*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berpuasa sebenarnya adalah ujian kita melawan sang lblis dan syaitan serta gerombolannya. ltu yang dilakukan cara berpuasa para nabi terdahulu. *Kenapa 40 hari??*. Angka 40 akan berlaku satu pembaharuan atau terujud sesuatu yang baru. Angka 40 itu bermaksud akan menuju perubahan yang besar. Angka 4 itu masih biasa tetapi yang beratnya adalah pada angka 0. 0 itu perlu rintangan yang besar. Kemenangan atau kita kalah dan tidak merdeka melawan iblis. Kita tidak mahu puasa menjadi sia-sia dan yang kita dapat hanya lapar dan dahaga. Para nabi tidak menggunakan mukjizat ketika berpuasa. Sebenar-benarnya puasa para nabi menggunakan kudrat kedagingan kemanusiaannya semata-mata. Dipercayai cara berpuasa 40 hari dan 40 malam itu masih boleh minum pada sebelah malamnya. Amat mustahil manusia boleh bertahan tanpa minum selama itu. Puasa tidak makan tetapi boleh minum. Tetap kesan halusinasi dan ilusi akan terjadi ketika lapar 40 hari itu.
Sebenarnya pada rasa lapar itulah ujian iblis akan berlaku amat berat dan bukan pada haus dahaga. Dahsyatnya ujian kelaparan. Jangan berpuasa seperti seorang munafik. Kita tidak akan mendapat upah atau RAHMAT jika berpuasa itu hanya untuk ibadah dan pahala semata-mata. Rahsia terbesar berpuasa adalah hendak menang melawan iblis. Ketika dahaga air dari sumber sel-sel lemak masih dapat digunakan untuk mendapatkan saki baki tenaga untuk terus bertahan. Kita memang nak mengubah lemak menjadi tenaga. Tetapi jika sebelah malamnya kita minum banyak air maka usaha nak hapuskan iblis tidak akan mencapai kemuncaknya. lblis amat bergantung pada lemak untuk kita jatuh sakit. Zat lemak dan signifikan dengan sang iblis. Kita suka lemak. lblis juga lebih suka lemak. Musuh iblis adalah oksigen dan hidrogen yang ada di dalam air dan garam.
Minima 3 minit jika manusia tidak mendapat oksigen kerana gangguan pernafasan maka mengakibatkan fatal atau kematian. Kemenangan di pihak sang iblis. Minima 3 hari jika manusia tidak mendapat air dan boleh membawa kematian yang juga memberi kemenangan pada sang iblis. Atas sebab itu kita masih boleh minum di waktu malam tetapi perlu sederhana bagi tujuan agar membersihkan lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam sel-sel hati tetap berjaya. Minima 3 minggu jika kita masih dapat minum air walaupun tidak dapat makan. Puasa kita amat berjaya untuk mengubah lemak menjadi tenaga atau nyawa. Perut kita kempis dan itu sebagai tanda jelas secara fizikal kita cukup sihat. Semua ini tidak disenangi oleh sang iblis.
*Perkara pertama menjaga kualiti puasa adalah nafas dan oksigen*. Dibulan ramadan kita kena sabar mengawal emosi dan tidak boleh marah-marah. Kerana kemarahan itu memiskinkan oksigen dalam darah. *Perkara kedua adalah haus atau dahaga dapat dikawal pada waktu siang hari berpuasa dan pada sebelah malamnya tetap menjaga kadar air tidak berlebihan*. Jika berlebihan maka lemak tidak dapat dibakar menjadi tenaga dan ESOKNYA kita keletihan malah lesu. Berpuasa tanpa tenaga. Kita sangka dengan banyak minum air di waktu malamnya akan memulihkan tenaga. *Perkara ketiga adalah rasa lapar.* Rasa lapar lebih berat dari ujian rasa haus. Walaupun kita masih boleh bertahan tidak makan selagi ada air. Namun kemuncak rasa lapar inilah pembersihan dan penyucian rohani dan jasmani jika puasa kita sampai pada darjat yang tinggi dan mulia hanya untuk membuktikan kasihnya kita kepada Allaah.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
No comments:
Post a Comment