Thursday, December 3, 2020

Jualan akhir tahun 2020

 


Promosi beli basic energy (be) dapat diskaun 50% untuk pembelian alga women oil

Tempoh promosi: 01.12.2020 hingga 10.12.2020

WhatsApp: 016-9182523

Kos penghantaran Percuma!

Sunday, September 13, 2020

Matrik 2 merah jambu dan matrik 3 Violet

 ILMIAH CVT MALAYSIA

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




RM 90.00

Matrik 2 merah jambu dan matrik 3 Violet. Simbolik kasih dan sayang. Nombor keremajaan dan awet muda. Dengan syarat menguatkan daya ingatan. Matrik 2 dalam fungsi NW 3. Sangat sensitif dari segi emosi, mudahnya terasa dan tersentuh hati. Bersifat manja atau romantis. Adakalanya perubahan emosi dan mood yang tidak menentu. Hormon kesuburan estrogen remaja peringkat awal dan apabila mencapai umur 40an berpotensi putus haid awal atau pra menopouse kerana gagal mengawal emosi. Alasannya kerana hormon lebih mudah aktif dalam suasana emosi yang penuh keceriaan. Serangan kanser ovari pada level minda manakala serangan rahim pula pada level fizikal. Rahim yang jatuh kerana masalah tulang dan otot. Tulang pinggul yang menjaga kesihatan seksual akan mengalami kelainan. Bernasib baik pada level emosi dan spiritual kelemahan pada sistem seksual ini bukan dalam jalur dna permasalahan seksual ini. Adalah lebih bermasalah lagi jika level diri luar dan dalam sama. Seperti level Minda sangat mudah mengalami masalah ovari sehingga ovari terpaksa dibuang dan ini mendedahkan diri pada pengurangan hormon estrogen dan gejala atau simptom pra menopouse lebih mudah hadir dalam keadaan yang serius. Tulang mudah menyingkirkan kalsium dan kepadatan jisim tulang juga merosot. Perubahan suara dengan serangan batuk kecil berterusan adalah tanda-tanda awal ke arah gangguan hormon.


Sehingga ke hari ini belum di pastikan punca sebenar pra menopouse ini. Oleh itu CVT mengambil  langkah dengan formula khas pra menopouse dan formula keremajaan. Dalam dua pakej khas iaitu untuk remaja yang memerlukan penjagaan kesihatan hormon kewanitaan yang bersifat feminin yang di ambil dari peringkat awal dan yang mengalami masalah kesihatan haid. Pakej ke dua pada yang ingin mempertahankan kulit dan seksual tidak dimakan usia. Matrik 2 hormon estrogen wanita dan matrik 3 testosterone lelaki. Jika dalam pemetaan tarikh lahir didapati nombor ini lebih terserlah menguasai dari awal maka penuhilah dirinya dengan sifat kasih dan sayang agar karakter anak-anak dapat dibina dan dipupuk subur agar tidak menyimpang menjadi negatif. Kesimpulannya ketidakseimbangan hormon itu akan menzahirkan karakter yang beremosi negatif dan ini sangat merugikan kesihatan sistem kesuburan kewanitaan.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

Pengasas Colour Vibration Therapy (CVT)

Saturday, September 12, 2020

Tabiat merokok kesan dan akibat kepada diri keluarga dan masyarakat

Artikel & Info Kesihatan : Kesan & Akibat Tabiat Merokok. Bahaya Kandungan Rokok Kepada Perokok & Orang Di Sekeliling

... Assalamualaikum & Salam Sejahtera ...


Pengenalan

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.


Hadith Rasullullah s.a.w. :


1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)


2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)


3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)


Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. 


Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. 


Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. 


Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. 


Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. 


Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. 


Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. 


Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. 


Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. 


Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. 


Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.



Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan 

- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan 

- Lebih terdedah kepada kanser 

- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal 


Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

- Lebih mudah mendapat lelah 

- Mendapat jangkitan paru-paru 

- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 

- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.


Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok

- Hidup lebih lama 

- Dapat menghindari racun 

- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok 

- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak 

- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat 

- Meningkatkan deria rasa dan bau 

- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar

- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 

- Yakinkan diri 

- Buat nota peringatan 

- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" 

- Tumpukan pada hari ini 

- Sentiasa berfikiran positif 

- Dapatkan sokongan 

- Lawan keinginan untuk merokok 

- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai

- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


Sumber

- Pusat Racun Negara, USM Official Website

- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website

- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian

- Sabahan.net

- Persendirian

Jenis penyakit bisul / abses

Quantum matrik 99

NW | SW | Glucose

Bertujuan untuk merangsang enzim-enzim melaksanakan kerja-kerja menurut kedudukan atau organ-organ tubuh yang mengalami penyakit. Setiap kali rangsangan melalui sistem neuro / saraf dihantar ke otak, mesej atau maklumat yang diterima secara serentak dengan niat / hasrat / tujuan akan dihantar ke sel-sel organ hati sebelum bahan atau subsrat yang telah menjadi keracunan ditukar menjadi tenaga untuk merangsang kerja-kerja enzim spesifik di bahagian yang lemah atau berpenyakit.

Perincian penyakit

- Kumpulan nanah dalam rongga yang disebabkan oleh keradangan.
- Abses pada gusi / rongga gigi.
- Abses yang terjadi akibat kesantinggalan / ulangan atau keradangan yang lama atau terbentuk pada sekitar jahitan.

Cm 96
C=Urium

Bisul / Abses
Abscess



Friday, August 7, 2020

Prof. Dr. Norhisham Wahab

Pengasas CVT & Ketua Pegawai Eksekutif CVTSB.

Prof. Dr. Norhisham Wahab dilahirkan di Kuala Lumpur pada 21hb April 1960. Ayah beliau merupakan anak kelahiran negeri Pahang Darul Makmur, manakala ibu beliau berasal dari Negeri Sembilan Darul Khusus.


Tahun 1996. Menjadi Pengerusi dan pengarah di sebuah syarikat perubatan alternatif dan holistik iaitu di Syarikat Castle Trillion (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Maluri, Cheras. Bermula dari situ, tercetusnya minat dalam bidang perubatan secara serius setelah berjaya memajukan syarikat berkenaan dengan jayanya. Kerjaya beliau yang amat disenangi oleh beliau hingga kini sebenarnya bermula dari galakkan dan nasihat daripada pengasas syarikat berkenaan iaitu Dr K.L Tan.


Tahun 1998 . Oleh kerana peluang untuk melanjutkan penyelidikan dalam bidang perubatan agak terhad di dalam Negara pada ketika itu, beliau telah memilih untuk mencari ilmu dan pengalaman baru di luar Negara, kesempatan bekerja dengan beberapa buah organisasi perubatan dan beberapa orang profesor di beberapa buah negara di Eropah telah membuka peluang untuk mengkaji dan meneliti setiap penemuan yang pernah dilakukan di tanah air. Ketika itulah beliau mula mendalami setiap perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan kejadian alam semesta.


Tahun 1999. Selama setahun apabila pulang ke tanah air, beliau meneruskan usaha untuk meningkatkan kemajuan di dalam bidang penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit yang menjurus kepada konsep alternatif dan berasaskan Sains Fizik dan Kimia. Beliau telah membuat penyelidikan dengan merawat secara percuma lebih 500 orang pesakit di seluruh pedalaman tanah air. Manakala pesakit-pesakit diberi rawatan secara percuma.  Beliau telah berjaya menggabungkan ketiga-tiga elemen ini untuk melengkapkan bidang biologi sebagai asas untuk menjadikan ia sebagai satu bidang perubatan baru iaitu Bio-magnetik Hidroterapi Ais yang moden dan diasaskan pada tahun 1997sehinggalah lahirnya perubatan berkonsepkan terapi warna dan getaran. Setiap penemuan beliau dihasilkan dalam bentuk yang boleh digunakan dan menghasilkan beberapa formula tertentu yang dibuktikan keberkesanannya. Salah satu formula yang dihasilkan oleh beliau adalah set NW ( formula gelombang tenaga bunga-bungaan dan floral yang menjadi persamaan teori sel dan tenaga ). Kemudian beliau menyusun tesis yang berkisar tentang sel dan tenaga, dan memperolehi kedoktoran MD(M.A) pada 1998 oleh The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM) di bawah naungan WHO dan United Nation. Beliau telah dianugerahkan gelaran Professor pada tahun 2002 setelah menyiapkan tesis yang bertajuk “Ruang, Masa dan Sel ” .


Melalui sebuah makmal yang dibangunkan, beliau telah banyak membuat kajian secara klinikal di dalam mengkaji kesan tenaga warna melalui bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan (floral) terhadap rangsangan spiritual, mental dan emosi serta fizikal serta hubungkaitnya dengan tubuh manusia.


Pada awal 1999, berkat usaha gigih, beliau berjaya mengasaskan Colour Vibration Therapy menerusi penyelidikan dan menggunakan teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi  dengan penyakit melalui konsep rawatan Bio-magnetik hidroterapi ais. Satu kebanggaan pada beliau yang telah mengeluarkan peruntukan jutaan ringgit untuk membangunkan Pusat penyelidikan dan pembangunan CVT tanpa membuat pinjaman dari mana-mana badan kewangan. Beliau mengambil langkah berani apabila memperkenalkan konsep rawatan Hidroterapi Ais sebagai kaedah perawatan penyakit yang pertama seumpanya di dunia. Ia juga dikenali sebagai Bio-Magnetik Hidroterapi. Teori penyakit dalam kajian atom di dalam alam mula terbentuknya struktur ikatan berbagai macam unsur. Dalam konsep Bio-magnetik Hidroterapi Ais merupakan satu rawatan mengubah penyakit (massa) menjadi sebuah energi. Menerusi konsep rawatan ini juga menjelaskan reaksi Fisi dan Fusi. Di mana terdapat unsur-unsur di  alam semesta serta peranannya dan juga keteraturan dan keseimbangan. Keajaiban berbagai unsur dalam memahami penyakit disamping fungsi dan peranan elektron dalam karakter manusia sebagai rawatan.


Untuk merealisasikan konsep perubatan ini beliau telah menganjurkan satu majlis Konvokesyen Faculty Universal Science of Colours serentak dengan Kongres Perubatan Komplimentari Antarabangsa Colour Vibration Therapy dijayakan iaitu pada September 2004 dan melalui majlis tersebut beliau telah mendapat anugerah Kongres Sedunia yang cemerlang sepanjang 40 tahun dalam sejarah Kongres Sedunia yang dianjurkan diseluruh dunia, dan di atas penghargaan tersebut beliau telah dianugerahkan sebagai penganjur Majlis World Congress Cemerlang serta merelisasikan persetujuan kerjasama bersama OIUCM.


Pada tahun 2004, penganjuran kali pertama konvokesyen Faculty Universal Science of Colours serentak dengan Kongres Perubatan Komplimentari Antarabangsa Colour Vibration Therapy dijayakan iaitu pada September 2004. Tidak terhad dengan pengiktirafan sebelum ini, beliau dianugerahkan dengan gelaran Sir di mana ianya disempurnakan sendiri oleh Pengerusi The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM), Prof. Dr Sir Anton Jayasuriya pada Majlis Kongres Sedunia di Shah Alam, Selangor pada tahun yang sama.


Beliau juga telah dianugerahkan dengan gelaran Professor pada majlis penganugerahan yang diadakan di Sri Lanka. Ianya sebagai pengiktirafan di atas hasil kajian beliau mengenai Hidroterapi Ais dan selain daripada pencapaian serta usaha yang diiktiraf sepanjang penglibatan dalam bidang perubatan alternatif dan komplimentari.


Anugerah diperolehi oleh beliau ialah “Knight Commander of Charity” iaitu anugerah kepimpinan dalam kebajikan khususnya menerusi bidang perubatan integratif secara global, melalui majlis “World Congress of Integrated Medicine ke 45 tahun 2007” yang diadakan di The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM), Colombo Sri Lanka pada November 2007. Majlis yang dihadiri lebih 1500 delegasi daripada seluruh dunia menyaksikan pengiktirafan yang begitu bermakna kepada Prof. Dr. Sir Norhisham Wahab dan juga CVT serta negara kita, Malaysia khususnya.


Pada 11 Julai 2010, beliau telah mendapat anugerah PAX MUNDI PEACE bertaraf PRIXINTERNATIONAL DIPLOMATIK 1950 – 1961 dalam satu majlis ‘48th Anniversary Year Medicina Alternativa World Congress Of Integrated Medicines’ yang di adakan di Kuala Lumpur.


Beliau juga banyak menyumbangkan bahan-bahan ilmiah yang disiarkan menerusi media cetak termasuk akhbar dan majalah. Pada tahun 2010, beliau telah melantik Tan Sri Norian Mai bekas ketua polis negara sebagai penasihat undang-undang di Colour Vibration Therapy Sdn Bhd.


 


ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

TAHUN ANUGERAH

2017 Pengiktirafan Khas dari Kementerian sumber Manusia , Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam Bidang Hidroterapi Ais Malaysia

 

2010


PAX MUNDI PEACE bertaraf Prix International Diplomatik 1905 – 1961

Pada satu majlis 48th Anniversary Year of Medicina Alternativa World Congress of Intergrated Medicines 2010, Open International University for Complementary Medicine-11th July 2010 Kuala Lumpur Malaysia.


2007 Knight Commander "Knights of Charity" “Knight of Malta Sir”

2006 Professor (Emeritus)

2004 Knight "Knights of Malta"

Sir


Anugerah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Medicina Alternativa (Alma Ata 1962), Lord Sir Dr. Anton Jayasuriya. Serentak dengan anugerah kecemerlangan sebagai penganjur terbaik Kongres Sedunia Perubatan Komplementari Antarabangsa yang cemerlang sepanjang 40 tahun dalam sejarah kongres sedunia di adakan diseluruh dunia, yang dilakukan serentak dengan Majlis Konvokesyen Fakulti Universal Science Colours, Colour Vibration Therapy.


2002 Professor

PHD, The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM)


1998 Doktor

M.D (M.A), (OIUCM)

Tuesday, April 28, 2020

Order online untuk kos penghantaran percuma! dengan pembelian melebihi RM100

WhatsApp segera 016-9182523

Promosi sempena perintah kawalan pergerakan (pkp) yang telah dilanjutkan lagi

#DudukRumah

Untuk dapatkan Baja Milagro : http://bajamilagrotanjungrambutanperak.blogspot.com

Monday, March 16, 2020

Berita baik dan berita buruk

*-ILMIAH CVTSB-*

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*Berita baik dan berita buruk.* Nampaknya penularan Covid 19 di Wuhan sudah semakin menurun dan terkawal. Kebijakkan pemerintah Cina yang mengawal pergerakkan dan menutup banyak tempat. Hakikatnya apabila kita berada dalam ruang sihat dan menjaga kebersihan diri khasnya kebersihan tangan maka kita akan lebih selamat. Virus boleh sahaja berada di mana-mana namun tetap tidak boleh bertahan lama. Dalam masa yang sama pembersihan secara menyeluruh semua ruang dapat membunuh virus ini. Virus ini tidak ada kaki atau kepak boleh terbang ke sana sini. Kitalah yang membawanya ke sana sini melalui keadaan diri kita yang tidak menjaga kebersihan. Kitalah yang menularkannya kerana tidak jelas apakah diri sudah mendapat jangkitan. Gejala batuk yang berpanjangan tidak di peduli. Selesema dan demam selepas batuk yang lama juga tidak di sangka diri sudah di jangkiti. Dan kita masih ke mana-mana menyebarkannya. Banyak yang tumbang, rebah dan ketika itu baru di sedari dan biasanya sudah terlambat kerana virus sudah mereputkan paru-paru. Tawaran khas dari kerajaan pada orang ramai dengan penuh kesedaran untuk melakukan saringan secara sukarela sangat membantu kerana jangkitan awal jika di rawat sangat besar potensi sembuhnya.

Berita buruk di negara kita gejala wabak terbaru di kesan menular secara besar-besaran seperti mana yang kita semua sudah maklum. Bagaimana agaknya kerajaan nak mengenalpasti dan memanggil para jemaah tabligh yang di jangka lebih 15 ribu orang itu dapat secara sukarela datang menyerah diri untuk di lakukan saringan. Setiap negara sanggup menutup pintu masuk agar tidak ada satu pembawa pun yang dapat lepas tembus masuk. Tiba-tiba kita digemparkan dengan penularan dalam jumlah ribuan orang dalam satu keserentakkan ruang yang akan menjadi punca penularan virus ini. Begitulah ketatnya dan itulah cara yang amat berkesan. Kerana tidak ada gunanya kawalan pergerakkan dan menutup banyak premis perniagaan jika sumber dari luar terus masuk. Tidak ada gunanya menjaga kebersihan jika penularan terbaru dalam negara kita yang sumbernya dalam negara sudah di kenalpasti akan merebak secara amat dahsyat. Inilah sebenarnya yang di takuti. Lebih awal jumlah peserta tabligh yang mendapat saringan akan menyelamatkan banyak nyawa. Jadi negara kita sekarang sedang dalam situasi yang lebih berat berbanding negara-negara lain yang keadaan penularan tidak dalam jumlah yang amat besar ini. Bersyukur pada pemerintah Arab Saudi dalam langkah awal menutup pusat tumpuan ibadah umat Islam iaitu Makkah. Ini semua rahmat dari tuhan memberi kita petunjuk dan langkah persediaan.

Apapun kita masih belum terlambat. Ikut semua langkah yang di cadangkan oleh kerajaan. *Kita ada NW/SW 1 untuk sistem imun.* Kerana sistem imun yang kuat akan merawat diri hingga sembuh. Buktinya orang yang sihat seperti kanak-kanak banyak terhindar dari jangkitan kerana faktor sistem imun yang kuat dan kebal. *Kita ada NW/SW 7 dan NW/SW 5 untuk kawal demam dan menguatkan antibodi.* *Sistem imun NW/SW 1 Lelaki dan NW/SW 2 Wanita dan antibodi NW 5 untuk teruskan rasa ceria.* Jangan rasa sedih atau bimbang kerana itu akan melemahkan sistem imun dan antibodi semulajadi dalam diri kita. Dalam CVT kita sudah ada semua itu. Konsep CVT semua benda itu ada tenaganya. Virus juga sebuah bentuk tenaga. Penawar dalam bentuk tenaga sangat mampu mengubah sifat dan karakter tenaga pada virus itu agar mesra alam dan dipasifkan semula kerana bersifat asing dengan kejadian fitrah kita sebagai manusia. *Andai virus sudah menyerang dan sampai pada paru-paru maka NW/SW 10 dan NW/SW 11 dalam frekuensi hijau akan menyelamatkan keadaan yang sukar bernafas.* Suasana hijau akan menambah aktif oksigen dan ini akan mengawal virus ini agar tidak terus merosakkan tisu pada paru-paru. Semua warga CVT jangan panik. Rasulullaah Shallallaahu ‘alaihiwasallam berpesan kepada kita mencari jenis ubat bermakna kita wajib berusaha merawat diri. Setelah itu baru kita berserah dan sabar. Andai kata kita mati maka kematian kita dalam rahmat Allaah jua. Semua ini ada jalan penyelesaiannya. *Kita ada formula yang sangat ilmiah dan KONSEP RAWATAN AIS.* Ingat ya apabila ada tanda batuk sahaja maka jangan buang masa dengan menguatkan sistem imun dahulu. Itulah tanda-tanda yang Allaah sudah beri pada kita dan itu sangat adil agar kita dapat merawat diri lebih awal dan itu pun jika kita prihatin pada kesihatan keluarga kita yang lain.

*Oleh itu kita cadangkan semua belian melalui cara pos.* *Lebih pantas dan menjimatkan masa.* *Namun kita CVT bernasib baik kerana bahagian farmasi beroperasi seperti biasa selaras yang di benarkan oleh kerajaan.* *Peringatan!!!!.* *Rawatan TERAPI AIS CVTHQ sementara 14 hari ini tidak di benarkan.* *Rawatan diri sendiri di rumah lebih awal namun saringan perlu di lakukan awal apabila ada gejala batuk dan tidak perlu menunggu lama.*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.