pertama memerlukan momentum yang tinggi untuk membangunkan seluruh sel pada sesuatu organ yang sudah lemah.  


NW 13 pada fungsi buah pinggang akan buat kita aktif bertenaga dan cekap.  NW 13 itu sebenarnya senaman bagi menggerakkan tubuh pada kekuatan fizikal. Stress itu di kaitkan dengan buah pinggang. Semakin banyak rehat dan tidak melakukan pergerakkan akan menambah beban pada buah pinggang. Lutut dan segala sendi itu simbolik kekuatan buah pinggang. Urik asid perlu di urai dengan senaman yang konsisten setiap hari. Jangan kita sibuk dengan berbagai teori yang ketinggalan zaman. Kita perlukan formula yang praktikal untuk bertindak. Nasihatkan makanan alahan yang berasid dan masam seperti buah pisang, mangga dan epal hijau. Buah timun pencuci ajaib jangan diabaikan.  Kita perlukan pengamal CVT yang cemerlang. Lakukan terapi ais setiap hari selama 7 hari. Rawat diri ini satu perjuangan. Pesanan saya adalah pastikan kita dapat memulihkan dengan memberi semangat baru pada pesakit. Pastikan kita Berjaya mengikuti perkembangan pemulihan pesakit dalam kaedah pengambilan formula secara tekun. Pastikan pesakit rajin dan suka makan buah timun secara konsisten. Andalah pengamal cemerlang yang saya banggakan.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.