Tuesday, March 3, 2020

Konsep hukum kekekalan energi

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*Konsep hukum kekekalan energi.* Dari energi ke massa dan dari massa ke energi. Semua boleh berubah bentuk. Kita sedang mengenal pasti titik pusat diri yang di sebut sebagai *PRIME ENERGY*. Titik ini begitu personal dan tersendiri pada setiap individu. Kita kesan menggunakan frekuensi melalui ujian *Applied Kinesiology (AK)* di tahap quantum. Sesuatu yang mendekati ketuhanan iaitu cahaya ilahi. Kita harus sayang pada diri kita kerana Allaah meniupkan rohnya ke dalam janin yang disempurnakannya Surah shaad qs 38:77. Roh itulah yang Allaah pinjamkan dan menghidupkan kita. Roh yang ditiupkan itu sebagai daya *JIWA* manusia ketika kelak berada di Dunia. Tugas kita mengetarkan jiwa yang ada dalam diri kita. Begitu banyak ayat-ayat cahaya dan bagaimana Allaah memperkenalkan dirinya di dalam Al-Quran. Ada beribu ayat Allaah memperkenalkan dirinya sesungguhnya Allaah mahu di kenal. Namun persoalan roh tidak banyak kita ketahui. Malah kita di larang untuk membahas mengenainya. Namun kita masih boleh mengenal diri. Dengan mengenal diri melalui konsep cahaya iaitu warna dengan getaran bunyi yang menyusun karakter kita maka kita akan semakin dekat mengenal pencipta. Siapakah pengamal yang sudah berada di level quantum. Merekalah yang berjaya mengharungi ujian dan dugaan. Perubatan kaedah frekuensi gelombang perlu di teruskan. Kita tidak mahu berada dalam suasana frekuensi yang salah. 

Energi itu tersusun akhirnya dalam matrik matematik. *Apakah nombor matrik tarikh lahir dan nombor matrik kerohanian dalam diri kita???.* Siapa yang sudah menguasai ilmu kenal diri maka apa yang dirasai dalam kotak fikirannya maka itulah yang terjadi. Maka mereka ini sangat takut berfikir negatif. Semua sudah di rakam atau ditakdirkan dan kita menjadi pembangkit energi itu menjadi nyata mengikut cara kita berfikir. Semua terserah pada diri kita sendiri memilih jalan dalam aliran gaya berfikir. Ego adalah musuh dan pemusnah diri. Riak suatu sifat paling dimurkai dan pasti akan mendapat balasan atau hukum karma iaitu hukum alam semesta yang akan di terima sebelum kematian kita. *PRIME ENERGY* itu adalah cahaya yang kesannya sama dengan frekuensi warna dan bunyi. Kita perlu kenal kerana itulah watak utama yang paling dominan yang kita bawa terakam dalam DNA yang kita warisi. Jika buruk kita ubah. *Yang sukar untuk bersyukur dan menerima ujian dengan penuh redha maka disarankan mengambil frekuensi dalam NW 20.* frekuensi warna tanah iaitu hitam yang mana hidup kita di dunia ini sebenarnya untuk diuji dan terus diuji. Syukur akan membuat kita berjaya. Redha akan memadam potensi ujian berat yang seterusnya. Banyak lagi akan di kongsikan. Percayalah kita sedang berada dalam landasan yang  benar. Kita sedang mengagungkan kebesaran tuhan dalam bidang rawatan diri ini. Tetapi saya terkilan sedikit apabila melihat jumlah pengamal dan ahli CVT yang berdaftar melalui persatuan sangat rendah.  Kita kena buktikan pada *KKM* bahawa kita adalah persatuan yang aktif dan besar. Kita ada visi dan misi. Moga dalam masa satu minggu ini akan berubah jumlah pengamal dan ahli yang berdaftar  dan ini akan menambah kuat semangat saya yang ada.

*Bersambung...*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment