*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Telinga dan jantung dalam sistem termoregulasi. Telinga mengawal suhu tubuh di bahagian kepala. Kepala yang panas ketika demam membuat pendengaran atau sistem komunikasi terganggu. Seekor gajah akan mengepakkan atau melebarkan telinga mengikut arah datangnya angin bagi memerangkap bunyi yang jauh. Kejadian gempa dapat dikesan getarannya beberapa hari sebelum terjadinya gempa. Jika kita masuk ke dalam hutan dan bercakap takbur maka itu dapat dikesan oleh gajah yang tidak menyukainya. Gajah juga dapat mengesan dalam mengenalpasti musuh untuk membalas dendam. Walaupun dalam tempoh masa lama gajah tetap dapat mengenalnya. Dahsyatnya gajah mengesan getaran atau quantum gema yang sudah lama atau yang bakal terjadi. Jika manusia yang sensitif di gelar sebagai telinga nipis. Telinga kecil dan nipis menyebabkan aliran darah tidak cukup untuk bekalan pada otak. Sebab itu otak kurang maklumat untuk membuat pertimbangan yang wajar pada setiap apa yang dia dengar. Pembuluh darah dapat dilihat banyak dibelakang cuping telinga yang sungguh banyak mengalirkan darah seperti mana sebuah jantung.
Apa yang kita dengar akan memberi kedukaan atau rasa gembira yang menuju jantung. Bermakna rasa sedih, pilu, hampa dan dukacita itu berpusat dijantung dan begitulah sebaliknya. Salah faham apa yang kita dengar kerana masalah kesihatan telinga sesuai dengan usia. Orang tua lebih sensitif dengan percakapan yang tidak dijaga kehalusannya. *Semasa membaca ilmiah ini lakukanlah gerakan memegang telinga*. *Ternyata salah satu telinga akan terasa tebal dan keras*. *Ambil masa dalam 10 detik sahaja untuk memulas telinga*. *Lakukan lagi 3 kali*. *Telinga akan kembali lembut*. *Itulah terapi anugerah untuk elak komplikasi serangan jantung dan sebagainya*.
Terlalu mudah berpeluh juga berkaitan dengan masalah jantung. Orang yang tidak pernah berpeluh berkemungkinan sistem penyejuk pada jantungnya juga tidak sihat. Kemungkinan semua apa yang dirasa dipendam, disimpan dan menunggu masa untuk meledak. Selepas kita minum air suam dan makan makanan yang masam dan pedas tubuh begitu mudah mengeluarkan peluh dengan banyaknya. Minuman sejuk yang manis tetap sebagai penyelamat. Lebih lebih lagi makan di waktu siang dibawah khemah yang panas ketika jamuan kenduri kahwin. Jika peluh terlalu banyak menceceh ceceh maka tanda kita boleh mendapat penyakit berkaitan jantung. Itulah tanda harus kita berhati-hati dengan kesihatan jantung. *Sebaiknya ambil NW 11 untuk pencegahan*. *Dan dah pulas ke belum telinga tu??*
Ketika demam tekanan pada jantung lebih kuat. Apabila kita bernafas dengan udara panas seperti masuk ke dalam bilik sauna atau selepas senaman berat maka tekanan pada jantung akan menyebabkan kita berpeluh. Semua senaman berat dalam susasana udara panas hanya akan melemahkan jantung dan pembuluh darah akan menumpuk banyak endapan lemak. Jika pada sebuah kereta jantung itu memainkan fungsi seperti termostat. 4 injap jantung dengan kerja otot akan terbuka dan tertutup sesuai dengan kawalan suhu darah. Jika darah itu sejuk akan bertukar panas. Jika darah terlalu panas akan disejukkan sesuai dengan suhu tubuh. *Terapi ais amat sesuai untuk merangsang semula otot jantung yang semakin lemah dan perlahan*.
*BERSAMBUNG…*
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
No comments:
Post a Comment