Tuesday, February 20, 2024

Ilmiah CVT Malaysia 21.02.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


*Sunnah ambil garam dan letak di hujung lidah*.  Tujuan untuk merangsang enzim dan mengenal pasti zat-zat yang kita makan ketika kita mengunyah. Sebab itu NW 9 warna biru untuk kerja kelenjar tiroid lebih aktif. Kalsium dan iodine sebagai mineral asas yang ada di dalam garam akan diseimbangkan pada bahagian ini. Rahsia lain juga akan pastikan zat makanan tidak dapat dikongsikan oleh iblis apabila masuk ke dalam usus.  Iblis akan kurus dan tidak bermaya apabila tidak dapat berkongsi sama memakan zat-zat yang kita ambil kerana sudah ada garam. Kalsium itu penting. Jika tidak iblis akan duduk pula disendi-sendi lutut dan mana-mana bahagian tulang yang lemah kerana kekurangan kalsium. Kalsium itu juga salah satu dari 6 unsur dalam enam masa sebagai asas binaan manusia yang sempurna. Tulang dan kalsium. Sebab itu tulang tengkorak manusia yang sudah mati dan kehilangan kalsium akan menjadi pilihan untuk menjadi ruang yang paling stabil untuk iblis. Bila sebut kalsium dan iodine dan semua itu terkandung dalam garam. Sebab itu mengamalkan garam di awal pagi akan menghambat iblis yang berada dalam aliran darah kita. Garam sebagai elektrolit yang membawa cas-cas elektrik dan oksigen akan membakar iblis dalam sifat api yang membakar. Kesabaran itulah yang akan membakar iblis dan syaitan yang menguasai aliran darah kita dalam bentuk gas karbon dioksida. Oleh itu elakkan minum minuman berkarbonat kerana itu menjadi jalan perantara iblis di dalam darah kita. 


Makanan yang sudah basi itu adalah hak iblis. Jika kita termakan buah yang sudah lisut atau yang sudah masuk angin sebenarnya itu menempah sukarnya usus besar kerana bakteria baik bertukar menjadi bakteria jahat dan perut memulas. Kandungan bakteria jahat serta merta menjadi lebih banyak dan ini akan membuat usus tercemar teruk. Sebelum kita rawat darah maka sebaiknya ambil dahulu formula usus yang begitu dekat dengan zat-zat darah. Kita ketika dalam janin ibu juga makan melalui tali pusat ibu yang berhubung terus dengan usus ibu. Sebab itu ibu harus menjaga kesihatan usus untuk bayi tidak terkena penyakit kuning yang begitu ketara menyerang kesihatan kulit dan hati bayi. Dan apabila bayi lahir sahaja maka usus besar bayi akan menjadi tanda permulaan bayi mula menggunakan usus sendiri dan bayi akan dibenarkan untuk di bawa balik apabila bayi dapat membuang najis untuk buat pertama kalinya. Dan rezeki kita sudah pun tercatit dan tanda kita boleh berdikari bila sampai masanya.


Pada kes yang ada gangguan halus pastinya banyak zat kotor sudah menyerap masuk pada sekian lama menghadapinya dan zat bertukar asid itu sudah sampai ke tulang dan sudah menjadi darah daging maka akan alah pada garam. Gangguan halus dalam perut akan alah pada garam dan akan memberi riaksi yang lebih teruk pula pada tubuh kita. Jadi rezeki nak ambil garam sudah tidak membantu lagi. Maka NW 19 dengan dosis tinggi di harapkan dapat membersihkan radiasi yang tidak menyenangkan ini.  Tanda jelas adalah perut kita akan keras dan membuncit. Cara buang air besar juga tidak menentu iaitu ada ketika yang lama sembelit dan ada ketika mudah dapat direa. *NW 1 atau NW 2 kena ambil sebagai BOOSTER sebelah malam*. Pendek kata jika tidak ambil cara berpasangan boleh ambil dengan pasangan booster dalam apa-apa NW. Dan dicadangkan ambil sebelah malam. Kesimpulannya darah kita kotor kerana usus kita tercemar.  Bermakna nak bersihkan darah maka rawatlah usus dengan cara detoksifikasi melalui banyak cara.  Rawat darah atau cuci darah tidak akan menyelesaikan masalah pada pesakit buah pinggang umpamanya.


*BERSAMBUNG…*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment