Colour Vibration Therapy (CVT) merupakan rawatan alternatif terapi getaran warna dan bunyi yang diasaskan oleh Professor Emeritus Dr. Norhisham Wahab. Tenaga Cahaya Nampak (Matahari & Bulan) Yang Dirakam Melalui Bunga-bungaan Yang Bersih Lagi Suci. Order Online untuk kos penghantaran Percuma!
Saturday, September 12, 2020
Jenis penyakit bisul / abses
Friday, August 7, 2020
Prof. Dr. Norhisham Wahab
Pengasas CVT & Ketua Pegawai Eksekutif CVTSB.
Prof. Dr. Norhisham Wahab dilahirkan di Kuala Lumpur pada 21hb April 1960. Ayah beliau merupakan anak kelahiran negeri Pahang Darul Makmur, manakala ibu beliau berasal dari Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tahun 1996. Menjadi Pengerusi dan pengarah di sebuah syarikat perubatan alternatif dan holistik iaitu di Syarikat Castle Trillion (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Maluri, Cheras. Bermula dari situ, tercetusnya minat dalam bidang perubatan secara serius setelah berjaya memajukan syarikat berkenaan dengan jayanya. Kerjaya beliau yang amat disenangi oleh beliau hingga kini sebenarnya bermula dari galakkan dan nasihat daripada pengasas syarikat berkenaan iaitu Dr K.L Tan.
Tahun 1998 . Oleh kerana peluang untuk melanjutkan penyelidikan dalam bidang perubatan agak terhad di dalam Negara pada ketika itu, beliau telah memilih untuk mencari ilmu dan pengalaman baru di luar Negara, kesempatan bekerja dengan beberapa buah organisasi perubatan dan beberapa orang profesor di beberapa buah negara di Eropah telah membuka peluang untuk mengkaji dan meneliti setiap penemuan yang pernah dilakukan di tanah air. Ketika itulah beliau mula mendalami setiap perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan kejadian alam semesta.
Tahun 1999. Selama setahun apabila pulang ke tanah air, beliau meneruskan usaha untuk meningkatkan kemajuan di dalam bidang penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit yang menjurus kepada konsep alternatif dan berasaskan Sains Fizik dan Kimia. Beliau telah membuat penyelidikan dengan merawat secara percuma lebih 500 orang pesakit di seluruh pedalaman tanah air. Manakala pesakit-pesakit diberi rawatan secara percuma. Beliau telah berjaya menggabungkan ketiga-tiga elemen ini untuk melengkapkan bidang biologi sebagai asas untuk menjadikan ia sebagai satu bidang perubatan baru iaitu Bio-magnetik Hidroterapi Ais yang moden dan diasaskan pada tahun 1997sehinggalah lahirnya perubatan berkonsepkan terapi warna dan getaran. Setiap penemuan beliau dihasilkan dalam bentuk yang boleh digunakan dan menghasilkan beberapa formula tertentu yang dibuktikan keberkesanannya. Salah satu formula yang dihasilkan oleh beliau adalah set NW ( formula gelombang tenaga bunga-bungaan dan floral yang menjadi persamaan teori sel dan tenaga ). Kemudian beliau menyusun tesis yang berkisar tentang sel dan tenaga, dan memperolehi kedoktoran MD(M.A) pada 1998 oleh The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM) di bawah naungan WHO dan United Nation. Beliau telah dianugerahkan gelaran Professor pada tahun 2002 setelah menyiapkan tesis yang bertajuk “Ruang, Masa dan Sel ” .
Melalui sebuah makmal yang dibangunkan, beliau telah banyak membuat kajian secara klinikal di dalam mengkaji kesan tenaga warna melalui bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan (floral) terhadap rangsangan spiritual, mental dan emosi serta fizikal serta hubungkaitnya dengan tubuh manusia.
