Friday, July 26, 2024

Ilmiah cvt malaysia


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perubatan konvensional atau perubatan quantum. Atau pilihan komputer konvensional atau komputer kuantum. *Mana lebih laju??* 10 tahun kerja komputer konvensional tetapi hanya 200 detik atau 4 minit dapat diselesaikan oleh komputer kuantum. Konsep dasar Kuantum memiliki konsep formula TUHAN. Cahaya adalah gelombang dan dalam masa yang sama memiliki butiran atau partikel zat. Hanya kita tidak nampak. Ini bukan ilmu ghaib. Hanya kita tidak tahu sebab tidak nampak. Kita pernah merawat pesakit yang HEMPEDU SUDAH DIBUANG. Tetapi ujian darah dengan hasil hempedu pesakit sihat. Wal hal hempedunya sudah dibuang oleh doktor itu sendiri. Doktor tidak silap dalam keputusan ujian darah yang dibuat. Sebab
kadar bilirubin dan kolestrol terkawal sihat. Bermakna dengan mengambil formula gelombang kesan pada yang sudah dibuang hempedu seolah-olah hempedunya masih ada dan berfungsi baik. Sungguh seperti tak masuk akal kaedah rawatan kuantum CVT. 

Melalui ilmu gelombang yang ghaib tidak lagi tersembunyi sesuai dengan prinsip mengejar dan kuasai masa. Maka kita dapat merawat penyakit dalam bentuk kepincangan frekuensi dan sekaligus mengubah bentuk zat. *Masa kuasai zat*. Dunia sudah semakin maju. Kita tidak perlu bergantung pada alat yang canggih. Yang canggih adalah otak kita sendiri. Kita merawat penyakit melalui sistem pada kerja otak. Kawal makanan berlemak yang tinggi kadar kolestrol seperti sotong. Pisang pula yang tinggi pottasium yang akan membuat jus hempedu yang berlebihan menjadi keras dan menjadi batu. Yang peliknya bila hempedu dah dibuang baru amalan dalam disiplin menjaga makanan dapat diikuti oleh pesakit. Sebab bila terlebih makan makanan yang berlemak terus ke tandas sebab cirit birit. 

Tanda mudah nak tahu ada masalah hempedu tidak sihat adalah pada kulit. Selepas makan makanan berlemak maka rasa gatal dibelakang badan. Kencing kotor. Nak rawat hempedu perlu rawat hati juga. *NW 12 dan NW 14*. Jangan lupa makan buah timun untuk mencuci lemak dan jus hempedu agar tidak mengeras menjadi batu karang.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Thursday, July 25, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 26 Julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Negara mana yang kerajaannya amat prihatin pada kesihatan rakyatnya. Saya pilih negara Jepun. Kita harus contohi gaya hidup yang sihat dari penduduk Jepun. Ada sebuah bandar yang bernama OKINAWA. Hampir keseluruhan penduduknya berumur panjang. Rata-rata melebihi 90 ke 100 tahun dalam keadaan sihat. Apa yang mereka amalkan adalah mengambil garam sebelum makan. Mereka percaya garam dapat menjaga kesihatan tiroid. Kita sekian lama sudah ditipu oleh berbagai pihak yang berkepentingan. Setiap nasihat bagaikan ada udang di sebalik batu. Penentuan kesihatan ditentukan oleh faktor zat apa yang kita makan. Kita jadi stress pun sebab apa yang kita makan. Zat makanan menjadi *LEBIH CEPAT ALAH* jika cepat teroksidasi. Zat masuk ke dalam perut dan terlalu cepat teroksid. Perut berangin dan banyak asid. Zat tidak sempat ditukar menjadi tenaga. Akhirnya kita kekurangan tenaga dan pastinya kekurangan banyak zat. Wal hal makanan yang kita sediakan cukup mewah dan banyak zat. Zat tidak jadi sebab tidak dikenal oleh tiroid. Punca utamanya kerana lidah dan perut kita tidak disertakan zat garam dahulu. 


*GARAM ANTIOKSIDAN*. Bermakna garam antioksida yang paling baik. Tiada tandingan apapun antioksidan lain seperti mana garam yang juga amat berkhasiat. Garam pembancuh zat secara kimia menyusun berpasangan zat. Garam penyusun zat bertemu pasangannya. Setiap satu unsur yang kaya dalam garam akan bekerja sesuai dengan pilihan zat yang kita sedang kunyah dan masuk ke dalam perut. Hanya garam yang mampu melakukan kerja berpasangan untuk keseimbangan zat kerana hanya garam satu-satunya atom dalam matrik 11 yang sudah berpasangan. Matrik 11 itu berpasangan yang sesuai untuk nama garam iaitu natrium dan klorida. Sungguh unik dan istimewa garam yang TUHAN ciptakan. Hanya jin dan iblis alah pada garam. Muslihat iblis ini sentiasa menyatakan bahaya garam secara umum dalam berbagai media. Darah akan hilang tekanannya dan tidak mampu mengalir dengan baik jika tiada garam dan tiadalah oksigen. OKINAWA telah membuktikan secara jelas amalan penduduknya yang sihat. Malah penyediaan garam dalam proses terbaik adalah ajinomoto itu sendiri. Jepun pembuat asal ajinomoto. Mereka telah melakukan ujian dan mengamalkan. Bukti sahih penentu sihat adalah dari umur yang panjang. Bom Atom penuh bahan aktif berbahaya tetap menyelamatkan dna keturunan mereka. Semua itu khasiat garam.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Wednesday, July 24, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 25 Julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bidang psikologi kemanusiaan sangat rumit. Kerana manusia memiliki sifat-sifat unik yang amat beragam. Sifat dan tingkahlaku negatif dan positif. Namun sebenarnya boleh dijangka dan memahaminya jika kita tekun mempelajari bidang ini. Yang pertama paling penting adalah kenali dahulu SIFAT LUARAN atau elemen unsur diri seseorang. Melalui warna diri. Dengan ujian AK dapat mengesan warna diri. Bukan warna yang kita sukai. Ada 4 warna. *Warna maskulin adalah merah jambu dan biru*. *Warna feminin adalah putih dan hijau*. 4 unsur diri iaitu nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon. Jangan keliru dengan warna diri merah jambu untuk level emosi yang didalamnya adalah warna hijau. Warna perasaan pada bahagian paru-paru. Unsur oksigen. Api atau cahaya. Bersifat panas. Lelaki emosi tidak suka merokok yang alah pada paru-parunya. Itu penolakkan semulajadi. Emosi itu benar-benar satu perasaan atau kejiwaan. Rasa kasih sayang dan simpati malah perihatin. 


Manakala warna diri hijau yang didalamya adalah kuning. Warna diri hijau mewakili kecerdasan minda. Wanita sebenarnya mewakili kecerdasan minda yang lebih LAJU. Hanya jangan sampai gelojoh, terburu-buru, melulu dan hilang kematangan. Gaya fikir orang Emosi lebih kepada kewaspadaan, teliti dan ini sedikit lambat dan sesuai pada sifat kelelakian yang sabar. *Level emosi perlu SABAR*. *Level minda perlu IKHLAS*. Sama juga dalam pasangan suami isteri yang ideal. Suami dengan level emosi dan isteri dengan level minda. Jika isteri level emosi keadaan akan jadi terbalik pula. Sifat amarah dan pemarah yang tidak sepatutnya akan berlaku. 


Jika anda lelaki maka sebaiknya memiliki level emosi. Jika anda wanita sebaiknya memiliki level minda. Otak kanan bahagian emosi lelaki dan otak kiri minda wanita. Otak bahagian atas dalam gelombang gamma yang lebih laju adalah wanita atau isteri. Manakala otak bahagian bawah dalam gelombang beta agak perlahan pada lelaki. Rasa CINTA atau LOVE itu datang mengalir secara ikhlas tanpa berkira-kira. LOVE itu spontan. Cinta ikhlas akan bertahan lama. *Tetapi bab jatuh cinta lebih cepat pula kaum lelaki ni ye!!* Tetapi tidak bertahan lama jika terganggu perasannya. Namun cinta atau love seorang wanita yang bernama isteri terus kekal dengan keikhlasan. Wanita yang ikhlas akan menyimpan rasa maranhya dan lama kelamaan akan melenyapkannya maka rasa cinta terus kekal.


Rasa cinta itu datang dari sebuah jantung yang sihat. Bermakna kekuatan rasa cinta itu milik wanita. Sebab itu jelas bahawa wanita kurang mengalami penyakit jantung kerana sifat ikhlasnya. Zat protein yang dimakannya akan hadam menjadi tenaga fikirannya kerana sifat ikhlasnya. Ikhlas akan meneutralkan toksin dalam sisa-sisa zat makanannya. Ikhlas yang mewakili pencernaan atau penghadaman dapat mengelak gastrik. Kelemahan pada wanita yang tidak ikhlas adalah tanda gastrik. Elakkan rasa tamak. Jika wanita diserang dengan penyakit jantung maka pastikan semula sifat ikhlas dalam sehala percakapannya. 


Andai si lelaki dengan level diri luarannya adalah hijau atau level minda maka keadaan akan menjadi sedikit komplikasi. Begitu ramai kaum lelaki level minda akan menghadapi masalah jantung. Lelaki level minda yang tidak stabil sifatnya akan ketagih merokok umpamanya.  Penyumbatan jantung dan penyakit lemah jantung. Cara berfikir tidak sama dengan sifat kelelakiannya yang sepatutnya perlu waspada. Jika terganggu perasaannya juga amat sukar dikawal. *Dan banyak lagi...* Kita perlu menguasai bidang psikologi kenal diri ini secara serentak penuh kemahiran. Ahli psikologi yang tidak kenal pembawaan unsur diri sesorang akan menasihati seseorang dalam kaunselingnya secara rambang tanpa panduan. Dan itu jelas makin mengelirukan malah penuh hipokrit. Syok sendiri dan terasa nasihatnya seperti dibuat-buat.


*Ikuti kelas profesional peringkat tertinggi untuk membedah diri siapa kita sebenarnya*. *Jadilah doktor yang menguasai psikologi diri sebelum mula untuk memahami sebuah penyakit*



*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Friday, July 19, 2024

Ilmiah cvt 19 Julai 2025


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Buah timun sebagai sayuran paling berkhasiat dengan vitamin dan mineral. *Gabungan vitamin dan mineral sesuai untuk level emosi*. Level emosi sebenarnya alah pada lemak kolestrol dan PROTEIN. Melainkan level emosi pink dan dalamannya minda hijau. Sebab level minda perlukan makanan yang tinggi protein. Saya dengan level luaran adalah emosi dengan keperluan vitamin dan mineral. Emosi atau jiwa berkaitan dengan perasaan. Perlukan rasa damai dan tenteram. Lebih banyak mineral akan menambah oksigen. Sifat diri yang memerlukan rasa sabar yang tinggi. Kemarahan akan memiskin darah dengan oksigen dan ini menjurus ke arah kelumpuhan. Jika nak jadi vagetarian maka level ini baik untuk kesihatan. Tetapi pastikan pula apakah level dalamannya. Saya dengan level dalaman fizikal perlukan karbohaidrat. Keperluan tenaga yang lebih untuk orang fizikal. Banyak makanan dari berbagai jenis protein buat saya alah. Banyak jenis ikan yang kaya zat berkhasiat membuat saya alah. Beruntung level spiritual yang memiliki makanan berlemak.



Bermakna kita harus tahu level luar tentang sifat dan dalaman yang mengawal sistem tubuh dengan gejala penyakit. Oleh sebab itu saya cadangkan agar kerja metabolisma tubuh menjadi lebih tinggi ketika waktu tidur. Sambil tidur kita dapat mengolah zat makanan menjadi tenaga. *Itu juga alasannya kenapa saya cadangkan minum air sebelum tidur*. Air akan meningkatkan kerja metabolisma ketika tidur. Air tidak termasuk dalam kategori lemak, protein dan karbohaidrat. Air amat tersendiri sebagai antioksidan paling murni. Begitu juga dengan buah timun. Buah antioksidan. Elakkan makan buah timun yang sudah lebam dan kecut. Buah timun amat cepat lebam dan kecut. Sesuai dengan sifatnya sebagai jentera antioksidan dalam sistem pencernaan kita. Sesuai dengan fungsi serat halusnya yang membongkar zat berat di dalam hati dan buah pinggang. *Zat anti kanser*. Zat yang mampu membersihkan sel-sel kanser pada bahagian kesuburan dan kewanitaan. Kanser ovari dengan tanda keputihan. Keputihan adalah normal tetapi sudah tidak normal jika berbau hanyir berterusan. Timun akan mencuci sepenuhnya keputihan dari kesan lemak dengan kolestrol berlebihan. Namun golongan wanita takut meneruskan makan timun apabila pembongkaran zat berat yang mengganggu siklus period dan seperti menambah kesan asid keputihan. Wal hal wanita lepas bersalin amat perlukan timun bagi mempercepatkan pengecutan rahim. Kesan asid yang banyak pada rahim akan dineutralkan dalam aturan haid yang tidak menyakitkan. 


