Wednesday, January 3, 2024

Tips makanan dan minuman

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Biji epal juga ada sianida. Petai dan kerdas juga mengandungi sianida. Ulam jering yang ditanam di dalam tanah dan bertukar hijau menandakan sudah sangat tidak baik untuk kesihatan perut. Sama juga dengan kentang yang sudah lama dan berwarna hijau itu sudah beracun. Sianida adalah bahan aktif terkawal kerana memberi efek negatif pada otak jika berlebihan. Pop Corn dimasak dalam mikrowave adalah makanan yang tidak mengandungi apa-apa zat lagi dan menjadi makanan sampah yang amat mencemarkan tubuh. Hati-hati dengan zat berasid dan beracun. Makan hanya buah yang benar-benar segar dan masak. Buah yang tidak masak seperti buah mangga yang masam akan mengundang bahaya pada buah pinggang. Hati-hati juga yang alah pada buah yang masam seperti kedondong. Buah yang terlebih masak dan sudah lisut atau masuk angin sudah berubah menjadi bertoksik yang ada racun lasitin dengan efek samping sakit perut. Jamur atau cendawan tumbuh liar juga banyak yang alah pada kulit. Belimbing bahaya pada ginjal namun belimbing jugalah yang baik untuk merawat dan mencuci buah pinggang. Jika dimakan sedikit pada satu bahagian dari lima bahagian adalah baik untuk kesihatan. 


Begitulah dosis yang amat kecil dan sedikit menjadi anugerah semulajadi dari Sang Pencipta. Yang pasti kita makan belimbing lebih dari itu malah beberapa buah dalam sekali makan. Selepas makan kita akan rasa sakit belakang. ltu tanda buah pinggang menanggung beban berat jika berlebihan apatah lagi yang makan berterusan setiap hari. Banyak buah yang asli ada biji. Tetapi ada yang diubah DNAnya dan tidak lagi berbiji seperti buah tembikai. Bermakna buah itu tidak asli dan telah mengalami kepincangan zat. Buah betik dan timun banyak biji. Namun ada satu pihak mendakwa biji-biji buah bukan untuk dimakan. Namun ada pihak yang lain mendakwa dengan fakta bahawa ia aman untuk dimakan. *Yang mana satu yang betul ni???* Apa sahaja biji sangat beracun. Namun hakikatnya didalam biji itulah penerus untuk percabahan tanaman. Bermakna ia lengkap gizi untuk pertumbuhan. 


Tandan dan jantung pisang tidak tunduk pada cahaya matahari. Melawan hukum fotosintesis. Buah pisang yang masak dan berwarna hijau seperti pisang embun selamat untuk dimakan. Pisang embun baik untuk membuang radiasi negatif yang asing dalam tubuh. Pisang yang masak berwarna kuning mengandungi asid yang bahaya pada buah pinggang. Pisang yang di goreng masih selamat dimakan kerana kadar asidnya atau getahnya sudah berkurangan. Tetapi tetap tidak sesuai dimakan di waktu malam. *Buah naga tetap tidak sesuai pada semua level*. Buah yang memerlukan cahaya sepanjang hari. Buah yang tidak alami dan terlalu banyak zat berat. 


Makanlah timun untuk mencuci buah pinggang dan pembuluh darah yang sempit. Buah timun boleh dimakan tanpa dosis. Semua buah perlu ikut dosis dan tidak boleh berlebihan. Namun buah timun atau sayur timun tetap boleh dimakan tanpa dosis. Buah timun adalah buah ajaib merawat urat atau pembuluh darah yang rosak. Selain pisang embun buah timun juga dapat mengusir radiasi dalam tubuh. Namun sangat berlawanan dengan yang ada saka. Kecuali yang sanggup makan lebih banyak walaupun peringkat pertama mendapat alahan pada kulit dan sakit-sakit sendi. 


Minum kopi dan urin berbau kopi. Bermakna buah pinggang boleh terbeban dan tidak mampu menapis zat dalam kopi itu. Maka sebaiknya kena elakkan kopi untuk minuman santai. Namun ramai pula yang sesuai minum perisa KOPI AQLAN. ltu pengganti bagi yang ketagih kopi. Semua ini ada ilmunya. Namum ujian AK amat tepat untuk tidak berlaku alahan zat secara kimia. *Moga warga CVT tetap sihat zat-zat pembina tubuh*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment