Thursday, May 4, 2023

Ilmiah CVT Malaysia : Garam dan ais

 ‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mengapakah penggunaan GARAM dan AIS dalam proses rendaman atau mandian HIDROTERAPI AIS menjadi alternatif terbaik dalam merawat kejang dan bengkak?. Suatu masa lalu, ketika menghadapi situasi kejang dan bengkak terutama kepada ahli sukan, maka kawasan terbabit disembur menggunakan larutan sodium dan nitrogen. Sebaliknya pada masa kini, kebanyakkan ahli sukan menggunakan ais dan garam yang didapati mampu menghilangkan kejang dan bengkak dengan begitu pantas. Sifat ais secara semulajadi mencari atau menghambat garam, maka dimana ada ais dan disitu akan hadirnya garam. Faktanya adalah ais itu sendiri dibekukan dengan tekanan gas karbondioksida. Dua sifat gas iaitu karbondioksida vs oksigen yang saling tarik menarik. Ais akan menjadikan garam lebih aktif kerana kandungan mineral seperti zat besi, zing dan magnesium akan membawa oksigen untuk melancarkan aliran darah. Ini bermakna ais dan garam memang tidak dapat dipisahkan. Begitulah juga halnya dalam tubuh badan. Apabila berlaku kejang, bermaksud tempat tersebut telah kehilangan garam. Apabila ais diletakkan dikawasan kejang itu, garam tertarik ke situ. Ini berlaku kerana kawasan yang bengkak dipenuhi dengan gas karbondioksida. Bermakna ais dengan mudah menyerap gas pada tempat yang bengak. Kawasan yang bengkak dengan tanda kebiruan. Garam akan menghadirkan oksigen dan kembali bertukar menjadi merah dan kebengkakkan akan kembali susut. 

Mengapa tempat yang kejang dikaitkan dengan kekurangan garam?. Garam boleh bersifat sejuk dan boleh juga bersifat panas sebagai unsur pemberi keseimbangan semulajadi tubuh. Mengambil garam pada awal pagi sebenarnya dapat mengurangkan rasa panas didalam perut dan ini dapat mengelakkan kekejangan akibat banyak gas karbondioksida. Maka adalah tidak wajar bagi orang yang sedang kejang otot dirawat guna air suam untuk dituam ke tempat kejang itu. Maksudnya penyakit dalam bentuk gas karbondioksida diperangkap ketika minum air campuran garam dan ais, segala gas yang ada dalam perut terperangkap. Semua gas akan tertarik pada bahagian peranakan, pankreas dan perut. Aliran darah akan kembali lancar selepas terapi ais. Pesakit lebih lega dan dapat bernafas dengan baik. Bermakna terapi ais tanpa garam tidak memberi kesan teraputik yang luar biasa. Terapi ais dan garam bersama getaran frekuensi tinggi akan menjadikan air penyusun gelombang pada seluruh tubuh. Segala unsur asing disingkirkan dan bertukar bentuk. Begitu banyak peristiwa atau kejadian pertukaran energi yang menarik berlaku di dalam berlangsungnya terapi ais.

Ini bermakna gejala kesakitan yang disebabkan oleh gas karbondioksida yang berlebihan mampu diserap oleh oksigen. Kawasan sasaran yang pertama adalah dibahagian perut. Pastikan seluruh badan terendam sepenuhnya di dalam air. Kawasan perut adalah panas dan berasid. Maka amalan minum air campuran garam dan ais dalam kuantiti yang banyak dan kerap diperlukan. Kombinasi garam dan ais inilah yang memerangkap unsur gas dan asid tadi. Dalam masa yang sama, garam dan ais boleh mengempiskan perut kerana ia mampu menukar asid menjadi gas sebelum dikumpul, diberi tekanan dan dilepaskan keluar. Sendawa itu terdiri dari gas karbon dioksida, begitu juga dengan dengusan nafas ketika amarah. Sendawa itu baik kerana dapat melepaskan gas karbondioksida. Berbeza dengan keadaan ketika marah yang melampau hanya akan mengundang lebih banyak gas dan menipiskan oksigen didalam darah. Aliran darah boleh terhenti dijantung. Akibatnya darah tidak sampai ke otak dan terjadilah lumpuh. 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab

Wednesday, January 4, 2023

Senarai harga terkini 2023 produk colour vibration therapy cvt

Nw 1 To Nw 20 - 300 Biji - RM33.00


Acacia Kapsul - 50 Biji - RM60.00


Acacia Powder - 100gsm - RM53.00


Alga Women Oil - 10ml - RM100.70


Alga Women Set - RM132.50


Anti Oksidan - 10ml - RM59.35


Basic Energy (Nw13) - 30 Biji - RM145.00


Basic Energy (Nw15) - 30 Biji - RM145.00


Basic Energy (Nw17) - 30 Biji - RM145.00


Basic Energy (Nw18) - 30 Biji - RM145.00


Basic Energy (Nw20) - 30 Biji - RM145.00


Basic Energy Biasa - 30 Biji - RM145.00


Basic Energy (Nw11) - 30 Biji - RM145.00


Black Seed ( Nw1-Nw20) - 15 Biji - RM40.00


Brainy Sugar Energy (Bse 1234) - 200biji*4btl - RM104.40


Collagen Barley - 400gsm - RM79.50


Collagen Pappermint - 150ml - RM26.50


Collagen Rosemary - 150ml - RM26.50


E-Equipment (Eq) - 17ml*14btl - RM150.50


Efa (Minyak Kelapa Dara) - 50ml - RM83.75


Garam Booster - 50 Gsm - RM34.95


Garam Booster (100 Gram) - 100 Gsm - RM47.70


Garam Kapsul - 50 Biji - RM50.00


Garam Qed (Larutan) - 60ml - RM26.50


Glucose ( Matrik 99 ) - 150gsm - RM40.00


Gula Nano (Nw1-Nw20) - 5ml - RM41.35


Hda Oil (15 Ml) - Black - 15ml - RM116.60


Hda Oil (15 Ml) - Blue - 15ml - RM116.60


Hda Oil (15 Ml) - Green - 15ml - RM116.60


Hda Oil (15 Ml) - Orange M/F - 15ml - RM116.60


Hda Oil (15 Ml) - Purple/Pink 15ml - 15ml - RM116.60


Hda Oil (15 Ml) - Red - 15ml - RM116.60


Hda Oil (15 Ml) - Yellow - 15ml - RM116.60


Hormon Balance - 300 Biji - RM33.00


Kopi Aqlan - 25gm*20 Sach - RM40.00


Liquid Clorophyll (Lc) - 500ml - RM60.50


Maternity Oil - 15ml - RM104.95


Minyak Urutan - 60ml - RM93.30


Natrium (Nah) - 50 Gsm - 15.90


Nw (1 - 99) (Sucrose) - 300 Biji - RM33.00


Papermint Shower Gel - 150ml - RM37.10


Quantum Sejuta Wajah - 15ml - RM116.60


Scrub Salt - 300ml - RM89.00


Seri Wajah (Sw10ml) - 10ml - RM76.30


Set Jati Diri - 200biji*4btl / 2btl*10ml - RM270.00


Set Khas Hormon - 200biji*4btl - RM95.40


Set Minyak Urutan - RM94.35


Sinar - 300 Biji - RM33.00


Sw 99 (1-99) (Minyak) - 10ml - RM76.30


Sejuta Wajah - 10ml - RM104.95


Syampoo Anti Stress - 250ml - RM55.00


T3 Cleanser ( Nw1-Nw20 ) - 70ml - RM53.00


Teh Kesihatan - 25gm*20 Sach - RM52.00


Voice Modulator (Vm) - 10ml - RM63.60


Kos Penghantaran Percuma! Untuk Pembelian RM99 Ke Atas Melalui SMS & WhatsApp   016-9182523

Ilmiah fungsi nw secara spesifik

 *-ILMIAH FUNGSI NW SECARA SPESIFIK-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Setiap formula CVT memiliki frekuensi yang sama dengan sifat atau karakter diri kita. Semua disusun dalam ukuran warna dan matrik angka untuk memudahkan pemahaman kita. Untuk penyakit kronik yang sudah lama yang melibatkan banyak sistem tubuh terganggu maka NW 1 dan NW 20 adalah permulaan sebagai pembuka suiz. Jika penyakit itu baru terjadi secara tiba-tiba maka NW 19 iaitu usus yang menjadi punca pertama. Jika sudah masuk menembusi ke dalam darah maka NW 18 perlu disusulkan. Kerana matrik 1 merah adalah bermulanya penyakit. Jika berlarutan lama dengan alahan pada pemakanan maka NW 1 sebagai BOOSTER dan NW 20 sebagai ENERGI paling dasar pada matrik 6 hitam perlu diberikan. Manakala jika berlaku satu serangan mengejut maka untuk keseimbangan NW yang sesuai perlu diberikan serta merta. Umpamanya bila berlaku serangan jantung maka NW 11 diberikan sebagai keperluan kecemasan. NW 10 untuk sesak nafas. NW 7 untuk deman. Jika deman sudah merebak pada selsema maka NW 6 hidung dan NW 5 alahan/antibodi perlu diberikan juga. Jika berlaku pendarahan yang banyak akibat kemalangan maka NW 18 dapat mengawal pendarahan. Jika serangan akut seperti direa atau cirit birit maka NW 19 adalah yang paling mujarab. Jika bangun pagi ada gangguan suara atau apa sahaja berkaitan tekak dan mulut maka NW 9 adalah keperluan yang sesuai. Gastrik di kaitkan dengan NW 15 iaitu pankreas.  Jika sakit perut sejurus selepas makan itu berkaitan masalah penghadaman di perut iaitu NW 12.


Namun jika demam atau apa sahaja gejala akut tidak surut maka kembali pada usus besar (NW 19) yang berpunca atau berkaitan dengan apa yang kita makan dalam masa 24 jam.  Jika makanan alahan itu sudah berlebihan maka zat-zat makanan yang tidak dapat dikeluarkan melalui buang air besar akan berpatah balik ke dalam hempedu (NW 14) dan terpendam didalamnya menjadi asid dan gas dalam bentuk toksik. NW 9 titik tengah memainkan peranan mengeluarkan beribu enzim ketika menguyah. Kesihatan asas tulang. Kelangsingan dan bentuk tulang. Tanda pertama yang dapat dirasai jika mengamalkan NW 9 titik tengah ini, semua zat bergetar hidup dan menjadikan selera makan bertambah tetapi berat badan tetap terkawal.  Kebaikannya pada yang sakit akan menambah selera makan yang sudah hilang dan berat badan akan cepat di ganti semula. Kanak-kanak perlukan NW 9 untuk pertumbuhan tubuh badan. Orang tua perlukan NW 9 untuk memastikan zat makanan tetap mencukupi khasnya untuk tulang otot dan saraf. Orang berumur akan semakin mengecut. Banyak makan pun zat tidak menjadi lagi kerana titik tengah sudah lemah.  Oleh itu amalkan NW 9. Orang tua tiada lagi gigi untuk mengunyah dan rasa pada zat makanan tidak lagi enak. Dengan NW 9 dapat membantu masalah kekurangan zat itu. Tidak ada ertinya menambah zat makanan jika usia sudah tua dan gigi sudah tiada. Namun NW 9 untuk orang tua yang tiada lagi selera makan amat membantu mereka. Sepatutnya hubungan pengamal dengan pesakit dan semua warga CVT tetap semakin rapat sehingga akhir hayat dengan NW 9 yang juga bersifat komunikasi dan silahturrahim.


*BERSAMBUNG..*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, February 1, 2022

Collagen barli

 





*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Keistimewaan bijirin barli. Khas untuk yang nak turunkan berat badan dan pesakit buah pinggang. Keistimewaan serat yang halus dan lembut dan sangat LARUT air. Di dalam barli juga ada kandungan serat yang tinggi yang tidak larut air mampu menjaga dan merawat dinding usus yang sudah rosak. Serat yang lembut pula mampu melembutkan lemak yang mengeras. Bijirin yang tiada kandungan lemak. Bermakna dapat menurunkan kadar lemak dan kolesterol. Serat yang mencuci gumpalan lemak diusus, jantung dan buah pinggang.  Pesakit buah pinggang yang kronik ditahap yang sudah kecut dan mengeras adalah sepatutnya mengamalkan bijiran barli apatah lagi dalam bentuk serbuk. Masih ada harapan pada pesakit buah pinggang dan kanser usus. Semua jenis kanser dikaitkan dengan lebihan lemak. Bermakna serat yang halus dan larut air dalam barli dapat menarik keluar lemak. Serat halus meningkatkan kolagen dibawah kulit. Kulit lebih licin dan lembut kerana serat barli. Barli itu sendiri ada kolagen. Bermakna barli dapat membuang lemak dan menurunkan berat badan juga mencantikkan kulit. Untuk melihat kesan kolagen barli yang lebih baik dari semua jenis pelembab muka adalah sapukan ke muka sebelum tidur. Berkesan untuk menghilangkan kesan parut dari luka pada kulit. Alasannya bukan hanya kerana sifat seratnya yang halus dan lembut tetapi kandungan kalsium dan Vitamin C yang luar biasa tinggi. Vitamin tidak semestinya masam dan barli ada 5 kali lebih vitamin C berbanding buah oren. Yang paling utama adalah kandungan KALSIUM sepuluh kali lebih tinggi dari susu lembu. Bermakna orang yang berusia sepatutnya mengamalkan barli setiap hari untuk kekuatan tulang. Jika sarapan awal pagi dengan barli akan menambah karbohaidrat kerana barli ada kandungan kalori yang sangat tinggi. Kalori tinggi untuk tenaga tetapi gula yang tinggi diserap. Penyerap gula dalam darah dan baik untuk pesakit yang mengalami tahap gula yang tinggi. 


Karbohaidrat dan kalori tinggi sangat ditakuti oleh pengidap kencing manis. Tetapi tidak pada yang mengamalkan barli. Istimewanya kerana serat halus yang larut air. Barli perlu direbus hingga cukup kembang. Tetapi barli dalam kandungan serbuk lebih halus dan tidak perlu dipanaskan terlalu lama. Istimewanya bijirin barli yang direbus berkali-kali dalam tempoh lama tetap dapat mengawal dari kehilangan kandungan mineral vitamin dan protein. Bermakna penyediaan dalam bentuk serbuk adalah lebih terjamin sepenuhnya. CVT menyediakan kolagen barli dalam bentuk serbuk yang lebih mudah disediakan sebagai minuman harian yang asas. Kita pasti tidak dapat mengelak dari memakan makanan berlemak yang bahaya untuk kesihatan. Maka serat barli akan menyingkirkannya. Tanda paling jelas serat barli mampu menyingkirkan lemak dan kolesterol adalah susu ibu tidak cukup untuk keperluan bayi ketika dalam pantang. Bermakna ketika dalam pantang ibu yang menyusukan bayi tidak sesuai untuk mengamalkan barli. Satu peringatan penting iaitu oleh kerana serat barli ini amat halus maka ia dapat melembutkan tisu dan ini amat dilarang pada peringkat AWAL ibu yang mengandung kerana boleh menyebabkan berlakunya keguguran janin. Begitulah kebaikan dan ada juga keburukkannya. Pada kaum lelaki juga akan mengurangkan jumlah sperma dan menurunkan kadar kesuburan. Bermakna pada yang hendak menurunkan berat badan untuk membuang lemak dan menurunkan kadar kolesterol amatlah berkesan. Pada kaum wanita yang hendak menjaga kecantikan kulit juga amat sesuai. Kepada yang mengalami kanser pada usus sangat dianjurkan meminum air barli setiap hari. Minuman yang sangat baik diamalkan sebelum tidur. Tidak akan mengganggu perut ketika tidur. Lebih mudah membuang air besar pada yang menghidapi sembelit. Kandungan vitamin dan mineral dapat meneutralkan radikal bebas untuk mengubati berbagai jenis penyakit kanser. Jika barli yang disalahgunakan untuk membuat minuman keras seperti bir tetapi hakikat penciptaannya adalah lebih banyak ke arah kegunaan untuk bahan penjagaan kesihatan. 


*Satu lagi produk inovasi berkualiti dari CVT iaitu Kolagen barli*. Minuman penyejuk badan dan pelawas kencing. Bijiran yang dapat menjalankan banyak kerja dan keperluan pada sistem tubuh secara praktikal. Tidak mudah busuk atau rosak. Jauh dari dakwaan kebaikan buah pisang. Zat minuman tidak akan banyak terkurang walaupun dalam sediaan air panas. Juga sesuai dalam minuman yang dingin. Tanpa bahan awet dan tahan lama. 



Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

*02.02.2022 (RABU)*

Tuesday, January 4, 2022

Rahsia saintifik garam

 


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Rahsia saintifik garam yang dirahsiakan pada keperluan tubuh manusia dan kehidupan. Garam terjadi dari hasil sumber kimia dari keseimbangan asid dan alkali. Itulah bukti garam yang mampu mengimbangi kadar keseimbangan asid dan alkali dalam darah khasnya. *GARAM BOOSTER* boleh dijadikan sebagai garam dapur dalam masakan. Masakan menjadi lebih enak berbanding garam-garam lain yang banyak jenis. Garam dapur asas dari garam laut jika dilarutkan dalam air sejuk menjadi bes atau alkali dan menjadi larutan elektrolit yang dapat menghasilkan arus letrik. Kesan letrik ini akan membawa oksigen dan amat diperlukan dalam cairan tubuh manusia dan segala kehidupan yang lain. Sitoplasma dalam darah dapat mengaktifkan ion-ion lain yang diperlukan di dalam sel-sel tubuh. Berbeza dengan garam yang dipanaskan akan berlaku pemeluwapan dan musnahlah kesan ion yang baik yang terkandung didalam garam. Garam dalam segala rahsia warna kerana memiliki banyak warna namun tetap dengan frekuensi biru untuk peranan komunikasi didalam air liur dimulut. Kini telah terbukti bahawa berbagai penyakit terjadi kerana tubuh kekurangan garam. Bermakna jika makan garam dengan buah mangga yang masam walaupun pada waktu yang salah dan berlebihan maka garam tetap dapat mengimbangi kesan asid yang merbahaya. Garam terjadi dari hasil peneutralan asid dan bes. Bermakna garam mampu meneutralkan bahan-bahan beracun sebelum ditukar menjadi bahan yang lebih berfaedah pada tubuh. Zat garam sahaja yang mampu menyuburkan tanah yang amat gersang seperti di kawasan gurun apabila terkena embun atau ais. Pokok kaktus mampu hidup subur di kawasan kering kontang lagi panas. Pokok kurma umpamanya dapat mengawal air didalam sel-sel batang dan daun tanpa terjejas dengan kemarau yang panjang. Bermakna garam dapat mengawal kadar air didalam sel. Pokok kelapa tidak perlu disiram. Seekor unta tidak akan dahaga kerana memiliki garam yang banyak pada air liurnya. Baja penyubur kaktus, kurma dan kelapa jelas hanyalah garam. Tidak ada manusia yang membaja kaktus di tengah gurun yang ketandusan. Namun ia amat subur di situ. Pokok kurma dan kelapa juga amat baik di tanam sebagai penyerap radiasi di persekitaran rumah.


Jelas sekali garam dapat mengawal air dalam tubuh dan mengelakkan rasa dahaga dan terkena dari kesan dihaidrasi yang melampau. Selagi matahari dan bulan masih bersinar terang maka awan akan tetap berada di atmosfera. Lihat awan dan itulah sebenarnya rahsia garam. Embun juga rahsia garam diawal pagi. Neutral bermakna dapat mengurangkan rasa pahit, masam, dan manis secara berlebihan. Jika sesuatu yang berbisa seperti sengatan binatang berbisa juga menjadikan bisa itu menjadi neutral. Jika mata terpercik cili yang pedas maka rasa pedih akan cepat lega apabila kita mengambil sedikit garam samaada kita kemam atau membilas mata dengan air garam. Petua sebelum tumbuk cili sebaiknya kemam secubit garam agar cili tidak terpercik pada mata. Begitulah kesan berbagai penyakit yang terbentuk secara kimia dalam berbagai asid dan bes yang mampu di rawat melalui garam yang ada kuasa peneutralan. Peneutralan kimia beracun perlu sebelum diubah menjadi bahan kimia yang tidak merbahaya lagi. Garam yang paling tinggi kesan kimia yang tinggi kuasa peneutral adalah garam putih atau garam laut. Garam sebenarnya memiliki semua warna dengan rasa yang juga berbagai. Garam laut yang stabil juga tidak berbau. Garam yang lemah kuasanya akan ada bau yang tidak menyenangkan. Seperti mana cuka yang rasanya masam dengan warna jingga sebenarnya adalah kumpulan dari berbagai jenis garam. Oleh  itu cuka juga dapat dijadikan sebagai ubat untuk meneutralkan gas dan asid yang ada didalam perut. Oleh itu jika kita tidak pasti penyakit kita datang dari sifat asid atau bes maka serahkanlah pada garam mengimbangi secara seimbang atau neutral.


Garam adalah kumpulam mineral yang terbaik. Bermakna tak perlu membeli untuk minum air mineral yang mahal kerana cukup dengan memasukkan satu sudu teh garam didalam air RO sekalipun. Siapa yang takut dan tidak suka garam atau sakit perut apabila ambil sedikit garam bermakna dalam tubuh ada gangguan jin. Zat paling kaya dan menjadikan garam zat mineral yang sihat adalah kerana kandungan zat besinya. Zat besi inilah membuat kita jadi berani dan sihatkan darah. Makhluk halus sangat takut dengan garam kerana kandungan zat besinya. Kandungan natrium pada garam laut tidak sihat diambil secara berlebihan. Kandungan klorida yang dengan negatif ion itulah yang amat berharga tetapi sudah rosak jika garam dipanaskan dalam apa juga cara.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.