*-ILMIAH FUNGSI NW SECARA SPESIFIK-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap formula CVT memiliki frekuensi yang sama dengan sifat atau karakter diri kita. Semua disusun dalam ukuran warna dan matrik angka untuk memudahkan pemahaman kita. Untuk penyakit kronik yang sudah lama yang melibatkan banyak sistem tubuh terganggu maka NW 1 dan NW 20 adalah permulaan sebagai pembuka suiz. Jika penyakit itu baru terjadi secara tiba-tiba maka NW 19 iaitu usus yang menjadi punca pertama. Jika sudah masuk menembusi ke dalam darah maka NW 18 perlu disusulkan. Kerana matrik 1 merah adalah bermulanya penyakit. Jika berlarutan lama dengan alahan pada pemakanan maka NW 1 sebagai BOOSTER dan NW 20 sebagai ENERGI paling dasar pada matrik 6 hitam perlu diberikan. Manakala jika berlaku satu serangan mengejut maka untuk keseimbangan NW yang sesuai perlu diberikan serta merta. Umpamanya bila berlaku serangan jantung maka NW 11 diberikan sebagai keperluan kecemasan. NW 10 untuk sesak nafas. NW 7 untuk deman. Jika deman sudah merebak pada selsema maka NW 6 hidung dan NW 5 alahan/antibodi perlu diberikan juga. Jika berlaku pendarahan yang banyak akibat kemalangan maka NW 18 dapat mengawal pendarahan. Jika serangan akut seperti direa atau cirit birit maka NW 19 adalah yang paling mujarab. Jika bangun pagi ada gangguan suara atau apa sahaja berkaitan tekak dan mulut maka NW 9 adalah keperluan yang sesuai. Gastrik di kaitkan dengan NW 15 iaitu pankreas. Jika sakit perut sejurus selepas makan itu berkaitan masalah penghadaman di perut iaitu NW 12.
Namun jika demam atau apa sahaja gejala akut tidak surut maka kembali pada usus besar (NW 19) yang berpunca atau berkaitan dengan apa yang kita makan dalam masa 24 jam. Jika makanan alahan itu sudah berlebihan maka zat-zat makanan yang tidak dapat dikeluarkan melalui buang air besar akan berpatah balik ke dalam hempedu (NW 14) dan terpendam didalamnya menjadi asid dan gas dalam bentuk toksik. NW 9 titik tengah memainkan peranan mengeluarkan beribu enzim ketika menguyah. Kesihatan asas tulang. Kelangsingan dan bentuk tulang. Tanda pertama yang dapat dirasai jika mengamalkan NW 9 titik tengah ini, semua zat bergetar hidup dan menjadikan selera makan bertambah tetapi berat badan tetap terkawal. Kebaikannya pada yang sakit akan menambah selera makan yang sudah hilang dan berat badan akan cepat di ganti semula. Kanak-kanak perlukan NW 9 untuk pertumbuhan tubuh badan. Orang tua perlukan NW 9 untuk memastikan zat makanan tetap mencukupi khasnya untuk tulang otot dan saraf. Orang berumur akan semakin mengecut. Banyak makan pun zat tidak menjadi lagi kerana titik tengah sudah lemah. Oleh itu amalkan NW 9. Orang tua tiada lagi gigi untuk mengunyah dan rasa pada zat makanan tidak lagi enak. Dengan NW 9 dapat membantu masalah kekurangan zat itu. Tidak ada ertinya menambah zat makanan jika usia sudah tua dan gigi sudah tiada. Namun NW 9 untuk orang tua yang tiada lagi selera makan amat membantu mereka. Sepatutnya hubungan pengamal dengan pesakit dan semua warga CVT tetap semakin rapat sehingga akhir hayat dengan NW 9 yang juga bersifat komunikasi dan silahturrahim.
*BERSAMBUNG..*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
No comments:
Post a Comment