Tuesday, March 12, 2024

Ilmiah Colour Vibration Therapy CVT 13.03.2024

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat menjalani ibadah berpuasa. Sel-sel tubuh juga turut berpuasa. Kajian biologi sel jelas membuktikan sel-sel menjadi sihat ketika berpuasa. Bahasa mudahnya sel-sel membersihkan diri dari zat-zat lemak yang berlebihan. Sel-sel tubuh menggunakan tenaga lebihan yang tersimpan dihati. Hati kita akan bersih. Puasa menjadi lebih ikhlas dan mudah. Mungkin hari pertama atau minggu pertama agak berat dan meletihkan. Namun dari segi fakta biologi sistem metabolisma tubuh akan semakin bertambah tenaga selepas beberapa hari. Melainkan lebih mudah pada yang sudah membiasakan diri dengan puasa sunat Isnin, Khamis dan puasa hari putih pada setiap bulan.


Saya tidak menolak sepenuhnya kebaikkan terapi Stem Cell itu. Terapi sel punca yang amat bersih lagi suci dari tali pusat kita sendiri. Namun tahukah kita berpuasa secara semulajadi akan menambah biak Stem Cell dalam tubuh kita berkali ganda. Sel-sel yang sakit akan digantikan dan disingkirkan apabila puasa memerlukan banyak tenaga iaitu dari sistem metabolik dari glikogen kepada glukosa. Kadar gula dalam darah akan menurun. Semua tersimpan dihati. Hati kembali sihat. Limpa pula akan menghasilkan sel-sel darah putih yang lebih sihat untuk menambah kekuatan sistem imun dan antibodi. Adalah amat salah jika kita katakan ketika berpuasa sistem imun kita turun lemah dan menurun. 


Ketika berpuasa inilah sel-sel imun akan sangat menambah kekuatan agar rentan diuji dari serangan kuman dan lain-lain. Bukan sahaja diposit saki baki glukosa akan digunakan malah segala zat berlebihan yang bertukar menjadi toksik pada hempedu dan hati akan digunakan sebagai keperluan tenaga. Jelas berpuasa itu sangat membersih lagi menyucikan zat-zat yang terlebih ketika kita diserang berbagai jenis penyakit termasuk penyakit kanser hati umpamanya. Sebab itu hal-hal yang membatalkan puasa seperti tidak menjaga hawa nafsu dan emosi. Semua orang takut puasanya terbatal dan tidak diterima Allaah. 


Kita bukan berpuasa untuk kesihatan diri malah energi suci berpuasa kita untuk dikembalikan pada Allaah juga. Sebagai contoh, Nafsu seksual disiang hari kita bendung. Ramai yang berjaya mengawalnya. lnilah waktu sel sperma dan sel ovum yang asal mula sebagai sel punca menjadi sel induk kita bertambah banyak dan sihat. Jelas sekali bahawa ibadah berpuasa menambah biak Stem Cell milik kita sendiri tanpa kita sedari. *Gunakan SW-MOMMY OIL untuk rawatan luaran dipetang hari bagi merawat segala masalah kesihatan seksual.* Yang ada kanser ovari akan mendapat faedah dalam kesempatan mengambil frekuensi ini. Dengan ilmu moga warga CVT dirahmati Allaah jua.


*Bersambung….*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment