Tuesday, February 20, 2024

Ilmiah CVT Malaysia 21.02.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


*Sunnah ambil garam dan letak di hujung lidah*.  Tujuan untuk merangsang enzim dan mengenal pasti zat-zat yang kita makan ketika kita mengunyah. Sebab itu NW 9 warna biru untuk kerja kelenjar tiroid lebih aktif. Kalsium dan iodine sebagai mineral asas yang ada di dalam garam akan diseimbangkan pada bahagian ini. Rahsia lain juga akan pastikan zat makanan tidak dapat dikongsikan oleh iblis apabila masuk ke dalam usus.  Iblis akan kurus dan tidak bermaya apabila tidak dapat berkongsi sama memakan zat-zat yang kita ambil kerana sudah ada garam. Kalsium itu penting. Jika tidak iblis akan duduk pula disendi-sendi lutut dan mana-mana bahagian tulang yang lemah kerana kekurangan kalsium. Kalsium itu juga salah satu dari 6 unsur dalam enam masa sebagai asas binaan manusia yang sempurna. Tulang dan kalsium. Sebab itu tulang tengkorak manusia yang sudah mati dan kehilangan kalsium akan menjadi pilihan untuk menjadi ruang yang paling stabil untuk iblis. Bila sebut kalsium dan iodine dan semua itu terkandung dalam garam. Sebab itu mengamalkan garam di awal pagi akan menghambat iblis yang berada dalam aliran darah kita. Garam sebagai elektrolit yang membawa cas-cas elektrik dan oksigen akan membakar iblis dalam sifat api yang membakar. Kesabaran itulah yang akan membakar iblis dan syaitan yang menguasai aliran darah kita dalam bentuk gas karbon dioksida. Oleh itu elakkan minum minuman berkarbonat kerana itu menjadi jalan perantara iblis di dalam darah kita. 


Makanan yang sudah basi itu adalah hak iblis. Jika kita termakan buah yang sudah lisut atau yang sudah masuk angin sebenarnya itu menempah sukarnya usus besar kerana bakteria baik bertukar menjadi bakteria jahat dan perut memulas. Kandungan bakteria jahat serta merta menjadi lebih banyak dan ini akan membuat usus tercemar teruk. Sebelum kita rawat darah maka sebaiknya ambil dahulu formula usus yang begitu dekat dengan zat-zat darah. Kita ketika dalam janin ibu juga makan melalui tali pusat ibu yang berhubung terus dengan usus ibu. Sebab itu ibu harus menjaga kesihatan usus untuk bayi tidak terkena penyakit kuning yang begitu ketara menyerang kesihatan kulit dan hati bayi. Dan apabila bayi lahir sahaja maka usus besar bayi akan menjadi tanda permulaan bayi mula menggunakan usus sendiri dan bayi akan dibenarkan untuk di bawa balik apabila bayi dapat membuang najis untuk buat pertama kalinya. Dan rezeki kita sudah pun tercatit dan tanda kita boleh berdikari bila sampai masanya.


Pada kes yang ada gangguan halus pastinya banyak zat kotor sudah menyerap masuk pada sekian lama menghadapinya dan zat bertukar asid itu sudah sampai ke tulang dan sudah menjadi darah daging maka akan alah pada garam. Gangguan halus dalam perut akan alah pada garam dan akan memberi riaksi yang lebih teruk pula pada tubuh kita. Jadi rezeki nak ambil garam sudah tidak membantu lagi. Maka NW 19 dengan dosis tinggi di harapkan dapat membersihkan radiasi yang tidak menyenangkan ini.  Tanda jelas adalah perut kita akan keras dan membuncit. Cara buang air besar juga tidak menentu iaitu ada ketika yang lama sembelit dan ada ketika mudah dapat direa. *NW 1 atau NW 2 kena ambil sebagai BOOSTER sebelah malam*. Pendek kata jika tidak ambil cara berpasangan boleh ambil dengan pasangan booster dalam apa-apa NW. Dan dicadangkan ambil sebelah malam. Kesimpulannya darah kita kotor kerana usus kita tercemar.  Bermakna nak bersihkan darah maka rawatlah usus dengan cara detoksifikasi melalui banyak cara.  Rawat darah atau cuci darah tidak akan menyelesaikan masalah pada pesakit buah pinggang umpamanya.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Garam mengawal nafsu atau emosi?

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Setiap orang ada timing tersendiri. Ritma sirkardian yang juga berbeza. Garam juga unsur memiliki waktu getaran. Garam dalam frekuensi subuh iaitu biru. Mulakan garam dahulu. Gula akan terkawal jika garam sudah menempati ruang metabolisma dibahagian pencernaan. Ramai yang cuba mengawal gula tetapi tidak berjaya kerana tidak cukup garam aktif. Garam amat reaktif dalam menyusun zat-zat yang lain termasuk karbohaidrat. Garamlah yang akan memecah zat di dalam karbohaidrat ketika bersarapan. Selepas itu barulah fungsi gula memecah zat menjadi tenaga. Begitu juga susunan warna alam dalam sistem tubuh kita. Selepas biru diwaktu subuh adalah hijau. Hijau bermakna riaksi oksigen dalam sistem pernafasan atau fotosintesis diwaktu pagi. Jika matahari menyusun zat dalam dedaunan hijau maka hijau dalam sistem tubuh juga sama. Selepas hijau adalah kuning di waktu tengahari. Kuning bermaksud tenaga yang berlimpah tanpa batas. Atau kuning menjadi gas dengan berbagai bahan bertoksik yang tidak mampu diubah menjadi tenaga kerana zat tidak dimulakan dengan garam. Jangan salahkan gula yang ada dimana-mana. Sebenarnya zat garam aktif tidak ada untuk memulakan sistem metabolisma tubuh.


Garam mengawal nafsu atau emosi. Dalam tubuh setiap orang ada nafsu iaitu pasangan diri setiap manusia iaitu jin. Kita tidak mahu jin lebih kuat menguasai kita. Kita masih boleh tersesat dengan hawa dan nafsu sepertimana godaan iblis pada hawa. Itu yang disebut sebagai hawa nafsu. Yang menyesatkan kita adalah sang iblis dan bukan jin. Namun yang disesatkan adalah hawa nafsu kita itu sendiri. *Bermakna kawal garam akan mengawal nafsu atau sifat emosi yang buruk*. Tarik nafas dan berfikir sejenak ketika nafsu menguasai pada diri. *Nafas dan oksigen*. *Garam raja metabolisma*. *Garam itu ada dalam air liur dengan beribu enzim bergantung pada zat garam*. *Minum air kosong yang sejuk biasa amat baik merawat perut sebelum tidur*.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Friday, February 16, 2024

Promosi set kombo garam kapsul + acacia kapsul RM100 kos penghantaran percuma

 




Kombinasi atau gandingan  garam dn acacia satu  keperluan asas kerja detok paling praktikal . Apapun gejala penyakit bermula di bahagian perut dn usus . Gas atau angin yg buat darah tk lancar . Rasa kesakitan spt  bisa lengoh sengal dn kebas . Semua ubat  parasetamol spt panadol akan di tulis dgn tujuan yg sama iaitu hilangkan rasa sakit dn sekaligus mesti  rawat gastrik  . Amat berkesan tetapi kita sayangkan buah pinggang . Lebih selamat dn menyembuhkan acacia ada gandaan probiotik yg lawan kuman penyebab gas . Garam adalah mineral elektrolit yg membawa oksigen dlm kelancaran darah .

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

WhatsApp 016-9182523 Umar

Monday, January 29, 2024

Ilmiah CVT 29.01.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kehidupan hari ini urusan signal. Akan datang semua di kawal oleh gelombang. Racun untuk penyakit bersifat amat halus iaitu dalam bentuk partikel dalam ukuran nano meter yang akan dikawal oleh isyarat gelombang. Segala sesuatu di dalam tubuh kita akan dikawal oleh satu pihak. Semua sudah tahu siapa pihak itu. Industri farmasi dunia mencari keuntungan. Banyak orang akan menyesal dikemudian hari. Simbolik perubatan moden adalah ular. Ular yang merayu dan memperdaya. Dan akhirnya kita jatuh dosa hanya soal makan. Dan semua itu tidak berhenti sehingga manusia dikawal sepenuhnya.


Wabak covid dan vaksin adalah konspirasi. Mereka bermain secara psikologi dan mempengaruhi minda kita. Mereka tahu bagaimana hendak memanipulasi fikiran kita secara bertubi-tubi di dalam berbagai jenis media. Semua seolah-olah real. Wal hal itu rekaan semata-mata. Apa yang kita fikirkan akan mempengaruhi zat-zat yang kita makan. Ketakutan dan rasa bimbang akan mempengaruhi enzim. ltu yang sudah ditanam dalam mindset secara mendalam dan itulah doktrin yang ditanam secara mindset di dalam otak kita.


Orang menjadi takut dan memakai mask. Otak dilemahkan dan menjadi tidak cerdas untuk berfikir. Enzim disistem pencernaan kita tidak lagi berkualiti. Orang inilah yang paling mudah sakit. Semua program akan datang adalah berkaitan KESIHATAN. Kejahatan kemanusiaan menjurus kepada konspirasi KESIHATAN. Wal hal semua orang sudah tahu bahawa  hakikat yang menyembuhkan adalah tubuh kita sendiri. Sel-sel tubuh dibangunkan aktif dengan energi dalam frekuensi warna yang bergetar.  Ubat di farmasi tidak bertindak seperti itu. Tetapi variasi ubat semakin banyak berlambak di dalam industri farmasi. Wal hal penyakit berpunca dari kelemahan diperut. Makanan kita sudah basi. Ada yang sudah tamat tarikh tempoh. Vitagen yang dianggap ada bakteria baik bertukar menjadi sepenuhnya bakteria jahat

apabila tamat tempoh. 


Kita terpinga-pinga apabila diserang Diarea. Angin banyak dalam perut dan rasa loya nak muntah. Terganggu pernafasan. Badan menjadi lemah. Rasa pening dan mengantuk. Hal sekecil ini menjadi rumit dan kita ke doktor. Kita tidak pernah nak menyiasat sendiri apa yang kita makan atau minum dalam beberapa jam sebelumnya. *Beruntung kerana kita ada NW 12 dan medium penghantar yang lain yang cukup pantas menjadi penawar mengimbangi enzim dan menguatkan kekuatan sel-sel perut hati dan limpa*. Racun dan bakteria jahat akan disingkirkan. Tubuh kita akan menyingkirkannya dalam bentuk diarea tetapi lebih terkawal tanpa seksa rasa sakit memulas. 


Sebenarnya itu cara detok yang tidak mengambil masa lama. Tanpa teknik isyarat gelombang kesan diarea yang memulas mulas dengan sakit akan mengambil masa lebih dalam sehari. Dengan NW 12 atau boleh juga NW 19 kesan diarea dilalui tetapi tanpa sakit memulas. Diarea juga tidak akan mengambil masa yang lama. Kesan Diarea hanya lebih kurang dua jam kerana ia bersifat detok. Tanpa NW 12 mungkin kesan Diarea yang memulas-mulas sakit dan berlaku lebih dalam masa sehari. Kesimpulanya, Jika serangan penyakit di masa akan datang di hantar melalui sihir gelombang maka kita di dalam CVT sudahpun bersedia dengan konsep gelombang ke arah  keseimbangan.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Wednesday, January 24, 2024

Ilmiah CVT 25.01.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Perawat sejati quantum penyembuh spiritual. Bersihkan perut dan sucikan bahagian seksual. Warna oren sinonim dengan Vitamin C. Vitamin C pada semua jenis buah citrus dengan bauan yang menyegarkan. Sw-Mommy oil dalam frekuensi oren atau jingga mensucikan bahagian kandungan. Jaundis atau penyakit kuning menimpa 8 bayi antara 10 yang dilahirkan. Bermakna jika kandungan suci maka bahagian hati pada frekuensi kuning dapat dibersihkan. Warna oren dan kuning simbolik hari jumaat sebagai sunat kita melakukan mandian penyucian. Mandian waktu tepat pertengahan malam waktu pertengahan bulan ketika bulan purnama memiliki kuasa itu. Mandi wajib adalah mandian penyucian tubuh. Mandi biasa untuk pembersihan luaran. Mandi penyucian bermula pada malam jumaat. Itulah rahsia kenapa kita wajib mandi junub. Kemuliaan hari jumaat penuh kesucian sebelum melangkah ke masjid untuk solat berjemaah. Suci dan bersih dan ini bukan satu kebetulan pada warna jingga dan kuning.


Sw-Mommy oil yang sesuai digunakan pada hari Jumaat. Bersih belum pasti dapat mensucikan. Namun suci pasti bersih. Warna jingga atau oren dengan sifat sifat sabar melalui ujian kehidupan. Warna oren mampu mengawal nafsu atau keinginan seksual. Warna pada bahagian SAKRAL cakra. Pendeta atau tok sami budha tidak dibenarkan berkahwin dan mampu mengawal nafsu dengan warna ini. Untuk menjaga kesihatan seksual tetap sihat. Amalkan makan bunga SAFRON dan KUNYIT yang berwarna jingga. Selain warna inai pada jari pengantin. Mewarnai rambut pada warna jingga juga akan menambah sihat bahagian kesuburan atau bahagian seksual ini. Elakkan menopause awal jika selalu dipakai dan mengelakkan kesakitan ketika datang haid.



*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, January 23, 2024

Ilmiah CVT 24.01.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kita terikat pada waktu. Teori Albert Eainstain. Waktu itu relatif. Time travel itu berlaku. Ayuh kita kejar masa. Kita kehadapan atau lakukan perjalanan masa ke hadapan. Kita tinggalkan masa lepas. Kita mesti laju dan jangan lembab. Bergerak cepat. Ruang dan waktu itu saling terhubung. Konsep CVT menguasai waktu. Merawat seperti satu perjalanan dan menuju destinasi. Sebenarnya kita sebagai penyembuh spiritual. Kekuatan rasa percaya dengan ilmu dan pengetahuan. Kita mahu NUR menyelimuti tubuh kita. Kuning sebagai warna pembersih. Orange atau jingga sebagai warna pensuci tubuh. Sucikan dari dosa. Jaga kehormatan diri melalui noda-noda maksiat dan zina. Sampai masa kita akan tetap ke arah penyucian tubuh ini. Kita akan menemukan taubat untuk menyucikan diri. 

Nampaknya yang benar-benar najis adalah melalukan perbuatan kotor iaitu maksiat penzinaan. NW 16 dengan kandungan yang melahirkan manusia yang suci berbanding makhluk lain. Kita mahu bersih lagi suci seumpama bayi yang baru dilahirkan. NW 17 pada alat kelamin yang dapat kita jaga dari dikuasai jin. Oren adalah warna pensucian. Putih warna menuju kerohanian yang lebih tinggi dari suci. Apapun kita sucikan tubuh dahulu. Kuning warna pembersihan dari zat-zat makanan dibahagian pencernaan.


Nampaknya dua warna ini amat kuat untuk daya ketetarikan pada bangsa para jin jika ianya tidak suci. Jagalah makan dan harga diri. Kelajuan cahya kita ubah menjadi resonansi ke arah keserentakkan. Ruang dan waktu kita hubungkan dan menjadi realiti. Moga semua warga CVT bersih lagi suci untuk menjadi pilihan Tuhan yang maha Esa.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Thursday, January 18, 2024

Ilmiah Colour Vibration Therapy CVT Malaysia

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Horman itu seumpama baja yang menyuburkan tubuh badan. Sistem rangka yang sempurna terdiri dari binaan tulang dan otot-otot yang kuat. Horman memerlukan zat makanan yang banyak lemak dan kolestrol. Horman perlu diseimbangakn oleh karbohaidrat. Jika berlebihan hormon maka akan berlebihan lemak dan kolestrol. Tanda subur selain dari bentuk tubuh badan yang sasa adalah jelas pada kecantikkan kulit. Kulit wajah dan bentuk rupa yang cantik adalah dominan pada level spiritual atau sebaliknya.


Bentuk tubuh yang tegap dan sasa pada level fizikal. Gabungan level spiritual dan fizikal adalah amat sempurna. Horman juga pembangkit semangat yang jelas pada level spiritual. *Rawatan kecantikkan kulit perlu dimulai dengan NW 1 dan NW 2*. Kalenjar induk yang mengawal sistem kalenjar yang lain. Jika kulit kusam dan penuh jeragat maka tanda kolestrol dan lemak yang berlebihan pada hati dan hempedu. NW 12 hati dan NW 14 hempedu perlu dipulihkan. Bebanan toksik di kawal oleh hati dan hempedu. Perlu penguaraian zat untuk pembersihan.



Rawatan kulit dengan fungsi hormon ini lebih praktikal dan amat berkesan. Lebih cepat kerana rawatan mengikut sistem fisioiogi tubuh. Lemak yang terbaik untuk bina sel-sel tubuh tentunya dari tali pusat sebagai sel induk. Perlu diingat rawatan kulit memerlukan rawatan yang amat mahal. Seperti rawatan stem sel yang mencecah ratusan ribu ringgit. Rawatan yang penuh risiko yang boleh mengganggu dna jika sel induk diderma oleh pihak lain. Semua ini akan membuang masa yang masih baru dan di tahap percubaan demi percubaan.


Hargailah konsep CVT dalam konsep rawatan yang penuh ilmiah sesuai dengan sistem fisiologi tubuh. ltu yang kita kata dan itulah yang kita kotakan. llmu sesuai dengan perlaksaan secara praktikal. Testimoni pertama CVT secara live di siaran bincang petang TV 3 adalah rawatan kulit iaitu psiorosis. *IKUTI KELAS ASAS EKSKLUSIF DI JOHOR BAHRU ESOK ANJURAN CVT SELATAN ( DR RAHIM).*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.