Pada awal 1999, berkat usaha gigih, beliau berjaya mengasaskan Colour Vibration Therapy menerusi penyelidikan dan menggunakan teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi dengan penyakit melalui konsep rawatan Bio-magnetik hidroterapi ais. Satu kebanggaan pada beliau yang telah mengeluarkan peruntukan jutaan ringgit untuk membangunkan Pusat penyelidikan dan pembangunan CVT tanpa membuat pinjaman dari mana-mana badan kewangan. Beliau mengambil langkah berani apabila memperkenalkan konsep rawatan Hidroterapi Ais sebagai kaedah perawatan penyakit yang pertama seumpanya di dunia. Ia juga dikenali sebagai Bio-Magnetik Hidroterapi. Teori penyakit dalam kajian atom di dalam alam mula terbentuknya struktur ikatan berbagai macam unsur. Dalam konsep Bio-magnetik Hidroterapi Ais merupakan satu rawatan mengubah penyakit (massa) menjadi sebuah energi. Menerusi konsep rawatan ini juga menjelaskan reaksi Fisi dan Fusi. Di mana terdapat unsur-unsur di alam semesta serta peranannya dan juga keteraturan dan keseimbangan. Keajaiban berbagai unsur dalam memahami penyakit disamping fungsi dan peranan elektron dalam karakter manusia sebagai rawatan.
Untuk merealisasikan konsep perubatan ini beliau telah menganjurkan satu majlis Konvokesyen Faculty Universal Science of Colours serentak dengan Kongres Perubatan Komplimentari Antarabangsa Colour Vibration Therapy dijayakan iaitu pada September 2004 dan melalui majlis tersebut beliau telah mendapat anugerah Kongres Sedunia yang cemerlang sepanjang 40 tahun dalam sejarah Kongres Sedunia yang dianjurkan diseluruh dunia, dan di atas penghargaan tersebut beliau telah dianugerahkan sebagai penganjur Majlis World Congress Cemerlang serta merelisasikan persetujuan kerjasama bersama OIUCM.
Pada tahun 2004, penganjuran kali pertama konvokesyen Faculty Universal Science of Colours serentak dengan Kongres Perubatan Komplimentari Antarabangsa Colour Vibration Therapy dijayakan iaitu pada September 2004. Tidak terhad dengan pengiktirafan sebelum ini, beliau dianugerahkan dengan gelaran Sir di mana ianya disempurnakan sendiri oleh Pengerusi The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM), Prof. Dr Sir Anton Jayasuriya pada Majlis Kongres Sedunia di Shah Alam, Selangor pada tahun yang sama.
Beliau juga telah dianugerahkan dengan gelaran Professor pada majlis penganugerahan yang diadakan di Sri Lanka. Ianya sebagai pengiktirafan di atas hasil kajian beliau mengenai Hidroterapi Ais dan selain daripada pencapaian serta usaha yang diiktiraf sepanjang penglibatan dalam bidang perubatan alternatif dan komplimentari.
Anugerah diperolehi oleh beliau ialah “Knight Commander of Charity” iaitu anugerah kepimpinan dalam kebajikan khususnya menerusi bidang perubatan integratif secara global, melalui majlis “World Congress of Integrated Medicine ke 45 tahun 2007” yang diadakan di The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM), Colombo Sri Lanka pada November 2007. Majlis yang dihadiri lebih 1500 delegasi daripada seluruh dunia menyaksikan pengiktirafan yang begitu bermakna kepada Prof. Dr. Sir Norhisham Wahab dan juga CVT serta negara kita, Malaysia khususnya.
Pada 11 Julai 2010, beliau telah mendapat anugerah PAX MUNDI PEACE bertaraf PRIXINTERNATIONAL DIPLOMATIK 1950 – 1961 dalam satu majlis ‘48th Anniversary Year Medicina Alternativa World Congress Of Integrated Medicines’ yang di adakan di Kuala Lumpur.
Beliau juga banyak menyumbangkan bahan-bahan ilmiah yang disiarkan menerusi media cetak termasuk akhbar dan majalah. Pada tahun 2010, beliau telah melantik Tan Sri Norian Mai bekas ketua polis negara sebagai penasihat undang-undang di Colour Vibration Therapy Sdn Bhd.
ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
TAHUN ANUGERAH
2017 Pengiktirafan Khas dari Kementerian sumber Manusia , Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam Bidang Hidroterapi Ais Malaysia
2010
PAX MUNDI PEACE bertaraf Prix International Diplomatik 1905 – 1961
Pada satu majlis 48th Anniversary Year of Medicina Alternativa World Congress of Intergrated Medicines 2010, Open International University for Complementary Medicine-11th July 2010 Kuala Lumpur Malaysia.
2007 Knight Commander "Knights of Charity" “Knight of Malta Sir”
2006 Professor (Emeritus)
2004 Knight "Knights of Malta"
Sir
Anugerah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Medicina Alternativa (Alma Ata 1962), Lord Sir Dr. Anton Jayasuriya. Serentak dengan anugerah kecemerlangan sebagai penganjur terbaik Kongres Sedunia Perubatan Komplementari Antarabangsa yang cemerlang sepanjang 40 tahun dalam sejarah kongres sedunia di adakan diseluruh dunia, yang dilakukan serentak dengan Majlis Konvokesyen Fakulti Universal Science Colours, Colour Vibration Therapy.
2002 Professor
PHD, The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM)
1998 Doktor
M.D (M.A), (OIUCM)
Tuesday, April 28, 2020
Order online untuk kos penghantaran percuma! dengan pembelian melebihi RM100
Promosi sempena perintah kawalan pergerakan (pkp) yang telah dilanjutkan lagi
#DudukRumah
Untuk dapatkan Baja Milagro : http://bajamilagrotanjungrambutanperak.blogspot.com
Monday, March 16, 2020
Berita baik dan berita buruk
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*Berita baik dan berita buruk.* Nampaknya penularan Covid 19 di Wuhan sudah semakin menurun dan terkawal. Kebijakkan pemerintah Cina yang mengawal pergerakkan dan menutup banyak tempat. Hakikatnya apabila kita berada dalam ruang sihat dan menjaga kebersihan diri khasnya kebersihan tangan maka kita akan lebih selamat. Virus boleh sahaja berada di mana-mana namun tetap tidak boleh bertahan lama. Dalam masa yang sama pembersihan secara menyeluruh semua ruang dapat membunuh virus ini. Virus ini tidak ada kaki atau kepak boleh terbang ke sana sini. Kitalah yang membawanya ke sana sini melalui keadaan diri kita yang tidak menjaga kebersihan. Kitalah yang menularkannya kerana tidak jelas apakah diri sudah mendapat jangkitan. Gejala batuk yang berpanjangan tidak di peduli. Selesema dan demam selepas batuk yang lama juga tidak di sangka diri sudah di jangkiti. Dan kita masih ke mana-mana menyebarkannya. Banyak yang tumbang, rebah dan ketika itu baru di sedari dan biasanya sudah terlambat kerana virus sudah mereputkan paru-paru. Tawaran khas dari kerajaan pada orang ramai dengan penuh kesedaran untuk melakukan saringan secara sukarela sangat membantu kerana jangkitan awal jika di rawat sangat besar potensi sembuhnya.
Berita buruk di negara kita gejala wabak terbaru di kesan menular secara besar-besaran seperti mana yang kita semua sudah maklum. Bagaimana agaknya kerajaan nak mengenalpasti dan memanggil para jemaah tabligh yang di jangka lebih 15 ribu orang itu dapat secara sukarela datang menyerah diri untuk di lakukan saringan. Setiap negara sanggup menutup pintu masuk agar tidak ada satu pembawa pun yang dapat lepas tembus masuk. Tiba-tiba kita digemparkan dengan penularan dalam jumlah ribuan orang dalam satu keserentakkan ruang yang akan menjadi punca penularan virus ini. Begitulah ketatnya dan itulah cara yang amat berkesan. Kerana tidak ada gunanya kawalan pergerakkan dan menutup banyak premis perniagaan jika sumber dari luar terus masuk. Tidak ada gunanya menjaga kebersihan jika penularan terbaru dalam negara kita yang sumbernya dalam negara sudah di kenalpasti akan merebak secara amat dahsyat. Inilah sebenarnya yang di takuti. Lebih awal jumlah peserta tabligh yang mendapat saringan akan menyelamatkan banyak nyawa. Jadi negara kita sekarang sedang dalam situasi yang lebih berat berbanding negara-negara lain yang keadaan penularan tidak dalam jumlah yang amat besar ini. Bersyukur pada pemerintah Arab Saudi dalam langkah awal menutup pusat tumpuan ibadah umat Islam iaitu Makkah. Ini semua rahmat dari tuhan memberi kita petunjuk dan langkah persediaan.
Apapun kita masih belum terlambat. Ikut semua langkah yang di cadangkan oleh kerajaan. *Kita ada NW/SW 1 untuk sistem imun.* Kerana sistem imun yang kuat akan merawat diri hingga sembuh. Buktinya orang yang sihat seperti kanak-kanak banyak terhindar dari jangkitan kerana faktor sistem imun yang kuat dan kebal. *Kita ada NW/SW 7 dan NW/SW 5 untuk kawal demam dan menguatkan antibodi.* *Sistem imun NW/SW 1 Lelaki dan NW/SW 2 Wanita dan antibodi NW 5 untuk teruskan rasa ceria.* Jangan rasa sedih atau bimbang kerana itu akan melemahkan sistem imun dan antibodi semulajadi dalam diri kita. Dalam CVT kita sudah ada semua itu. Konsep CVT semua benda itu ada tenaganya. Virus juga sebuah bentuk tenaga. Penawar dalam bentuk tenaga sangat mampu mengubah sifat dan karakter tenaga pada virus itu agar mesra alam dan dipasifkan semula kerana bersifat asing dengan kejadian fitrah kita sebagai manusia. *Andai virus sudah menyerang dan sampai pada paru-paru maka NW/SW 10 dan NW/SW 11 dalam frekuensi hijau akan menyelamatkan keadaan yang sukar bernafas.* Suasana hijau akan menambah aktif oksigen dan ini akan mengawal virus ini agar tidak terus merosakkan tisu pada paru-paru. Semua warga CVT jangan panik. Rasulullaah Shallallaahu ‘alaihiwasallam berpesan kepada kita mencari jenis ubat bermakna kita wajib berusaha merawat diri. Setelah itu baru kita berserah dan sabar. Andai kata kita mati maka kematian kita dalam rahmat Allaah jua. Semua ini ada jalan penyelesaiannya. *Kita ada formula yang sangat ilmiah dan KONSEP RAWATAN AIS.* Ingat ya apabila ada tanda batuk sahaja maka jangan buang masa dengan menguatkan sistem imun dahulu. Itulah tanda-tanda yang Allaah sudah beri pada kita dan itu sangat adil agar kita dapat merawat diri lebih awal dan itu pun jika kita prihatin pada kesihatan keluarga kita yang lain.
*Oleh itu kita cadangkan semua belian melalui cara pos.* *Lebih pantas dan menjimatkan masa.* *Namun kita CVT bernasib baik kerana bahagian farmasi beroperasi seperti biasa selaras yang di benarkan oleh kerajaan.* *Peringatan!!!!.* *Rawatan TERAPI AIS CVTHQ sementara 14 hari ini tidak di benarkan.* *Rawatan diri sendiri di rumah lebih awal namun saringan perlu di lakukan awal apabila ada gejala batuk dan tidak perlu menunggu lama.*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
Saturday, March 14, 2020
Pembasi kuman pencuci tangan atau sanitizer
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pembasi kuman pencuci tangan atau sanitizer adalah langkah paling bijak dan sangat praktikal. Kerana virus covid 19 boleh berada di mana-mana permukaan yang tidak dapat di elakkan untuk kita menyentuh dan memegang. Kita guna kad di mesin atm pun masih berisiko. Kita tekan guna jari pada tombol pada lif umpamanya. Jadi tangan kita ada pembasmi. Namun penyebaran virus masih boleh berlaku melalui pelbagai cara. Ketika nak makan nasi tolong cuci dan bersihkan semula tangan kita. Bahan aktif pembasmi kuman itu juga tidak sepatutnya masuk dalam perut kita. Dan ini boleh membunuh kuman baik dalam usus. Akan timbul kesan negatif yang lain pula.
*Yang semulajadi gunakan T-Tree Cleanser (T3) dan basuh tangan seperti biasa.* Mandi guna *T-Tree Cleanser (T3)* dan basuh seperti biasa. Secara semulajadi bahan pembasmi kuman di dalam *T-Tree Cleanser (T3)* masih ada di kulit dengan kesan berkali ganda. *T-Tree Cleanser (T3)* secara semulajadi ada bahan antiinflamasi antimikrob yang sememangnya tepat untuk membasmi kuman dan kulat pada permukaan kulit. Dengan Bauan *T-Tree Cleanser (T3) juga dapat menapis udara yang tercemar. Gunakan sesuatu yang semulajadi. *T-Tree Cleanser (T3)* lebih harum dan ini juga menjadi benteng dari tubuh terkena hinggapan virus ini. Alternatif semulajadi adalah *T-Tree Cleanser (T3)* dengan gelombang frekuensi jarak jauh warna hitam bersamaan frekuensi NW 20 amat baik untuk tujuan perlindungan hal-hal syitan ini. Lebih eksklusif dengan kesan positif yang berkali- kali ganda pada yang sudah mengamalkannya.
Nampaknya virus ini sudah di sahkan oleh who di tahap pendemik. Virus ni sudah tidak kira ruang dan tempat. Virus ini boleh menjelajah di benua mana sekali pun. Virus yang boleh bertahan lebih aktif pada cuaca dingin dan pasti akan lebih mudah dalam cuaca panas. Virus ni benar benar seperti iblis. Jika Jin pun takut masuk kawasan orang apatah lagi yang terlarang. Boleh sahaja masuk ke dalam masjid yang di selubungi dengan frekuensi bacaan Al-quran. Virus ini nampaknya tidak memilih orang. Moga saintis akan dapat menemukan vaksin dan antivirus. Sebelum kita terkena penyakit kusta sopak dengan bau busuk sehingga di tahap kita manusia menjadi manusia gila seperti zombi. Semua ini ada dalam ayat qursi. Jadi ikhtiar kita biarlah saintifik selain berdoa dn memohon perlindungan Allaah. Kes virus ini sungguh baru satu tahap ujian pada manusia yang buruk AKHLAK sehingga sesiapa sahaja akan terkena tempiasnya. Ujian bermakna kita masih boleh melakukan ikhtiar dan doa juga memohon keampunan. Ini belum lagi tahap BALA yang Allaah akan turunkan juga nanti.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
Tuesday, March 3, 2020
Konsep hukum kekekalan energi
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*Konsep hukum kekekalan energi.* Dari energi ke massa dan dari massa ke energi. Semua boleh berubah bentuk. Kita sedang mengenal pasti titik pusat diri yang di sebut sebagai *PRIME ENERGY*. Titik ini begitu personal dan tersendiri pada setiap individu. Kita kesan menggunakan frekuensi melalui ujian *Applied Kinesiology (AK)* di tahap quantum. Sesuatu yang mendekati ketuhanan iaitu cahaya ilahi. Kita harus sayang pada diri kita kerana Allaah meniupkan rohnya ke dalam janin yang disempurnakannya Surah shaad qs 38:77. Roh itulah yang Allaah pinjamkan dan menghidupkan kita. Roh yang ditiupkan itu sebagai daya *JIWA* manusia ketika kelak berada di Dunia. Tugas kita mengetarkan jiwa yang ada dalam diri kita. Begitu banyak ayat-ayat cahaya dan bagaimana Allaah memperkenalkan dirinya di dalam Al-Quran. Ada beribu ayat Allaah memperkenalkan dirinya sesungguhnya Allaah mahu di kenal. Namun persoalan roh tidak banyak kita ketahui. Malah kita di larang untuk membahas mengenainya. Namun kita masih boleh mengenal diri. Dengan mengenal diri melalui konsep cahaya iaitu warna dengan getaran bunyi yang menyusun karakter kita maka kita akan semakin dekat mengenal pencipta. Siapakah pengamal yang sudah berada di level quantum. Merekalah yang berjaya mengharungi ujian dan dugaan. Perubatan kaedah frekuensi gelombang perlu di teruskan. Kita tidak mahu berada dalam suasana frekuensi yang salah.
Energi itu tersusun akhirnya dalam matrik matematik. *Apakah nombor matrik tarikh lahir dan nombor matrik kerohanian dalam diri kita???.* Siapa yang sudah menguasai ilmu kenal diri maka apa yang dirasai dalam kotak fikirannya maka itulah yang terjadi. Maka mereka ini sangat takut berfikir negatif. Semua sudah di rakam atau ditakdirkan dan kita menjadi pembangkit energi itu menjadi nyata mengikut cara kita berfikir. Semua terserah pada diri kita sendiri memilih jalan dalam aliran gaya berfikir. Ego adalah musuh dan pemusnah diri. Riak suatu sifat paling dimurkai dan pasti akan mendapat balasan atau hukum karma iaitu hukum alam semesta yang akan di terima sebelum kematian kita. *PRIME ENERGY* itu adalah cahaya yang kesannya sama dengan frekuensi warna dan bunyi. Kita perlu kenal kerana itulah watak utama yang paling dominan yang kita bawa terakam dalam DNA yang kita warisi. Jika buruk kita ubah. *Yang sukar untuk bersyukur dan menerima ujian dengan penuh redha maka disarankan mengambil frekuensi dalam NW 20.* frekuensi warna tanah iaitu hitam yang mana hidup kita di dunia ini sebenarnya untuk diuji dan terus diuji. Syukur akan membuat kita berjaya. Redha akan memadam potensi ujian berat yang seterusnya. Banyak lagi akan di kongsikan. Percayalah kita sedang berada dalam landasan yang benar. Kita sedang mengagungkan kebesaran tuhan dalam bidang rawatan diri ini. Tetapi saya terkilan sedikit apabila melihat jumlah pengamal dan ahli CVT yang berdaftar melalui persatuan sangat rendah. Kita kena buktikan pada *KKM* bahawa kita adalah persatuan yang aktif dan besar. Kita ada visi dan misi. Moga dalam masa satu minggu ini akan berubah jumlah pengamal dan ahli yang berdaftar dan ini akan menambah kuat semangat saya yang ada.
*Bersambung...*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
Thursday, February 27, 2020
Kanser atau barah berkaitan pertumbuhan sel-sel yang tidak terkawal
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kanser atau barah berkaitan pertumbuhan sel-sel yang tidak terkawal. Sel-sel ganas melebihi sel-sel sihat. Semua bermula dari pintu pertama zat yang nak masuk ke dalam darah iaitu usus. *Sebab itu NW 19 dan ACACIA keperluan asas.* Sel-sel kanser menjadi tidak siuman kerana faktor zat-zat pemakanan yang kita makan menjadi alahan pada diri. Juga berkaitan makanan yang tercemar dengan radiasi bebas. Sayuran dan buah-buahan yang sudah tidak lagi selamat kerana faktor racun dari bahan pengawet. Namun yang lebih ketara akan terjadi mengikut keturunan yang mewarisi gen kanser. Kanser dalam otak bermakna berkaitan makanan lemak yang berlebihan. Bahagian kesuburan seperti payudara dan sistem seksual seperti ovari berpunca dari makanan yang tinggi kolesterol. Bahagian hati, perut, pankreas dan buah pinggang berkaitan zat-zat protein yang menjadi toksik. Bahagian tulang, otot dan saraf berkaitan makanan yang terlalu tinggi serat dan terlalu kaya zat mineral dan berbagai vitamin yang berlebihan.
