Monday, January 1, 2024

Energi frekuensi dan vibrasi itulah konsep color vibration therapy cvt

 *-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Energi frekuensi dan vibrasi. ltulah konsep CVT. Angka dan warna memiliki semua hukum itu. Misteri angka di alam semesta. Jauhi angka pada nilai nol atau kosong.

Angka 2 adalah dirancang untuk keseimbangan. Angka 4 dibina untuk kestabilan. Sebenarnya ada pesan atau mesej angka-angka ini. Angka berkomunikasi dan membawa erti untuk menjadi panduan pada kita. Ketika kita khuatir maka matrik angka tubuh kita yang sistematik telah cacat. Jika kita takut maka ketakutan itulah yang akan datang menerpa kita.


Angka 4 untuk tema tahun 2024 sebagai PINTU gerbang yang kukuh. ltulah pintu mukjizat yang harus kita buka. Jangan biarkan semua pintu itu tertutup rapat. Khuatir akan menutup pintu pintu mukjizat itu. Alam semesta terlalu banyak yang berbicara tentang angka. Angka 6 itu adalah angka manusia. Kerana manusia dicipta pada hari yang ke enam. Namun 666 angka bahaya yang perlu kita beringat dan hati-hati namun tetap jangan khuatir. *Angka 7 itu sempurna dan 9 adalah LENGKAP. 8 adalah KEMEWAHAN DAN KEKAYAAN*. ltulah gaya yang perlu ada sebelum melangkah lengkap menuju kematian.


Kita tidak mahu binasa kerana kurangnya pengetahuan. Angka 007 umpamanya. Pada peringkat awalnya kita akan melalui banyak ujian-ujian berat sebelum mencapai sempurna. Akan ada kehilangan dan kematian. Begitulah yang kita tonton di dalam filem James bond. Hikayat 1001 malam yang dipenuhi kehidupan misteri penuh fiksi dan khayalan sepertimana mat jenin yang segalanya jauh dan sukar menjadi nyata. Jauhi angka 0 kosong. Samaada di awal atau ditengah atau dihujungnya. Tiada nilai di situ. Kosong itu akan dikembalikan atau diserahkan pada tuhan sang pencipta alam semesta. Seperti 70 yang tidak pernah dapat sempurna. 40 tahun yang disesatkan. Tiada kompromi bermakna perlu dielakkan untuk kita memakai angka kosong dalam semua sistem pekerjaan kita.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment