Sunday, March 17, 2024

Ilmiah CVT 18.03.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Berpuasa sebenarnya adalah ujian kita melawan sang lblis dan syaitan serta gerombolannya. ltu yang dilakukan cara berpuasa para nabi terdahulu. *Kenapa 40 hari??*. Angka 40 akan berlaku satu pembaharuan atau terujud sesuatu yang baru. Angka 40 itu bermaksud akan menuju perubahan yang besar. Angka 4 itu masih biasa tetapi yang beratnya adalah pada angka 0. 0 itu perlu rintangan yang besar. Kemenangan atau kita kalah dan tidak merdeka melawan iblis. Kita tidak mahu puasa menjadi sia-sia dan yang kita dapat hanya lapar dan dahaga. Para nabi tidak menggunakan mukjizat ketika berpuasa. Sebenar-benarnya puasa para nabi menggunakan kudrat kedagingan kemanusiaannya semata-mata. Dipercayai cara berpuasa 40 hari dan 40 malam itu masih boleh minum pada sebelah malamnya. Amat mustahil manusia boleh bertahan tanpa minum selama itu. Puasa tidak makan tetapi boleh minum. Tetap kesan halusinasi dan ilusi akan terjadi ketika lapar 40 hari itu.


Sebenarnya pada rasa lapar itulah ujian iblis akan berlaku amat berat dan bukan pada haus dahaga. Dahsyatnya ujian kelaparan. Jangan berpuasa seperti seorang munafik. Kita tidak akan mendapat upah atau RAHMAT jika berpuasa itu hanya untuk ibadah dan pahala semata-mata. Rahsia terbesar berpuasa adalah hendak menang melawan iblis. Ketika dahaga air dari sumber sel-sel lemak masih dapat digunakan untuk mendapatkan saki baki tenaga untuk terus bertahan. Kita memang nak mengubah lemak menjadi tenaga. Tetapi jika sebelah malamnya kita minum banyak air maka usaha nak hapuskan iblis tidak akan mencapai kemuncaknya. lblis amat bergantung pada lemak untuk kita jatuh sakit. Zat lemak dan signifikan dengan sang iblis. Kita suka lemak. lblis juga lebih suka lemak. Musuh iblis adalah oksigen dan hidrogen yang ada di dalam air dan garam.


Minima 3 minit jika manusia tidak mendapat oksigen kerana gangguan pernafasan maka mengakibatkan fatal atau kematian. Kemenangan di pihak sang iblis. Minima 3 hari jika manusia tidak mendapat air dan boleh membawa kematian yang juga memberi kemenangan pada sang iblis. Atas sebab itu kita masih boleh minum di waktu malam tetapi perlu sederhana bagi tujuan agar membersihkan lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam sel-sel hati tetap berjaya. Minima 3 minggu jika kita masih dapat minum air walaupun tidak dapat makan. Puasa kita amat berjaya untuk mengubah lemak menjadi tenaga atau nyawa. Perut kita kempis dan itu sebagai tanda jelas secara fizikal kita cukup sihat. Semua ini tidak disenangi oleh sang iblis. 


*Perkara pertama menjaga kualiti puasa adalah nafas dan oksigen*. Dibulan ramadan kita kena sabar mengawal emosi dan tidak boleh marah-marah. Kerana kemarahan itu memiskinkan oksigen dalam darah. *Perkara kedua adalah haus atau dahaga dapat dikawal pada waktu siang hari berpuasa dan pada sebelah malamnya tetap menjaga kadar air tidak berlebihan*. Jika berlebihan maka lemak tidak dapat dibakar menjadi tenaga dan ESOKNYA kita keletihan malah lesu. Berpuasa tanpa tenaga. Kita sangka dengan banyak minum air di waktu malamnya akan memulihkan tenaga. *Perkara ketiga adalah rasa lapar.* Rasa lapar lebih berat dari ujian rasa haus. Walaupun kita masih boleh bertahan tidak makan selagi ada air. Namun kemuncak rasa lapar inilah pembersihan dan penyucian rohani dan jasmani jika puasa kita sampai pada darjat yang tinggi dan mulia hanya untuk membuktikan kasihnya kita kepada Allaah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Ilmiah CVT 16.03.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Penyusup dan menyusup. ltulah sang iblis yang menjadi ular penyesat. Namun sang iblis tidak mampu atau tidak boleh memaksa manusia atau diri kita dalam segala hal. lblis hanya mampu memujuk, merayu dan menggoda. Tetapi godaan iblis sudah cukup untuk kita jatuh dosa dan tersesat. Apabila kita kalah dan tergoda maka kita akan ditawan untuk menurut perintah dan kehendaknya. Pilihan bebas kita ditawan iblis. Manusia diberi pilihan dengan kehendak bebas namun tetap bersyarat mengikuti hukum. Tanpa syarat atau hukum maka

kehendak bebas yang istimewa itu tidak bermakna apa-apa. Kehendak bebas kita ada dalam jiwa dan fikiran kita yang itu tidak dimiliki oleh sang iblis. Kekuatan emosi dan fikiran amat kuat pada bulan ramadan yang penuh perlindungan dalam RAHMAT Allaah ini. 


Iblis yang dirantai tetap mampu menyelinap secara halus melalui gelombang sihir. Mengirim sakit dan malapetaka. Merawatlah dengan air. Sumber air bawah tanah yang tersembunyi dan naik ke gunung menjadi mata air dan bergabung dengan air dari langit. Gabungan kedua jenis air ini akan menjadi garam apabila terpelowap dan tersejat. Embun awal pagi pula lebih istimewa kerana dipenuhi cahaya warna juga adalah air yang bertukar menjadi garam secara halus sebab itu setiap jenis garam memiliki jenis warna yang berbeza-beza apabila dipisahkan zatnya secara spesifik. Oleh kerana air itu adalah garam yang berada dititik tengah segala unsur maka kesan getarannya mampu menghala ke semua arah di dalam tubuh. Bermakna air dan garam amat sensitif atau mudah bergetar malah merakam atau mendengar dan pastinya menurut perintah apabila diniatkan. Niatkan sebelum meminum air GARAM BOOSTER agar tetap bertahan dari godaan sang iblis yang lebih kuat dan mencabar dibulan ramadan ini. 


*Sudahkah kita menguasai air dan garam dalam bidang perubatan CVT ??*. Kuncilah niat dengan rakaman penuh semangat yang tinggi untuk menempuh dan melalui hari-hari mu agar tidak kendur. Selamat berpuasa .


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Wednesday, March 13, 2024

Ilmiah CVT 14.03.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Cuba kita perhatikan sama-sama. Apakah ibadah berpuasa kita secara peribadi benar-benar telah dapat merawat dan menambah baik kesihatan sehingga layak mencapai RAHMAT. Ibadah berpuasa itu satu peluang terbesar untuk mencapai RAHMAT. Ramadan itu bulan penuh RAHMAT. Maksud RAHMAT itu berkaitan kasih kurniaan. Bermakna balasan dan pemberian terus dari Allaah ketika masih di dunia yang infiniti tiada had. Rahmat dan berkat juga berbeza. Berkat itu sesuatu yang mencukupi. Semua amalan kita yang lain akan diberi ganjaran pahala untuk diri kita sendiri di akhirat nanti. Namun amalan berpuasa kita adalah hak untuk Allaah. Sebab itu Allaah akan menggantikan dalam bentuk RAHMAT kebesaranNYA. Tentunya RAHMAT itu satu anugerah yang tidak terbatas nilai kemuliaannya. Bermakna puasa itu perlu dilalui dengan penuh Ikhlas, bersih dan suci amalannya. Tetapi melihat pada keadaan sekarang cara kita berpuasa tidak sepenuhnya bersih dan suci menuju keikhlasan yang hanya kerana Allaah. Psikologi bahagian pencernaan itu adalah KEIKHLASAN. lbadah puasa kita jelas menunjuk-nunjuk. Umpamanya kita sengaja menunjukkan gaya yang letih lesu yang sepatutnya disembunyikan.


Bulan rahmat itu berlaku sepanjang bulan ramadan dan di dalam tempoh 24 jam sepanjang hari juga. Yang membimbangkan apabila ibadah berpuasa sudah bertukar menjadi budaya JAMUAN makan ketika berbuka. Jamuan makan penuh pembaziran. Pembaziran dengan membuang makanan berlebihan itu akan menjauhkan RAHMAT. Pembaziran dan membuang makanan dalam tidak sedar kita kembalikan zat-zat kemuliaan Allaah kepada sang iblis. Zat-zat makanan yang semua bersumber dari tanah akan asal usul kejadian kita. Itu sangat menguntungkan sang iblis yang lebih tahu rahsia ini. Penyediaan juadah makanan yang lebih banyak dari biasa. Seperti berbuka itu nak balas semula lapar dan dahaga. Tidak ikhlaslah tue!!!. Selepas itu kita akan makan tidak ingat sepanjang malam. Berat badan kita semakin bertambah selepas sebulan berpuasa. Makan tidak berhenti sampai ke sahur. Puasa kita seolah-olah hanya seperti MENGUBAH MASA makan dari siang kepada malam. Seolah-olah mengalihkan masa makan sahaja. Jenis makanan yang berlemak tidak dapat dibakar habis ketika berpuasa. Lemak dan sang iblis. Sang iblis masih berpeluang makan sisa-sisa makanan berlemak yang menjadi penyebab banyak penyakit seperti kanser. Kita akan rasa malu jika orang asing melihat gaya kita berpuasa tidak mencapai kesederhanaan. Pasar ramadan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kita menjamu mata dan hidung. Semua ini akan menjauhkan RAHMAT dari ALLAAH. Gaya berpuasa yang tidak dalam redha ALLAAH. Mungkin kita lupa bahawa puasa kita itu untuk ALLAH. Para nabi terdahulu seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa berpuasa 40 hari dan 40 malam. Waktu malamnya hanya makan sedikit dalam tempoh yang singkat sahaja. Agaknya kita kena tiru cara berpuasa para nabi. Saya percaya kita tidak akan mampu melakukannya dan tidak sesuai juga dengan keadaan zamannya.


Saya ulangi bahawa puasa itu untuk Allaah. Allaah juga yang tahu keikhlasan puasa kita untuk layak atau tidak menerima kembali RAHMAT dan kasih kurniaanNYA.


*Bersambung….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, March 12, 2024

Ilmiah Colour Vibration Therapy CVT 13.03.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat menjalani ibadah berpuasa. Sel-sel tubuh juga turut berpuasa. Kajian biologi sel jelas membuktikan sel-sel menjadi sihat ketika berpuasa. Bahasa mudahnya sel-sel membersihkan diri dari zat-zat lemak yang berlebihan. Sel-sel tubuh menggunakan tenaga lebihan yang tersimpan dihati. Hati kita akan bersih. Puasa menjadi lebih ikhlas dan mudah. Mungkin hari pertama atau minggu pertama agak berat dan meletihkan. Namun dari segi fakta biologi sistem metabolisma tubuh akan semakin bertambah tenaga selepas beberapa hari. Melainkan lebih mudah pada yang sudah membiasakan diri dengan puasa sunat Isnin, Khamis dan puasa hari putih pada setiap bulan.


Saya tidak menolak sepenuhnya kebaikkan terapi Stem Cell itu. Terapi sel punca yang amat bersih lagi suci dari tali pusat kita sendiri. Namun tahukah kita berpuasa secara semulajadi akan menambah biak Stem Cell dalam tubuh kita berkali ganda. Sel-sel yang sakit akan digantikan dan disingkirkan apabila puasa memerlukan banyak tenaga iaitu dari sistem metabolik dari glikogen kepada glukosa. Kadar gula dalam darah akan menurun. Semua tersimpan dihati. Hati kembali sihat. Limpa pula akan menghasilkan sel-sel darah putih yang lebih sihat untuk menambah kekuatan sistem imun dan antibodi. Adalah amat salah jika kita katakan ketika berpuasa sistem imun kita turun lemah dan menurun. 


Ketika berpuasa inilah sel-sel imun akan sangat menambah kekuatan agar rentan diuji dari serangan kuman dan lain-lain. Bukan sahaja diposit saki baki glukosa akan digunakan malah segala zat berlebihan yang bertukar menjadi toksik pada hempedu dan hati akan digunakan sebagai keperluan tenaga. Jelas berpuasa itu sangat membersih lagi menyucikan zat-zat yang terlebih ketika kita diserang berbagai jenis penyakit termasuk penyakit kanser hati umpamanya. Sebab itu hal-hal yang membatalkan puasa seperti tidak menjaga hawa nafsu dan emosi. Semua orang takut puasanya terbatal dan tidak diterima Allaah. 


Kita bukan berpuasa untuk kesihatan diri malah energi suci berpuasa kita untuk dikembalikan pada Allaah juga. Sebagai contoh, Nafsu seksual disiang hari kita bendung. Ramai yang berjaya mengawalnya. lnilah waktu sel sperma dan sel ovum yang asal mula sebagai sel punca menjadi sel induk kita bertambah banyak dan sihat. Jelas sekali bahawa ibadah berpuasa menambah biak Stem Cell milik kita sendiri tanpa kita sedari. *Gunakan SW-MOMMY OIL untuk rawatan luaran dipetang hari bagi merawat segala masalah kesihatan seksual.* Yang ada kanser ovari akan mendapat faedah dalam kesempatan mengambil frekuensi ini. Dengan ilmu moga warga CVT dirahmati Allaah jua.


*Bersambung….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Tuesday, March 5, 2024

Ilmiah CVT Malaysia 05.03.2024


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ibu kunyit signifikan dengan bahagian Rahim. Dapat membantu mengecutkan Rahim. *Terapi Ais akan mengecutkan rahim*. Ibu kunyit mengandungi Vitamin C yang amat sesuai. Warna jingga dan frekuensi Rahim. Elak jangkitan dan keradangan. Amat sesuai dijadikan jus dalam minuman ketika berpantang. Dapat membantu membuang dan menolak angin serta mengawal asid. Dapat membantu melancarkan pengaliran darah. Dapat membantu merawat urat di bahagian atas di luar kulit. Dapat mengelakkan wajah pucat. 


Dapat membantu merawat kulit jika dijadikan Scrub kunyit. Manakala jika disapukan di bahagian muka dapat mengembalikan seri wajah pada muka. Selain kunyit, penggunaan seperti lada hitam, kulit kayu manis dan sebagainya dapat membantu Ketika berpantang. 


*FORMULA GARAM SCRUB CVT  MENGANDUNGI KUNYIT AMAT SESUAI UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI SCRUB DI SELURUH BADAN KETIKA BERPANTANG*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Friday, March 1, 2024

Khasiat kunyit hidup untuk kesihatan manusia

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Minuman emas berharga pada saat berpantang adalah air *IBU KUNYIT HIDUP*. *Kenapa kunyit disebut HIDUP??*. Sebab kunyit itu hidup maka kena minum dengan disertakan niat. Garam akan menggetarkan atau menghidupkan khasiat mineral dan vitamin dalam kunyit. Bermakna serbuk kunyit tidak sesegar dengan ibu kunyit hidup. 


Warna jingga atau oren pada ibu kunyit hidup sangat sesuai diminum pada waktu petang. Waktu asar. Waktu bahagian peranakkan iaitu rahim dan vagina aktif. Biasa diamalkan 3 kali sehari. Namun yang sesuai cukup sekali pada waktu yang betul. Tidak perlu banyak. Setengah cawan sudah memadai untuk menjadi supplement dan penawar. Jika terlebih takut berlaku keracunan juga. Air ibu kunyit dicampurkan dengan buah orange, lemon dan madu. Warna dan zat yang memperkaya vitamin C.

Anti radang. 

Antioksidan. 

Mencerna zat kerja metabolisma. 

Membantu memecah lemak dan kolestrol. 

Rawatan dari dalam dan juga dari luar. 

Zat yang membaik pulih rahim yang baru mengalami keguguran. 

Zat paling lengkap dan bersifat serba kegunaan.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Thursday, February 29, 2024

Ilmiah Colour Vibration Therapy Malaysia 01.03.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Rawat dengan konsep waktu. Mengejar dan menguasai waktu. Tuhan yang menciptakan waktu. Apa yang ada dihujung waktu. Kuasai waktu akan menguasai zat. Waktu menguasai zat. Sel adalah zat. Namun waktu kena tepat dan jelas fungsinya mengikut kerja sel. Matahari dan bulan adalah tanda waktu. Cahaya itu adalah waktu. Bunyi itu adalah waktu malah WANGIAN itu adalah waktu yang paling kuat tenaganya. Atau paling resonansi. *Hargai WANGIAN*. Ada partikel di dalam cahaya malah ada yang lebih kecil iaitu quark. Dan itu terkandung di dalam waktu atau masa. Waktu itu juga disebut tenaga. Waktu itu bergerak. 


Waktu dibumi dan waktu dilangit tentunya tidak sama. Kita mahu mencari waktu dasar yang memiliki tekanan. Lebih luas ruang maka lebih banyak energi waktu diperlukan. Tiada istilah kita terlebih waktu. Tapi yang pasti kita selalu ditinggalkan oleh waktu. Buang masa itu buang waktu. Waktu yang terlebih akan disimpan dan tidak ada istilah pembaziran. Waktu yang tersimpan akan digunakan apabila ada keperluan. *CVT dalam rawatan konsep waktu*. Waktu yang ukuran dalam frekuensi tertentu. Waktu ada tanda warna. Waktu dalam gelombang bunyi akan menggetarkan kerja sel. Jalan singkat merawat penyakit adalah melalui konsep waktu. *FINE PERFUME DAN WANGIAN SEJUTA WAJAH*. Wangian yang memiliki waktu. Waktu itu adalah TENAGA.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.