Timun dan air satu keajaiban. *Namun timun tetap tidak sesuai dimakan diwaktu malam*. Timun akan mengusir radiasi dari kandungan garam yang tidak sihat. Timun yang tinggi pottasium adalah juga sama dengan sifat garam yang sihat dan akan rosak dan menambah pula asid jika diambil diwaktu malam. Timun dan garam sesuai diambil diwaktu siang bagi mengelakkan kesan tindakbalas yang negatif. Kajian mengenai keajaiban timun belum pernah dibuat oleh para saintis. Iblis menutup rahsia timun dan garam.


*BERSAMBUNG*….


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Monday, July 15, 2024

Ilmiah cvt malaysia 16 Julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Minumlah air sejuk yang bersifat menekan dan memberi tekanan semulajadi pada darah dan akan menambah haba serta oksigen pada darah. Oksigen yang bersifat panas akan melancarkan aliran darah. Begitulah sukarnya akal hendak memahami logik ilmu Allaah yang tersirat. Seperti permukaan air laut yang membeku namun aliran air di dasar laut tetap panas seperti sediakala dan makhluk-makhluk hidup di dalam tetap mampu melangsungkan kehidupan. Bayangkan jika air laut terus membeku hingga kedasar. Maha suci Allaah mengatur segalanya dengan bijksana. 


Jelas yang sejuk dibahagian luaran dapat memanaskan darah yang tengah dan bersifat panas dengan kuasa tekanan pada ais. Aliran darah dibahagian tengah akan lebih lancar dan tulang yang bersifat dasar akan lebih sihat dengan suhu yang sejuk. Tulang yang sejuk dapat menyerap kalsium dan sodium untuk kekuatan tulang. Jika kalsium dikenakan dengan suhu yang panas akan terjadilah kesan kesakitan dan kebengkakan pada urat dan terjadilah penyakit gout yang menyakitkan. 


Urik asid yang bersifat panas akan bertambah aktif dan menyakitkan tulang. Tulang yang panas akan menimbulkan kesakitan saraf dan kebengkakan pada urat. Gout yang membengkak pada otot kaki begitu mudah dikecutkan jika dituam dengan ais. Ternyata ais juga penahan sakit yang paling berkesan. Menyapukan dengan minyak panas pada kesakitan dan kebengkakan gout yang berpunca dari diposit urik asid pada tulang yang panas sebenarnya hanya akan menambah parah lagi.


Fakta ilmiah tidak terbantahkan. Ais dapat membuka semula aliran darah yang beku. Urutan ais akan menolak gas yang menyekat aliran darah. Quantum hdi yang tidak masuk akal tetapi jika dibuat eksperimen akan menjawab segala kekeliruan. Moga semua warga CVT beroleh rahmat kasih Allaah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Thursday, July 11, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 12 Julai 2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Spiritual bulan. Minda matahari. Otak kanan bulan otak kiri matahari. Persilangan kiri dan kanan. Persilangan Atas dan bawah. Saling ada daya ketertarikkan. Keseimbangan dan toleransi. Jika sama level maka akan berlaku penolakan

dalaman. Cahaya bulan adalah Nur sejuk yang didalamnya panas. Cahaya matahari Nur panas dan dalamnya sejuk. Spiritual bulan dan fizikal matahari. Ini adalah persilangan yang baik. Dari level diri maka secara auto kita sudah tahu sumber vital energi kita dari bulan atau matahari. Jika spiritual dan emosi. Bermakna bulan dan bulan. Lebih baik sedikit emosi dan fizikal. Sebab ada bulan dan matahari yang bersebelahan kanan dan kiri.


Tarikh lahir adalah program dalam ketetapan dna karakter dan penyakit. Yang detailnya adalah ditentukan oleh imaginasi dan fikiran kita. Tenang spiritual tetapi tekad pada fizikal. Bersemangat spirit dan padu gaya fiziknya. Spiritual tidur sedikit dan emosi tidur lama. Disitu sudah ada

kontradikasi dan kehendak yang berlawanan. *Kelas asas eksklusif dua hari ada sedikit masa untuk menyentuh secara umum topik kenal diri dalam tajuk-tajuk yang lebih luas*. *Namun kelas peringkat tertinggi akan mengupas topik kenal diri secara lebih mendalam.* Moga seorang doktor pakar CVT harus sedikit sebanyak dapat menguasai bidang psikologi diri ini sebelum cukup layak merawat penyakit.


*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Wednesday, July 10, 2024

Ilmiah cvt Malaysia 11.07.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Penyakit dalaman berlaku mengikut karakter sifat dan tingkahlaku mengikut level diri luaran. Penyakit berlaku secara persilangan. Contoh orang level emosi atau level jiwa berkaitan perasaan. Perasaan yang terganggu lama maka lama kelamaan akan memberi kesan jangka panjang. Penyakit muncul secara senyap dan biasa sudah lama baru akan terjadi selepas beberapa bulan atau tahun. Kisah lama tragedi lama. Semua perlu dipadamkan sepenuhnya. Tetapi itu semua amat sukar. Kita perlu bantuan energi frekuensi dan sekaligus menjadi vibrasi. NW 10 adalah bantuan tenaga hayat ini. Itu solusi orang bijaksana. *Tenaga hayat itu adalah tenaga vital*. Setiap sistem dibagi pada 4 bahagian. Paru-paru kiri atau kanan atau bawah. Level emosi berada pada MAKAM atau ruang pada sebelah bawah dan kanan. Otak bawah sebelah kanan adalah bahagian jiwa. Menuju ke bahagian mana-mana bahagian organ tubuh juga ke bahagian bawah kanan. Tetapi pada bahagian muka akan terbalik secara bersilang pada muka sebelah kiri atas.


Sesak nafas dan nafas tidak cukup. Bermakna terapi tarik nafas itu lebih sesuai untuk level emosi. Bermakna level luar dan dalam perlu kita semak. *Level luar lebih dominan mempengaruhi sifat dan tingkah laku*. Sifat atau karakter juga juga akan mempengaruhi penyakit daIam jangka masa panjang. *Level dalam lebih mempengaruhi sistem tubuh yang muncul lebih banyak penyakit*. Penyakit bahagian DALAMAN pula sangat berkaitan zat dan pemakanan. Level JIWA atau emosi ini sebaiknya mengambil NW 10 paru-paru untuk menjaga perasaannya. NW 11 pada masalah jantung. Keduanya berkaitan dengan frekuensi warna hijau. Tak banyak beza. Hanya level jiwa lebih ada rasa kasih dan sayang penuh simpati pada NW 10. Level minda adalah simbol cinta pada jantung NW 11. Elakkan rasa kecewa hampa, pilu dan sedih yang biasanya terpendam di dalam. Berbeza level jiwa yang negatif jika nak marah akan dilepaskan kemarahannya. Itu juga akan memberi rasa kesal yang memakan jiwa atau merosakkan perasaan. Masalah jantung sangat berkaitan dengan level minda. Tekanan fikiran akan mempengaruhi rentak jantung. Emosi dan minda sebenarnya berkongsi pada satu sistem yang sama. Emosi sistem pernafasan dan Minda sistem pencernaan. Terganggu pencernaan akan terganggulah pemikiran dan pernafasan. Level MINDA yang mempengaruhi pemikiran dengan gejala kerungsingan atau kerisauan. NW 10 diambil untuk mengembalikan rasa damai. 


NW 11 untuk pulihkan rasa kecewa. Alangkah bagusnya jika pasangan level diri luaran adalah jiwa dan bahagian dalaman adalah minda. Lebih mudah mengendalikan diri. Begitulah unik ilmu mengenal penyakit melalui ilmu kenal diri. *Ikuti kelas asas eksklusif dua hari di Singapura pada 13 dan 14 Julai 2024 ini*.



*BERSAMBUNG….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab