Wednesday, March 13, 2024

Ilmiah CVT 14.03.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Cuba kita perhatikan sama-sama. Apakah ibadah berpuasa kita secara peribadi benar-benar telah dapat merawat dan menambah baik kesihatan sehingga layak mencapai RAHMAT. Ibadah berpuasa itu satu peluang terbesar untuk mencapai RAHMAT. Ramadan itu bulan penuh RAHMAT. Maksud RAHMAT itu berkaitan kasih kurniaan. Bermakna balasan dan pemberian terus dari Allaah ketika masih di dunia yang infiniti tiada had. Rahmat dan berkat juga berbeza. Berkat itu sesuatu yang mencukupi. Semua amalan kita yang lain akan diberi ganjaran pahala untuk diri kita sendiri di akhirat nanti. Namun amalan berpuasa kita adalah hak untuk Allaah. Sebab itu Allaah akan menggantikan dalam bentuk RAHMAT kebesaranNYA. Tentunya RAHMAT itu satu anugerah yang tidak terbatas nilai kemuliaannya. Bermakna puasa itu perlu dilalui dengan penuh Ikhlas, bersih dan suci amalannya. Tetapi melihat pada keadaan sekarang cara kita berpuasa tidak sepenuhnya bersih dan suci menuju keikhlasan yang hanya kerana Allaah. Psikologi bahagian pencernaan itu adalah KEIKHLASAN. lbadah puasa kita jelas menunjuk-nunjuk. Umpamanya kita sengaja menunjukkan gaya yang letih lesu yang sepatutnya disembunyikan.


Bulan rahmat itu berlaku sepanjang bulan ramadan dan di dalam tempoh 24 jam sepanjang hari juga. Yang membimbangkan apabila ibadah berpuasa sudah bertukar menjadi budaya JAMUAN makan ketika berbuka. Jamuan makan penuh pembaziran. Pembaziran dengan membuang makanan berlebihan itu akan menjauhkan RAHMAT. Pembaziran dan membuang makanan dalam tidak sedar kita kembalikan zat-zat kemuliaan Allaah kepada sang iblis. Zat-zat makanan yang semua bersumber dari tanah akan asal usul kejadian kita. Itu sangat menguntungkan sang iblis yang lebih tahu rahsia ini. Penyediaan juadah makanan yang lebih banyak dari biasa. Seperti berbuka itu nak balas semula lapar dan dahaga. Tidak ikhlaslah tue!!!. Selepas itu kita akan makan tidak ingat sepanjang malam. Berat badan kita semakin bertambah selepas sebulan berpuasa. Makan tidak berhenti sampai ke sahur. Puasa kita seolah-olah hanya seperti MENGUBAH MASA makan dari siang kepada malam. Seolah-olah mengalihkan masa makan sahaja. Jenis makanan yang berlemak tidak dapat dibakar habis ketika berpuasa. Lemak dan sang iblis. Sang iblis masih berpeluang makan sisa-sisa makanan berlemak yang menjadi penyebab banyak penyakit seperti kanser. Kita akan rasa malu jika orang asing melihat gaya kita berpuasa tidak mencapai kesederhanaan. Pasar ramadan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kita menjamu mata dan hidung. Semua ini akan menjauhkan RAHMAT dari ALLAAH. Gaya berpuasa yang tidak dalam redha ALLAAH. Mungkin kita lupa bahawa puasa kita itu untuk ALLAH. Para nabi terdahulu seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa berpuasa 40 hari dan 40 malam. Waktu malamnya hanya makan sedikit dalam tempoh yang singkat sahaja. Agaknya kita kena tiru cara berpuasa para nabi. Saya percaya kita tidak akan mampu melakukannya dan tidak sesuai juga dengan keadaan zamannya.


Saya ulangi bahawa puasa itu untuk Allaah. Allaah juga yang tahu keikhlasan puasa kita untuk layak atau tidak menerima kembali RAHMAT dan kasih kurniaanNYA.


*Bersambung….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment