Saturday, April 23, 2016

Promosi Sempena Bulan Rejab & Hari Pekerja 2016 : Order Online utk Kos Penghantaran Percuma! (Bernilai RM11.60) & Penyerapan GST oleh saya 23 April 2016 hingga 31 Mei 2016


ACACIA
RM 50.00 RM47.00
HORMON BALANCE 200biji
RM 35.00 RM33.00
SCRB GARAM 500gm
RM 74.20 RM70.00
TEA TREE CLEANSER (T3) (NW1-NW20) 70ml
RM 53.00 RM50.00
DIAMOND BLACK SEED & GARLIC (NW1-NW20) 15 KAPSUL
RM 39.20 RM35.00
ANTI STRESS AROMATERAPHY SHAMPOO 250ml
RM 68.90 RM65.00
SINAR 300 biji
RM 31.80 RM30.00
ENERGISED LIQUID CHLOROPHYLL 500 ml
RM 58.30 RM50.00
SW FULL MOON 10 ml
RM 76.30 RM72.00
GARAM BOOSTER
RM 35.00 RM33.00 (50gram)

RM47.70 RM45.00 (100gram)
AROMA TEA 7 20sachets
RM 55.10 RM52.00
KOPI AQLAN 20sachets
RM 42.40 RM40.00
CRNBERRY COLLAGEN 15sachets
RM 127.20 RM120.00
VOCAL MODULATOR 10ml
RM 63.60 RM60.00
SERI WAJAH - MATERNITY ESSENTIAL OIL 15ml
RM 104.90 RM99.00
E – QUANTIENT (EQ) 14botol
RM 150.50 RM142.00
BRAINY SUGAR ENERGY BSE-1234 KIDS 4 botol x 200 biji
RM 104.40 RM98.50
ALGA FOR WOMEN & HORMON BALANCE 1SET : 10ml + 200 biji
RM 132.50 RM125.00
SW-ANTIOKSIDAN 10ml
RM 59.40 RM56.00
BASIC ENERGY (BE) 30 biji
RM 146.30 RM138.00
BEAUTY DRINK BEAUTIFUL SKIN COLLAGEN 1SET
RM 106.00 RM100.00
AROMATHERAPY SHOWER GEL 150ml
RM 37.10 RM35.00
NW1 - NW20 300 BIJI
RM 35.00 RM33.00
SW - HDA OIL 15ml
RM 90.10 RM85.00
GULA NANO CVT
RM 41.30 RM39.00
NATRIUM (NAH)
RM 15.90 RM15.00
SEJUTA WAJAH
RM104.90 RM99.00 RM72.00(10ml)

RM111.00 (20ml)
SHAMPOO SHINAMINO PROFESSIONAL 1SET
RM 200.30 RM189.00
FORMULA SW99 & NW99
RM 76.30 RM72.00 SW99

RM 35.00 RM33.00 NW99
ESSENTIAL FATTY ACID (EFA)- Minyak Kelapa Dara 50ml
RM 83.70 RM79.00
BIO QUANTUM & QED QUANTUM ELECTRODYNAMIC 1 SET
RM 94.30 RM89.00
Jam Quantum Xcel (Anti-Clockwise) 4 Warna Diri
RM 1049.40 RM990.00
Jam Quantum Xcel (Anti-Clockwise) Gold/Silver
RM 1473.40 RM1390.00
Jam Dinding (Anti-Clockwise) CVT
RM 286.20 RM270.00

Friday, January 22, 2016

Khasiat Arabic Gum Al-Manna Acacia Serbuk CVT


Acacia atau Al-manna dalam bentuk serbuk. Bentuk asli seperti kristal yang memiliki fiber paling halus. Berasal dari pokok yang diambil dalam bentuk getah atau gum yang mengalir dan melekat di batang pokok.  Cara pengambilan satu sudu dimasukkan ke dalam air dingin dan rasa seperti mineral asli yang sangat segar. Boleh di ambil pada bila-bila masa sebelum atau selepas makan. Jadikan minuman harian biasa.

Makanan supliment yang mencuci usus dengan drastik. Untuk detok sel-sel kanser yang mati dan toksik berlebihan adalah sangat praktikal. Usus bersih otak akan lebih baik tumpuan dan menguatkan daya ingatan. Bertindak sebagai probiotik yang mengimbangi bakteria semulajadi yang baik dan jahat. Sebab asas semua penyakit adalah darah. Tetapi punca darah kotor adalah sistem penapis dan penyerapan iaitu usus bermasalah.

Tidak perlu buat terapi cuci usus yang berbelanja lebih besar dan menyakitkan. Acacia bukan sekadar mencuci malah membaiki dinding usus menjadi sihat. Baik untuk pesakit buah pinggang yang mengalami dialisis yang sebenarnya darah kotor disebabkan usus. Bersifat antioksidan. Keistimewaan berkesan berkali ganda menjadi sihat sebab dirakam dengan quantum NW 19. Jika quantum garam booster sebagai asas metabolisma pada semua arah dan acacia merawat darah hasil dari kerja pencernaan seperti lemak dan kolestrol yang masih tidak hadam dan bertimbun. Sangat baik untuk obesiti dan perut buncit.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

RM50 (100gm) Tanpa GST 6% & Kos Penghantaran Percuma!

KHASIAT / MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA 

Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Ia juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic adalah:- 

1. The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat. 

2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat. 

3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka. 

4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung. 

5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF. 

6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan. 

7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda. 

8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur. 

9. Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir. 

10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian orang. 

11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari. 

12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus. 

13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Saya suka menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang. 

14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesanannya kepada anda, janggan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang. 

15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah. 

16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon.

Sila Rujuk:

1. http://www.raysahelian.com/acaciagum.html

2. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17999333 

3. http://www.kidneyfailureweb.com/treatment/283.html

4. http://www.nutritionj.com/content/11/1/111

5. http://www.futuremedicine.com/doi/pdf/10.2217/14750708.3.2.183

6. http://sudanow.info/new/uncategorized/scientists-reveal-new-uses-for-gum-arabic/

7. http://jac.oxfordjournals.org/content/54/2/577.full

8. http://www.emaratyah.ae/showthread.php?t=315795 

9. http://forum.maas1.net/m118396.html

10. http://ejabat.google.com/ejabat/thread?tid=1adb4958780d0e8e

11. http://www.alnilin.com/news-action-show-id-30315.htm

12. http://www.sudaneseonline.com/cgi-bin/sdb/2bb.cgi?seq=msg&board=430&msg=1364756070

13. http://www.albayan.ae/five-senses/2000-01-19-1.1034500

14. http://www.albayan.ae/five-senses/2000-03-26-1.1035406

15. http://www.healthline.com/natstandardcontent/acacia 

16. http://www.organicarabicgum.com/

Wednesday, January 20, 2016

Kenapa Rasulullah Menyuruh Mematikan Lampu Ketika Hendak Tidur?

Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman" (HR.Muttafaq'alaih).
 
Rasulullah mensabdakan itu lebih dari 14 abad yang lalu. Ternyata, di abad modern ini baru diketahui manfaat kesihatan dari tuntunan Rasulullah untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur.

Ahli biologi Joan Robert mengungkapkan bahwa tubuh hanya dapat memproduksi hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit, termasuk kanser payudara dan kanser prostat. Orang yang tidur dalam keadaan gelap, maka tubuhnya dapat memproduksi hormon ini.

Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari, sekecil apapun sinarnya menyebabkan produksi hormon melatonin terhenti..
Pentingnya tidur di malam hari dengan mematikan lampu juga diteliti oleh para ilmuwan dari Barat. Pengaji menemui bahwa ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, dapat megaktifkan secara berlebihan sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.

Sebuah konferensi tentang anak penderita leukimia yang diadakan di London juga menyatakan bahwa seseorg blh menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur di malam hari dibandingkan dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Subhanallah... demikian luar biasa tuntunan Rasulullah. Setelah berabad-abad, hikmah perubatannya baru terungkai.  Wallahu a’lam bish shawab.

Sebarkan ini wahai saudaraku agar saudara kita yang lain mengetahuinya.

- PANDANGAN DARI PROF NW -

CVT sudah menyatakan secara tegas 17 tahun yang lalu tidur dalam gelap. Sebab gelap juga satu penciptaan. Tindak balas gelap. Ketika tidur quantum tidak aktif lagi dan roh juga dalam genggaman Allah Swt. Bermakna sistem kekebalan kita menjadi rendah dan bertentangan pada sifat cahaya. Melatonin satu keajaiban akan dirembeskan ketika banyak keadaan. Pertama sujud lama dan kedua tidur dalam gelap dalam keadaan sangat lena. Kelenjar pineal juga mengeluarkan melatonin ketika bulan purnama namun itu pun jika kita terdedah sepenuhnya selepas jam 12 mlm pada sinar cahaya bulan sepenuhnya dan berada dekat dengan air kerana otak akan bertekanan dengan air atas daya tarikan graviti bulan. Kerana otak 89 peratus adalah air. Kita akan menjadi lebih segar dan tubuh sangat bertenaga.

Renunglah bulan dan hormon melatonin akan jadi lebih ajaib membangkitkan semangat dan hasrat terpendam. Siapa yang takut tidur dalam gelap bermakna memiliki jiwa yang lemah. Bagi yang bermasalah ambillah NW 1 sebelum tidur bagi tujuan aktifkan hormon melatonin.

Apabila kita terangsang dan bersemangat juga melatonin akan keluar dengan banyaknya. Namun pakar barat menjumpainya setelah CVT praktis secara serius. Buktinya pada pesakit kanser sel-sel perlukan zat dan hormon melatonin yang tidak mampu di cipta manusia walaupun secanggih mana makmal yang di bangunkan. Jadi tidak perlu sebut nama penemu tu sebut je nama Rasulullah Saw dan semua dotor dan pengamal Cvt. Tapi fakta di atas tetap mengesahkan konsep yang sedang kita praktis secara tidak langsung. Syabas

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Friday, July 3, 2015

Kolagen untuk kulit putih, sihat & cantik



Beauty Drink Barly Collagen, Beauty Skin Peppermint Shower Gel & Beauty Skin Rosemary Shower Gel
Set Kolagen Untuk Lelaki & Wanita Rawatan Kecantikan Kulit & Kesihatan Tulang / Otot

Hidrolisis Kolagen Marin (sumber kolagen terbaik) ini dihasilkan oleh Rousselot France, pengarah kolagen yang paling terkenal di dunia. Kombinasi serbuk Fiber Barli dan Vitamin C membantu untuk meningkatkan kadar kecepatan proses pembaikpulihan kulit. Ia digunakan untuk menegangkan kulit, menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan serta garis-garis halus pada kulit. Ia sangat baik untuk kesihatan tulang juga.


Serlahkan Otot Pada Kulit Wajah Yang Sentiasa Muda

Hidrolisis Kolagen Marin : Sumber Kolagen Terbaik
Berasal 100% daripada kulit ikan yang melalui skala proses enzimatik hidrolisis. Perlu diketahui bahawa 75% daripada pembinaan kulit kita terdiri daripada kolagen.

Apa itu Kolagen?
Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, tulang, kartilaj, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstra selular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

FORMULA 1 MINUMAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN TULANG DAN OTOT

Fiber Barli dan Kolagen
Memberkenalkan revolusi minuman kecantikan kulit dalam penemuan terbaru komposisi kimia ideal. Fiber Barli Kolagen yang diaktifkan dengn frekuensi Hidrolisis Kolagen Marin dan Vitamin C. FIber barli kolagen memiliki tingkat kadar zat dengan sifat-sifat zat yang melalui teknologi pemecahan molekul yang bertenaga.

Kini anda boleh memiliki kulit yang sihat dengan kombinasi 3 formula gabungan aliran tenaga frekuensi kolagen.

Bagi wanita yang telah berumur dan mengalami masalah kulit kering adalah sangat perlu mengikuti rawatan minuman kecantikan dan kesihatan tulang dan otot .

Penghantaran Khusus Kolagen Dalam Kumpulan Protein Melalui Frekuensi Yang Tepat
Plasma bahagian cecair di dalam darah membawa pelbagai unsur lain yang terdapat di dalam hati selain dari sel darah merah. Di dalam cecair ini 90% daripadanya ialah air, garam, mineral, karbohidrat, lemak dan beratus-ratus jenis protein yang berbeza yang mengikat lipid dan membawanya ke dalam tisu terutamanya di kulit. Sekiranya kolagen dalam berbagai-bagai kumpulan yang berbeza-beza ini tidak dipandu melalui frekuensinya ke tisu kulit, maka lipid ini secara rawak akan hanyut ke merata tempat dan menyebabkan masalah kesihatan dan boleh membawa maut.

Kolagen Dalam Frekuensi Hormon Kesuburan
Di dalam rahsia kecantikan hormon kesuburan pada wanita berperanan sebagai penghantar khusus, iaitu sebagai pengangkutan. Ia mengikat lipid seperti kolesterol, hormon, bilirubin, pigmen hempedu kuning toksik yang mengawal kecantikan kulit. Hormon ini akan meninggalkan unsur-unsur beracun di dalam hati dan mengambil nutrien yang khusus untuk keperluan kulit.

Apabila semua ini dipertimbangkan, kolagen dalam bentuk protein ini yang dirangsang melalui frekuensi yang tepat akan dapat diselaraskan untuk menentukan bukan sahaja kedudukan yang memerlukan tetapi juga jumlah yang dihantar.

Semua ini merupakan indikasi suatu kesempurnaan yang mempesonakan keayuan wanita dalam memelihara kecantikan yang amat memerlukan protein kolagen yang lebih untuk merangsang hormon kesuburannya berbanding lelaki.

Frekuensi yang tepat ini adalah perlu memandangkan beribu-ribu kejadian biokimia yang berbeza terjadi di dalam badan kita secara rawat mengikut emosi dan pemikiran kita.
Selepas mengamalkan formula ini diharapkan seluruh trilion molekul protein dari hormon di dalam badan anda akan bekerja secara seimbang dan harmoni di dalam keadaan yang menakjubkan, kulit anda akan menghasilkan keputusan yang amat menakjubkan seperti kulit bayi yang bersih kerana semua molekul ini tumbuh dari pembahagian sel tunggal bermula di dalam kandungan lagi.

Sebenarnya kulit yang lebih anjal lebih menampakkan rahsia awet muda

Kesihatan darah adalah asas kepada kesihatan kulit

Mekanisme yang mengawal secara harmoni untuk memastikan nutrien dapat mengalir dan melepasi dinding arteri untuk mampu menyerap ke dalam tisu-tisu kulit dengan mudahnya pastilah daripada rahsia darah yang cukup bertenaga. Aromatherapy Shower Gel yang dipertenagakan dapat membantu penembusan nutrien ke kulit dengan lebih efektif. Nutrien yang besar dan berat akan dikenal pasti untuk disekat agar tisu kulit tidak menghadapi keradangan. Sebenarnya nutrean yang besar ini adalah risiko karsinogen atau punca kanser.

Mekanisme khusus ini sebenarnya bergantung dengan frekuensi yang dirakam agar tekanan darah dan cecair plasmanya dapat bekerja secara seimbang untuk mengangkut nutrien yang diperlukan dengan tepat untuk kulit.

Kesihatan otak juga dapat meningkatkan kecerdasan berfikir apabila bahan-bahan asid yang berbahaya telah cukup dicerna dan tidak memusnahkan sel-sel saraf (neuron) otak akan terselamat dan dilindungi kerana aliran masuk nutrien ke dalam organ yang amat sensitif dapat dikawal.

Keistimewaan Minuman Kecantikan Barli Kolagen
KUNING
-Menyingkirkan bahan toksin dlam sel-sel di bawah kulit
-Menyahtoksik
-Elimen utama yang menyerap melalui kulit
-Penghadaman lemak dan menyihatkan struktur usus
BIRU
-Pelangsing, rasa kenyang dan mencegah selera makan terhadap makanan berkarbohidrat

  • Menurunkan jumlahkolestrol
  • Membakar lemak danasid lemak melalui peningkatan oksigen dalam darah yang melalui jantung
MERAH
-Membekalkan kandungan khasiat untuk mengaktifkan semula sel-sel
-Aktifkan 6 komponen utama dalam badan manusia

  • Protein
  • Asid Amino
  • Lemak Tak Tepu
  • Vitamin
  • Bahan Mineral
  • Karbohidrat

-Mengembangkan arteri koronari salurdarah
-Menyingkirkan plumbum merkuri dan radioaktif
-Menghasilkan semula tulang rawatan yang haus seterusnya mengelakkan berlakunya komplikasi dan melegakan kesakitan
-Mengoptimumkan kesihatan tisu-tisu salur darah
HIJAU
-Memulihkan denyutan jantung yang lemah akibat keletihan
OREN
-Mengecutkan rahim, mempergiatkan penyembuhan rahim
VIOLET
-Membantu menyelaraskan keseimbangan neurotransmeter dalam otak
-Meneutralkan darah


Revolusi tenaga frekuensi kuning mengaktifkan kolagen di bawah kulit. Hanya dengan penjagaan minimum dalam rutin penjagaan secara mandian seharian.

  • Shower Gel Peppermint (Aktifkan Darah)
  • Shower Gel Rosmary (Merehatkan otot untuk penyerapan zat berat ke tulang)
  • Minuman Fiber Barli Kolagen dan Vitamin C
Kebaikan-kebaikan sel lengkap formula:
  • Frekuensi pengaktifan kolagen di dalam tubuh
  • Ia membina semula lapisan kulit baru tanpa menghakis atau mencederakannya.
  • Sempurna walaupun anda menghadapi masalah kulit yang kritikal
  • Menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan penghasilan kulit baru
  • Proses penyembuhan kulit secara dalaman hingga tahap epidermis
  • Mengandungi ekstrak Peppermint Rosemary Pro dan Vitamin B5 untuk meneutralkan kesan asid pada kulit berminyak dan tidak perlu risau dengan lapisan pelembap walaupun terdedah kepada lapisan suria di siang hari.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
FORMULA 2 SHOWER GEL ROSMARY
Shower Gel Rosmary dalam Frekuensi Kolagen ialah Permaisuri Minyak Dalam Dunia Kecantikan Kulit
Tanda-tanda kulit yang tidak sihat apabila kekurangan kolagen;
  • Jari-jari kaki mulai berketak
  • Rambut semakin halus dan tidak mudah dilentur pada kedudukan asal
  • Rambut hitam mulai perang menandakan kesihatan darah yang menjaga kulit telah lemah
  • Kulit bibir hitam dan kering
  • Kedutan pada bawah mata dengan warna kulit di bawah mata menghitam sebagai tanda banyak kolesterol di bawah kulit
  • Jerawat dan kutil-kutil lemak yang timbul dan kekal pada bahagian bawah ketiak
  • Kulit telinga menjadi tebal dan menghitam
  • Kedutan pada kulit lambat menegang apabila dipicit (simptom skurvi)
  • Masalah tulang
  • Otot yang mengendur

Tinggalkan cara lama mencantikkan kulit dengan teknik pengelupasan yang menyakitkan

Shower Gel Aromatherapy

Memberi keseimbangan yang tepat pada kulit berminyak agar sebum (thick substance) yang dihasilkan dapat melindungi kulit daripada bakteria dan lain-lain masalah luaran. Ia juga dapat mengawal kulit daripada mengeluarkan sebum berlebihan membuatkan kulit huru-hara .

Kulit Kepala Berminyak?
Semua orang terlalu biasa dengan masalah sebegini tetapi kita juga perlu tahu padah yang lebih buruk jika kulit kita kering, berbelak, kusam, kasar dengan ditandai oleh keadaan rambut yang getas iaitu rapuh, semakin halus dan mudah putus.

Kenapa Perlu Guna Shower Gel Aromatherapy?
Aromatherapy adalah minyak yang miliki estetika dengan bau-bauan sebagai daya penarik mengandungi kolesterol baik yang sangat sesuai untuk tujuan kecantikan. Minyak aromaterapi yang halus dan aktif mampu menembusi kulit seperti menyuntik kulit menjadikan kulit berseri seperti kilauan cahaya.
Di sinilah rahsia keunikan pati asli Essential Fatty Acids di dalam aromaterapi yang membina semula kulit dengan memberikan ketebalan pada kulit, menenangkan dan menyegarkan kulit serta kebal daripada pengaruh cuaca. Ia mampu memupuk kesuburan dan membaik pulih tekstur kulit serta melindungi kapilari kulit daripada meradang akibat berjemur di tengah panas.

Minuman Serat Barli Kolagen dan Vitamin C

Diperkaya dengan potassium yang dapat meningkatkan daya ingatan dan secara langsung ini menyegarkan daya ingatan kulit untuk mempertahankan maklumat yang dimilikinya. Kesan awet muda sebenarnya berkait rapat dengan daya ingatan yang sempurna.

Matahari dan Kecantikan

Aromatherapy Shower Gel Dalam frekuensi kolagen

Kesegaran (Darah). Aromatherapy Shower Gel Peppermint berterapi sensual yang merangsang naluri dan semangat anda. Infra merah yang merangsang fungsi warna merah untuk mengaktifkan darah yang lebih sihat.

Kulit Bersih (Solat Plexus). Warna di dalam cahaya kuning matahari memiliki sinar UV yang amat relevan dengan rahsia kecantikan kulit. Pendedahan pada waktu tengah hari ini akan membolehkan kulit menghasilkan berbagai vitamin khasnya zat kolagen untuk kecantikan kulit.

Istirehat (Tulang dan Otot). Formula ini memberi istirehat dalam waktu tidur yang sangat berkualiti apabila digunakan untuk mandian sebelum tidur bermula pada sebelah petang. Tubuh secara fizikalnya dapat membentuk tulang yang padat dan otot yang tengang.

Rahsia kecantikan kulit perlu pendedahan pada radiasi merah untuk mengaktifkan darah melalui sinaran infra merah pagi dan petang.

Rahsia Kuning Dalam Kecantikan Kulit
Warna kuning matahari amat relevan dengan rahsia kecantikan kulit, merangsang serum di bawah kulit sebagai pelembap semula jadi yang lebih sesuai. Kolagen dapat menegangkan tisu kulit dan menanggalkan timbunan melanin yang menyakitkan kulit sehingga wajah kulit tidak berseri menjadi kusam.

Shower Gel Rosemary (Mandi Petang sebelum tidur)
Ini bukan produk kecantikan untuk pemutihan atau pencerahan kulit. Formula ini dirakam dengan tenaga kuantum mekanik untuk meningkatkan momentum partikel tenaga dan partikel Volume Total menjadi lebih berkesan berkali-kali ganda dan mengembalikan ketegangan kulit semula jadi yang asli. Mampu menanggalkan kesan bintik-bintik perang gelap di muka, menenang, menyegar dan menyejukkan. Kulit tidak terasa perit selepas di cuci dan kandaungan yang bercampur minyak rosemary menyahtoksikkan kulit dari berbagai-bagai radiasi. Ia juga melarutkan dengan mudah bahan solekan.

Minyak esen di dalam Shower Gel Rosmary mampu melakukan penyerapan pantas atau transdermal ke lapisan dalam kulit dengan cekap. Dengan sensasi yang nyaman dan meninggalkan haruman yang menyegarkan pada kulit. Membolehkan kulit menyerap oksigen serta mengurangkan bakteria. Formula ini akan memberi istirahat yang sangat berkualiti apabila digunakan untuk mandian sebelum tidur bermula pada sebelah petang. Otot kulit dapat lebih rehat untuk membina tisu-tisunya menjadi lebih anjal.

Kemasan Bedak Alat Solek Diragui Kesuciannya
Maka gunakan pencuci Shower Gel Peppermint atau Shower Gel Rosmary dengan pH 5.5 lembut pada kulit dan pengawal sebum secara berkesan, membersihkan pori-pori yang tersumbat dan menanggalkan sel-sel kulit yang mati dan mendorong pembaharuan kulit. Ia juga menghilang dan mengurangkan jerawat dalam beberapa hari sahaja.

Kulit yang cerah tanpa celat tidak bermaksud ia sihat dan sempurna. Kulit seperti ini mempunyai risiko kapilari mudah pecah dan sekali gus menjadi sensitif kepada agen perosak seperti kepanasan, stres dan alkohol.

Molekul minyak esen Shower Gel Aromatherapy dengan minuman kecantikan fiber frekuensi kolagen dapat memperkuat otot kulit dan kesihatan tulang.
Tujuh tanda kulit tidak sihat semestinya pada yang telah berusia kerana tanda-tanda sebegini juga boleh berlaku pada bayi dan kanak-kanak.
  • Garis halus dan kedutan
  • Permukaan kulit kering
  • Ton kulit tidak sekata
  • Tompok dan bintik hitam
  • Tekstur kulit yang kuran pejal
  • Pori-pori yang besar pada wajah
  • Pigmentasi kulit kasar
  • Minyak berlebihan dari kelanjar minyak
Kenapa perlu guna Shower Gel Aromatherapy?
Bebes daripada bahan-bahan iritasi dan perangsang. Shower Gel Aromatherapy, bahan berkualiti sebagai rutin penjagaan yang ideal untuk kesihatan kulit.
Formula efektif sebagai produk inovatif yang mampu dimiliki dan dirumus dengan adunan pelbagai pati bunga sinergi mengikut gabungan pasangan minyak yang mengikut kestabilan molekul zat-zat dan vitamin yang terdapat dalam kandungannya dalam sifat wangian semula jadi dan menyegarkan.

FORMULA 3 SHOWER GEL PEPPERMINT
Memperkenalkan rumusan tindakan anti-melanin yang terperangkap jauh ke bawah kulit dan seterusnya dapat memperbaiki sambungan derma-epiderma yang juga bertanggungjawab memerangkap melanin dan mencerahkan kulit yang telah dipenuhi dengan bintik-bintik gelap. Formula Shower Gel Pappermint ini dapat menyempurnakan ketidakseragaman warna kulit.

Menyerap minyak berlebihan yang menjadi penyebab bintik-bintik hitam dan kesan jerawat, membaiki keseimbangan mineral kulit supaya ia nampak sihat.

Gambar rajah di bawah menunjukkan hasil selepas menggunakan Shower Gel Rosmary Dan Pappermint dalam mandian pagi dan petang.
  • 90% wanita mengesahkan Shower Gel Aromatherapy berkesan dan secara umumnya kulit mereka lebih lembut, licin, halus dan berkilau.
  • 85% mendapati kulit mereka lebih berseri.
  • 90% mengatakan mereka memiliki kulit lebih cantik dari semasa usia muda dahulu.


Direka khas menyatukan dan memberikan tenaga pada kulit yang kusam
Ramai wanita menjadi puteri lilin, takut kulit gelap dan dibakar oleh kesan-kesan buruk sinaran matahari.

Kulit yang lut sinar dengan kuasa pelembap yang semula jadi bertindak seiring dengan kesan bakar suria. Kulit anda tidak lagi perlu dimanjakan dengan pelbagai jenama pelembap seperi UV Plus Protective.

Tidak mungkin shower gel berjenama lain yang menggunakan bahan kimia mempunyai kuasa klinikal menakjubkan sebegini.

Faktor Penyebab Timbul Bintik-bintik Hitam
Bila kulit terlalu lama pada sinar matahari ultraviolet (UV) di waktu tengah hari, kadar tekanan oksigen menjadi lebih rendah dan ini melemaskan kulit dan akhirnya semua jenis bahan pelembap kulit bertukar menjadi toksik yang mengubah sifat hormon thyrosine(hormon dari kelenjar Thyroid) ke hormon melanin (yang sepatutnya dirembeskan oleh kelenjar Pineal). Oleh itu, kulit akan menjadi lebih banyak pigmen.

Sel-sel yang dihasilkan oleh pigmen sangat aktif ketika cuaca terlalu panas, melanin sebenarnya adalah kubu atau perisai yang bertindak melindungi kulit daripada panahan sinar matahari. Sistem pesanan pada kuilt akan menghantar mesej dengan tepat untuk menghasilkan melanin pada saiz dan nisbah yang tepat untuk keadaan kulit dan tahap cahaya yang merangsang kulit. Tetapi kadangkala ia tidak berlaku dengan lancar jika kulit kehilangan tenaga dan zat untuk bekerja secara harmonis dan terjadilah bintik-bintik hitam.
Solar Plexus Kuning Sebagai Warna Pembersih Hati Untuk Kesihatan Yang Merangsang Zat-Zat Makanan.

0.5 milisaat atau mungkin kurang daripada itu, Input atau mesej dalam bentuk gelombang bunyi merebak masuk melalui beratus-ratus juta partikel cahaya yang diserap pada kulit dan mencecah minda untuk diproses akan mengikut frekuensi fungsi warna kuning yang dirakam untuk rawatan pembersih hati dan kulit, sebagai dua agen terbesar pada tubuh manusia.

Bayangkan jika mesej yang tepat untuk kulit ini dihantar secara berulang kali pada setiap hari dalam tempoh 30 hari, kulit yang rosak akan dapat disembuhkan dan adalah mustahil bagi kerja perawatan kulit yang biasa. Kulit anda tidak lagi sensitif pada matahari.

Jika sesuatu produk menjanjikan kulit yang cerah dalam masa dua atau tiga minggu, kemungkinan besar ini mengandungi bahan yang berbahaya kepada kulit muka. Produk pemutih sebenarnya membuatkan kulit semakin nipis dan lebih sensitif pada cahaya matahari. Seterusnya melanin akan menghasilkan sel-sel kulit yang tidak matang dan cepat musnah dan tertinggal pada kulit menjadi pigmentasi dalam bentuk bintik-bintik hitam.

Bahan pemutih mengandungi bahan penghakis yang dapat menipiskan lapisan permukaan kulit. Kajian menunjukkan bahawa kulit yang cergas lebih banyak menghasilkan warna kulit pigmen. Produk peluntur sentiasa diragui kerana ia pasti mengandungi toksik merkuri yang dapat merosakkan lilitan saraf dan otak kita. Merkuri boleh bertindak mengganggu fungsi kelenjar pituitari yang mengawal awet muda dan kesegaran sel kulit. Selain pelupa, merkuri boleh membuat seseorang itu nampak putih kulitnya tetapi banyak kedutan seperti orang yang telah berusia.

Merkuri boleh menyebabkan terjadi komplikasi kesihatan yang amat membimbangkan. Paling tidak , ia akan mengubah personaliti, insomnia dan hilang ingatan jangka pendek dan potensi kepada pelbagai penyakit berat.

Frekuensi tenaga warna kuning dalam kolagen akan meningkatkan kecekapan sistem metabolisma dan ini akan mengharmonikan Aura Hijau yang lebih bersifat damai dan penuh keseimbangan.

Kombinasi tiga warna cahaya Aura Biru, Hijau dan Merah akan menjadikan cahaya kembali putih bersinar.

Jaga baik hati mu dengan sepenuh hati. Kulit yang bersih mencerminkan pemikiran yang bersih yang lahir dari perasaan yang murni.

Hati dalam frekuensi tenaga kolagen kuning menyingkir bahan racun yang terdapat dalam darah melalui hempedu atau organ-organ perkumuhan. Ia juga memastikan asid amino dalam tahap normal yang berlebihan akan dibawa keluar dari badan.

Ia menyingkirkan sel-sel darah merah yang mati ditukar kepada jus hempedu dan zat besi disimpan untuk kegunaan kesihatan kulit sebagai agen yang terbesar menggunakan hati dalam sistem atau fungsi secara simbolik untuk keperluan masa depan dan masa sekarang.

Cadangan pengambilan
1 sudu setiap hari untuk kecantikankulit
1 sudu 3 kali sehari untuk penjagaan otot dan tulang


Gred;
Di bawah gred pemakanan segala bahan ramuan adalah di bawah pengawasan FDA-BAM dan Akta Makanan dan Peraturan Makanan Malaysia.

Jangka Hayat;
18 bulan dalam keadaan tertutup (tidak terdedah kepada udara) di bawah suhu 30 Celsius dan disimpan di tempat yang kering.


RM100.00 sahaja