Monday, May 13, 2024

Kursus Khas cvt Di Singapura atau Singapore

 


*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ketika kandungan masuk bulan ke 8 atau minggu ke 37 hingga saat melahirkan. Gangguan tidak selesa adalah pada usus kecil dan usus besar ibu. *Gangguan sembelit*. Janin yang semakin membesar secara semulajadi akan menekan naik usus kecil dan usus besar ibu pada kedudukan ke bahagian atas. Manakala janin di bahagian kepala akan mengambil ruang ke bahagian bawah pintu rahim persediaan kelahiran normal. Perut ibu yang semakin membesar tidak Iagi memiliki ruang yang cukup untuk menampung massa usus bersama bayi yang dikandungnya. Bayi dalam kandungan akan bergerak dan menerjang kuat perut ibu untuk berada dalam kedudukan lebih selesa. Jangan panik jika berlaku pendarahan akibat gerakan janin yang semakin kuat. 


Darah kotor pasti ada kuman jangkitan yang sebenarnya dari usus ibu. Tekanan ke atas secara semulajadi adalah cara bayi dalam kandungan untuk makan dari saluran tali pusat. Dari dalam kandungan lagi sang bayi sudah berjuang mendapatkan makanan secara menumpang hidup. Sebaik sahaja bayi lahir maka kesihatan fungsi usus bayi adalah yang pertama akan ditentukan untuk bayi dibenarkan pulang. Itulah simbol tali pusat dan usus. Bayi yang sudah mampu mengeluarkan najis secara normal dianggap fungsi usus sudah sempurna. Manakala kedudukan usus ibu kembali berada pada keadaan asalnya. Ibu sebenarnya dilarang memakan makanan yang pedas agar tidak berlaku iritasi kesan asid pedas itu melukai dinding usus. Biasanya kes buasir paling kerap terjadi. *Bermakna NW 19 adalah rawatan paling asas ketika tempoh masa ini terjadi*. Sang bayi akan dapat makan dari zat yang lebih sihat dari apa yang si ibu makan. Lada hitam dalam budaya makan orang melayu yang pedas juga perlu sederhana untuk tujuan menyusui bayi untuk binaan usus yang sihat juga. 


*Penerangan Iebih eksklusif dan Iebih lanjut di dalam kelas rawatan penjagaan ketika berpantang*. Hampir kebanyakkan ibu selepas melahirkan amat sukar mengempiskan perut. SW 19 sapuan diperut. NW 19 untuk elakkan rasa phobia melampau saat melahirkan. Lemak diperut juga sukar untuk disingkirkan. Ini sangat merugikan kerana kurangnya pengetahuan. *Sila luangkan masa dan nekat untuk dapat bersama di dalam kelas khas ini di Singapura pada 18 Mei 2024 (SABTU)*. Harap maklum.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

No comments:

Post a Comment