Bermakna konsep berpuasa sunnah Isnin dan Khamis yang dianjurkan sangat berkesan menyekat sel-sel dari terus memakan zat-zat yang berlebihan dan tidak sesuai pada tubuh. *Puasa Isnin akan memberi rangsangan tubuh menguatkan sistem imun.* *Puasa Khamis memberi pembersihan atau detok pada bahagian usus dan perut mencerna zat bertukar menjadi tenaga.* Untuk makanan menjadi tenaga pula kita mesti mengamalkan garam organik pada awal pagi untuk kerja metabolisma. Manakala gula perlu diamalkan sebelum memulakan makan makanan yang berat. Gula adalah bahan bakar pada semua zat yang kita makan agar tidak menjadi sisa toksik lambakan dalam darah. Meninggalkan garam dan mengurangkan gula tidak akan mengubah segala zat menjadi tenaga. Tenaga yang dimaksudkan adalah semua zat makanan bertukar menjadi oksigen. Oksigen yang cukup dalam aliran darah akan di hantar ke seluruh tubuh bagi keperluan tenaga hayat semua sel tubuh. Atas sebab itu kanser dikaitkan dengan sel-sel seluruh tubuh berkembang secara mendadak dan tidak terkawal yang sebenarnya berkaitan dengan zat-zat yang berlebihan. Namun karbohaidrat berlebihan tidak akan menjadi punca kepada sel-sel menjadi ganas. Kerana karbohaidrat adalah keperluan untuk sel-sel hidup sihat bertenaga dengan kehadiran oksigen dalam darah. *BERUNTUNGLAH PADA MEREKA YANG SUDAH MENDIAGNOS ZAT-ZAT PEMAKANAN*. Ada yang tidak menyangka kerana tomato yang sangat digemari itu menjadi punca sel-sel tubuh menjadi sel barah dengan cepat. Jika aliran darah tersekat maka sel-sel yang bertumpuk akan membentuk ketumbuhan dan akan mengganggu fungsi mana-mana organ yang diserang. Kita bimbang pada yang sudah menjalani kemoterapi atau terapi radiasi radioterapi akan menambah sel-sel mati menjadi makanan sel-sel ganas pula. Semua berkaitan zat dan pemakanan. Itulah hikmah berpuasa. Tujuan mengawal pertumbuhan sel-sel tubuh yang tidak sihat.
Bermakna yang sakit itu jelas adalah sebuah sel. Oleh itu yang hendak di rawat adalah sebuah sel. Karakter sel itu perlu di rawat dengan frekuensi gelombang yang ada sifat-sifat sel dan itulah sifat-sifat diri kita sendiri. Sel-sel kehilangan bunyi atau resonansi yang bertekanan. Sel hilang panduan. Rawatan konsep gelombang cahaya dalam frekuensi warna dan bunyi yang bertekanan amat tepat dalam era moden yang penuh gangguan gelombang ini. Umpamanya sifat ikhlas adalah sifat yang akan meneutralkan sekaligus menditoksifikasi sel-sel ganas ini. Bersedekahlah dengan ikhlas kerana quantum energi ikhlas amat kuat memberi kesan merawat sel-sel ganas yang menular dalam darah ini. Lakukanlah pekerjaan merawat dengan penuh keikhlasan juga akan membantu diri kita sendiri dari terelak dan terkena penyakit gangguan sel ini. Lakukanlah rawatan *TERAPI AIS* secara berkala setiap bulan untuk sel-sel disusun semula mengikut frekuensi warna yang sepatutnya. *TERAPI AIS* ini adalah rendaman yang amat relevan dalam menyusun semula sifat-sifat sel gila menjadi siuman semula. Sel-sel yang pincang dan bercelaru dengan fungsi yang tidak tepat boleh berpunca dari makanan yang kita ambil mengandungi berbagai zat yang menjadi alahan. Semoga kita dalam CVT semakin faham tentang siapa yang sakit dan apakah yang hendak kita rawat. Membedah pada sel-sel ketumbuhan hanya akan menambah ganas sel. Oleh itu jagalah zat-zat dengan cara mendiagnos mengikut spesifik niat berkaitan area sel yang menyerang atau secara umum pada yang belum menghadapi penyakit nombor satu yang sangat mematikan ini.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.


