Wednesday, January 17, 2024

Jangan salah erti mengenai gula

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Agar lebih jelas. Jangan salah erti mengenai gula. Tanpa gula otak tidak berfungsi dengan baik. Tanpa gula seperti sebuah kereta tanpa minyak sebagai bahan pembakar. Lesu kronik tanpa makan apa-apa saat akhir hayat dengan menuju kematian secara perlahan-lahan. Pesakit tidak berselera dan hilang nafsu untuk makan. Sebab itu mengamalkan madu atau gula dalam buah-buahan sebelum makan akan membaik pulih selera. Rasa pahit ditekak kerana banyak asid diperut akan berkurangan. Rawatan dengan konsep tenaga melalui gula adalah alternatif yang cepat ke arah kelegaan dan pemulihan. Siapa yang mencipta gula. Dan kenapa kita mendustakan gula. Kita yang mengubah suai gula dalam berbagai menu makanan seperti kueh-mueh. Gula yang kita proses semula dengan menghilangkan kandungan kimia zat aslinya. Kandungan zat gula hanya tinggal rasa manis. Bukan manis yang kita perlukan untuk pemulihan tenaga. Namun yang kita perlukan adalah zat tenaga dalam gula dalam berbagai jenis nama yang telah kita temui. Kerana tenaga itu penting maka tuhan jadikan gula dengan rasa manis agar kita menyukainya. *Siapa yang tidak suka manis??*. Apa akan jadi jika buah-buahan itu dijadikan dengan rasa pahit atau masin.


Fitnah gula amat dahsyat. Pengasas perubatan moden dan para pengikutnya telah Berjaya mendoktrin otak kita sehingga takut pada gula. Yang patut dinasihatkan adalah mengawal makanan yang kadar gulanya tinggi. Hindari gula beracun yang sudah diproses. Rasa gula sihat dan gula beracun tidak ada bezanya kerana ia tetap manis dan lazat. Oleh itu kita kena sepatutnya di ajar mengenal gula sihat dan organik. Walaupun gula sudah dikenal pasti sebagai gula sihat dan organik tetap tidak boleh berlebihan. Akhinya kematian dan kes penyakit kronik terjadi kerana tubuh lemah lesu tidak bertenaga kerana tidak cukup gula sihat dan organik. Kita hanya ditakutkan dan tidak tahu lagi membezakannya.


GULA NANO dihaluskan tanpa menghilangkan zat. GULA NANO diberi kepekatan dalam manis berganda tanpa menghilangkan zat. Lebih halus lebih mudah masuk tembus ke dalam nukleus sel. Lebih mudah juga kerja insulin membawa masuk gula ke dalam sel. Namun gula perlu aktif bertenaga. Biasanya gula proses yang penuh dengan kimia beracun yang tidak mungkin insulin dapat membawa masuk ke dalam sel. Insulin kenal gula yang aktif sahaja untuk di bawa masuk ke dalam sel. Kita menyimpan dan membela penyakit apabila tubuh kehilangan gula dan tenaga untuk memecahkan zat-zat yang kita makan. Makanan tidak hadam dengan gula proses. Semua menjadi gas yang sepatutnya menjadi oksigen atau tenaga. Kita ke arah melangkah mengubah dunia perubatan menjadi lebih wajar dan praktikal. Lebih ilmiah memahami penciptaan zat-zat dari tuhan.


Banyak muslihat tersembunyi dan kita tertipu. Kita mahu cerdas dan bertenaga. Amalkan gula sihat yang organik. NW dan GULA NANO akan mengubah dunia perubatan ke arah tenaga. Gula itu kumpulan karbohaidrat yang menambah kekuatan karbon pada tulang, otot dan saraf. Salah mengambil gula maka tubuh kita kurus kering atau menjadi obesiti. *Saya bersyukur kerana seluruh warga CVT dan para pengamalnya jauh lebih peka dan mengerti serta faham apa itu GULA dan keperluan pada sel-sel TENAGA*.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment