بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mengapakah penggunaan GARAM dan AIS dalam proses rendaman atau mandian HIDROTERAPI AIS menjadi alternatif terbaik dalam merawat kejang dan bengkak?. Suatu masa lalu, ketika menghadapi situasi kejang dan bengkak terutama kepada ahli sukan, maka kawasan terbabit disembur menggunakan larutan sodium dan nitrogen. Sebaliknya pada masa kini, kebanyakkan ahli sukan menggunakan ais dan garam yang didapati mampu menghilangkan kejang dan bengkak dengan begitu pantas. Sifat ais secara semulajadi mencari atau menghambat garam, maka dimana ada ais dan disitu akan hadirnya garam. Faktanya adalah ais itu sendiri dibekukan dengan tekanan gas karbondioksida. Dua sifat gas iaitu karbondioksida vs oksigen yang saling tarik menarik. Ais akan menjadikan garam lebih aktif kerana kandungan mineral seperti zat besi, zing dan magnesium akan membawa oksigen untuk melancarkan aliran darah. Ini bermakna ais dan garam memang tidak dapat dipisahkan. Begitulah juga halnya dalam tubuh badan. Apabila berlaku kejang, bermaksud tempat tersebut telah kehilangan garam. Apabila ais diletakkan dikawasan kejang itu, garam tertarik ke situ. Ini berlaku kerana kawasan yang bengkak dipenuhi dengan gas karbondioksida. Bermakna ais dengan mudah menyerap gas pada tempat yang bengak. Kawasan yang bengkak dengan tanda kebiruan. Garam akan menghadirkan oksigen dan kembali bertukar menjadi merah dan kebengkakkan akan kembali susut.
Mengapa tempat yang kejang dikaitkan dengan kekurangan garam?. Garam boleh bersifat sejuk dan boleh juga bersifat panas sebagai unsur pemberi keseimbangan semulajadi tubuh. Mengambil garam pada awal pagi sebenarnya dapat mengurangkan rasa panas didalam perut dan ini dapat mengelakkan kekejangan akibat banyak gas karbondioksida. Maka adalah tidak wajar bagi orang yang sedang kejang otot dirawat guna air suam untuk dituam ke tempat kejang itu. Maksudnya penyakit dalam bentuk gas karbondioksida diperangkap ketika minum air campuran garam dan ais, segala gas yang ada dalam perut terperangkap. Semua gas akan tertarik pada bahagian peranakan, pankreas dan perut. Aliran darah akan kembali lancar selepas terapi ais. Pesakit lebih lega dan dapat bernafas dengan baik. Bermakna terapi ais tanpa garam tidak memberi kesan teraputik yang luar biasa. Terapi ais dan garam bersama getaran frekuensi tinggi akan menjadikan air penyusun gelombang pada seluruh tubuh. Segala unsur asing disingkirkan dan bertukar bentuk. Begitu banyak peristiwa atau kejadian pertukaran energi yang menarik berlaku di dalam berlangsungnya terapi ais.
Ini bermakna gejala kesakitan yang disebabkan oleh gas karbondioksida yang berlebihan mampu diserap oleh oksigen. Kawasan sasaran yang pertama adalah dibahagian perut. Pastikan seluruh badan terendam sepenuhnya di dalam air. Kawasan perut adalah panas dan berasid. Maka amalan minum air campuran garam dan ais dalam kuantiti yang banyak dan kerap diperlukan. Kombinasi garam dan ais inilah yang memerangkap unsur gas dan asid tadi. Dalam masa yang sama, garam dan ais boleh mengempiskan perut kerana ia mampu menukar asid menjadi gas sebelum dikumpul, diberi tekanan dan dilepaskan keluar. Sendawa itu terdiri dari gas karbon dioksida, begitu juga dengan dengusan nafas ketika amarah. Sendawa itu baik kerana dapat melepaskan gas karbondioksida. Berbeza dengan keadaan ketika marah yang melampau hanya akan mengundang lebih banyak gas dan menipiskan oksigen didalam darah. Aliran darah boleh terhenti dijantung. Akibatnya darah tidak sampai ke otak dan terjadilah lumpuh.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
No comments:
Post a Comment